Who Is Alif Ba Ta Guitarist, Bakatnya Bikin Semua Pemain Gitar Terkejut! | Okay, terus terang daku sama sekali tak pernah sentuh tentang gitar di dalam blogku sebelum ini, tetapi sebenarnya gitar merupakan salah satu alat muzik yang ku gemari dan tak dinafikan ada juga daku cuba-cuba belajar (cuma bukan tahap expert)! 
Buat masa ini, anak keduaku memang ada ikut kelas muzik di sekolahnya (salah sebuah sekolah berasrama penuh) dan ternyata, dalam banyak-banyak alat muzik, anakku ikut suka pada gitar juga.

Okay, disebabkan sekarang ini kita berada di rumah sepenuhnya dek kerana PKP, maka anakku memang ada bermain gitar di rumah dan secara tak langsung daku turut melihatnya bermain juga. Dalam masa yang sama, kami tertarik dengan satu channel YouTube tentang seorang pemain gitar dari Indonesia melalui channelnya yang di beri nama ALIP BA TA

Terkedu Saat Pertama Kali Menonton Video Alip Ba Ta! 

Who Is Alip Ba Ta Guitarist
Memang terkedu! Betul-betul terkedu mungkin kerana daku seorang yang suka dengan gitar maka daku tahu tahap kepayahan main gitar itu bagaimana dan sejujurnya daku tak pernah lihat sesiapa yang mempunyai jari jemari sepantas saudara Alip ini semasa memetik tali gitar. 

Bukan itu saja, saudara Alip ini boleh bermain bermacam jenis muzik hinggakan cover lagu yang dimainkannya tu boleh dimainkan lagu pop, blues, rock, heavy rock dan bermacam lagi. Yang mengejutkan, semua lagi ini hanya beliau mainkan hanya dengan memakai gitar akustik dengan gaya fingerstyle dengan gayanya sendiri, bahkan ramai yang setuju yang Alip main gitar jauh lebih baik dari lagu asal. 

Who Is Alip Ba Ta Guitarist


Maksudnya, takde gitar elektrik, bass atau apa saja tetapi hanya dengan gitar basic biasa tetapi boleh mainkan lagu-lagu dengan gabungan bunyi harmonik persis seperti yang kita dengar di corong radio. 

Who is alip ba ta guitarist yang bermain dengan jari jemari yang sangat cepat petik tali gitar? Inilah persoalan yang bermain di fikiranku. Lepas melihat video beliau ternyata saudara Alip ini boleh dianggap sebagai 'master guitarist' untuk petikan tali gitar dengan gaya fingerstyle yang hebat! 

Biodata Profile Guitarist Alip Ba Ta nya 

Wonderful fingers, itu yang boleh daku katakan kerana jari jemari saudara Alip ini untuk jari kanan dan kiri benar-benar cekap dan pantas dengan hasil bunyi mainan petikan gitar yang sangat smooth. Tak terlalu cepat, tak terlalu lambat dan sedang elok dimainkan untuk seiapa yang suka bunyi petikan gitar ini 'layan dengar' lagu dari awal sampai habis. 

Beliau ini juga, kelihatan sangat humble dan tidak terlalu ingin menonjolkan tahap berlagak (bagiku). Ini kerana channel videonya kelihatan sangat simple malah background untuk beliau bermain gitar juga hanya dengan duduk di atas lantai rumahnya yang biasa-biasa saja. Di sini sangat kelihatan yang saudara Alip sekadar ingin berkongsi hobinya dalam memetik gitar semata-mata untuk kita sama-sama dengar dan layan. 

Hasil pencarian di Google, who is Alip Ba Ta? Rupanya beliau bukan seorang pemuzik profesional cuma basic gitar Alip ba ta dulu adalah seorang gitaris pengiring lagu Qasidah dan beliau juga tidak mendapat latihan profesional tahap dunia sebaliknya beliau hanya seperti seorang lelaki biasa lain yang tinggal di Jakarta Indonesia. Dan pekerjaannya adalah seorang Operator Forklift. 
Who Is Alip Ba Ta Guitarist

Alip Ba Ta, a fingerstyle entertainer playing guitar in Jakarta

Real name : Alif Gustakhiyat
Year of birth : 1989 
Ages in 2020 : 31 years old 
Religion : Islam (muslim) 
Occupation : forklift operator
Stay in : Cakung, Jakarta Timur Indonesia 

Bakat Alip Mendapat Iktiraf Dari Seluruh Dunia Hingga Digelar Master! 

Apa yang membuatkan saudara Alip ditonton hingga berjuta-juta views untuk satu-satu videonya adalah pada bakat dan gaya persembahan beliau dalam memetik tali gitar itu sendiri. 

Alip Ba Ta, seorang pemain gitar yang tampak biasa rupanya seorang gitaris fingerstyle dengan bakat yang sangat besar hingga turut diakui oleh begitu ramai guitaris di seluruh dunia hanya dengan melihat videonya di channel YouTube semata-mata. Daku sendiri yang melihat ikut hairan dan tertanya-tanya, bagaimana beliau boleh main sampai macam tu? Bagaimana jari beliau boleh dipetik selaju tu? 
Bagaimana jari-jemarinya boleh bergerak dan menekan setiap code dengan bunyi yang sangat clean tanpa teragak-agak? Malah setiap code yang dimainkan boleh masuk dari satu part ke satu part tanpa ada terhenti di mana-mana. Macam kita bernafas, pasti akan tarik nafas berkali-kali tetapi dengan mainan gitar Alip setiap code yang dimainkan untuk lagu tu terus 'masuk' tanpa tersekat-sekat. 

Alip Ba Ta fingerstyle, saat ini sudah lebih daripada 3 million yang subscribe channel beliau hanya untuk mendengar beliau bermain gitar. Alip Ba Ta juga sudah dianggap sebagai one of the greatest acoustic guitarist from Indonesia. Gayanya sangat sederhana, main gitar dengan hanya memakai tshirt biasa dengan secawan kopi dalam keadaan berehat di ruangtamu rumah sendiri tetapi hakikatnya penonton dan peminat setia beliau telah mencecah berjuta-juta orang hingga disebut-sebut dikalangan pemain gitar lain diseluruh dunia dengan gelaran MASTER
Who Is Alip Ba Ta Guitarist

Inilah yang dikatakan sebuah perkongsian berkaitan bakat semata-mata, bukannya untuk menunjuk hebat dan bukannya untuk mendapatkan sebuah tahap nama dengan gelaran popular. Tetapi, orang masih nampak apa yang cuba disampaikan malah rata-rata merasa sangat selesa dengan cara penyampaiannya yang kelihatan sangat bersahaja dan tidak terlalu menunjuk-nunjuk. 

Mendapat Reaction Dari Jutaan Pemain Gitar Seluruh Dunia Termasuk Herman Li, Gitaris Dragon Foce

Herman Li lahir pada 3 Oktober 1976 dan merupakan seorang produser rekaman kelahiran Hong Kong dan berkebangsaan Inggeris. Namanya amat dikenali dikalangan pemain gitar sebagai salah seorang lead gitaris dari group band power metal dengan nama DragonForce.

Dan Herman Li sendiri telah memberi reaction dengan memuat naik video semula bagi memberikan reaksi sebenar terhadap Alip melalui video yang Alip mainkan untuk lagu My Heart Will Go nyanyian Celion Deon untuk film Titanic. Dan, Alip main memang baik hanya dengan sebuah gitar biasa bersama sebuah rekoder. Bayangkan, pada awal lagu hanya sebelah tangan kiri main gitar dan sebelah tangan kanan tiup rekoder, hmmmm... macam susah nak percaya tapi itulah yang berlaku. 
Paling best, dalam satu lagi video lain, saudara Alip main gitar dengan tangan kanan sambil main rubik cube dengan tangan kiri. Ni videonya.

Pada mulanya daku tak perasan juga lagu apa sampai suami cakap... "Haa dia main lagu Si Nopal" terus anak-anak yang turut tengok ikut nyanyi lagu tu. Lor. Terhibur sekejap kami satu family. 

Nah itulah dia biodata lengkap Alif Ba Ta atau Alief Gustakhiyat yang mempunyai bakat besar dalam bermain gitar hingga mampu membuatkan dirinya diikuti ramai sehingga berjuta-juta orang hanya dengan berkongsi video bermain gitar dalam suasana santai dirumahnya sendiri. 

Ini sekadar sebuah kisah pemilik nama Alief Gustakhiyat yang mampu menarik hati ramai peminat gitar hingga membuat penontonnya rasa sangat kagum. Ternyata, channel Alip Ba Ta walau hanya kelihatan biasa saja tetapi mampu viral tahap dunia dengan perkongsiannya yang sangat suka bermain gitar walau bukan untuk meraih populariti sama sekali (untuk jana income di YouTube, sudah tentulah kan)

Alip pernah beberapa kali ingin dihadiahkan gitar yang cantik dan mahal dari peminatnya dan Alip sama sekali menolak kerana lebih suka bermain dengan gitarnya sendiri walau kelihatan sudah lama. 

Bagi yang belum pernah tonton dan teringin nak lihat video saudara Alip bermain gitar hingga boleh dianggap sebagai master, boleh ke channel beliau di YouTube dengan nama, ALIP-BA-TA  









Terima kasih kerana membaca. Apa pendapat anda tentang artikel ini? Jemput komen di bawah.