Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Drama Bougainvillea Episod 1 Hingga Episod 15 (Akhir), Tonton Full Online

Drama Bougainvillea Episod 1 Hingga Episod 15 (Akhir), Tonton Full Online | Bougainvillea, ini kan nama saintifik untuk bunga kertas? Tapi artikel ini bukan tentang bunga Bougainvillea sebaliknya tentang sebuah drama melayu yang bertajuk Bougainvillea. Bougainvillea sebuah drama terbaru di slot Samarinda mengantikan drama Misteri Mona. 

Drama Bougainvillea ini sudah ditayangkan di TV3 dan jika terlepas waktu siaran untuk tontonan di TV, boleh tonton online secara full episode dari episode 1 hingga episode akhir nanti. Bagi yang belum mula menonton drama bersiri 'Bougainvillea', drama ini menampilkan gandingan Beto Kusyairy, Nora Danis dan Intan Ladyana. 

Drama Bougainvillea Episod 1 Hingga Episod 15 (Akhir)

Drama Bougainvillea adalah drama arahan Ayie Mustafa, terbitan Sha's Media Sdn Bhd. Ia disiarkan di slot Samarinda TV3 bermula 28 Disember 2020 pada setiap Isnin hingga Khamis pukul 10 malam. 

Info Lengkap Untuk Drama Bougainvillea 

JUDUL : BOUGAINVILLEA 

EPISOD : 15 

TARIKH MULA TAYANGAN : 28 Disember 2020 

WAKTU SIARAN : Isnin-Khamis, 10:00 malam 

SIARAN TV : Slot Samarinda TV3 

IDEA ASAL : Raja Azidah 

PENULIS SKRIP : Lynnda Sharudin 

PENGARAH : Ayie Mustafa 

PRODUKSI : Sha's Media Sdn Bhd 


Senarai Nama Pelakon & Watak Dalam Drama Bougainvillea 

Beto Kusyairy sebagai Adrian 

Nora Danish sebagai Mimie 

Intan Ladyana sebagai Aryanna 

Hanna Aqeela sebagai Hazira 

Ameerul Asyraf sebagai Ali Jasper 

Supayah sebagai Ilyana 

Ziema Din sebagai Bibah (Mak Ngah) 

Kirana Batrisyia sebagai Alisha 

Mior Darwish sebagai Azief 


LIRIL LAGU TEMA (OST) Boneka - Ernie Zakri 

Aku bukan mainan
'Tuk kau permainkan
Sesuka hatimu sahaja
Aku bukan wanita
Yang mudah kau cela
Yang mudah kau dera jiwa
Biarkan tertutup
Pintu kamu yang telah rapuh
Bukalah matamu
Takkan mekar bunga yang layu
Bukan boneka
Seperti apa yang engkau inginkan
Sesungguhnya aku tak sanggup
Sudah cukup
Tak perlu kau menyeksaku
Bukan boneka
Seperti apa yang engkau mahukan
Sesungguhnya aku tak sanggup
Sudah cukup tak perlu kau terus membunuhku
Aku takkan mengalah
Dihempas godaan
Dihembus bisikan halusmu
Aku takkan berdiam
Membiar kau rasuk
Membiar kau ragut mimpiku
Biarkan tertutup
Pintu kamu yang telah rapuh
Bukalah matamu
Takkan mekar bunga yang layu
Bukan boneka
Seperti apa yang engkau inginkan
Sesungguhnya aku tak sanggup
Sudah cukup
Tak perlu kau menyeksaku
Bukan boneka
Seperti apa yang engkau mahukan
Sesungguhnya aku tak sanggup
Sudah cukup tak perlu kau terus membunuhku
Takkan aku terikat
Dengan jari jemarimu
Meracunkan cinta
Takkan aku lepaskan
Jiwaku yang selamanya
Mengharapkan cinta sempurna
Bukan boneka
Seperti apa yang engkau inginkan
Sesungguhnya aku tak sanggup
Sudah cukup
Tak perlu kau menyeksaku

Bukan boneka
Seperti apa yang engkau mahukan (engkau mahukan)
Sesungguhnya aku tak sanggup (tak sanggup)
Sudah cukup (sudah cukup)
Tak perlu kau terus membunuhku

Sinopsis Drama Bougainvillea Secara Penuh 

Drama Bougainvillea mengisahkan tentang kehidupan Aryanna dan Adrian yang bahagia bersama anak-anaknya di sebalik kesibukan Adrian terhadap kerjayanya. Adrian seorang workaholic namun Aryanna sangat memahami kesibukan Adrian biarpun adakala dia terasa hati dengan Adrian. Bibah dan Mimie tinggal di sebuah rumah kampung. 

Mimie selalu berangan untuk berkahwin dengan lelaki kaya, dan Bibah sentiasa beri sokongan. Mimie sangat mengagumi keuarga Adrian dan Aryanna. Hazira sangat rapat dengan keluarga Adrian dan Aryanna dan dia bebas untuk keluar masuk rumah pasangan itu, dan turut rapat dengan anak-anak mereka. Perkahwinan bahagia Adrian dan Aryanna diuji ketika Aryanna mengalami kemalangan tragis dan koma. 

Adrian kemudian mengambil Mimie sebagai jururawat peribadi untuk menjaga Aryanna. Mimie menjaga dan menguruskan keperluan Aryanna dengan baik malah selalu membantu Mak Leha. Sikap Mimie begitu menyenangkan Adrian. 

Segala-galanya berubah apabila Mimie mula cemburu dan obses pada Adrian dan berangan untuk menjadi Aryanna. Mereka ditangkap khalwat dan perlu berkahwin tetapi Adrian masih mencintai Aryanna. Mimie mencari jalan untuk memisahkan mereka. 

Suatu hari, Aryanna bangun dari komanya dan berpura-pura hilang ingatan setelah dia mengetahui tingkah laku Mimie yang obsesif.

Drama Bougainvillea Episod 1 Hingga Episod 15 (Akhir)


Review Drama Bougainvillea

Bougainvillea merupakan sebuah drama yang agak berbeza dengan drama yang sering ditonton sebelum ini. Senarai pelakon untuk drama bersiri 'Bougainvillea' yang menampilkan gandingan Beto Kusyairy, Nora Danis dan Intan Ladyana ini juga nampaknya agak serasi kerana masing-masing memang ada bakat dalam lakonan. 

Drama Bougainvillea dengan jumlah 15 episod ini rasanya ramai akan tonton dari episod 1 hingga episod akhir. Tambahan pula, Bougainvillea ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia yang ditayangkan di hujung tahun 2020 dan akan terus bersiaran dalam tahun 2021. 

Itulah serba sedikit info drama Bougainvillea termasuk sinopsis drama Bougainvillea serta nama barisan pelakon untuk drama Bougainvillea ini. Jika berminat dengan jalan ceritanya, bolehlah tonton drama bersiri 'Bougainvillea' ini. 

Drama Bougainvillea Episod 1 Hingga Episod 15 (Akhir)

Ini pula adalah link tontonan secara online untuk drama Bougainvillea bermula dari episod 1 hingga episod 15 (Akhir). Setiap episod yang telah ditayangkan di TV, akan diupdate di sini hingga drama selesai, InshaAllah. 

Drama Bougainvillea Episod 1 Full Episode 

Drama Bougainvillea Episod 2 Full Episode 

Drama Bougainvillea Episod 3 Full Episode

Drama Bougainvillea Episod 4 Full Episode

Drama Bougainvillea Episod 5 Full Episode


Jika ada masa nanti, bolehlah cuba saksikan kesemua 15 episod untuk drama Bougainvillea disini. Mana tahu drama menampilkan Bougainvillea yang punya jalan cerita agak berbeza dari drama melayu tempata lain ini dapat memberi pengajarannnya juga. Almaklumlah, drama ni kan selalunya memang ada terjadi di dalam kehidupan masyarakat kita. 

Suka tonton drama melayu Malaysia seperti drama bougainvillea ini? Boleh jin group SUKA DRAMA MALAYSIA di Facebook untuk dapatkan lebih banyak link tontonan drama.


Post a Comment for "Drama Bougainvillea Episod 1 Hingga Episod 15 (Akhir), Tonton Full Online "