Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Susun Atur Dapur Tanpa Kabinet (Rupa Sebelum & Selepas)

Susun Atur Dapur Tanpa Kabinet (Rupa Sebelum & Selepas) | Dapur tanpa kabinet ada yang rasakannya perlu dan ada yang rasa tak perlu. Kegunaan kabinet atas pada ruangan dapur ni, ia dapat membantu buat penyimpanan barang yang banyak supaya nampak kemas dan dalam satu masa dapur juga akan nampak lebih luas. 

Tapi, dalam masa yang sama... ada juga beranggapan yang kabinet dapur ini hanya 'menyerabutkan' mata kerana saiznya yang agak besar. Biasalah, lain orang lain minatnya. Untuk daku sendiri, terus terang daku sukakan ke dua-dua konsep. 

Tapi, jika di beri pilihan, daku lebih gemarkan dapur tanpa kabinet atas kerana daku suka kepada gaya rustic yang lebih kepada penggunaan rak gantung bersifat terbuka berbanding kabinet dalam bentuk bertutup sepenuhnya. Mudah nak cari barang hehe.

Dan warna yang menjadi idaman sejak sekian lama adalah.... HITAM dan PUTIH. 

Inilah hasil dekorasi konsep dapur bajet yang daku dan suami telah berjaya siapkan. 


Idea untuk miliki dapur hitam dan putih ini daku dapat secara kebetulan saat melihat design deko dapur-dapur gaya rustic look dari Google. Daku pilih konsep ni supaya sesuai dengan hobi suami yang suka buat perabot DIY sendiri. 

Jadi, jika dengan gaya rustic begini, kelihatan lebih mudah untuk menggabungkan perabot diy supaya tidak lari konsep. Untuk tingkap pada satu bahagian yang ada rak tu, daku pasangkan langsir manakala pada bahagian sinki daku pasangkan bidai supaya mudah untuk di tutup dan di buka.

Tempah Penutup Bawah Dapur Dari Seller Shopee

Bahagian bawah counter top ini memang terbuka sepenuhnya. Sama sekali tak ada sebarang pintu kabinet tu. Jadi, cara terbaik adalah dengan menempah kain penutup (skirting) dari salah seorang seller Shopee. Ramai seller yang terima tempahan skirting ni, hanya perlu search di Shopee. Harga juga sangat berpatutan!

Untuk tempahan yang daku buat ni, hanya berharga RM104 termasuk penghantaran (harga mengikut size ukuran dapur sendiri) dan siap hanya dalam masa 3 hari selepas tempahan di buat. 


Ini link seller yang daku buat tempahan tu : AQIE ZAKI 

Susun Atur Dapur Tanpa Kabinet



Dari Kayu Terbuang Bertukar Jadi Little Island


Hajat hati nak punya little island yang diperbuat daripada kayu, ala-ala gaya farm house dah lama. Jadi, tanpa fikir panjang daku terus cat rak kayu yang suami buat dari kayu terbuang kepada warna putih sepenuhnya.

Disebabkan ruangan dapur ini dalam saiz yang agak selesa (agak besar dan selesa untuk bergerak), maka daku gunakan rak yang di cat putih sebagai my little island yang cute! Tujuannya untuk memisahkan ruangan bahagian memasak dan sinki dengan ruangan penyimpanan pinggan dan makanan. 

Di bahagian little island ini juga, hajatnya nak minta suami buatkan 2 buah kerusi tinggi untuk duduk santai minum kopi waktu pagi. Sekurangnya sambil tunggu ayam siap di goreng tu, dapatlah duduk kejap buat lepaskan lenguh sambil layan warna pokok yang menghijau di luar. 


Dan.. disebabkan little island ini asalnya adalah rak. Maka bolehlah diubah kedudukannya. Daku memang dah siapkan ruang khas dengan mengukur saiz rak tersebut. Manalah tahu, jika nak gunakan ruangan dapur sepenuhnya untuk buat aktiviti masak beramai-ramai nanti, bolehlah transform seluruh ruangan kepada keadaan asal. 

Susun Atur Dapur Tanpa Kabinet

Almari Pantry Comel Hasil Tangan Suami 

Untuk penyimpanan stok makanan bahan kering, daku bernasib baik kerana suami sanggup buatkan almari pantry. Almari ni dah lama,sejak berada di rumah lama lagi dan warnanya dikekalkan. 

Susun Atur Dapur Tanpa Kabinet

Daku cuma beli alas waterproof (asalnya table mat) sebagai pelapik. Daku beli murah je, hanya berharga RM1 sekeping dari kedai Eco RM2. 

Susun Atur Dapur Tanpa Kabinet

Rak Tambahan Untuk Sudut Barangan Elektrik 

Akhir sekali, daku beli sebuah rak untuk letakkan barangan perkakas elektrik kegunaan dapur seperti periuk nasi, coffee maker, mixer, blender dan lain-lain. Ngam-ngam sizenya. Tong gas spare of courselah ada juga, dah serik bila tiba-tiba gas habis saat sedang memasak. Lagi stress jika berlaku di bulan puasa :D

Susun Atur Dapur Tanpa Kabinet

Rupa Sebelum & Sepanjang Proses Makeover 

Ini rupa saat mula-mula pindah masuk, hanya letak susun je dulu. Seminggu selepas tu baru proses makeover bermula. Sakit pinggang siap pakej nak demam juga untuk siapkan semua :D 


Yang penting, untuk proses makeover dapur ni bukannya hanya perlu fokus pada hiasan deko saja tetapi kena pastikan ianya betul-betul berfungis. Sebab itu kena pastikan sinki di baik pulih supaya air mengalir dengan baik. Bahagian atas sinki jika nampak ada bahagian bocor kena tampal semula supaya tak leaking lagi saat membasuh pinggan nanti. 


Susun Atur Dapur Tanpa Kabinet

Plug yang ada di dapur kena periksa dan pastikan juga supaya ianya berfungsi dengan baik. Dan disebabkan dapur asal berwarna merah maka daku buat keputusan untuk lekatkan dengan wallpaper. Wallpaper ni beli murah je dan paling penting sangat mudah untuk di lap jika ada percikan minyak semasa memasak nanti. 

Susun Atur Dapur Tanpa Kabinet

Perabot lama yang asal jangan di buang walaupun hajat hati nak makeover guna konsep tema yang baru. Barang lama masih tetap cantik dan berguna asalkan kita pandai untuk ubah rupanya. Cara paling mudah, gunakan cat! 



Itulah serba sedikit rupa sebelum dan selepas untuk susun atur dapur tanpa kabinet. Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat dan selamat berdeko-deko =D 


2 comments for "Susun Atur Dapur Tanpa Kabinet (Rupa Sebelum & Selepas)"

  1. kemas dan tersusun je dapo sishawa ni. sisyat setuju tang kabinet atas tu. kadang rs semak pula gedabak dok kat atas tu..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau takde susah juga nk simpan brg. jadi ats keperluan masing2.. cuma kalau awa ni, rasanya lebih suka rak gantung dgn konsep terbuka. sbb sizenya lebih kecil dan nk cari brg pun lebih senang hehe

      Delete