Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Maksud Di Sebalik Warna Air Kencing & Kesan Bahaya Akibat Menahan Kencing Terlalu Lama

Maksud Di Sebalik Warna Air Kencing & Kesan Bahaya Akibat Menahan Kencing Terlalu Lama | Sebagai seorang manusia biasa, sudah semestinya kita kena ambil tahu tahap kesihatan diri masing-masing. Dan terdapat pelbagai petunjuk sebenarnya untuk tahu tahap kesihatan termasuklah dengan warna air kencing. 

Warna air kencing ini sebenarnya ada maksud yang tersendiri. 

Dan melalui warna air kencing ini juga kita boleh tahu sama ada ianya warna air kencing normal, air kencing diabetes, air kencing berdarah, air kencing kotor (selalu ada kaitan dengan ibu hamil) dan lain-lain lagi. 

Bagi sesiapa yang ingin tahu apakah maksud di sebalik warna air kencing ini, boleh baca artikel ini dari awal hingga akhir.

Maksud Di Sebalik Warna Air Ken


Warna Air Kencing Boleh Berubah-Ubah 

Warna air kencing memang boleh berubah-ubah. Perubahan warna air kencing ini dipengaruhi oleh beberapa faktor. Paling penting ia ada kaitan dengan kadar jumlah air di dalam tubuh badan kita. Warna kuning pada air kencing pula disebabkan oleh pigmen yang disebut sebagai urochrome. 

Warna dan bau air kencing (urin) ini membawa makna yang penting kerana ia ada kaitan dengan organ buah yang bertanggungjawab menghasilkan kencing sebagai satu bentuk perkumuhan untuk tubuh badan kita ini.

Air kencing yang dihasilkan di dalam ginjal (buah pinggang) akan disalurkan menggunakan saluran kencing ureter ke punding kencing untuk dikumpulkan dan seterusnya di buang. 

9 Maksud Di Sebalik Warna Air Kencing Mengikut Tahap 

Menurut info yang di baca, terdapat 9 warna air kencing dan setiap satu daripadanya memang mempunyai maksud di sebalik warna air kencing ini. 

Maksud Di Sebalik Warna Air Kencing

#1 - Warna Air Kencing Jernih atau Tiada Warna Sama 

Jika air kencing yang dibuang itu tidak mempunyai warna atau nampak jernih saja, maka itu bermaksud kita telah minum air yang terlalu banyak.

Memang betul minum air yang banyak itu adalah bagus untuk kesihatan tetapi dalam masa yang sama kita tidak boleh minum air dengan terlebih banyak juga. Dalam erti kata lain, minum air kosong itu hendaklah pada tahap yang sepatutnya bersesuaian dengan kehendak tubuh masing-masing. 

Jika di lihat warna air kencing jernih seakan tiada warna begini maka bolehlah dikurangkan sedikit pengambilan air kosong supaya warna air kencing akan kembali menjadi sihat dan normal. 

#2 - Warna Air Kencing Kuning Pucat 

Warna air kencing yang kelihatan seakan pucat pula merupakan petanda bahawa tubuh badan seseorang itu berada pada tahap yang baik. Warna air kencing yang pucat merupakan warna air kencing yang normal dan boleh dijadikan sebagai penanda aras untuk kesihatan tubuh badan kita.

Minum air dengan cukup hingga tidak berlebihan dan tidak teragak membuang air kecil apabila perlu merupakan gaya hidup sihat yang perlu terus diamalkan. 

#3 - Warna Air Kencing Kuning Jernih / Kuning Terang 

Air kencing yang berwarna kuning jernih atau kuning terang ini juga merupakan petanda bahawa tubuh badan berada pada tahap yang normal. Salah satu penyebab kepada air kencing berwarna begini adalah kerana tubuh terdedah kepada cahaya matahari dalam tempoh yang lama. Jika ingin lebih sihat, kurangkan dari terdedah dengan cahaya matahari bagi mendapatkan warna air kencing yang lebih baik.

#4 - Warna Air Kencing Kuning Pekat Seperti Madu  

Air kencing juga ada yang berwarna kuning pekat seperti madu. Pada fasa ini ia dianggap sebagai tahap terakhir dalam kategori air kencing normal. Warna air kencing yang pekat seperti madu ini juga membawa petanda bahawa tubuh badan masih tidak cukup kandungan air. Jadi, perlulah minum lebih banyak air kosong berbanding biasa. 

Kandungan air yang cukup untuk buah pinggang terus berfungsi adalah sangat penting dan bagi mengelakkan masalah kesihatan berlaku, amalkan gaya pemakanan sihat dan kekalkan pengambilan air kosong pada tahap yang sepatutnya. Untuk mengelakkan perkara ini dari berterusan, minum air dengan lebih banyak dan kerap membuang air kecil. Rutin ini dapat membantu buah pinggang untuk terus mencerna toksin di dalam badan kita.

#5 - Warna Air Kencing Coklat  

Air kencing warna coklat? Tahu atau tidak, jika air kencing anda berwarna ini, anda mungkin mempunyai masalah hati atau ‘severe dehydration’ iaitu dehidrasi terlampau. Untuk mengatasinya pada peringkat awal, pastikan anda minum air dengan secukupnya. Jika keadaan masih berlarutan, pastikan anda berjumpa dengan doktor untuk proses yang seterusnya.

#6 - Warna Air Kencing Kemerah-Merahan 

Jika anda banyak makan ubi merah atau ‘blueberries’, jadi mungkin itu adalah sebabnya. Tetapi jika tidak? Ini bermakna terdapat darah dalam air kencing anda. Mungkin kadang-kadang ada yang terlepas pandang khususnya wanita yang fikir ada kena mengena dengan darah haid, tetapi tidak seperti apa yang anda sangka. Jika ada darah dalam air kencing, ini mungkin penyebab kepada masalah buah pinggang, tumor, jangkitan kuman dalam air kencing mahupun masalah prostat.

#7 - Warna Air Kencing Oren 

Kadang-kadang ramai yang keliru sama ada air kencing mereka berwarna kuning pekat atau oren kan? Jika air kencing anda berwarna oren, ini boleh juga terjadi di atas faktor pemakanan. Makan terlalu banyak lobak merah juga menjadi penyebab kepada air kencing berwarna sebegini, tetapi dalam masa dua hari air kencing akan kembali normal. Sebab lain ialah, anda mungkin ada masalah dengan hati. Jadi, anda dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan doktor supaya masalah ini boleh diselesaikan.

#8 - Air Kencing Kebiruan atau Kehijauan 

Air kencing berwarna biru terjadi di atas faktor pengambilan ubat. Faktor pemakanan juga adalah penyebab kepada air kencing berwarna biru ini. Tengok macam aneh kan? Faktor lain juga adalah mungkin saluran urinari atau air kencing anda telah dijangkiti bakteria dan menyebabkan air kencing menjadi warna biru. Dapatkan nasihat doktor supaya anda sentiasa mendapat rawatan yang sepatutnya.

#9 - Air Kencing Berbuih

Air kencing berbuih ini dikatakan terjadi kerana buah pinggang menyahkan segala toksin dan protein yang berlebihan di dalam buah pinggang. Air kencing berbuih juga terjadi kerana masalah dalam sistem urinari dimana jangkita kuman pada saluran air kencing telah berlaku.

Jadi, perkara ini adalah agak serius dan jangan perlu dipandang remeh.Untuk individu yang tidak hamil, tidak mengalami dehidrasi dan tidak mengambil supplemen tetapi masih mempunyai air kencing berbuih, anda perlu dapatkan nasihat dan rawatan doktor untuk mengelakkan hal yang lebih teruk.


Selain Warna, Air Kencing Turut Mempunyai Perubahan Bau 

Selain warna, air kencing turut mempunyai perubahan bau. Berikut adalah beberapa sebab-sebab bau air kencing boleh berubah:

  • Ubat-ubatan atau makanan tambahan.
  • Keadaan genetik tertentu, seperti Maple Sirap air kencing Penyakit, yang menyebabkan air kencing bau menjijikkan manis.
  • Makanan tertentu - terutamanya asparagus. Asparagus terkenal dengan menyebabkan bau busuk, eggy atau "cabbagy" yang terhasil daripada sebatian sulfur dipanggil methyl mercaptan (juga terdapat dalam bawang putih dan rembesan Skunk). 
  • Jangkitan air kencing.
  • Diabetes yang tidak terkawal diketahui boleh menyebabkan air kencing berbau mempunyai manis buah-buahan. Pada masa lalu, doktor mengdiagnos penghidap diabetes dengan menuang air kencing ke dalam pasir untuk melihat jika ia sudah cukup manis untuk menarik minat serangga.

Kekerapan membuang air kencing yang normal adalah dalam 7 hingga 10 kali sehari bergantung kepada jumlah air yang anda minum.

Kesan Bahaya Menahan Kencing Terlalu Lama 


Pasti ramai daripada kita yang pernah tahan kencing, kan? Untuk pengetahuan, menahan kencing merupakan salah satu tindakan berbahaya yang kerap dilakukan terutama dikalangan  orang wanita kerana perbuatan menahan kencing terlalu lama ini boleh memberikan kesan yang tidak baik. Kebiasaan menahan kencing dalam waktu lama ternyata memiliki kesan buruk bagi kesihatan untuk jangka panjang. 

Menahan kencing perut boleh jadi sakit dan menahan kencing ini turut disebut sebagai 'penyakit tahan kencing'. Berikut adalah beberapa risiko sekiranya kita sering menahan kencing terlalu kerap. 

Maksud Di Sebalik Warna Air Kencing

Kesan Bahaya Menahan Kencing #1 - Inkontinensia urin 

Penting untuk kita fahami bahawa jika kita tidak buang air kencing secara teratur, pundi kencing boleh mengalami situasi dipanggil atrofi atau ia akan menjadi lemah. Akibatnya, kita boleh mengalami inkontinensia urin yang menyebabkan kebocoran urin yang tak disengajakan.

Kesan Bahaya Menahan Kencing #2 - Jangkitan Saluran Pundi Kencing 

Sering menahan kencing boleh menyebabkan jangkitan saluran pundi kencing kerana bakteria dapat berkembang dengan baik. Risiko terkena jangkitan itu juga cukup tinggi jika kita tidak cukup minum air. 

Jika kita sering tahan kencing, sebaik-baiknya kenali tanda dan gelaja jangkitan saluran pundi kencing seperti : 
* Sensasi terbakar yang tajam ketika buang air kecil 
* Urin tidak berwarna atau berdarah 
* Rasa sakit pada bahagian bawah perut 
* Urin berbau busuk

Kesan Bahaya Menahan Kencing #3 - Pundi Kencing Meregang 

Kebiasaan menahan kencing untuk jangka waktu panjang boleh menyebabkan pundi kencing anda meregang. Jika perkara itu berlaku, kita mungkin akan mengalami kesukaran ketika kencing dan sentiasa rasa ingin membuang air kecil. Situasi ini juga boleh menyebabkan inkontinensia urin.

Kesan Bahaya Menahan Kencing #4 - Urin Kekal Dalam Pundi Kencing 

Kebiasaaan menahan kencing juga boleh menyebabkan urin tidak keluar sepenuhnya kerana berlaku masalah tersumbat pada saluran kencing melalui pundi kencing dan uretra. Kekerapan membuang air kecil sebenarnya berbeza bagi setiap individu namun 7 hingga 10 kali sehari adalah normal.

Sebagian orang tentu pernah menahan buang air kecil terlalu lama kerana menganggap ia adalah perkara biasa yang tidak bahaya, namun hakikatnya perbuatan menahan kencing ini boleh bawa risiko pada kesihatan untuk jangka masa panjang kelak. Seeloknya, elak perbuatan ini supaya akibat menahan kencing terlalu lama tidak berlaku ke atas tubuh diri masing-masing. 

Jika mahu elak kencing malam terlalu kerap, pastikan anda kurang minum air pada waktu malam dan kencing sebelum tidur biarpun tidak terasa seperti ingin membuang air kecil pada waktu tersebut. 

Dan andainya ada terasa sakit ketika menahan kencing dan ingin mengatasi sakit akibat menahan kencing tersebut, ada baiknya kembali disiplinkan diri dengan lebih kerap ke toilet walau pada sesuatu waktu tersebut sama sekali tidak rasa untuk kencing. Sedaya upaya cuba latih diri untuk sering buang air kecil bagi membantu diri untuk keluar dari masalah menahan kencing ini. 

Jangan Tahan Kencing Dan Pastikan Kenalpasti Warna Air Kencing Untuk Kesihatan Tubuh Sendiri 

Pada dasarnya, makna di sebalik warna air kencing ini adalah penting untuk kita ketahui. Mungkin ada yang terasa jijik tapi hakikatnya itu adalah lumrah kejadian yang ada sangkut paut dengan kehidupan. 

Warna dan bau air kencing itu sendiri membawa makna yang penting tentang status kesihatan kita kerana buah pinggang ialah salah satu organ yang sangat utama dalam tubuh. 

Itulah serba sedikit info mengenai maksud disebalik warna air kencing bersama kesan bahaya akibat menahan air kencing terlalu lama. Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat pada pembaca semua di luar sana. 

Sumber : 
Jemput join :

Telegram Rasmi Sis Hawa Blog 👉  https://t.me/sishawadotcom

Telegram Rasmi Info Ibu Hamil & Baby 👉  https://t.me/ibuhamilmalaysia


Post a Comment for "Maksud Di Sebalik Warna Air Kencing & Kesan Bahaya Akibat Menahan Kencing Terlalu Lama "