Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Rahimah Tanpa Rahim Full Drama Episod 1 Hingga Episod 28 (Akhir)

Rahimah Tanpa Rahim Drama Full Episod 1 Hingga Episod 28 (Akhir) | Slot Akasia TV3 diteruskan lagi dengan drama terbaru berjudul Rahimah Tanpa Rahim yang mula bersiaran pada 22 Januari 2021. Rahimah Tanpa Rahim ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2021 arahan Eoon Shuhaini. Tajuk drama Rahimah Tanpa Rahim sejak awal sudah dapat membayangkan hala tuju ceritanya.

Disebabkan tajuk itu juga, belum lagi ditayangkan, drama Rahimah Tanpa Rahim sudah mula menjadi perbualan hangat netizen. Masing-masing sudah tidak sabar untuk menonton drama bersiri 'Rahimah Tanpa Rahim' melalui siaran slot Akasia TV3 ini. Drama Slot Akasia Rahimah Tanpa Rahim menampilkan pelakon hebat Azlee Khairi, Puteri Aishah, Hafidz Roshdi, Ezzaty Abdullah dan ramai lagi.

Info Drama Rahimah Tanpa Rahim 

Tajuk : Rahimah Tanpa Rahim 

Tayangan : 28 episod di slot Akasia TV3 

Produser : Jalena Rejab dan Syawal Aiman (Country Universal Sdn. Bhd.) 

Pengarah : Eoon Shuhaini 

Skrip : Tommy Loh, Puovin Sandera dan Kreatis Medialoka 

Pelakon : Azlee Khairi, Puteri Aishah, Ezzaty Abdullah, Liza Abdullah, Amelina Amir Sharipuddin, Mustaqim Bahadon, Hafidz Roshdi, Sera Melissa, Diana Dee, Che Kem dan ramai lagi.


Rahimah Tanpa Rahim Full Drama Episod 1 Hingga Episod 28 (Akhir)

Sebagai seorang perempuan yang juga merupakan seorang isteri dan juga ibu, pastinya daku akan menonton drama Rahimah Tanpa Rahim ini dari episode 1 hingga episode 28 (akhir). Tambahan pula, daku dapat membayangkan yang drama ini akan membawa pelbagai konflik dan ada InshaAllah ada pengajarannya sedikit dan sebanyak. Manakan tidak, kisah seperti drama Rahimah Tanpa Rahim ini memang ada berlaku di kalangan masyarakat kita yang bersangkutan dengan pasangan yang belum ada rezeki berkaitan zuriat. 

Bagi yang terlepas untuk menonton drama Rahimah Tanpa Rahim ini di kaca TV, jangan risau kerana drama Rahimah Tanpa Rahim ini akan turut dapat ditonton secara atas talian (tonton online). Di dalam artikel ini sendiri daku akan kemaskini link untuk tonton drama Rahimah Tanpa Rahim Full Drama Episod 1 Hingga Episod 28 (Akhir) untuk tontonan kita bersama. 

Dalam drama ni, ada watak 'mak leha' pulak... best!!

rahimah tanpa rahim episod 1


Rahimah Tanpa Rahim Episod 1 Hingga Episod 28 (Akhir) 

Rahimah Tanpa Rahim Episod 1

Rahimah Tanpa Rahim Episod 2

Rahimah Tanpa Rahim Episod 3

Rahimah Tanpa Rahim Episod 4

Rahimah Tanpa Rahim Episod 5

Rahimah Tanpa Rahim Episod 6

Rahimah Tanpa Rahim Episod 7

Rahimah Tanpa Rahim Episod 8

Rahimah Tanpa Rahim Episod 9

Rahimah Tanpa Rahim Episod 10

Rahimah Tanpa Rahim Episod 11

Rahimah Tanpa Rahim Episod 12

Rahimah Tanpa Rahim Episod 13

Rahimah Tanpa Rahim Episod 14

Rahimah Tanpa Rahim Episod 15

Rahimah Tanpa Rahim Episod 16

Rahimah Tanpa Rahim Episod 17

Rahimah Tanpa Rahim Episod 18

Rahimah Tanpa Rahim Episod 19

Rahimah Tanpa Rahim Episod 20

Rahimah Tanpa Rahim Episod 21

Rahimah Tanpa Rahim Episod 22

Rahimah Tanpa Rahim Episod 23

Rahimah Tanpa Rahim Episod 24

Rahimah Tanpa Rahim Episod 25

Rahimah Tanpa Rahim Episod 26

Rahimah Tanpa Rahim Episod 27

Rahimah Tanpa Rahim Episod 28 - Episode Akhir 


Sinopsis Penuh Drama Rahimah Tanpa Rahim 

Drama Rahimah Tanpa Rahim sinopsis sudah dapat membuatkan penonton berasa tak sabar.  Drama Rahimah Tanpa Rahim ini mengisahkan tentang seorang perempuan bernama Rahimah (Puteri Aishah). Rahimah merupakan seorang gadis kampung yang tinggal bersama ibunya, Mak Ani (Liza Abdullah) dan bapanya, Pak Akob (Badrul Muhayat). 

Sengsara telah lama menemani Rahimah bila dirinya selalu dipersalahkan dan dibenci oleh ibubapanya sendiri. Hasutan dan penipuan adiknya, Rozana (Sera Melissa) adalah punca Rahimah selalu ditimpa malang. Adli (Hafidz Rosdi) ada menyimpan perasaan terhadap Rahimah tetapi perasaan itu semakin menyakitkan bila Rahimah temui seorang jejaka bernama Jauhar (Azlee Khairi). 

Jauhar mengambil keputusan untuk memperisterikan Rahimah dan Rahimah mengikut suaminya pulang ke bandar. Nurul (Ezzaty Abdullah) merupakan gadis yang disukai Ramzi (Mustaqim Bahadon) tetapi Nurul hanya cintakan Jauhar. Nurul hanya anggap Ramzi sebagai kawan untuk mengadu segala masalahnya. 

Rahimah Tanpa Rahim Full Drama Episod

Satu hari, Rahimah ditimpa satu penyakit sindrom MRKH (Mayer Rokitansky Kuster Hauser) dan disebabkan itu, Rahimah mengetahui bahawa sejak lahir lagi, dia memang tiada rahim dalam perutnya. Dia tidak akan mendapat zuriat sepanjang hayatnya. Rahimah berfikir bagaimanakah kehidupannya sebagai seorang isteri yang tidak mampu memberi zuriat pada suaminya. 

Dengan rela hatinya untuk mengekalkan kebahagian rumah tangganya, Rahimah mengizinkan suaminya berkahwin sekali lagi iaitu dengan Nurul. Jauhar pun dijodohkan dengan Nurul. 

Namun pengorbanan yang dibuat Rahimah seakan memakan diri apabila timbul pelbagai konflik yang menimpa Rahimah. Ini semua kerana kehadiran insan-insan yang mahu Rahimah berpisah dengan Jauhar. Satu persatu perkara akan terbongkar dan adakah kebahagiaan akan menemui Rahimah? Adakah nasib dan takdir yang tertulis untuk Rahimah dalam drama ini? 

Semuanya akan terjawab dalam drama berjudul 'Rahimah Tanpa Rahim.' 

Video Teaser Drama RAHIMAH TANPA RAHIM Yang Mendebarkan 

Rahimah Tanpa Rahim Live Tv Show start 22 Januari 2021 dan untuk drama Rahimah Tanpa Rahim episod promo teaser trailer boleh tonton di bawah ini. 

Rahimah Tanpa Rahim Episod Drama TV3 Yang Bakal Meletup! 

Itulah dia serba sedikit info mengenai drama Rahimah Tanpa Rahim termasuk sinopsis penuh, senarai pelakon, link untuk tontonan drama Rahimah Tanpa Rahim full dari episode 1 hingga episode 28 (Akhir) dan lain-lain lagi. 

Sebagaimana yang telah dikatakan tadi, jika terlepas waktu tontonan di TV nanti, masih boleh tonton drama rahimah tanpa rahim secara online. At least tak perlu tergesa-gesa, boleh solat Maghrib dulu dengan aman kemudian tonton secara online kemudian. 


Jangan lupa untuk saksikan drama bersiri 'Rahimah Tanpa Rahim' yang akan disiarkan di TV3 ini.  Habis saja tayangan drama BIDADARI SALJU di Slot Akasia TV3, dan penonton akan terus dibawakan dengan drama terbaru berjudul Rahimah Tanpa Rahim ini. 

Suka menonton drama melayu Malaysia, Jemput join group Facebook Suka Drama Malaysia untuk dapatkan lebih banyak link drama terbaru yang lain. 

Post a Comment for "Rahimah Tanpa Rahim Full Drama Episod 1 Hingga Episod 28 (Akhir) "