Idea Deko Ruang Tamu Simple Dan Murah Dengan Warna Biru Pink |  Setiap orang ada citarasa masing-masing, begitu juga dengan diri ni. Untuk deko ruang tamu daku sukakan keadaan yang simple dan murah, tak membazirlah kiranya. 

Tak kiralah deco ruang tamu sempit mahupun luas, deko yang simple adalah pilihan terbaik kerana daku punya anak ramai jadi perlukan ruang untuk mudah kami bergerak. Biar simple tapi selesa, begitulah kiranya.

Dalam banyak-banyak warna, kali ini daku pilih warna biru dan pink. Dari stay kat rumah sebelum ni daku memang dah gunakan warna biru cuma waktu itu lebih kepada carca marba. Niat tetap mahukan gaya scandinavian dari dulu cuma untuk deco secara menyeluruh supaya ruang tamu kecil tapi cantik terlaksana bukan satu perkara yang mudah! 

Disebabkan itu, daku gunakan peluang untuk berpindah ke rumah baru ini sebagai satu 'batu loncatan' untuk daku dapatkan gaya dekorasi ruang tamu simple dan murah yang daku impikan selama ni. 

Deko Ruang Tamu Simple Dan Murah 

Kat mana simplenya? Kat mana pula murahnya? Jawapannya mudah saja. 

Simple di sini adalah pada susun atur yang tidak sarat dan murah itu pula pada pemilihan barangan deco yang daku beli secara online dari Shopee saja. 


Langkah Yang Dilakukan 

#1 - Ukur Dan Nilai Potensi Ruang Tamu 

Pertama sekali sudah tentulah mengukur dan menilai saiz ruangtamu tersebut. Sebelum buat apa-apa, kena bayangkan dulu apakah deco yang ingin dilakukan pada ruangan tersebut. Di mana mahu susun perabot yang besar perlu di ambil kira terlebih dahulu. 

Deko Ruang Tamu Simple Dan Murah


#2 - Pilih Warna Cat Yang Sesuai Dengan Tema Deko 

Setelah dapat gambaran deko ruang tamu simple dan murah tu, mulakan dengan pemilihan warna cat dan cat pada semua bahagian yang diperlukan. Rumah ini sebelumnya berwarna oren dan kuning yang terang menyerlah. 

Maka untuk realisasikan dekorasi yang daku inginkan, maka daku membuat keputusan untuk menggunakan warna grey (kelabu) dari dua tone yang berbeza. 

Deko Ruang Tamu Simple Dan Murah

#3 - Susun Perabot Besar Yang Sedia Ada Dulu 

Siap urusan cat dan sudah kering sepenuhnya. Bermulalah operasi masuk barang ke rumah baru ini. Perabot besar seperti almari dan rak TV terus diletakkan pada tempatnya. Untuk bench kerusi panjang yang suami sendiri hasilkan bagi mengantikan sofa (dah tak nak pakai sofa lagi), daku biarkan dulu kedudukannya. 

Deko Ruang Tamu Simple Dan Murah


#4 - Letak Perkakas Elektik Utama Pada Tempatnya 

Sedikit demi sedikit di susun, alhamdulillah semakin lama semakin jelas rupa susunan tema baru untuk ruang tamu rumah ini. 

Deko Ruang Tamu Simple Dan Murah

#5 - Beli Perabot Baru Yang Sesuai Mengikut Kemampuan 

Selesai susun semua perabot lama yang diperlukan dan dirasakan kena dengan tema yang diinginkan, sekarang proses untuk membeli tambah barangan baru yang sesuai. 

Disebabkan kali ini daku ingin bawakan tema modern scandinavian dengan sedikit elemen boho (bohemian), maka daku beli 2 buah kerusi berwarna pink ini. Tak mahal pun harganya, sebuah kerusi ini berharga sekitar RM60 saja. Daku beli dari lamanweb Shopee. 

Deko Ruang Tamu Simple Dan Murah


#6 - Tambah Rak Untuk Tambahkan Ruang Letak Barang 

Setelah siap sediakan dua buah kerusi, kali ini daku beli sebuah rak IKEA berwarna putih, juga beli dari lamanweb Shopee. Harganya sekitar RM70 dan bila daku letakkan semua barangan baru dan lama, alhamdulillah semakin jelas gambaran deko ruang tamu simple yang daku mahukan. 

Deko Ruang Tamu Simple Dan Murah

#7 - Pilih Langsir Dengan Mengambil Kira Faktor Pencahayaan 

Kini tiba pula urusan pemasangan langsir. Untuk langsir daku beli dari Shopee untuk jenama IKEA. Cuma langsir ini daku ambil yang nipis bukannya yang tebal tu. 

Sebabnya, ruang tamu ini kedudukannya tidak menghala tepat ke arah jalan utama maka ia agak terlindung dari pandangan orang. Dan, dalam masa yang sama ia juga terlindung dari cahaya matahari luar. Jadi daku sengaja pilih langsir bersifat nipis begini bagi mendapatkan sedikit cahaya dari luar. 

Deko Ruang Tamu Simple Dan Murah

#8 - Tambahkan Cushion Untuk Lebih Selesa 

Akhir sekali, bermulalah proses susun atur dengan tambahan cushion supaya menaikkan lagi seri dan tema deco yang diinginkan. 

Deko Ruang Tamu Simple Dan Murah

Langsir tadi sengaja daku beli dari dua tone warna yang berbeza supaya dapat memberikan suasana yang lebih menyerlah. Mahu nampak lebih cozy gitu. 

Deko Ruang Tamu Simple Dan Murah

#9 - Letak Karpet Dengan Warna Yang Sepadan & Ikut Tema 

Dan warna carpet juga sudah tentulah selari dengan warna langsir tadi. Sebenarnya carpet ini dah lama. Dari sewaktu tinggal di rumah lama lagi. 

Deko Ruang Tamu Simple Dan Murah

#10 - Boleh Letak Indoor Plant Jika Suka 

Daku masih baru dengan dunia indoor plant ini, baru terjebak kata orang. Bagi pengemar indoor plant bolehlah letak pokok yang sesuai untuk berada di dalam rumah dan bagi yang rasa agak leceh boleh je letak pokok palsu tu. Alhamdulillah, setelah siap inilah hasilnya. 

Deko Ruang Tamu Simple Dan Murah

Deko Ruang Tamu Simple Dan Murah

#11 - Letak Lampu Untuk Tambahan Cahaya & Naikkan Seri Ruang  Tamu 

Dan tak lupa juga, lampu gantung turut di pasang. Lampu ini daku baru beli juga dengan harga RM40 untuk satu set, juga dari lamanweb Shopee. 

Deko Ruang Tamu Simple Dan Murah

#12 - Buat Sedikit Demi Sedikit, Jangan Over Budget! 

Inilah rupa keseluruhan untuk deko ruang tamu simple dan mudah yang telah daku siapkan bersama suami dan anak sulung. Deko ini belum siap sepenuhnya lagi tau. Ini kira baru selesai fasa 1. 

Deko Ruang Tamu Simple Dan Murah

Sekarang sudah masuk tahun baru 2021, dan sesungguhnya dekorasi ruang tamu di atas ini sudah berubah juga. Dalam erti kata lain, sewaktu artikel ini ditulis alhamdulillah dekorasi ruang tamu simple modern yang tidak sepertinya ini telahpun di naik taraf dekonya kepada fasa 2.

Bagaimanakah rupa ruang tamu ini sekarang? Apa bezanya rupa deko ruang tamu simple dan murah di atas dengan rupa terkini? Inilah lebih kurang rupa sekarang.


Untuk wajah baru keseluruhan ruang tamu, InshaAllah akan dikongsikan dalam artikel yang berikutnya. Akhir kata, terima kasih sudi singgah baca dan selamat tahun baru 2021. =D 








Terima kasih kerana membaca. Apa pendapat anda tentang artikel ini? Jemput komen di bawah.