Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Resepi Kek Minyak Nestum Moist Gerenti Jadi Guna Sukatan Cawan, Sedapnya!

Resepi Kek Minyak Nestum Gerenti Jadi Guna Sukatan Cawan, Sedapnya! | Sebelum ni dah pernah juga buat resepi kek marble ataupun kek minyak guna sukatan cawan tapi tak terfikir pula untuk tambah nestum. 

Hinggalah ternampak perkongsian resepi kek nestum guna minyak yang moist yang dikongsi oleh Azlina Ina, terus rasa nak cuba buat. 

Lagipun bahan yang diperlukan untuk buat ikut resipi kek minyak yang ditambah nestum ni bukannya susah pun! 

Resepi Kek Minyak Nestum


Kalau tak ada oven, kek minyak nestum yang moist ni boleh dikukus. Paling penting, jika ikut panduan dan bahan berdasarkan resepi kek minyak nestum viral ni, gerenti jadi dan gebu sedap katanya. Haaaa... ini yang bikin hati makin teruja nak cuba ni. 

Bagi para pengemar kek yang teringin nak cuba buat kek sendiri, bolehlah cuba buat resepi kek minyak yang akan dikongsikan ni. 

Resepi Kek Nestum Guna Minyak Dari Azlina Ina

Selalunya kek akan guna marjerin kan? Tapi untuk kek nestum gebu yang dikongsi oleh Azlina Ina ni, kita boleh terus buat kerana menggunakan minyak je. 

Kiranya ini adalah resepi kek nestum guna minyak sangat mudah yang boleh dibuat cepat menggunakan bahan yang ada di dapur. 

Resepi Kek Minyak Nestum

Bahan-bahan : 
*4 biji telur gred B
*1/2 cawan gula halus
*1sb ovalate
*1sk esen vanila
1/2 cawan susu pekat
2 cawan tepung gandum
1sk baking powder
kalau kukus tambah 1/2sk soda bikarbonat
1/2 cawan minyak 

Resepi Kek Minyak Nestum


Nak lagi sedap, of course tambah nestum! Untuk resepi kek nestum minyak guna minyak ni, 30g nestum 3in1 diperlukan. 

Dah namanya pun resepi kek minyak nestum kan. Tapi, buat kalian yang tak gemar dengan nestum, boleh je kalau tak nak letak.

Resepi Kek Minyak Nestum

Cara Membuat Kek Nestum Minyak Yang Mudah Step By Step

1. Masukkan bahan-bahan bertanda (*) ke dalam bowl mixer dan mix selama 5 hingga 10 minit atau sampai gebu kejadiannya.

Resepi Kek Minyak Nestum



2. Gebunya tahap mana? Rujuk gambar ini ya. Nak sedap dan jadi mesti kena mix sampai putih gebu kemudian masukkan susu pekat sedikit demi sedikit. 

Resepi Kek Minyak Nestum


3. Seterusnya masukkan pula minyak sedikit demi sedikit, sambil terus diputar ya.

Resepi Kek Minyak Nestum


4. Sekarang, matikan mixer dan masukkan tepung serta nestum sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga rata. Jangan masukkan semuanya sekaligus, nanti susah nak kacau hingga sebati. 

5. Bahagikan kepada beberapa bahagian dan warnakan setiap bahagian dengan pewarna yang berbeza. Bolehlah letak warna kesukaan masing-masing. 

Resepi Kek Minyak Nestum



6. Ini guna loyang bersaiz 8x8 atau 8 bulat, pastikan lapik dengan baking paper kemudian panaskan oven dan bakar pada suhu 180 selama 40 minit. Nak kukus pun boleh. Jika kukus, gunakan api yang besar sentiasa dan kukus selama 35 ke 40 minit

Resepi Kek Minyak Nestum


Kek Nestum Minyak Sangat Mudah! Patutlah Gerenti Jadi 


Kek minyak atau Kek marble ni memang sedap padu bila ditambah bijirin Nestum. Tapi jangan pula guna nestum baby tu tau.

Paling penting, hanya gunakan minyak dan tak perlu lagi menggunakan marjerin. Hasilnya Kek Minyak Nestum Gebu ni tetap sedap dan membangkitkan selera. 

Dan jika guna minyak jagung kek ni akan jadi lebih moist, lembut dan enak dengan bau yang sangat best!

Jom cuba resepi kek minyak nestum gebu viral ni sama-sama. Mesti suami puji bila lihat kek minyak nestum dalam rupa berwarna-warni dengan rasa yang sedap. 

Resepi Kek Minyak Nestum

Untuk Azlina Ina Fans, terima kasih banyak-banyak di atas perkongsian resepi kek minyak nestum gebu gerenti jadi ni. 

Senang sangat bila ada panduan dalam bentuk gambar dengan bahan yang diberi dalam bentuk sukatan cawan tu. Mudah nak ikut step by step untuk orang yang kurang pakar bab membakar kek macam aku ni. 

Dalam banyak-banyak resepi kek, kek yang ikut resepi sukatan cawan memang senang sangat nak buat dan selalu jadi tanpa gagal.


Periuk Pengukus Noxxa Menjadi Pilihan Ramai 

Kebanyakan resipi kuih orang lama ini menggunakan kaedah kukus untuk di masak. Bagi anda yang sedang tercari-cari periuk pengukus elektrik yang mudah untuk digunakan, boleh dapatkan periuk kukus Noxxa. 


Kelebihan Periuk Kukus Noxxa 3 Tingkat 

1. Tak perlu tunggu 30 minit untuk air mendidih pun, letak makanan, tekan on, tetapkan masa, tekan button start! Wap terus keluar dan aktiviti kukus bermula serta merta! 

2. Umur semakin tua, kadang masak sesuatu atas dapur gas memang boleh terlupa kan! Siapa pernah alami? Sampai kering air dalam periuk kukus! Boleh rentung periuk! 

Tapi dengan steamer noxxa yang bijak ini, XPERLU LAGI RISAU sebab jika air mulai mengurang, alarm akan berbunyi, dan jika air tidak ditambah, steamer automatik ter off sendiri, sangat selamat.

3. Yang paling best, jika lapisan bawah kukus nasi, bahagian tengah kukus ikan siakap stim, atas kuih seri muka, bau ikan tidak akan melekat pada nasi dan kuih seri muka kerana setiap lapisan ada salurannya sendiri. 

4. Saiz yang besar dan lebar. Bukan bentuk bulat. Ini memudahkan untuk susun makanan dan mudah juga untuk masak ikan stim. 

periuk-pengukus-noxxa

Berapa Harga 

Special untuk pembaca blog ini, harga ditawarkan hanya RM 395 dan anda juga boleh membuat pembelian secara ansuran.

Jumlah bayaran tiap-tiap bulan secara ansuran ini boleh dibincangkan. Makin best, buat bayaran ansuran bulan pertama terus boleh terima barang tanpa perlu tunggu lama-lama. 

periuk-pengukus-noxxa



Pertanyaan lanjut berkaitan periuk pengukus
whatsapp :

Jemput join :

Telegram Rasmi Sis Hawa Blog 👉  https://t.me/sishawadotcom

Telegram Rasmi Info Ibu Hamil & Baby 👉  https://t.me/ibuhamilmalaysia

5 comments for "Resepi Kek Minyak Nestum Moist Gerenti Jadi Guna Sukatan Cawan, Sedapnya!"

  1. owh macam kek marble..kalau moist, memang sedap..lemak-lemak manis..

    ReplyDelete
  2. aduhhhh nak cuba jugak lah kak... kat rumah ada nestum... lebihan buat popia nestum tu... mekasih resepinya

    ReplyDelete
  3. Eza nak try jugak la resipi ni, malam ni nak beli bahan :D

    ReplyDelete