Drama Biar Mereka Cemburu Full Episode 1 Hingga Akhir
Di sini akan disertakan link untuk tonton drama Biar Mereka Cemburu secara full dari episode 1 hingga akhir tapi sebelum tu, mari kita baca dulu info-info berkaitan drama Biar Mereka Cemburu termasuk nama pelakon dan watak Biar Mereka Cemburu, sinopsis penuh novel dan drama Biar Mereka Cemburu serta banyak lagi.
Biar Mereka Cemburu adalah sebuah drama yang diadaptasi dari novel dengan tajuk yang sama. Novel Biar Mereka Cemburu ini merupakan salah sebuah novel terlaris hasil karya dari seorang penulis bernama A. Darwisy.
Mungkin masih ada yang belum kenal dengan A. Darwisy tetapi untuk peminat-peminat novel, nama A. Darwisy memang sudah gah dan terdapat banyak karya penulisan beliau yang meletup! Beliau sebelum ini sangat popular dengan novel yang berunsur dramatik seperti Jangan biar dia masuk, Projek Seram : Lombong (Tanah rizab jin), Kala senja dia datang, Amukan jembalang tanah, Ngauman cindaku, Projek Seram : Muzium (Kain ibu syaitan), Bunian dan banyak lagi.
Siapa sangka dari genre seram boleh terselit juga genre romantik dengan tajuk Biar Mereka Cemburu ini. Ohya ada lagi novel cintun yang beliau tulis selain Biar Mereka Cemburu ini iaitu Pudina Cinta.
![]() |
A.Darwisy - penulis novel Biar Mereka Cemburu |
Sinopsis Sebenar Pada Novel Biar Mereka Cemburu
Iedil, anak tengku, lelaki yang punya segala-galanya. Termasuklah kekasih hati. Tetapi entah bagaimana, boleh pula dia berkenan dengan konduktor bas seorang ini. Sampai sanggup naik bas tiap-tiap hari ke tempat kerja semata-mata mahu berjumpa dengan si konduktor cantik ini. Tapi bukan senang! Sebab dia kan sudah ada kekasih hati.
Tarikh Dan Masa Tayangan Drama Adaptasi Biar Mereka Cemburu di TV
Drama Biar Mereka Cemburu mula menemui penonton secara terus di kaca TV bermula 1 Disember 2020 dan penonton boleh saksikan drama Biar Mereka Cemburu ini pada setiap hari Isnin hingga Khamis pada jam 10 malam menerusi siaran Astro Ria (slot Megadrama). Bagi yang terlepas untuk tonton di TV, jangan risau kerana drama ini boleh ditonton episod penuh secara online.
Biar Mereka Cemburu Pelakon & Nama Watak
Biar Mereka Cemburu ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia di bawah arahan Roslin Sharif yang dibintangi oleh Aiman Hakim Redza dan Nabila Razali sebagai pelakon utamanya. Drama Biar Mereka Cemburu ini turut dibintangi oleh ramai pelakon lain dan antara pelakon-pelakon bersama nama watak untuk drama Biar Mereka Cemburu ini adalah :
- Aiman Hakim Ridza sebagai Tengku Eidil
- Nabila Razali sebagai Nadia
- Izzat Mushtaq sebagai Rostam
- Rubini Sambanthan sebagai Marsha Gordon
- Aedy Ashraf sebagai Fetri
- Shah Rezza sebagai Tengku Alauddin
- Mas Anizan sebagai Engku Zulaikha
- Bella Dowanna sebagai Nabila
- Hasmira Azmi sebagai Sofea
- Syahir Shafein sebagai Reza
- Adam Malek sebagai Nabil
Sinopsis Biar Mereka Cemburu Di Drama TV
Sementara itu, Tengku Eidil yang merupakan pengarah kreatif di sebuah syarikat pengiklanan terkemuka sedang bercinta dengan Marsha Gordon. Namun, detik hatinya untuk berubah ke arah ukhrawi membawanya jauh dari rancangan untuk berkahwin dengan Marsha.
Takdir menemukan mereka berdua apabila pada suatu petang semasa sedang menghantar makanan, Nadia berhenti di tepi jalan dan Eidil terlanggar lopak air lalu menyebabkan air tersebut terkena pada Nadia tanpa sengaja.
Sejak itu, Iedil sering pesan makanan di kedai tempat Nadia berkerja sementara Rostam pula masih lagi teragak-agak untuk memberitahu cintanya pada Nadia. Dalam masa yang sama, Marsha sanggup melakukan apa sahaja termasuk berubah dan bertudung demi Iedil. Siapa antara mereka yang akhirnya mendapat cinta sejati? Kena tonton drama Biar Mereka Cemburu untuk tahu kesudahannya.
Tonton Drama Biar Mereka Cemburu Full Episode 1 Hingga 16 (Akhir)
Tonton Drama Biar Mereka Cemburu Full Episode 1
Tonton Drama Biar Mereka Cemburu Full Episode 2
Tonton Drama Biar Mereka Cemburu Full Episode 3
Drama Biar Mereka Cemburu Full Episode 4
Drama Biar Mereka Cemburu Full Episode 5
Drama Biar Mereka Cemburu Full Episode 6
Drama Biar Mereka Cemburu Full Episode 7
Drama Biar Mereka Cemburu Full Episode 8
Drama Biar Mereka Cemburu Full Episode 9
Drama Biar Mereka Cemburu Full Episode 10
Drama Biar Mereka Cemburu Full Episode 11
Drama Biar Mereka Cemburu Full Episode 12
Drama Biar Mereka Cemburu Full Episode 13
Drama Biar Mereka Cemburu Full Episode 14
Drama Biar Mereka Cemburu Full Episode 15
Drama Biar Mereka Cemburu Full Episode 16 (Akhir)
Itulah dia info mengenai drama Biar Mereka Cemburu termasuk nama pelakon serta watak, sinopsis novel sebenar Biar Mereka Cemburu termasuk sinopsis penuh pada TV dan juga sedikit info pengenalan mengenai Anuar Darwisy sebagai penulis sebenar untuk novel Biar Mereka Cemburu yang telah berjaya diadaptasi ke dalam bentuk drama TV ini.
Terus terang, setelah membaca sinopsis tersebut, jelas nampak drama ini sangat 'catchy' dan santai tetapi masih boleh membuat si penonton merasakan debaran konfliknya. Jangan lupa untuk saksikan drama Biar Mereka Cemburu ini secara terus di TV. Dan jika terlepas boleh tonton Biar Mereka Cemburu secara penuh full episode dari episode 1 hingga akhir melalui link yang telah diberikan tadi.
Suka Tonton Drama? Boleh join group FB Suka Drama Malaysia. Di sana ada pelbagai link episode penuh untuk tonton pelbagai drama baru dan lama.
entah bila nk tgk drama ni.. byk nk kena tgk. semua best2
ReplyDelete