Resipi Ayam Mangga (Mango Chicken) Menu Ayam Masam Manis Pedas Yang Menyengat! | Resipi Ayam Mangga Malaysia merupakan salah satu hidangan yang dapat menggembirakan hati ini. Kiranya kalau makan nasi putih dengan ayam mangga (mango chicken) memang happy sangat kerana dapat memenuhi selera. Lagipun rasanya yang masam manis tu benar-benar terasa ringan dan segar. Sekali makan boleh bertambah nasi.

Membesar di Malaysia, boleh dikatakan syurga dengan pelbagai jenis buah tropika eksotik. Dari Durian ‘King of Fruits’ hinggalah kepada buah-buahan bermusim lain seperti manggis, rambutan dan sebagainya. Mangga juga salah satu buah yang tidak kurang hebat rasanya.  

Inilah Menu Ayam Mangga (Mango Chicken) Yang Menyelerakan

Lihat pada gambar saja pun sudah bikin kecur air liur. Belum makan betul-betul lagi tu. Memang berhantu betul menu mango chicken ni. Mana taknya, rasa sangat sedap hingga bikin hati susah nak lupa. Sekali dah makan terus melekat tertusuk di hati dan sampai sekarang masih boleh membayangkan rasa masam manis pedasnya yang menyengat tu!

Resipi Ayam Mangga

Ada juga yang memasak resipi ayam mangga atau mango chicken ini dengan rasa yang lebih manis. Tak kisahlah, terpulang pada citarasa masing-masing kan?

Resipi Ayam Mangga

Banyaknya buah-buahan di Malaysia ini terutamanya mangga. Situasi ini telah membuatkan banyak restoran muncul dengan idea-idea baru yang segar untuk memasukkan buah-buahan ini ke dalam hidangan mereka. Misalnya. Durian dengan pelbagai menu pencuci mulut dan mangga yang digabungkan dengan ayam, udang atau ikan sebagai hidangan utama. Salah satu darinya sudah tentulah Mango Chicken.

Mangga hijau matang memberikan rasa manis dan tajam yang berbeza untuk hidangan ayam dan lebih padu bilada digabungkan dengan sos yang pedas. Betul-betul menyengat!

Di kampungku (utara), memang ada pokok mangga yang arwah ayah tanam. Tiap kali datang musim, buahnya bergayut dengan banyak tunggu dikutip untuk ngap! Cuma dakunya tak suka makan buah mangga yang belum masak secara terus. Tak suka rasa masam makan colek tu! Tapi buah mangga masam yang dijadikan menu makan dengan nasi daku okay. Untuk makan terus begitu saja daku lebih prefer buah yang masak ranum dari buah yang belum masak. 

Apabila buah mangga itu masak, ia mengeluarkan aroma yang sangat aromatik dan unik sebab tu hingga ke hari ini, buah mangga yang masak tetap menjadi kegemaran. Lagi-lagi buah mangga atau mempelam dengan nama Harum Manis. Happy bukan main bila tiba musimnya. Lihat buah harum manis dengan saiz yang besar di pokok benar-benar mengancam jiwa. 

Resipi Ayam Mangga


Resipi Ayam Mangga Malaysia (Mango Chicken) Yang Best 

Di sini akan dikongsikan sekali resipi ayam mangga (mango chicken) versi Malaysia. Resepi ayam goreng dengan mangga. Ayam Mangga atau Mango Chicken ini adalah antara menu yang agak popular di hotel dan restoran-restoran yang menyediakan masakan ala Thai. 

Bahan-bahan untuk ayam :

  • 2 keping isi dada ayam 
  • 1 ulas bawang putih 
  • Sedikit garam 
  • Lada sulah 
  • Tepung jagung 
  • Telur 

Cara untuk membuatnya : 

1. Isi dada ayam dipotong dua tiga kerat. Tumbuk bawang putih dan lumurkan pada ayam tersebut dan masukkan juga sedikit garam dan lada sulah.  

2. Perap seketika. golek-golekkan dlm telur, kemudian golekkan pada tepung jagung dan biar melekat pada isi ayam dan seterusnya digoreng dalam minyak yang banyak sehingga kekuningan. 

Bahan-bahan Untuk Sos :

2 sudu besar sos Plum 

1 sudu kecil sos cili/Thai 

1 sudu kecil sos tomato 

Potongan cili padi (jika nak lebih pedas, boleh tambah ikut sukalah nak berapa biji)

sedikit air masak suam 

Gula dan sedikit garam 

Parutan buat mangga muda 


Langkah terakhir : Campurkan kesemuanya dan rasalah biar sedikit manis 


Rasa Nak Cuba Tapi Susah Nak Dapatkan Bahan Masakan?

Tak dinafikan, mangga ni bukan mudah nak dapat. Lagi-lagi di bandar besar. Tapi, masih ada cara untuk dijadikan sebagai salah satu ikhtiar untuk mendapatkan bahan-bahan masakan dengan mudah. Tak payah keluar dari rumah pun! Caranya adalah dengan menggunakan servis grocery delivery dari pihak Pandamart.

Pandamart ini diusahakan oleh Foodpanda. Kiranya Foodpanda bukan saja ada menyediakan servis penghantaran makanan siap di masak tetapi juga bahan-bahan makanan yang belum dimasak juga. Dengan kaedah pemesanan online sekali dengan penghantaran seperti ini dapatlah menjimatkan masa dan memudahkan urusan kerja seharian terutama dikalangan mereka yang sibuk berkerja.