Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Melastik Ke Hatimu Episod 1 Hingga Episod 13 (Akhir) - Tonton Drama Full

Melastik Ke Hatimu Episod 1 Hingga Episod 13 (Akhir) - Tonton Drama Full | Drama Melastik Ke Hatimu memulakan episod di tayangan slot Lestary TV. Melastik Ke Hatimu merupakan sebuah drama berepisod Malaysia 2021 hasil dari novel karya Aqma Dee. Drama Melastik Ke Hatimu ini dibintangi oleh Andi Bernadee dan Janna Nick sebagai pelakon utama. 

Selain di TV, boleh juga tonton drama Melastik Ke Hatimu secara online. Drama Melastik Ke Hatimu boleh terus ditonton bermula dari Episod 1 hingga ke episode akhir. Buat masa ini, drama Melastik Ke Hatimu Ep-1 sudah boleh terus ditonton diikuti oleh drama Melastik Ke Hatimu Ep-2, drama Melastik Ke Hatimu Ep-3 dan seterusnya hingga habis secara full episode. 

Melastik Ke Hatimu Episod 1 Hingga Episod 13 (Akhir)

Tonton Online Drama Melastik Ke Hatimu Episod 1 Hingga Episod 13 (Akhir) 

Melastik Ke Hatimu Episod 1 

Melastik Ke Hatimu Episod 2

Melastik Ke Hatimu Episod 3

Melastik Ke Hatimu Episod 4

Melastik Ke Hatimu Episod 5

Melastik Ke Hatimu Episod 6

Melastik Ke Hatimu Episod 7

Melastik Ke Hatimu Episod 8

Melastik Ke Hatimu Episod 9

Melastik Ke Hatimu Episod 10

Melastik Ke Hatimu Episod 11

Melastik Ke Hatimu Episod 12

Melastik Ke Hatimu Episod 13 - Akhir 


Info Dan Sinopsis Penuh Drama Melastik Ke Hatimu

Melastik Ke Hatimu ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2021 arahan Azmi Hatta dibintangi oleh Janna Nick, Andi Bernadee, dan Azrel Ismail. Siri drama melayu Melastik Ke Hatimu Episod 1 sudah mula bikin penonton rasa teruja kerana lakonan Janna Nick yang bersahaja dan meyakinkan. 

Drama : Melastik Ke Hatimu
Jumlah episode : 1 hingga 13 episode 
Tarikh MulaTayangan di TV : 21 Jan 2021
Waktu Tayangan : Rabu - Sabtu pada jam 9.00 malam
Siaran : Slot Lestary TV3
Pengarah : Azmi Hata
Produksi : OrangeTree Production Sdn Bhd

Pelakon Drama Melastik Ke Hatimu & Watak


Janna Nick sebagai Haura Annisa 
Andi Bernadee sebagai Ziyyad 
Norman Hakim sebagai Jeffry 
Wani Kayrie sebagai Fatin 
Puteri Sarah Liyana sebagai Faida 
Idzham Ismail sebagai Luqman

Sinopsis Penuh Drama Melastik Ke Hatimu

Drama Melastik Ke Hatimu mengisahkan tentang seorang gadis bernama Haura Annisa. Haura adalah seorang gadis kilang yang kononnya ‘gangster’ tapi hidupnya dikawal oleh ibunya yang mahukan menantu seorang yang kaya. Haura bercinta dengan Naim tetapi hubungan mereka ditentang kerana Naim hanyalah seorang posmen.

Haura terpaksa akur apabila dijodohkan dengan Ziyyad, seorang tauke kilang di tempat dia dan kakaknya Faida bekerja. Ziyyad digelar 'kayu cengal' oleh pekerja kilang kerana sikapnya yang tak endahkan orang rupanya menyimpan perasaan pada Haura dalam diam. Mereka terikat dalam perkahwinan. 
Ziyyad cuba memikat hati Haura dan Haura pula mencari jalan supaya Ziyyad menceraikannya kerana cintanya hanya untuk Naim. Ziyyad disenangi oleh ayah Haura yang terkena serangan strok dan kebaikan Ziyyad akhirnya berjaya membuahkan rasa cinta di hati Haura untuk suami.

Sedang mereka melakar bahagia, musibah melanda Ziyyad. Keluarga Ziyyad diisytihar muflis dan terbongkar suatu rahsia yang selama ini tersimpan kemas. Keadaan itu menyebabkan emak Haura memaksa Ziyyad melepaskan Haura.


Sinopsis Novel Melastik Ke Hatimu

melastik ke hatimu

Haura Annisa, si gadis ‘gengster kilang’. Namun, siapa menduga kehidupannya terkongkong dan dikawal emaknya. Si emak nekad mahu menantu kaya! “Yang awak bertenggek macam hantu atas jendela tu dah kenapa?” “Saya ambil anginlah,” bohong Haura. “Atas jendela? Dengan pakai tudung ekstra selipar berbulu ni sekali? Unik cara awak bersantai,” sindir Ziyyad. ADUH! Tak dapat Haura bayangkan saat dia bergelar isteri kepada mamat ‘kayu cengal’ itu. Membosankan! Lagi dia rasa tercekik ada kawan macam Ain! “Ikat? Maksud kau?” Berkerut dahi Haura. Tiba-tiba pula otaknya jadi tepu. “Kalau kau betul-betul sayangkan Encik Ziyyad, kau kena ikat dia dengan anak. Maksud aku kau kena serahkan apa yang sepatutnya Encik Ziyyad dapat. Sekarang ni kau tak boleh bertindak slow macam siput sedut dah, kau kena laju macam arnab. Kalau tak kau akan menyesal,” sambung Ain lagi.

 Si Haura ni kalau tak dihasut, memang macam itulah sampai ke sudah. Tak habis-habis nak malu. 

“Itu laki kau woi! Tak kan nak biarkan orang lain rampas. Aku tengok si Liya tu dah lain macam gayanya.”
“Kena ke?” 

Tertelan air liur Haura dengan apa yang baru Ain katakan. Seram sejuk pula dia dengan semangat Ain yang tiba-tiba tu. Suami aku, tapi dia yang beria. NAMUN, saat cinta disulam, saat bahagia menjengah…
“Aku nak kau ceraikan anak aku!” - Mak Limah “Awak dah pun mainkan saya. Maaf tu dah tak ada makna.” –Ziyyad APAKAH pilihan Haura ketika bahagia mereka diuji?

Saksikan drama Melastik Ke Hatimu dan jika terlepas tayangan di TV, boleh tonton drama adaptasi novel Melastik Ke Hatimu secara online. Drama romantik komedi ini nampaknya penuh dengan gelak tawa dan juga ada adegan airmata. 

Itulah dia info dan sinopsis penuh untuk drama dan novel Melastik Ke Hatimu. Jika suka tonton drama terbaru seperti drama Melastik Ke Hatimu ini, boleh join group Facebook SUKA DRAMA MALAYSIA untuk ikuti drama-drama melayu lain dari Malaysia.

Selamat menonton melastik ke hatimu drama sinopsis terbaru di TV3 dan semoga drama melastik ke hatimu dari novel ini dapat memberi sedikit sebanyak pengajaran sama ada secara sedar mahupun tidak sedar. 

Rindu betul dengan drama-drama yang ada pengajaran! 


Post a Comment for "Melastik Ke Hatimu Episod 1 Hingga Episod 13 (Akhir) - Tonton Drama Full "