Pengalaman Anak Masuk Darjah 1 & Barang Keperluan Sekolah Perlu Beli | Pengalaman anak masuk darjah 1, daku dah lalui sebanyak 5 kali. Dan untuk kelima-lima anakku ini, daku dan suami sama sekali tak tunggu anak-anak di sekolah. Kami agak bernasib baik kerana sejak di pra (tadika) kami dah praktik terus tinggal anak pada guru jadi bila masuk darjah 1, anak terus bersedia untuk bawa diri sendiri tanpa sebarang drama. Kebetulan juga anak-anakku yang berlima ini semuanya lelaki jadi kami terus ajar cara ini.  

Untuk pengetahuan, bermula darjah 1, pelajar sudah didedahkan dengan subjek Kesenian atau Pendidikan Seni Visual. Alat keperluan untuk mata pelajaran Seni kebiasaannya perlu di bawa dari rumah dan para guru akan maklumkan awal pada anak muridnya.

Namun, kadang-kala anak-anak kita ini akan memberitahu ibu bapa last minute dan jika barang yang diperlukan tiada mulalah jadi kelam kabut. Maka sebaiknya ibubapa terus siapkan diri dengan membeli barang-barang ini. 

Anak Masuk Darjah 1

Alang-alang nak beli barang perkakas sekolah lain, beli sekali barangan untuk subjek Kesenian atau Pendidikan Seni Visual supaya kita sebagai ibubapa tidak akan kelam kabut drive kereta ke kedai buku demi nak beli barangan tersebut. Ohya, walaupun kebanyakan alat keperluan ini digunakan dalam subjek Pendidikan Seni, tapi ia turut terpakai untuk subjek lain. Jadi eloklah beli sebagai persediaan. 

Berikut merupakan senarai barang keperluan sekolah untuk anak yang baru masuk darjah 1

#1 - Barang Keperluan Untuk Bawa Harian 

1. Beg sekolah

2. Botol minuman untuk air masak 

3. Alat tulis asas - pensel/ pembaris/ pemadam/ sharpener / kotak pensel

4. Alat mewarna asas - pensel warna 

5. Buku tulis jangan beli lagi, tunggu cikgu inform buku apa yang diperlukan dan boleh beli di koperasi sekolah (buku ada logo)

 6. Gam, gunting, Salotape

7. Tambahan : pelitup muka dan sanitizer size kecil  

8. Tuala kecil saiz sapu tangan (masukkan dalam beg) 


#2 - Barang Keperluan Beli Simpan Stok Di Rumah Untuk Mudahkan Ibubapa

1. Buku lukisan 

2. Kertas manila card 

3. Kertas warna size A4 perbagai warna- wajib! beli banyak terus simpan kat umah jadi mudah bila cikgu perlukan nanti 

4. Water colour / crayon / brush/ palette 

5.  double sided tape supaya mudah nak lekat jadual waktu pelajaran anak nanti 

8. Pinggan dan cawan kertas 

9. Alatan craft- riben, sticker, tali craft dan apa sahaja yang comel-comel 

10. Wet tissue 

11. Straw 

12. Apron/ baju lama

Anak Masuk Darjah 1


Tips Tambahan :

Boleh tempah sticker nama anak untuk lekatkan di buku sekolah supaya tak perlu lagi susah payah tulis nama anak nanti. Lagi-lagi untuk anak yang nama ejaannya agak panjang. 

Sediakan juga dua kotak khas di rumah. Satu kotak untuk isi barangan keperluan subjek seni di atas dan satu kotak lagi untuk isi hasil kerja seni anak-anak nanti. 

Mungkin ada dikalangan ibubapa yang merasa nervous bila anak nak masuk darjah 1, lagi-lagi untuk anak sulung sebab belum ada pengalaman anak masuk darjah 1 kan? Tak apa, jangan risau. Semua orang dah lalui perkara yang sama.

Yuran Sekolah Rendah Kebangsaan dan Agama 

Anakku ada yang sekolah rendah kebangsaan dan ada yang sekolah rendah aliran agama. Ini kerana daku hantar anak ke sekolah mengikut minat dan kecenderongan anak-anakku sendiri. Maka daku adalah juga pengalaman anak masuk sekolah darjah 1 dan darjah yang lain. 

Berapa yuran sekolah rendah ni? Selalunya daku siapkan dalam RM250 ke RM350 seorang khusus untuk yuran dan PIBG. Jika kebetulan yuran lebih, jangan risau kerana boleh buat baki bayaran selepas itu. 

Daku buat begini kerana anak ramai, jadi daku siapkan yuran dalam keadaan bajet tiap seorang anak. Kemudian akan daku jelaskan baki bayaran pada guru mengikut jumlah yang sebenar. Dengan cara ini, kita sebagai ibubapa juga tak perlu nak over thinking dan tak perlu juga bawa cash terlalu banyak ke sekolah. 

Dengan berbaki lagi beberapa hari sebelum sesi persekolahan bermula, pasti ada antara ibu bapa yang teruja anak-anak bakal masuk ke darjah baru. Semoga perkongsian ini dapat dijadikan panduan berguna untuk mak ayah yang ada anak darjah satu dan anak masuk darjah satu pada sesi persekolahan 2021 ini nanti.

Anak Masuk Darjah 1


Senarai Barang Keperluan Sekolah Tak Perlu Siapkan Tahap Membazir

Itulah dia panduan untuk senarai barang keperluan sekolah untuk anak yang baru masuk darjah 1 mengikut pengalaman daku sendiri. Tak ambil masa yang lama pun untuk sediakan semua ini cuma atas kita untuk tahu apa yang perlu atau wajib di beli dan apa yang tidak. Paling penting, sila elakkan pembaziran. Jangan terlalu excited ye.. hehe. 

Jangan juga beli barangan dengan harga yang terlalu mahal walaupun mampu kerana barangan perkakas sekolah anak ini, ada masanya boleh hilang kerana tersalah letak dan tersalah ambil sesama rakan di dalam kelas nanti. 

Jika tak tahu, barang keperlan sekolah darjah 1 apa yang wajib di beli, di sini dah dikongsikan barang keperluan sekolah untuk anak masuk sekolah darjah 1. Sambil beli pakaian seperti baju, seluar, kasut, stokin dan tudung tu, pastikan juga siapkan barangan di atas.

Tips persediaan kelengkapan sekolah untuk anak tahun satu , mungkin ada perbezaan pada ibubapa yang lain. Dah prepare ke barang persekolahan anak-anak? Sekarang dah tahu keperluan apa nak beli jadi bolehlah buat perbelanjaan dengan mengikut kemampuan ekonomi keluarga masing-masing