Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Tips Cara Penjagaan Pokok Indoor Sihat Membesar (Panduan Lengkap)

Tips Cara Penjagaan Untuk Pokok Indoor Sihat Membesar (Panduan Lengkap) | Daku salah seorang yang suka tanam pokok indoor dan disebabkan itu kenalah cari info, tips dan ilmu tentang cara penjagaan pokok indoor supaya terus sihat membesar. 

Jika kalian punya hobi yang sama tetapi masih tidak pasti cara menjaga pokok agar terus hidup di dalam rumah, boleh gunakan panduan pemula yang mengandungi banyak petua tentang penyiraman, peletakan dan pembiakan pokok indoor supaya hobi tanam pokok indoor di dalam rumah ini boleh berjaya.

Cara Penjagaan Pokok Indoor

Tips cara penjagaan pokok indoor ini dikongsikan oleh Cosima, salah seorang pengemar tanaman pokok indoor yang telah berjaya menjaga pokok-pokok hiasannya dengan sangat baik sekali. 

Panduan Untuk Mula Hias Rumah Dengan Pokok Hiasan

Inilah panduan untuk mereka yang baru ingin bermula dengan hobi tanam pokok indoor di dalam rumah berdasarkan apa yang telah dikongsikan oleh Cosima. 

#1 - Mulakan Dengan Jenis-Jenis Pokok Yang Mudah Dijaga

Pilih pokok senang jaga adalah tips pertama yang paling penting! Banyak pokok senang jaga yang cantik dan sesuai sebagai deko dalam rumah ini. Antaranya pokok duit (money plant), pokok monstera, pokok spider plant, pokok fittonia dan 

Untuk pokok money plant dan monstera ini sendiri ada pelbagai jenis dan bentuk untuk di pilih. Bagi pokok monstera, ada dua jenis yang sering menjadi tarikan utama pencinta pokok ini iaitu Monstera Adansonii dan Monstera Deliciosa. Ia digelar keju Swiss kerana lubang terbentuk pada daunnya sama seperti corak lubang pada keju buatan Switzerland. 

#2 - Pilih Tempat Yang Sempurna 

Ketahui arah gerakan cahaya matahari di rumah dan pilih tumbuh-tumbuhan untuk dipadankan dengan tempat yang menerima cahaya dan sudut yang teduh, tahap kelembapan dan suhu.

Cara Penjagaan Pokok Indoor

#3 - Gunakan Air Dengan Bijak 

Pastikan pasu anda mempunyai lubang saliran supaya air tidak bertakung di bawah tumbuh-tumbuhan. Pastikan juga tanahnya lembap dan bukannya basah.

#4 - Bekalkan Juga Baja Kepada Pokok

Kebanyakan pokok lebih suka disiram dari bawah. Untuk merangsang pertumbuhannya, tambah baja pada rutin penyiraman. 

Cara Penjagaan Pokok Indoor

#5 - Biakkan Pokok-Pokok Bila Tiba Masanya

Keratan ialah cara terbaik untuk biakkan pokok tanpa kos untuk mengembangkan koleksi pokok yang ada. Keratan pokok money plant contohnya boleh diletakkan di dalam air.

#6 - Bantu Keratan Yang Dipotong Untuk Berakar

Letakkan keratan money plant dalam air supaya ia dapat tumbuh akar. Hanya air, tidak perlu tambah apa-apa lagi. Tapi pastikan untuk ditukar air tu tiap dua hingga tiga hari sekali untuk mengekalkan kesegarannya. 

Apabila akarnya tumbuh, letakkan keratan tersebut di dalam pasu berisi tanah (jangan gunakan pasu yang terlalu besar). Gunakan tanah pasu khas yang boleh di beli secara online atau di nursery kerana tanah biasa di halaman rumah mengandungi terlalu banyak nutrien dan akan merosakkan akar anak pokok tersebut.

Cara Penjagaan Pokok Indoor

#7 - Bahagi Dan Gandakan

Cara lain untuk membiakkan pokok ialah dengan membahagikannya – benar-benar memisahkan akar dan kepalanya. Hati-hati keluarkan pokok dari pasu dan singkir kebanyakan tanahnya supaya dapat melihat akar. 

Kemudian perlahan-lahan uraikan dua bahagian itu dan letakkan setiap satu di dalam pasu masing-masing. Tekan-tekannya ke dalam campuran tanah tetapi jangan terlalu kuat dan padatkan tanah tersebut.

Cara Penjagaan Pokok Indoor

#8 - Wujudkan Keadaan Pertumbuhan Yang Sesuai

Perkara penting tentang pemasuan semula ialah jangan gunakan pasu yang terlalu besar. Hanya gunakan satu saiz yang lebih besar. Perlahan-lahan keluarkan pokok itu dari pasu lamanya dan buang sedikit tanahnya. 

Campurkan satu bahagian tanah dengan satu bahagian batu kelikir supaya tanah itu tidak menjadi terlalu padat. Ia dapat beri ruang untuk akar pokok itu tumbuh, dan air tidak bertakung.

Cara Penjagaan Pokok Indoor

Indoor plant ni sebenarnya tak lah rumit mana nak jaga. Cuma setiap pokok tu dia ada cara dia tersendiri. Paling penting tanaman hidup lama, senang jaga. Selain panduan lengkap di atas, boleh juga ikut tips tanam pokok dalam rumah (indoor) dengan mengambil tahu tentang basic rules cara penjagaan pokok tanaman indoor ini.

Basic rules untuk pokok hidup subur dan terus sihat membesar di dalam rumah

1. Pastikan tanah lembab

2. Siram 3 - 4 kali sehari bergantung kepada kelembapan pada tanah tadi

3. Jangan selalu siram pokok. Biar kurang air dari terlebih air kerana jika kurang air, pokok akan kembali sihat setelah layu tetapi jika terlebih air akar pokok akan rosak dan pokok itu boleh mati.

4. Pokok hidup secara semulajadi memerlukan cahaya matahari jadi seeloknya letakkan di tepi tingkap atau pada tempat yang ada cahaya lampu.

5. Jika rumah tidak masuk cahaya matahari, dedahkan pokok 1 atau 2 minggu sekali pada matahari. 

6. Untuk jenis pokok indoor, jangan dedahkan pada cahaya matahari secara direct di tempat panas.

7. Perlu beri baja pada pokok sebanyak 1 hingga 2 kali dalam seminggu. Perlu ingat yang pokok juga perlukan makanan selain minuman (air).

8. Jangan sesekali biarkan air bertakung di dalam pasu.

9. Setiap pokok berbeza, ada yang boleh hidup di dalam air dan ada yang tidak boleh hidup dengan air yang banyak. Jadi kena tahu ciri-ciri pokok tersebut. 

Penjagaan Indoor Plant tidak terlalu susah jika kita ambil tahu apa yang perlu di buat. Barulah masalah pokok mati dan tidak berbunga tak berlaku lagi. 

Cara Penjagaan Pokok Indoor
pokok monstera yang hidup subuh di dalam rumah sebagai indoor plant



Kalau dah minatkan penanaman pokok ni, tak ada tempat dengan tanah kawasan lapang pun tetap akan cari cara untuk tanam. Cara paling mudah letakkan pasu tanaman dan mulakan dengan tanam indoor plant yang mudah. Belailah ia, jagalah ia, sayanglah ia. Banyakkan juga cari info tentang  cara penanaman pokok indoor seperti money plant, spider plant, monstera dan lain-lain.

Pokok hiasan dalam rumah akan memberi banyak manfaat, seperti membuat rumah nampak lebih berseri dan tenang untuk hilangkan stress tekanan. Serta pokok indoor ini juga bagus untuk membantu bersihkan udara yang kita sedut hari-hari. 

Semoga perkongsian tips untuk menjaga pokok indoor ini dapat memberi manfaat. 

Sumber : Ikea 

Post a Comment for "Tips Cara Penjagaan Pokok Indoor Sihat Membesar (Panduan Lengkap) "