6 Perkara Haram Ketika Haid Pada Perempuan Muslim Dalam Islam
6 Perkara Haram Ketika Haid Pada Perempuan Muslim Dalam Islam | Larangan ketika haid dalam Islam di kira sebagai perkara yang haram dilakukan. Haram ketika haid merupakan perkara-perkara yang tidak boleh dilakukan pada mana-mana wanita muslim ketika di dalam keadaan datang bulan.
Ini kerana haid itu merupakan hadas besar, dalam erti kata lain, sedang berada dalam keadaan kotor. Jika dilakukan juga maka ia akan dianggap berdosa besar.
Yelah, darah haid tu kan kotor! Haid itu merupakan darah kotor yang keluar dari badan seorang perempuan jadi tentunya ada perkara yang tidak boleh dilakukan semasa berada dalam keadaan ini.
Di sini akan dikongsikan enam perkara utama yang haram dilakukan oleh wanita muslim ketika haid bersama info sampingan lain yang berkaitan.
6 Perkara Yang Haram Perempuan Lakukan Ketika Haid Dalam Islam
1. Solat
“Dari Aisyah RA, “Bukankah bila si wanita haid ia tidak shalat dan tidak pula puasa? Itulah kekurangan agama si wanita” (Muttafaqun ‘alaih, HR. Bukhari dan Muslim)
“Apakah kami perlu mengqodho’ shalat kami ketika suci?” ‘Aisyah menjawab, “Apakah engkau seorang Haruri? Dahulu kami mengalami haid di masa Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam masih hidup, namun beliau tidak memerintahkan kami untuk mengqodho’nya. Atau ‘Aisyah berkata, “Kami pun tidak mengqodho’nya.” (HR. Bukhari)
2. Puasa
“Hadist Muadzah bertanya kepada Aisyah RA, ‘Kenapa gerangan wanita yang haid mengqadha’ puasa dan tidak mengqadha’ shalat?’ Maka Aisyah menjawab, ‘Apakah kamu dari golongan Haruriyah? ‘ Aku menjawab, ‘Aku bukan Haruriyah, akan tetapi aku hanya bertanya.’ Dia menjawab, ‘Kami dahulu juga mengalami haid, maka kami diperintahkan untuk mengqadha’ puasa dan tidak diperintahkan untuk mengqadha’ shalat’” (HR. Muslim)
3. Hubungan Badan Dengan Suami
“Barangsiapa yang menyetubuhi wanita haid atau menyetubuhi wanita di duburnya, maka ia telah kufur terhadap apa yang diturunkan kepada Muhammad shallallahu ‘alaihi wa sallam.” (HR. Tirmidzi dan Ibnu Majah)
“Mereka bertanya kepadamu tentang Haidh. Katakanlah: “Haidh itu adalah suatu kotoran.” Oleh sebab itu hendaklah kamu menjauhkan diri dari wanita di waktu Haidh; dan janganlah kamu mendekati mereka, sebelum mereka suci. Apabila mereka telah suci, maka campurilah mereka itu di tempat yang diperintahkan Allah kepadamu. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertaubat dan menyukai orang-orang yang mensucikan diri” (QS : Al-Baqarah : 222)
“Lakukanlah segala sesuatu (terhadap wanita haid) selain jima’ “(HR. Muslim)
4. Tawaf
Rasulullah menyampaikan kepada Aisyah, “Lakukanlah segala sesuatu yang dilakukan orang yang berhaji selain dari melakukan thawaf di Ka’bah hingga engkau suci.” (HR. Bukhari dan Muslim)
5. Masuk Dalam Masjid
Dari Aisyah RA berkata bahwa Rasulullah SAW bersabda, “Tidak ku halalkan masjid bagi orang yang junub dan haidh”
6. Membaca Kitab Al-Quran
Sebagaimana maksud ayat dari surah QS Al-Waqi’ah : ayat 79 “Tidak menyentuhnya kecuali orang-orang yang disucikan”
Hukum Wanita Dalam Haid Baca Al-Quran
Berdasarkan dalil dan hadis di atas, jelas dan nyata bahawa darah Haid itu merupakan sejenis kotoran dan wanita yang berada dalam keadaan haid ini dianggap tidak suci.
Banyak Persoalan Timbul Tentang Pantang Larang Ketika Haid
Antara persoalan lain yang turut diajukan tentang perkara yang tidak boleh buat semasa haid ini adalah seperti :
- benarkah haram potong kuku dan potong rambut ketika hadas besar seperti dalam haid ini?
- bolehkah basah rambut ketika haid?
- bolehkah sekadar membaca terjemahan Al-Quran dalam rumi ketika haid?
- bolehkah berzikir ketika dalam keadaan haid?
- apakah makanan yang dilarang ketika haid?
- apakah hukum belajar mengaji ketika haid?
- benarkah badan perempuan menjadi lemah ketika haid?
- kalau sedang haid, bolehkah baca surah Yasin?
- apakah buah yg tidak boleh dimakan ketika haid?
- apakah hukum mengajar iqra' ketika haid?
Eh macam-macam soalan lagilah! Kiranya kalau disenaraikan semuanya kat sini memang banyak sangat!
Dalam masa yang sama, bagi mendapat jawapan yang sahih, usahalah dengan cari bahan bacaan tambahan berkaitan atau boleh saja terus ajukan pada mana-mana insan yang arif tentang agama Islam.
Nak lagi mudah, search jawapan daripada ustaz dan ustazah melalui channel YouTube seperti contoh penjelasan yang diberikan oleh Ustaz Azhar Idrus mengenai bahagian tubuh badan isteri yang haram disentuh ketika haid oleh suaminya.
Bahagian Tubuh Badan Isteri Yang Haram Disentuh Suami Ketika Haid
Itulah serba sedikit info mengenai perkara haram atau pantang larang ketika haid menurut Islam. Para suami di luar sana pastikan ambil tahu juga tentang perkara haram ketika haid ini supaya tidak terjadi salah faham akibat tidak tahu tentang perkara haram yang tidak boleh perempuan buat semasa sedang haid ini.
Biasanya pasangan yang tahu apakah perkara haram ketika haid akan hidup dengan lebih rukun kerana tahu batas-batasnya. Isteri masih boleh melayan suami ketika isteri sedang haid cuma tahu setahap mana yang boleh.
Melakukan hubungan semasa haid contohnya, ia memang wajib diharamkan kerana boleh memberi kesan yang tidak baik pada kesihatan suami itu sendiri.
Semoga perkongsian perkara haram ketika saat haid bagi wanita muslimah ini dapat memberi sedikit sebanyak panduan dan sama-samalah kita menjaga diri supaya tidak melakukan perkara haram yang ditentang oleh agama Islam.
Kalau sedang haid, boleh lah kita mengajar anak mengaji ye, dengan syarat tak pegang al-quran. Guna tafsir?
ReplyDeletesaya pun rasa mcm tu tapi perasaan takut kalau salah tetap ada :D
Deleteterima kasih perkongsiannya
ReplyDeleteEntry yang penuh informasi. Semoga bermanfaat kepada semua pembaca. Terima kasih atas perkongsian.
ReplyDelete