Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Cara Optimumkan Servis Penghantaran Pizza Untuk Pelanggan

Cara Optimumkan Servis Penghantaran Pizza Untuk Pelanggan | Bila sebut tentang pizza terus rasa teringin nak makan. Maunya tak, anak-anak dengan pizza memang langkah tak pi kata orang utara. Lagi-lagi kalau pizza Domino's dan Pizza Hut. Dan tak dinafikan di Malaysia ni memang ramai yang suka layan makan pizza kan? Lagi-lagi kalau makan panas-panas bersama famili sambil tonton TV. Wow best!

Pizza berasal dari negara Barat maka tak mustahil kenapa orang Amerika sanggup membelanjakan hampir $ 10 bilion untuk pizza yang dihantar setiap tahun. Secara tak langsung perniagaan pizza di sana meletakkan operasi dan servis penghantaran pizza ni ditahap yang sangat optimum demi untuk memuaskan hati para pelanggan mereka. 

pizza delivery

Nak tahu bagaimana mereka lakukan untuk memastikan para pelanggan happy dan tidak beralih kepada yang lain? Di sini akan dikongsikan beberapa tips dan kaedah cara mereka optimumkan servis penghantaran pizza untuk pelanggan, at least cara ini boleh juga digunapakai oleh para peniaga yang lain. 

#1 - Sediakan Tempat Khusus Untuk Menerima Pesanan Pizza Delivery

Perkara pertama adalah dengan menyediakan telefon khusus dan kawasan pengambilan pesanan yang tertentu supaya pelanggan dapat membuat pesanan dan menerimanya dengan cara yang lebih tersusun dan pantas. 

Bila ada telefon khusus begini dengan tempat penyediannya khas dalam penyediaan makanan untuk penghantaran begini, ianya tidak akan dapat dilihat dan tidak dapat didengar oleh pelanggan yang sedang menjamu selera atau sedang beratur untuk membuat pembelian secara take away di premis.

pizza delivery


#2 - Cipta Aplikasi Untuk Pesanan Atas Talian 

Membuat aplikasi pesanan sendiri juga sangat mustahak untuk mengekalkan perniagaan penghantaran yang mantap, terutama ketika ingin menawan hati pelanggan yang lebih muda. Pelanggan dalam usia belia dan sibuk ini selalunya tidak suka membuat panggilan telefon sebaliknya lebih bergantung pada cara membuat pesanan di atas talian. 

Jika tak boleh nak sediakan aplikasi sendiri boleh saja gunakan aplikasi sedia ada seperti Fodpanda untuk tujuan pesanan pizza delivery sebegini. 


#3 - Sediakan Kenderaan Penghantaran Makanan Untuk Urusan Delivery 

Walaupun mungkin lebih murah jika meminta pekerja memandu kereta mereka sendiri untuk penghantaran, kos insurans dan tanggungjawab insurans kenderaan tersebut biasanya tidak sepadan untuk urusan jangka masa panjang. 

Membeli kenderaan untuk digunakan oleh perniagaan dengan memastikan kenderaan itu diinsuranskan dengan betul adalah lebih baik kerana kenderaan itu boleh digunakan sebagai salah satu tujuan pengiklanan juga. Lekat sticker dan warnakan dengan warna premis juga bagus. Jika dirasakan masih belum cukup modal, boleh gunakan bantuan rider Foodpanda yang sudah terkenal dengan trademark warna merah jambu milik mereka. 

#4 - Jangan Ambil Mudah Tentang Kaedah Pembungkusan

Untuk pembungkusan pizza, nak tak nak kena sediakan kotak, beg penghantaran, dan lain-lain bagi menjamin mutu kesegeran dan kebersihan makanan yang telah siap itu. Pastikan pembungkusan itu dapat melindungi, menyokong dan mengudarakan pizza dengan betul supaya dapat dikekalkan rasanya untuk dinikmati oleh pelanggan dengan rasa happy.

pizza delivery


#5 - Tak Salah Caj Sedikit Kos Penghantaran Dalam Kadar Yang Berbaloi 

Walaupun pizza dari company yang besar membuat reputasi dengan memberikan penghantaran secara percuma tetapi di zaman ini, rata-rata pelanggan sudah sedia maklum pasti akan ada caj penghantaran. Terus ternag pelanggan sudah menjangka perlu membayar sedikit biaya untuk servis pizza delivery begini. Ini dapat membantu restoran dan rider untuk terus beroperasi dan pihak pengusaha makanan itu pula pastikan makanan dapat dihantar dengan masa yang ditetapkan dalam keadaan rasa makanan yang baik. 

Itulah sebahagian daripada tips yang digunakan oleh ramai pengusaha servis pizza dalam memoptimumkan servis penghantaran yang mereka lakukan. 

Kaedah ini boleh juga digunakan oleh premis perniagaan makanan yang lain cuma seperti yang dikatakan tadi, jika terasa masih baru bertapak dan masih belum mampu untuk upah rider sendiri, boleh saja gunakan servis penghantaran makanan seperti Foodpanda. 

pizza delivery

Dengan Foodpanda, apa saja jenis makanan yang ingin dijual pada pelanggan dengan mudah boleh dipamerkan di website dan aplikasi milik Foodpanda. Pelanggan setia Foodpanda secara tidak langsung boleh melihat makanan yang ditawarkan mengikut lokasi pilihan dan setidaknya ia hanya perlu bergantung pada si pelanggan itu sendiri.

Soal pengiklanan dan penghantaran secara tidak langsung sudah ada bantuan daripada pihak Foodpanda, tugas premis hanya untuk pastikan makanan di masak dengan enak dan pembungkusan turut di buat dengan baik bagi memudahkan rider mengambil dan terus menghantarnya pada pelanggan nanti. 

Post a Comment for "Cara Optimumkan Servis Penghantaran Pizza Untuk Pelanggan"