Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Kenali Apa Itu MRKH, Tajuk Drama Rahimah Tanpa Rahim Tak Patut Jadi Bahan Tawa

Kenali Apa Itu MRKH, Tajuk Drama Rahimah Tanpa Rahim Tak Patut Jadi Bahan Tawa | Kurang ajar! Inilah perkataan pertama terlintas difikiran saat terbaca komen dari segelintir nitizen berkaitan tajuk drama Rahimah Tanpa Rahim. Terkejut juga ada bila tajuk drama Rahimah Tanpa Rahim ini dijadikan sebagai bahan tawa. 

Sebagai seorang perempuan, isteri dan ibu pastinya daku ikut terkesan dengan gelak ketawa golongan segelintir nitizen yang dengan sengaja mempermainkan tajuk drama ini. 

Tapi setelah ku amati betul-betul, segelintir golongan ini tidak mempersendakan jalan cerita drama RAHIMAH TANPA RAHIM tetapi mempersendakan cara pemberian nama untuk drama tersebut. 

Kenali Apa Itu MRKH

Walaubagaimanapun, pada pendapatku sendiri, tajuk drama tersebut tidak ada sebarang masalah jika kita fikir dari sudut positif. Maksud nama Rahimah itu sendiri adalah sangat baik dengan membawa erti KESAYANGAN. 

Dan secara kebetulan pula, topik yang ingin dibawakan untuk drama ini adalah tentang sindrom MRKH yang berkaitan dengan 'rahim seorang perempuan'. Dan suka untuk diingatkan yang kedudukan rahim pada seseorang wanita itu sangat di pandang tinggi dalam Islam, jadi apa masalahnya? Melainkan jika diri sendiri memandang serong dan tertukar antara rahim dan dot dot dot (sila belajar)

Kenali Apa Itu MRKH 


Drama Rahimah Tanpa Rahim Atas Kita Sendiri Nak Nilai Bagaimana 

Jalan cerita drama Rahimah Tanpa Rahim membawakan tentang sindrom MRKH dan sindrom ini memang benar-benar ada berlaku di atas muka bumi kepunyaan Allah SWT ini. Ya, tak dinafikan sindrom ini agak rare tetapi ianya memang benar-benar ada berlaku pada segelintir perempuan yang ditakdirkan sedang berdepan dengan masalah MRKH ini. 

Disebabkan itu, apabila tajuk drama yang membawakan kisah kehidupan seorang gadis dengan sindrom MRKH ini ditertawakan dan sengaja di buat main, daku mula rasa tak sedap hati! 

Benar daku tak hadapi sindrom MRKH tetapi apa perasaan orang lain yang benar-benar sedang menghadapinya. Bagaimana pula perasaan segolongan isteri yang punya rahim tapi belum ada rezeki untuk terima zuriat? 

Perkara ini perlu diperhatikan dan tolong jangan sewenang-wenangnya menerima sesuatu dengan cara santai dan lucu. 

What Is MRKH? Bila Google Sudah Boleh Tahu  

Kenali Apa Itu MRKH

Antara soalan yang sering dicari pada Google Search oleh mereka yang ingin tahu berkaitan sindrom MRKH ini. 
Kenali Apa Itu MRKH

MRKH ini berlaku disebabkan oleh sindrom Mayer Rokitansky Kuster Hauser

Apa itu MRKH? Sindrom ini terjadi pada sistem reproduksi seorang wanita. Kondisi ini menyebabkan bahagian sulit seorang perempuan tidak berkembang dengan baik seperti seorang perempuan normal biasa. Bahkan ada dikalangan mereka yang mengidap sindrom ini sama sekali tak punya rahim walaupun kondisi luaran kelihatan normal.

Disebabkan itu, wanita yang mengalami sindrom MRKH ini biasanya tidak mengalami menstruasi (datang bulan) kerana tidak punya rahim dan tak juga boleh untuk mengandung dan melahirkan anak. 

Kenali Apa Itu MRKH

Hanya satu daripada 5.000 wanita yang didapati mengalami sindrom MRKH ini. Oleh kerana itu,  sindrom MRKH ini tergolong sebagai kes yang jarang sekali untuk ditemui tetapi hakikatnya walaupun sedikit, memang benar ada berlaku cuma ianya jarang dan agak sensitif untuk diperkatakan. 

Wanita mana yang berani untuk bercerita tentang dirinya yang tak ada rahim? 

Wanita mana yang tak terkesan apabila mengalami keadaan seperti ini?

Tapi memang ada wanita seperti ini yang kisah hidupnya sukar untuk kita gambarkan dengan kata-kata. 

Disebabkan itulah, drama Rahimah Tanpa Rahim ini diangkat bagi menyelami isi hati golongan yang sedang menghadapi sindrom MRKH yang tak ada rahim ini. Tapi ternyata, ada pula segelintir nitizen yang kurang peka atau memang tak pernah ambil tahu telah menjadikan ini sebagai bahan gelak ketawa!

Bagaimana mungkin seorang wanita tidak punya rahim?

Sebenarnya penyebab sindrom ini belum diketahui secara pasti. Perubahan gen tertentu ketika bayi masih dalam kandungan dianggap sebagai titik tolak hingga berlakunya keadaan seperti ini. Para peneliti juga masih mencari bagaimana perubahan genetik akibat MRKH boleh memengaruhi sistem reproduksi wanita sampai berlaku keadaan sedemikian rupa. 

Kenali Apa Itu MRKH

Yang jelas, kelainan reproduksi sindrom MRKH ini terjadi karena sejak dalam kehamilan awal, saluran Mullerianus yang harusnya terbentuk tidak terbentuk dengan normal. Ini tidak mustahil kerana kita sendiri sedia maklum ada di dalam golongan kita yang dilahirkan kusta kerana pembentukan pada bahagian sensitif yang tidak sempurna. 

Ohya, biasanya sindrom MRKH ini mula dikenal pasti tatkala seseorang gadis itu berusia sekitar 15 atau 16 tahun. Pada usia ini anak perempuan itu mula kelihatan hairan kenapa masih belum datang bulan dan bila didiagnosis oleh doktor, ada kemungkinan akibat sindrom MRKH. Tapi, sebagaimana yang telah dikatakan tadi, kes sebegini agak terpencil namun memang benar wujud. 

Tak Punya Rahim Terus Tak Boleh Mengandung?

Meskipun wanita dengan sindrom MRKH ini tidak boleh hamil seperti wanita normal lain tetapi mereka masih ada peluang untuk memiliki anak sendiri dengan bantuan teknologi dan kandungan itu akan berada di luar rahim. Tetapi ianya agak membahayakan nyawa.


P/S: mujurlah lelaki kat Malaysia ini tidak semuanya bersikap seperti itu. 


Post a Comment for "Kenali Apa Itu MRKH, Tajuk Drama Rahimah Tanpa Rahim Tak Patut Jadi Bahan Tawa"