Teruja Cuci Muka Dengan Berus Pembersih Wajah Aurora D | Tak dinafikan, masih ramai yang cuci muka guna tangan saja. Macam biasa, picit pembersih muka ke telapak tangan kemudian sapu dan gosok ke seluruh wajah dengan jari. Daku juga pernah begini hinggalah bertukar kepada alat pencuci muka dengan cara yang lebih advance. 

Alat ini dikenali sebagai berus pembersih wajah dan alat cuci muka ini ada banyak dijual di pasaran Malaysia. Berus pencuci muka ini ada banyak jenis seperti berus pencuci muka Mary Kay, berus pencuci muka di Guardian, berus pencuci muka Mr Diy, berus pencuci muka di Watson dan banyak lagi. Daku sendiri pernah beli suatu ketika dulu secara online. 

Tapi, dalam banyak-banyak jenis berus pembersih muka ini, daku terpikat untuk mencuba berus pembersih muka baru yang bernama Aurora D. 55°C Sonic Cleansing Massage Brush

Berus Pembersih Wajah Aurora D

Berus Pembersih Wajah Aurora D


Ciri-Ciri Pembersih Wajah Aurora D Yang Cute Dan Serbaguna 

Saat mula terlihat Aurora D ini di website Beauty Stall, terus hati rasa terpikat dengan bentuknya yang sangat comel. Berwarna hijau pastel pulak tu! Makinlah membuatkan hati rasa teringin. Tapi, sebagaimana biasa, nak guna sesuatu mesti cari segala macam info yang berkaitan dulu. Tambahan pula daku memang dah ada berus pencuci wajah yang lain. 

Dan di sini daku kongsikan beberapa ciri-ciri utama yang berkaitan dengan pembersih wajah Aurora D ini. 

#1 - Aurora D diperbuat daripada bahan silikon dengan gred kualiti terbaik dengan bersifat material kalis air dan sangat tahan lama.

Berus Pembersih Wajah Aurora D

Berus Pembersih Wajah Aurora D

#2 - Sekali beli boleh guna berulang-ulang kali dan permukaannya yang tidak berongga menjadikan berus cuci wajah Aurora D ini bebas daripada sebarang bau dan bakteria yang boleh melekat padanya. 

#3 - Gegaran sonik yang dihasilkan boleh mencecah sehingga 8,000 kali. Wow!

#4 - Ada 7 tahap kelajuan yang mengabungkan fungsi membersih dan mengurut wajah dalam satu masa. 

#5 - Saat guna Aurora D ini terasa seperti sedang berada di spa. Sesuai digunakan sewaktu membersihkan wajah. 

#6 - Wajah dibersih secara menyeluruh dari dalam sehingga luar. Pori-pori yang dulu tersumbat kini lebih bersih dan baik.  

#7 -  Terasa seakan sedang menerima rawatan dari pihak profesional untuk lancarkan peredaran darah pada wajah. 

#8 - Tidak hanya boleh guna untuk cuci wajah, sebaliknya boleh juga guna ketika pakai produk wajah yang lain seperti pelembap, serum dan sebagainya kerana ada fungsi vibration + heat mode (gegar dan panas) dalam satu masa. Saat guna memang terasa sedikit suam. Fungsinya untuk memudahkan lagi serum di serap ke dalam kulit dengan lebih baik dan berkesan. 

erus Pembersih Wajah Aurora D

#9 - Bersaiz kecil tapi power dan sangat mudah untuk di bawa kemana-mana saja. 

#10 - Caj guna USB dan sekali caj boleh tahan masa penggunaan sehingga 5 jam. Tempat caj agak tersembunyi supaya lebih selamat dan bagi mengelakkan air dari memasukinya. 


erus Pembersih Wajah Aurora D



Bagus Sangat Ke Berus Pembersih Muka Aurora D Sampai Ramai Yang Beli Guna?

Inilah soalan pertama yang muncul difikiranku saat mula-mula terjebak untuk dapatkan berus mencuci muka Aurora D ini. Yelah, nak tahu juga bagusnya tu kat mana berbanding berus cuci muka yang daku dah punya kat rumah ni, sampaikan berlumba-lumba orang beli untuk guna. Dengan rasa ingin tahu yang membuak-buak, daku usaha cari info dan ternyata memang banyak kelebihan berus cuci muka Aurora D ini. 

Antara fungsi berus pencuci muka Aurora D adalah : 

kulit wajah jadi lebih bersih dan sihat, hingga bintik putih dan hitam pun boleh hilang!

sel kulit mati semakin hilang dan kulit wajah di muka nampak lebih bersih dan pinkish selepas cuci.

membersihkan kulit dengan mendalam dan menjadikan kulit lebih sihat dari kotoran yang tersumbat di pori-pori wajah. 

- penggunaan berus pencuci muka menjamin kebersihan kulit wajah yang lebih baik berbanding dengan cuci muka guna jari dan telapak tangan seperti dulu. 

- membantu melancarkan peredaran dengan lebih baik di bahagian muka. 

erus Pembersih Wajah Aurora D

Keistimewaan Pembersih Wajah Aurora D Mampu Buatku Rasa Happy! 

Pengalaman pertama saat diri sendiri mula-mula menggunakan 'robot' pencuci muka ini, sudah tentu daku rasa sangat teruja. Excited betul nak try sebabnya dari dulu asyik cuci muka guna jari je. Ternyata, walau baru guna sekali terus tahap jatuh cinta! Best giler!

Bayangkan, saat meletakkan berus pembersih wajah Aurora D ini ke muka, ianya bergerak dengan lembut dan sama sekali tidak menyakitkan. Gegarannya juga sangat lembut dan konsisten secara menurun dan menaik persis seperti sedang menerima rawatan urutan wajah di spa. 

Gegaran sonic pada berus pencuci muka Aurora D ini turut boleh dilaraskan mengikut kelajuan yang kita suka. Kebetulan baru-baru ini ada sebiji jerawat besar timbul di wajah, alhamdulillah sama sekali tak rasa sakit pada jerawat tersebut saat menggunakan pembersih wajah Aurora D ini. 

Paling seronok, setelah selesai guna dan ketika sedang membasuh wajah, terasa kulit wajah lebih licin dan lembut berbanding sebelumnya. 

Berus Pembersih Wajah Aurora D

Cara Guna Berus Cuci Muka Aurora D 

Step 1: Facial Clean

Moisture your face. Apply cleanser on the brush head. Turn on the device into “Vibration + Heat” mode. Generate foam on your hand or face. Move on you face to finish cleaning.

Step 2: T-zone Deeply Clean

Press “mode” button, enter “CVT” mode. Move on T-zone area. The device turn offautomatically after 5 minutes. Wash your face and the device.

Step 3: Thermal Massage

Apply skin care product on your face. Turn on the device into “Vibration + Heat” mode. Use the back side to massage your face. The device turn off automatically after 5 minutes.

Jangan risau kerana ada sebuah buku panduan kecil yang turut disertakan di dalam kotak bersama Aurora D ini untuk setiap pembelian. Buat masa ini daku guna seminggu 2 kali. Kalau guna hari-hari risau juga kan. yelah takkan nak buang sel kulit mati hari-hari kot.

Antara Pengguna Aurora D. 55°C Sonic Cleansing Massage Brush Yang Happy & Berpuashati 

Face brush ialah alat pencuci wajah yang diperbuat oleh berus selalunya tetapi Aurora D diperbuat daripada material yang lebih bagus. Silikon tahap berkualiti yang digunakan ini benar-benar tidak menyakitkan muka kerana ia seperti berus yang lembut. 

Paling syok, berus pembersih muka ini boleh digunakan bersama apa jua pencuci muka yang sudah biasa kita gunakan sehari-hari. Nak tips wajah seperti dimanjakan dengan rawatan seperti di spa hari-hari? Caranya mudah saja, boleh gunakan berus pencuci muka Aurora D di rumah. Tak yah gosok-gosok untuk cuci wajah pakai tangan lagi dah! Guna berus ni lagi seronok, senang, berkesan dan puashati! 

Berus Pembersih Wajah Aurora D

Berus Pembersih Wajah Aurora D

Berus Pembersih Wajah Aurora D

Berus Pembersih Wajah Aurora D

Berus Pembersih Wajah Aurora D


Pendapat peribadiku yang sudah pernah mencuba pelbagai alat pembersih wajah dalam bentuk berus ini, jenama Aurora D merupakan salah satu berus cuci muka yang baik. Sizenya sesuai untuk dipegang dan dibawa ke mana saja serta fungsinya juga sangat terasa benar-benar dapat berfungsi dengan baik mengikut info yang diberikan. 

Patutlah ramai wanita dan lelaki yang jatuh cinta setelah cuba menggunakan berus Aurora D ini untuk mencuci muka mereka. Memang best giler guna berus ni seriously, lepas kita cuci muka guna brush ni terasa lembut dan licin pada permukaan kulit. Dah macam kena lepas gosok dengan kertas pasir, hehe.  

Aurora D, Antara Berus Pembersih Muka Terbaik Untuk Dapatkan Kulit Bersih, Licin Dan Lembut 

Itulah serba sedikit info mengenai facial cleansing brush auto yang boleh dianggap sebagai salah satu yang terbaik di Malaysia berdasarkan pendapat peribadiku selepas menggunakannya. Berus pencuci wajah Aurora D yang mempunyai keupayaan gegaran sonic sehingga 8,000 kali seminit ini benar-benar dapat membantu membuang sel kulit mati. 

Dalam beberapa tahun ini, berus pembersih muka telah muncul dengan pelbagai jenis untuk membersihkan kulit dengan mendalam dan menjadikan kulit lebih sihat, tapi selepas mencuba beberapa jenis ternyata Aurora D lebih terasa keberkesannya. 

InshaAllah, lepas ni nak terus menggabungkan berus pembersih wajah ke dalam rutin penjagaan kulit supaya lebih bersih, sihat, segar dan bebas daripada kotoran. Lagipun, cara penggunaan berus pencuci muka Aurora D ini mudah saja. Boleh guna 2 kali sehari sama seperti cleanser, sambil tengok TV pun boleh buat. 

Berus Pembersih Wajah Aurora D


Cuci muka setiap hari tapi wajah tetap bermasalah sehingga naik jerawat? Jom pakat cuba berus pencuci wajah Aurora D sebagai langkah rutin penjagaan wajah yang lebih baru. 

Cuci muka dengan pencuci muka biasa cuma jadikan Aurora D sebagai pembantu untuk 'hasil gosokan' yang lebih mendalam dan berkesan. Tak perlu guna hari-hari, praktik guna seminggu sekali atau dua kali pun dah okay.

Aurora D Cleansing Massage Brush, saat guna terasa bagaikan sedang guna 'robot' untuk bantu bersihkan wajah hingga betul-betul bersih. 
Untuk urusan pembelian dan pertanyaan lanjut boleh klik pada link di bawah dan pastikan beli product yang original dari pihak BEAUTY STALL Malaysia


Aurora D. 55°C Sonic Cleansing Massage Brush
Berus Pencuci Muka Yang Membersih Wajah Dengan Baik 

Harga : RM175

Klik pada link di bawah untuk pelbagai tawaran promosi yang menarik