Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Drama Sang Pewaris Tonton Full Episode 1 Hingga Episode 13 (Akhir)

Drama Sang Pewaris Tonton Full Episode 1 Hingga Episode 13 (Akhir) | Cerita Cinta Sekali Lagi dah habis tapi drama Sang Pewaris masih lagi ada. Jadi bolehlah tonton drama Sang Pewaris episod 1 hingga 13 akhir yang sedang bersiaran di Slot Lestary TV3 ini. Mujurlah boleh tonton online juga, jadi bolehlah start saksikan dari episode 1 yang sudah terlepas. Ohya, drama Sang Pewaris ini bagi mengantikan drama Lelaki Lingkungan Cinta. 

Sang Pewaris merupakan sebuah drama rantaian Malaysia 2020 daripada sutradara Eyra Rahman dengan penampilan gandingan pelakon yang berbakat dan drama Sang Pewaris ini merupakan adaptasi dari novel dengan tajuk yang sama 'Sang Pewaris'. 


Drama Sang Pewaris Full Episode


Novel ini merupakan hasil karya Fizziany. Jumlah tontonan untuk keseluruhan drama Sang Pewaris adalah sebanyak 13 episode. Tarikh mula ditayangkan pada 26 November 2020, jam 9:00 malam pada setiap hari Rabu hingga Jumaat. 

Bagi yang sudah terlepas mana-mana episode untuk drama Sang Pewaris ini, jangan risau kerana di dalam artikel ini akan turut dikongsikan link tontonan penuh untuk drama Sang Pewaris ini dari episod 1 hingga episode 13 (Akhir). 

Drama : Sang Pewaris
Jumlah Episod : 13
Mula Tayangan : 26 November 2020
Waktu Tayangan  : Rabu-Jumaat, jam 9:00 malam
Siaran TV : Slot Lestary TV3
Penulis Skrip : Eenaz Mokhtar, Farah Alya Asari
Pengarah : Eyra Rahman
Produksi : Global Station Sdn Bhd


Info Nama Pelakon & Watak Drama Sang Pewaris 

Drama Sang Pewaris ini mengandingkan pelakon Ben Amir dan juga Amyra Rosli. Wah, dah lama tak tonton drama lakonan Amyra Rosli ni. Teringat balik akan watak yang dibawanya  dalam drama Cik Bunga Encik Sombong dan Nur. 

Amyra telah banyak berlakon dengan ramai 'hero drama' bernama besar seperti suaminya sendiri (pelakon Amar Baharin), Aaron Aziz, Shafiq Kyle dan lain-lain lagi, maka sudah semestinya bakat lakonan Amyra Rosli akan terserlah di dalam drama Sang Pewaris ini juga. 

Drama Sang Pewaris Full Episode


Selain daripada Ben Amir dan Amyra Rosli sebagai gandingan utama, Sang Pewaris turut dibarisi oleh pelakon berbakat lain. Nama pelakon utama berserta watak untuk drama Sang Pewaris ini adalah : 

Ben Amir sebagai Megat Amer / Megat Dali / Kudin
Amyra Rosli sebagai Zara Aireena
Zarynn Min sebagai Puan Sri Kamariah
Fizz Fairuz sebagai Dr. Mahfuz
Zamarul Hisham sebagai Mahmud
Ieda Moin sebagai Chesom
Acong Sweetchild sebagai Pak Kadir
Sheila Mambo sebagai Mak Bedah
Zaefrul Nordin sebagai Tan Sri Megat Khairuddin
Harun Hashim sebagai Pak Samad
Wan Sharmila sebagai Malina
Fad Anuar sebagai Jamal
Mimi Ernida sebagai Zizi

Sinopsis Penuh Drama Sang Pewaris 

Sinopsis Drama SANG PEWARIS ini agak menarik juga sebenarnya. Drama Sang Pewaris ini mengisahkan tentang seorang pemuda bernama Ali. Ali ini merupakan seorang pemuda kampung biasa yang tinggal bersama ibu bapa angkatnya, Pak Samad dan Mak Bedah. 

Sejak remaja, Ali sering mendapat mimpi pelik dan hingga sudah dewasa, Ali masih tidak faham kenapa mimpi itu sering datang padanya. Dalam mimpi tersebut, Ali sering didatangi oleh gadis yang sama berulang-ulang kali. 

Suatu hari, Ali diberitahu oleh Haji Mahfuz bahawa dia sebenarnya adalah pewaris kepada kekayaan milik Tunku Ahmad dan Tunku Kamariah dan saat ini mereka meminta Ali untuk pulang ke tempat asalnya. Lebih mengejutkan, Ali diberitahu bahawa dia turut mempunyai kembar.

Terkejut dengan berita yang disampaikan, Ali merancang untuk menyamar sebagai tukang kebun bagi mengenali ahli keluarganya dengan lebih baik. 

Drama Sang Pewaris Full Episode

Di sana, Ali jatuh cinta kepada Zara, anak angkat keluarganya. Namun Ali terpaksa akur selepas mengetahui bahawa gadis itu dalah tunang kepada kembarnya sendiri. 

Disebalik semua ini, Ali atau nama sebenarnya Megat Dali, mahu mencari kebenaran mengenai kisah penculikannya sewaktu bayi dan punca mengapa Puan Sri Kamariah memiliki sikap suka menyendiri dengan berpewatakan seakan-akan orang gila. 

Berkat bantuan Zara yang merupakan anak kandung kepada Haji Mahmud, Ali dapat menyiasat lebih lanjut siapakah dalang dalam penculikannya itu. Dan rupanya dalang itu adalah orang yang paling dekat dengan keluarga Puan Sri Kamariah. 

Siapakah gerangan orang tersebut? Adakah Haji Mahmud atau Zara yang dipaksa menjaga Puan Sri Kamariah sejak kecil? Atau mungkinkah juga pembantu rumah yang bernama Che Som dan pemandu peribadi yang bernama Pak Kadir? Eh, mungkin juga Dr Mahfuz yang merupakan doktor peribadi kepada Puan Sri Kamariah?

Drama Sang Pewaris Full Episode

Dengan membaca sinopsis Sang Pewaris di mana Ali dapat tahu dia mempunyai seorang kembar dan merupakan anak hartawan Tan Sri Megat Khairuddin dan Puan Sri Kamariah, telah dapat membayangkan bagaimana jalan cerita ini akan dihiasi dengan penuh adegan suspen dan misteri. 

Sesekali tonton drama begini, best juga kan? Nak tahu jalan cerita dan kesudahannya, kena tonton online sendiri Drama Sang Pewaris ini dari Episod 1 hingga 13 (Akhir).

Drama Sang Pewaris Tonton Full Episode 1 Hingga Episode 13 (Akhir)


Drama Sang Pewaris Episode 8 Hingga Episode 13 (Akhir) - Coming Soon 

Drama Sang Pewaris Episode 8
Drama Sang Pewaris Episode 9
Drama Sang Pewaris Episode 10
Drama Sang Pewaris Episode 11
Drama Sang Pewaris Episode 12
Drama Sang Pewaris Episode 13 (Akhir) 

Nak download drama Sang Pewaris? Boleh berbuat watch online for free and download menerusi lamanweb WeTV. 

Itulah dia serba sedikit info termasuk sinopsis penuh untuk drama Sang Pewaris hasil lakonan Ben Amir dan Amyra Rosli yang sedang hangat diperkatakan sejak mula ditayangkan di TV3. Manakan tidak, sinopsisnya saja sudah dapat memberitahu bahawa drama Sang Pewaris ini ada kelainan dan kelebihannya yang tersendiri. Lagi-lagi bila ianya merupakan drama dari adaptasi novel yang best! 

Bagi sesiapa yang berminat untuk melihat hasil lakonan Ben Amir bersama Amyra rosli, bolehlah tonton drama Sang Pewaris full episode secara online menerusi link tontonan penuh dari episode 1 hingga episode 13 (Akhir) sebagaimana yang telah dikongsikan tadi. 

Suka menonton drama melayu Malaysia? Jemput join group Facebook Suka Drama Malaysia 

Post a Comment for "Drama Sang Pewaris Tonton Full Episode 1 Hingga Episode 13 (Akhir)"