Ibu Muda Kaya Meninggal Terjun Bangunan Bersama Bayi, Jangan Pandang Rendah Pada Depresi | Depresi dalam bahasa melayu kita disebut sebagai kemurungan. Dan jika lepas bersalin, orang lama menyebutnya sebagai meroyan. Depresi, kemurungan dan meroyan ini sering dikata sebagai gila tetapi sebenarnya ia bukannya gila. 

Depresi ini sebenarnya adalah gangguan suasana hati (mood) yang didatangi dengan perasaan sedih. Kemurungan ini adalah gangguan perasaan seseorang yang menyebabkan seseorang itu merasa sedih yang berpanjangan, keletihan dan ketiadaan tenaga. Pada asasnya, depresi adalah reaksi normal ketika orang melalui perjuangan yang agak panjang, termasuk bersalin. 

Jangan Pandang Rendah Pada Depresi

Mungkin ramai juga yang mengganggap bahawa depresi itu sememangnya sama sahaja dengan stress. Tidak sama sekali. Ini kerana penyakit mental merupakan penyakit yang melibatkan gangguan pada fungsi otak yang boleh menyebabkan perubahan kepada proses pemikiran, perasaan dan tingkah-laku seseorang lalu mengakibatkan gangguan untuk menjalani aktiviti seharian dengan baik.

Antara tanda-tanda seseorang telah diserang penyakit depresi (tanpa sedar)

  • sentiasa berada dalam keadaan tiada mood dan susah untuk ceria
  • menghadapi kesukaran untuk menumpukan perhatian pada sesuatu perkara
  • mengalami penurunan atau kenaikan berat badan secara dramatik tanpa disedari
  • bakal mengalami gangguan tidur serta tabiat makan yang tidak normal
  • sering memikirkan soal hidup dan mati
  • pandai menyembunyikan cerita atau masalah yang dihadapi
  • lebih suka bersendiri 

Luo Lili, Hidupnya Mewah Tapi Terjun Bangunan Bersama Bayi 


Luo Lili, 34, allegedly plunged from her penthouse naked in Hong Kong last week; She was holding her five-month-old daughter who also died - saat terbaca artikel ini melalui Dailymail tadi, serius daku terkejut. Tak leh membayangkan bagaimana seorang ibu meninggal di tempat kejadian kerana membunuh diri bersama anak yang baru berusia 5 bulan. Saat menaip entry ini, jari jemari daku agak menggelatar. 

Who was Luo Lili? Siapa sebenarnya Luo Lili? Bagi yang tidak kenal siapa itu Luo Lili, menurut bacaan dari Google Search, Luo Lili ini merupakan seorang influencer yang juga sosialista terkenal. Luo Lili dilaporkan adalah satu-satunya anak perempuan kepada Luo Lin, pemilik kepada syarikat Chengdu Jinlin Real Estate yang agak kaya raya, dan keluarganya sangat berpengaruh dalam dunia perubatan Cina selama lebih dari enam generasi yang lalu.

Jangan Pandang Rendah Pada Depresi
- Luo Lili bersama bayi comelnya -


Menurut bacaam itu juga, Luo dikatakan memulakan perniagaan pertamanya pada usia 28 tahun dan menubuhkan syarikat TriBeluga yang berjaya pada tahun 2014. Luo Lili mengkhususkan dirinya dalam menyokong usahawan baru di China, Korea Selatan, dan AS. Berkat sokongan dari keluarga elitnya, Luo Lili mendapat pendidikan terbaik dan belajar di Amerika. Luo Lili juga pernah tinggal di Switzerland dan Australia. 

Dia juga pernah menjadi anggota aktif masyarakat Hong Kong dan berkongsi foto di media sosial dengan Hillary Clinton dan penyanyi Rita Ora. Salah seorang rakan karibnya adalah pemenang pingat Olimpik, Guo Jingjing.

Luo Lili may have ended her and her daughter's lives while suffering from post-natal depression, officials in Hong Kong believe dan itulah juga yang sedang diperkatakan di sana sini sekarang. Tambahan pula, Luo Lili merupakan seorang ibu tunggal. 

Daku tak berminat untuk bercerita tentang siapa ayah dari anak Luo Lili ini kerana daku lebih terkesan dengan kejadian itu sendiri. Meskipun ada yang menganggap ini sekadar sebuah kes bunuh diri yang menyayat hati, hakikatnya masalah depresi memang benar ada berlaku dikalangan orang kita terutama dikalangan wanita yang baru lepas bersalin. 

Menyentuh tentang depresi ini, daku pernah bertanya pada orang-orang lama, kenapa mesti berpantang lepas bersalin? Kenapa mesti ada orang yang tolong jaga? Jawapannya untuk sihat, badan nak pakai lama dan untuk berehat dengan baik.

Bila daku fikirkan balik bagaimana daku di minta untuk duduk saja berbaring selama seminggu dua lepas bersalin, tanpa perlu buat apa kerja. Hanya rehat dan luangkan masa bersama bayi sambil makan makanan berpantang (soal makanan daku pantang moden), terdetik di hati... orang tua kita bukan semata-mata untuk tubuh kembali sihat secara fizikal tetapi juga secara mental.

Duduk berehat hanya luangkan masa bersama anak tanpa perlu fikirkan soal kerja rumah adalah satu cara terapi minda tanpa kita sedar. Saat itu kita benar-benar dapat tumpukan perhatian pada diri sendiri sambil limpahkan kasih pada anak yang baru lahir. 

Paling penting, setiap suami hendaklah memahami keadaan ini. Janganlah ingat proses bersalin akan tamat setelah anak selamat dilahirkan sebaliknya proses pemulihan selepas bersalin itu juga penting! 

Apa salahnya balas kesusahan isteri yang mengandung anak kita itu selama 9 bulan 10 hari hanya dengan memberinya layanan dan rehat cukup selama 2 minggu sekurang-kurangnya. Tak perlu suap makanan ke mulut isteri, memadai jika dapat bantu jagakan anak-anak yang lain, bantu basuh pakaian yang kotor, bantu menyapu sampah, cuci pinggan dan kemas rumah seadanya supaya tidak nampak terlalu bersepah. Sepah itu akan membuatkan isteri rasa rimas dan makin tertekan sebenarnya. 

Adakah Bayi Kecil Ini Masuk Syurga?

Untuk soalan, apakah status kedudukan kanak-kanak dari keluarga non-Muslim apabila meninggal dunia sebelum baligh? Jawapannya boleh dirujuk berdasarkan hadis di bawah ini. 

Berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Samurah bin Jundub R.A, antara lain menyebut sabda Rasulullah SAW:

وَأَمَّا الرَّجُلُ الطَّوِيلُ الَّذِي فِي الرَّوْضَةِ فَإِنَّهُ إِبْرَاهِيمُ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَأَمَّا الْوِلْدَانُ الَّذِينَ حَوْلَهُ فَكُلُّ مَوْلُودٍ مَاتَ عَلَى الْفِطْرَةِ قَالَ فَقَالَ بَعْضُ الْمُسْلِمِينَ يَا رَسُولَ اللَّهِ وَأَوْلَادُ الْمُشْرِكِينَ فَقَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَأَوْلَادُ الْمُشْرِكِينَ

MaksudnyaAdapun lelaki yang tinggi di dalam Raudhah (taman syurga) itu, ialah Ibrahim SAW. Adapun anak-anak yang ada di sekelilingnya adalah setiap anak-anak yang dilahirkan yang mati di atas fitrah (yakni Islam dan dimasukkan ke dalam syurga). Lalu sebahagian orang Islam bertanya “Wahai Rasulullah, adakah ianya termasuk kanak-kanak orang musyrikin?” Lalu Rasulullah SAW menjawab, “Termasuk anak-anak orang musyrikin…”

Riwayat al-Bukhari (7047)


Akhir kata, semoga Allah SWT pelihara kita dari penyakit depresi ini. Lagi-lagi dalam keadaan di uji dengan virus corona covid-19 ini. Aamiin.