Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Drama Sweet Dreams Tonton Full Episode 1 Hingga Episode 20 (Akhir)

Drama Sweet Dreams Tonton Full Episode 1 Hingga Episode 20 (Akhir) | Drama Sweet Dreams suatu ketika dulu sangat hangat diperkatakan hingga mampu meraih jumlah tontonan yang sangat tinggi. Ketika drama Sweet Dreams ini mula ditayangkan dulu, dari episode 1 hingga episode 20 (Akhir), ramai yang telah menontonnya tanpa miss setiap hari dari Isnin hingga Khamis jam 10.00 malam selama 20 episod

Dan, hingga ke hari ini, drama Sweet Dreams masih lagi ditonton. Walaupun kini ia tidak muncul di kaca TV tetapi para peminat drama Sweet Dreams ini masih boleh melepaskan keinginan hati dengan menyaksikannya secara online. 

sweet dreams drama melayu full episode


Bagi yang belum pernah tonton drama Sweet Dreams ini lagi, bolehlah cuba-cuba tonton secara online melalui link yang akan diberi melalui artikel ini. Sebelum itu, mari kita baca info ringkas termasuk nama barisan pelakon dan watak serta sinopsis untuk drama Sweet Dreams ini terlebih dahulu. 

Sweet Dreams, Drama Adaptasi Novel Karya Acik Lana 

Nama Acik Lana memang sudah lama dan sudah banyak karya hasil tulisan beliau yang popular di kalangan para pembaca novel tanahair. Maka, tak hairanlah kenapa drama Sweet Dreams ini ditunggu-tunggu demi untuk menonton jalan cerita Sweet Dreams ini dalam bentuk yang lebih nyata di depan mata berbanding pembacaan dalam bentuk novel.

Drama Sweet Dreams ditayangkan menerusi slot Mega Drama Astro Ria dan rata-rata yang menonton memang rasa sangat teruja untuk tahu penamatnya dengan segera. 

Pelakon Drama Sweet Dreams Termasuk Watak 

Mira Filzah sebagai Puteri
Ben Amir sebagai Qash Adam
Sean Lee sebagai Karl
Nina Juren sebagai Laila
Yuna Rahim sebagai Cempaka
Yusuf Bahrin sebagai Amar
Nasz Sally sebagai Farah
PU Azman sebagai Fadil
Didi Astillah sebagai Melissa

Sinopsis Penuh Drama Sweet Dreams 

sweet dreams drama melayu full episode

Drama Sweet Dreams mengisahkan tentang seorang gadis bernama Puteri. Puteri seorang gadis bisu yang diberi gelaran Ratu Kelam Kabut atau ‘Minah Clumsy’ sudah cukup sinonim dengan dirinya sejak kecil. Habis semua tiang dan dinding dilanggar, malah sudah banyak kali dia jatuh tertonggeng ke dalam longkang. Bernasib malang atau dia memang punya masalah koordinasi fizikal tidak seimbang. 

Namun, beberapa siri kejadian malang tiba-tiba berubah dengan kemunculan seorang jejaka misteri yang sering menyelamatkannya. Tidak sempat mencium tanah, tubuh dia sudah disambut. Tidak sempat tergolek, tangannya sudah dipaut. Pelik, lelaki itu datang tanpa isyarat.

Qash Adam seorang pelukis selalu mendapat mimpi tentang kejadian buruk yang bakal menimpa. Kesengsaraan dialami pada zaman silam membuatkan dia kemurungan dan hidup dalam pengasingan. Anugerah yang dikurniakan membuat seluruh tubuh rasa terbeban. Dihina, difitnah dan dicaci kerana dikatakan mempunyai kuasa magis membuatkan dia menolak sebarang bentuk hubungan dengan manusia. 

Dia tertekan, ini kelebihan atau satu sumpahan baginya. Mimpi yang datang bukan biasa-biasa. Ia datang dengan segunung tanggungjawab yang terlalu besar. 

Namun, kemunculan seraut wajah dalam mimpinya meletakkan Qash dalam keadaan keliru. Banyak peristiwa lucu, pertelingkahan dan salah faham berlaku apabila si malang bertemu dengan si adiwira. Rahsia demi rahsia terbongkar. Namun, sebanyak mana pun perbezaan antara Putri dan Qash, ada perasaan halus mengikat hati mereka berdua. Berkahwin dan kemudian bercinta tanpa tahu pengakhirannya.

Sweet Dreams Drama Melayu Full Episode 1 Hingga Episode 20 (Akhir) 

DRAMA Sweet Dreams karya Acik Lana ini sememangnya mempunyai kekuatannya yang tersendiri. Bahkan, pelakon Mira Filzah sendiri mengakui watak Putri yang dijayakan olehnya dalam drama bersiri Sweet Dreams banyak memberi cabaran. 

Setahap mana drama Sweet Dreams ini boleh bikin rasa tercabar pada pelakon Mira Filzah untuk membawakan wataknya dengan baik dan setahap mana pula keserasian Mira Filzah yang bergandingan dengan Ben Amir, bolehlah tonton drama Sweet Dream ini dari episode 1 hingga episod 20 (akhir) untuk tahu sendiri kesudahannya. Adakah ianya sama dengan novel Sweet Dreams? Kenalah tonton sendiri. 

Tonton Drama Sweet Dreams Episode 1 

Tonton Drama Sweet Dreams Episode 2

Tonton Drama Sweet Dreams Episode 3

Tonton Drama Sweet Dreams Episode 4

Tonton Drama Sweet Dreams Episode 5

Tonton Drama Sweet Dreams Episode 6
Tonton Drama Sweet Dreams Episode 7
Tonton Drama Sweet Dreams Episode 8
Tonton Drama Sweet Dreams Episode 9
Tonton Drama Sweet Dreams Episode 10
Tonton Drama Sweet Dreams Episode 11
Tonton Drama Sweet Dreams Episode 12
Tonton Drama Sweet Dreams Episode 13
Tonton Drama Sweet Dreams Episode 14
Tonton Drama Sweet Dreams Episode 15
Tonton Drama Sweet Dreams Episode 16
Tonton Drama Sweet Dreams Episode 17
Tonton Drama Sweet Dreams Episode 18
Tonton Drama Sweet Dreams Episode 19
Tonton Drama Sweet Dreams Episode 20 


Itulah dia perkongsian tentang drama Sweet Dreams termasuk info, sinopsis penuh drama Sweet Dreams serta link tonton full drama ini dari episode 1 hingga hingga episode 20 (Akhir). Dengan adanya link tonton online begini, secara tak langsung boleh tonton kembali drama-drama yang sudah lepas tapi masih tetap melekat di hati. 

Bila bayangkan semula jalan cerita drama ini, so sweet! Memang kenalah dengan tajuknya Sweet Dreams!

sweet dreams drama melayu full episode


Selamat menonton drama Sweet Dreams, salah satu drama melayu secara full episode 1 hingga episode 20 (Akhir) dan jika benar-benar suka dengan drama melayu Malaysia, jemput join group Facebook SUKA DRAMA MALAYSIA untuk dapatkan lebih banyak link untuk drama terbaru dan lama. 


2 comments for "Drama Sweet Dreams Tonton Full Episode 1 Hingga Episode 20 (Akhir)"