Cara Masak Resepi Rendang Ayam Mudah Sedap Step By Step, Buat Sampai Jadi | Selalunya resepi rendang ayam akan disediakan untuk makan di pagi raya, hakikatnya nak sediakan pada hari biasa juga boleh. Asal rasa nak makan rendang ayam, tak payah tunggu hari special macam Aifilditri dan Aidiladha pun. Bagi yang rasa teringin nak makan rendang ayam tapi tak tahu bagaimana nak buat, di sini akan dikongsikan resepi rendang ayam mudah dengan step by step lengkap untuk cara memasaknya dari awal penyediaan hingga siap. Masak sampai jadilah kiranya!

Cara Masak Rendang Ayam Mudah Sedap Step By Step

Resepi Rendang Ayam yang memang sangat sedap, kuahnya juga wangi kerana menggunakan bahan-bahan rempah ratus yang segar. Makin best kalau dapat makan dengan nasi panas, ketupat atau lemang. Merata jugalah daku cari resepi rendang ayam sedap dan mudah, akhirnya berhasil juga jumpa resipi rendang ayam simple sekali dengan cara masak rendang ayam ini langkah demi langkah. Tak renyah pun rupanya.

Untuk cara masak rendang ayam ini daku perolehi dari perkongsian salah seorang warga mukabuku dengan nama Zaky Mat Ali. Terima kasih banyak pada saudara Zaky kerana sudi share resepi rendang ayam cara mudah dan sedap ni! 

Walaupun diri sendiri tahu bagaimana nak masak rendang ayam, tapi tiap orang caranya tak sama. Jadi apa salahnya untuk cuba cara masak rendang ayam style orang lain pula kan? Yang penting, dapat makan rendang ayam mahupun daging bersama yang tersayang dengan rasa puashati. 


Cara Masak Rendang Ayam Simple Step By Step Sampai Jadi 


Cara Masak Rendang Ayam Mudah Sedap Step By Step

Bahan-bahan yang diperlukan untuk masak resepi rendang ayam mudah dan sedap :
1 ekor ayam
2 cawan santan
2 sudu kerisik
2 asam keping
1 helai daun kunyit diracik halus
3 helai daun limau purut di hiris kasar
minyak untuk menumis
garam & gula secukup rasa

Bahan-bahan yang perlu dikisar :
20 biji cili kering
2 biji bawang besar
4 biji bawang merah
9 ulas bawang putih
4 batang serai
3 inci kunyit hidup
3 inci halia
3 inci lengkuas

Cara Masak Rendang Ayam Mudah Sedap Step By Step

Cara-cara untuk masak Rendang Ayam step by step


Step 1 : Tumis bahan dikisar hingga naik bau dan pecah minyak.

Cara Masak Rendang Ayam Mudah Sedap Step By Step

Cara Masak Rendang Ayam Mudah Sedap Step By Step


Step 2 : Masukkan santan dan ayam. Gaul rata.

Cara Masak Rendang Ayam Mudah Sedap Step By Step


Step 3 : Masukkan kerisik dan kacau rata. Masukkan garam gula.

Cara Masak Rendang Ayam Mudah Sedap Step By Step

Step 4 : Bila kuah dah pekat, masukkan daun kunyit dan daun limau purut. Gaul rata dan siap.

Cara Masak Rendang Ayam Mudah Sedap Step By Step

Rendang Ayam, Menu Tradisi Sedap Yang Tak Patut Dilupakan


Bila lihat rendang ayam yang sudah siap di masak begini, terus datang rasa teringin nak makan. Aduh sedapnya! Lagi-lagi jika makan rendang ayam utara yang emak buat kat kampung. Sekali makan terus bertambah-tambah. Cuma tiap kali hari raya emak lebih suka buat rendang daging berbanding rendang ayam. Normal la tu, tiap orang ada kesukaan masing-masing.

Cara Masak Rendang Ayam Mudah Sedap Step By Step

Daku sendiri suka juga dengan rendang daging tapi kalau nak di masak, rasanya lebih berminat untuk masak rendang ayam berbanding dengan rendang daging. Bahan-bahan yang diperlukan untuk masak rendang daging lebih kurang sama saja dengan bahan untuk masak rendang ayam cuma masa yang diperlukan untuk masa rendang daging tu lebih lama berbanding masa yang diperlukan untuk masak rendang ayam.

Kerana itu, daku lebih gemar masak rendang ayam lagi-lagi dengan resepi mudah simple ringkas macam yang dikongsikan ni.

Cara Masak Rendang Ayam Mudah Sedap

Senang saja kan? Lepas ni kalau teringin nak makan rendang ayam boleh cuba masak ikut cara resipi rendang ayam mudah sedap dengan step by step yang ada kat sini. Bahannya tidaklah terlalu banyak dan cara penyediaan pun tak makan masa yang terlalu lama. Yang penting, saat perasakan rendang ayam tu kena hati-hati supaya tidak terlebih masin nanti.  

Sekali masak rendang ayam, boleh berbau harum sampai rumah jiran sebelah tau! Haa jangan di buat main! Jadi bila masak nanti, hulurlah semangkun pada jiran yang terbau masakan rendang ayam sedap ni. Makin erat hubungan dengan tetangga. 

Okaylah, kang kalau membebel sampai esok tak habis ni. Bagi yang berhajat nak makan rendang ayam, selamat memasak diucapkan. Dan jika rasa mahukan resepi rendang ayam yang lain, boleh Google kerana ada banyak lagi resepi rendang ayam sedap yang lain seperti resepi rendang ayam utara, resepi rendang ayam sheila rusly, resepi rendang ayam tok kak Azie Kitchen, resepi rendang ayam negeri sembilan, resepi rendang ayam terengganu, resepi rendang ayam kuning, resepi rendang ayam simple kerisik dan bermacam-macam lagi. 

Jumpa lagi di lain resepi.. tata...