Hamil 9 Bulan Faye Kusairi Lumpuh Sebelah Muka, Kenali Apa Itu Penyakit Bell's Palsy | PELAKON Faye Kusairi yang saat ini sedang sarat hamil 9 bulan sedang di uji dengan penyakit Bell's Palsy. Mungkin ramai yang masih belum tahu apa itu Bell's Palsy, bagaimana ia menyerang, apa punca dan simptomnya? 

Di sini akan dikongsikan beberapa info yang berkaitan dengan penyakit Bell's Palsy ini dan semoga kita sama-sama tahu tentang serangan Bell's Palsy dan bagaimana untuk menghadapinya jika ditakdirkan turut menerima sakit ini seperti pelakon Faye Kusairi.

Dayangku Faratiwan Adnil binti Awang Kusairi yang kini berusia 33 tahun (lahir pada 19 Jun 1987) dan kita semua mengenalinya dengan nama Faye KusairiPelakon Faye Kusairi yang kini sedang sarat hamil 38 minggu mengalami masalah Bell's Palsy semenjak minggu lalu. 

Apa Itu Penyakit Bell's Palsy

Sebagaimana wanita dan bakal ibu yang lain, Faye juga sentiasa berusaha sedaya upaya untuk menjaga kesihatannya demi anak tersayang di dalam kandungan tetapi sudah ditakdirkan ujian untuknya datang dalam bentuk begini, maka Faye perlu kuat untuk menghadapinya. 

“Sentiasa positif dan jangan malu. Sakit itu adalah satu anugerah daripada Allah SWT,” kata-kata pelakon Faye Kusairi ini sememangnya betul. 

Apa Itu Bell's Palsy? 

Bagi yang belum tahu apa itu penyakit Bell's Palsy, Bell's Palsy adalah sejenis penyakit yang berkenaan dengan kelumpuhan dan penyakit ini disebabkan oleh kerosakan saraf yang mengawal otot muka. 

Bell's palsy adalah nama sebutan di dalam bahasa Inggeris, manakala di dalam bahasa melayu ia dikenali sebagai Palsi Bell. Di Indonesia pula, ia dikenali sebagai gejala stroke mulut miring.

Bell's palsy adalah sejenis penyakit lumpuh saraf muka yang menyebabkan ketidakmampuan mengawal otot muka pada sisi yang terkena penyakit. Ada yang kena pada bahagian wajah sebelah kiri dan ada yang kena serangan Bell's Palsy pada wajah sebelah kanan. 

Apa Itu Penyakit Bell's Palsy


Apakah Bell's Palsy Bisa Sembuh & Berapa Lama Bell's Palsy Sembuh? 

Ya, Bell's Palsy ini boleh sembuh! Bell's palsy merupakan kelemahan yang terjadi pada salah satu sisi otot wajah dan sifatnya adalah untuk sementara. Kebanyakan orang yang diserang penyakit palsy Bells akan pulih sepenuhnya dalam masa yang tertentu. Kadang ada yang pulih dalam masa satu atau dua minggu.

Gejala Bell's palsy hanya terbatas pada otot wajah dan sebagian besar penderita dapat pulih sepenuhnya dalam kondisi betul-betul sembuh setelah 3-6 bulan. Tetapi ada juga sesetengah orang yang mempunyai gejala Bell's palsy sepanjang hayatnya. 

Selalunya gejala Bell's Palsy ini akan menyebabkan si pesakit tidak boleh menutup kelopak mata dan perlu segera mendapatkan pemeriksaan dari doktor bagi mengesahkan kondisi ini sebagai Bell's Palsy. Selain Faye Khusairi, pelakon Hollywood terkenal Angelina Jolie turut pernah mengalami penyakit Bell's Palsy. Ohya penyakit ini juga boleh menyerang pada kaum lelaki. 

Apa Itu Penyakit Bell's Palsy

Kenapa Penyakit Bell's Palsy Sering Menyerang Ibu Hamil Yang Sarat Mengandung?


Bell's palsy merupakan gangguan pada saraf wajah dan kerap dialami oleh ibu hamil. Sebenarnya Bell’s palsy ini boleh terjadi pada sesiapa saja tetapi risikonya itu lebih tinggi pada wanita yang tengah hamil lagi-lagi dalam keadaan sarat mengandung.  Penyakit bell's palsy pada ibu hamil hingga saat ini masih belum difahami sepenuhnya kenapa ia lebih sering ditemukan pada ibu hamil, penderita diabetes, dan HIV berbanding orang biasa. 

Berdasarkan data penelitian yang telah dibuat, ibu hamil mencatat 3.3 kali lebih ganda mendapat serangan penyakit bell's palsy dibandingkan perempuan yang tidak hamil. Risiko bell’s palsy meningkat saat kehamilan memasuki trimester akhir atau trimester ketiga. Penyakit Bell's Palsy dengan keadaan kelumpuhan wajah ini juga boleh terjadi pada orang yang berusia 15 hingga 60 tahun. 

Menurut perkongsian info dari dr. Saphira Evani melalui lamanweb Alo Dokter, secara umumnya penyakit Bell's Palsy dikaitkan dengan beberapa penyakit seperti infeksi telinga bahagian tengah, diabetes, infeksi virus seperti virus herpes simpleks, varicella zoster, adenovirus, Epstein Barr, penyakit diabetes dan lainnya. 

Apa Itu Penyakit Bell Palsy

Selain itu,  ada banyak juga informasi lain yang berpendapat bahawa bell's palsy ini ada kaitan dengan keadaan seseorang yang terlalu banyak kena angin atau AC. Namun hal ini hanyalah sekadar faktor ke arah penyebaran virus penyebab bell's palsy itu sendiri. Oleh itu, adalah disarankan untuk tidak terlalu bergantung pada hawa dingin sepenuh masa dan sebaiknya biarkan juga udara luar masuk. 

Gejala Bell's Palsy & Simptom-Simptomnya 

Walau penyakit Bell's Palsy ini boleh sembuh dalam jangka waktu yang cepat selalunya tetapi ia tetap berbahaya dan perlu mendapat pemeriksaan serta rawatan segera dari doktor. Lagi-lagi untuk ibu yang sedang sarat mengandung tu. 

Kita juga boleh mula mengenalpasti akan simptom atau gejala untuk penyakit Bell Palsy ini. Antara gejala yang sering dikaitkan itu adalah seperti : 

  • Telinga rasa berdengung di bahagian sisi sebelah kanan disusuli dengan kehilangan deria rasa pada lidah
  • Kemampuan merasa pada lidah semakin berkurangan
  • Sukar untuk menunjukkan ekspresi pada wajah. Apabila tersenyum, mulut rasa ditarik ke arah yang lain sehingga kelihatan senget 
  • Susah untuk menutup mata hingga adakalanya terpaksa menggunakan kain kasa dan plaster untuk tidur kerana mata hanya boleh ditutup setengah saja.
  • Jika menangis, air mata di bahagian yang sakit tidak menitis 
  • Sukar untuk mengangkat alis kening dan kerutan pada bahagian dahi juga hilang
  • Ada gangguan ketika mengecap dan mengunyah makanan.

Kaedah Untuk Mengurangkan Penyakit Bell's Palsy 

Antara kaedah yang boleh dilakukan untuk mengurangkan penyakit Bells Palsy ini adalah dengan melakukan urutan dan juga senaman. Terdapat 5 senaman mudah yang disyorkan kepada pesakit Bell's Palsy.

1. Angkat Kening 

Angkat kedua-dua kening ke atas, tahan selama 10 saat dan ulang sebanyak 10 kali.

2. Pejam Mata

Pejamkan mata serapat yang boleh. Tahan selama 10 saat dan ulang sebanyak 10 kali.

3. Kerutkan Hidung

Kerutkan hidung sambil menarik nafas panjang melalui hidung. Hembus melalui mulut. Ulang sebanyak 10 kali.

4. Muncungkan Mulut

Muncungkan mulut anda seperti sedang meniup lilin, tahan 10 saat. Ulang 10 kali.

5. Sebut A E I O U 

Sebut huruf A, E, I dan O semaksima mungkin. Ulang sebutan huruf ini sebanyak 10 kali.

Doa Bell Palsy & Penyakit Lumpuh Dari Ustaz Sharhan Shafie 

Tanda2 Bells Palsy Semakin Sembuh

Untuk tanda-tanda Bells Palsy ini semakin sembuh adalah dengan semakin berkurangan atau semakin hilang setiap gejala yang dialami sebelum ini. Sebagai contoh, deria rasa sudah semakin okay sedikit demi sedikit, mata sudah semakin rapat ditutup berbanding sebelumnya, kening dan dahi sudah semakin mudah untuk dikerutkan berbanding dengan keadaan sebelumnya. 

Jangan Stress Sebaliknya Bersikap Positif Seperti Faye! 

Bell's palsy causes stress jadi bagi sesiapa yang secara tiba-tiba muka menjadi senget akibat serangan "bells palsy" ini, janganlah terus berasa stress kerana ramai pesakit lain yang turut mendapat perkara yang sama. Jika berlaku, cepat-cepatlah pergi ke hospital untuk dirujuk kepada klinik pakar bagi mendapat rawatan untuk penyakit Bell Palsy ini. 

Bagi ibu yang sedang hamil, jika diserang oleh penyakit Bell Palsy, tidak dinafikan akan berasa panik tetapi jangan terus menyalahkan anak di dalam kandungan kerana sesiapa saja boleh mendapat Bell's palsy ini pada bila-bila masa sahaja. Bagi sesetengah orang, gejala akan terlihat ketika bangun dari tidur dan seperti pelakon Faye khusairi beliau kena serangan Bell Palsy di saat hamil 38 minggu ketika sedang menggosok gigi. Secara tiba-tiba saja muka sebelah kanan Faye lumpuh. 

Bell’s Palsy Journey : Faye Khusairi Kongsi Keadaan Lumpuh Sebelah Muka Melalui Video 

Memuat naik perkongsian terbaru di Instagram, pelakon Faye Kusairi berkongsikan perkembangan kesihatannya selepas di serang Bell's Palsy. 

Susulan kisah dirinya terkena serangan Bell's Palsy yang mengakibatkan lumpuh pada sebahagian wajah itu, pelakon Faye Kusairi mengakui dia lebih bersifat positif dan tidak malu untuk menunjukkan keadaan dirinya pada ketika ini dengan bercakap dalam keadaan muka yang senget di dalam video. 

Faye Kusairi kongsi video lumpuh sebelah muka melalui Instagram 


Lumpuh sebelah mukaFaye Kusairi sentiasa positif untuk cepat sembuh, Jangan riyak dengan muka yang cantik” , kata-kata Faye ini ternyata lebih membuatkannya bermuhasabah diri. 


Sedang Alami Penyakit Bells Palsy? Jadikan Faye Sebagai Contoh Untuk Menghadapinya! 

Saat mengandung, ada dikalangan ibu hamil ini yang mendapat diabetes, ada yang alami masalah darah tinggi, ada yang bengkak kaki sampai sukar nak berjalan, ada yang terus tak lalu makan sampai berat badan turun berkilo-kilo dan sudah tentu, ada juga yang alami sakit Bells Palsy ini. 

Tersenyum kembali setelah sembuh dari Bell's Palsy, pastinya semua pesakit bells palsy ingin kembali seperti keadaan asal. Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul, sabar ya. Teruskan berdoa terutama selepas usai solat semoga Allah SWT mempermudahkan semuanya serta terus diberi tahap kesihatan yang baik pada baby dalam kandungan. 

Untuk pelakon Faye Kusairi, didoakan semoga lekas sembuh untuk kembali ke keadaan asal dan semoga baby di dalam kandungan sihat. Harap Faye dapat segera bebas dari serangan penyakit Bells Palsy ini dan selamat melahirkan baby tanpa sebarang komplikasi. 









Terima kasih kerana membaca. Apa pendapat anda tentang artikel ini? Jemput komen di bawah.