Cara Aktifkan Debit Card CIMB Clicks & Langgan Netflix Dengan Mudah | Ini adalah artikel untuk bantu tunjuk cara aktifkan kad debit CIMB secara online guna CIMB Clicks. Artikel ini juga akan tunjuk cara untuk langgan Netflix guna kad debit CIMB. Panduan ini lengkap step by step cara bagaimana untuk aktifkan debit card CIMB secara online melalui Cimbclicks dan panduan step by step bagaimana untuk langgan Netflix buat kali pertama. 

Kalau dulu tidak tahu cara nak aktifkan CIMB Debit Card ni, adakah kena aktifkan dekat mesin ATM CIMB, di kaunter atau bagaimana? Di sini akan dikongsikan cara-cara paling mudah dan cepat untuk aktifkan kad debit CIMB di rumah. Tak payah pergi ke bank pun tak apa. 

cara aktifkan kad debit cimb secara online

Apakah Kegunaan CIMB Debit Card Ini Sebenarnya?

Debit Card CIMB Clicks ini boleh digunakan untuk banyak kegunaan. Bukan semata-mata untuk urusan langgan Netflix saja. Nak beli barang dari luar negara? Boleh mengaktifkan kad ATM dan ikut cara aktifkan kad debit Cimb online dengan cepat dan mudah untuk urusan pembelian yang mudah.

Dan ianya adalah auto debit card kerana pembayaran boleh dibuat dengan mudah mengikut kehendak pembayaran yang kita perlukan. 

Cara Aktifkan Debit Card CIMB Secara Online Guna CIMB Clicks 

Tak kisahlah nak aktifkan kad debit cimb untuk pembayaran online, langgan Netflix atau sebagainya, cara aktifkan kad debit CIMB secara online ini sama saja. 

Kad CIMB Debit ini adalah kad ATM yang kita guna untuk buat deposit dan pengeluaran duit di mesin ATM tu. Kad biasa je. Bukannya kad kredit ye. Kad ATM ini disebut juga sebagai kad debit CIMB dan berbeza dengan kad kredit. 

Cuma pastikan kad tersebut aktif (tak expired), jika kebetulan sudah expired perlu mengaktifkan kad debit CIMB tersebut duluNak aktifkan kad boleh melalui Mesin ATM dan boleh juga buat melalui Online Banking. Untuk aktifkan Kad CIMB dan aktifkan kad debit CIMB secara online, kena ada CIMB Clicks.

Langkah 1 : 

Login masuk ke akaun CIMB Clicks di https://www.cimbclicks.com.my/clicks dan klik pada bahagian 'SERVICES'
cara aktifkan kad debit cimb secara online

Langkah 2 : 

Klik pada bahagian 'OVERSEAS SPEND & WITHDRAWAL' , rujuk gambar. 


cara aktifkan kad debit cimb secara online


Langkah 3 :

Lihat 'Card Number' (nombor kad) yang tertera dan klik pada bahagian tersebut. Jika punya lebih dari satu akaun, pilih salah satu akaun yang mahu digunakan. 



cara aktifkan kad debit cimb secara online

Langkah 4 :


Bahagian ini sangat PENTING!! Kalian perlu buat pilihan sama ada ingin digunakan kad debit ini untuk urusan lama ataupun sekejap saja. 

  • Permenant - selamanya
  • Temporary - dalam tempoh masa tertentu
  • Deactivated - jika pilih permanent dan mahu hentikan.

Cara paling selamat pilih 'TEMPORARY' untuk setkan hanya untuk guna dalam tempoh masa tertentu. 

cara aktifkan kad debit cimb secara online

Langkah 5 : 

Masukkan jangka masa selama mana mahu kad debit tersebut ingin diaktifkan untuk tujuan ini. Daku hanya buat untuk jangka masa sebulan, maksudnya daku langgan Netflix hanya sebulan, jika mahu lagi daku akan aktifkan semula kad debit pada bulan berikutnya. Setelah siap masukkan tarikh, klik SUBMIT. 

cara aktifkan kad debit cimb secara online

cara aktifkan kad debit cimb secara online

Langkah 6 :

Sila baca peringatan yang dipamerkan dari pihak bank. Jika benar-benar sudah faham dan jelas, klik YES dan SUBMIT

cara aktifkan kad debit cimb secara online

Langkah 7 :


Akhir sekali 'Request TAC' dan masukkan TAC number yang telah dihantar ke telefon bimbit serta klik Confirm. Siap! 

cara aktifkan kad debit cimb secara online


Selesai hingga langkah 7, bermakna debit kad CIMB sudah berada dalam keadaan bersedia dengan servis debit card. Boleh digunakan untuk apa jua tujuan yang diperlukan. 

Sudah bosan dengan siaran TV, Astro dan Hypp TV yang kurang ada cerita terbaru? Jika mahu hiburan drama, movie dan rancangan realiti TV yang paling terbaru, boleh cuba cara langgan Netflix yang akan dikongsikan di sini. 

Cara Langgan Netflix - Daftar & Tengok Di TV, Laptop, PC, Handphone


Adakah harga Nexflix ini mahal? 

Rasanya jauh lebih murah dari Astro.

Bagaimanakah cara membuat pembatalan? 

Jangan risau kerana Netflix fleksibel. Tiada kontrak yang menyusahkan dan tiada komitmen. 


Untuk Netflix ini, pelanggan boleh membatalkan akaun pada bila-bila masa. Malah jika gunakan pembayaran guna debit card CIMB Clicks contohnya, boleh terus set mahu langgan selama mana. 

Sebagai salah seorang pengguna smart tv, memang terasa happy kerana Netflix juga ada di Malaysia. Dah dapat cara tengok netflix di tv memang best! Bila langgan, semua drama dan filem terbaru di Netflix boleh tonton di mana saja dalam rumah. 

Si ayah boleh tonton filem terbaru kegemaran di smart TV, si ibu boleh tonton drama Korea terbaru di PC, si anak boleh tonton cerita kartun terbaru di laptop dan boleh juga tonton apa saja drama filem yang disukai melalui handphone. Nak tengok semuanya serentak juga boleh mengikut pakej yang dibayar.

Bagaimana cara nak melanggan Netflix di Malaysia buat kali pertama? Di sini akan dikongsikan cara untuk mula daftar termasuk cara pembayaran servis Netflix guna kad debit CIMB yang amat mudah, senang dan pantas!

Ikuti panduan lengkap cara daftar dan cara guna Netflix untuk kali pertama seperti gambar di bawah ini, jika suka nanti boleh terus melanggan.

Panduan Cara Daftar Netflix 2021 Langkah Demi Langkah  

Langkah 1 : 

Pergi ke laman web Netflix di www.netflix.com dan klik pada bahagian Continue (rujuk gambar)

cara langgan netflix guna debit card cimb

Langkah 2 : 

Masukkan email 
cara langgan netflix guna debit card cimb

Langkah 3 : 

Klik pada bahagian 'see the plans' untuk lihat semua pakej yang ditawarkan. 
cara langgan netflix guna debit card cimb

Langkah 4 :

Ada 4 pelan yang ditawarkan iaitu Mobile, Basic, Standard dan Premium. Setiap satunya mempunyai keistimewaan tersendiri mengikut info yang diberikan pada bahagian tersebut. 

cara langgan netflix guna debit card cimb

Langkah 5 : 


Selepas fikirkan pakej mana yang mahu dilanggan, pilih cara untuk membuat pembayaran. 

  1. Boleh bayar secara debit menggunakan kad debit bank yang digunakan.  
  2. Bayar guna mastercard / kad kredit
  3. Bayar secara bil bulanan postpaid telefon (hanya untuk pengguna Maxis, Digi, Celcom) 
  4. Bayar menggunakan Gift Code Netflix tapi macam susah sikit nak dapatkan di pasaran

Antara pilihan di atas, daku menggunakan kaedah pembayaran guna kad debit. Dan bagi pengguna CIMB, boleh aktifkan kad debit CIMB guna CIMB Clicks melalui cara yang telah dikongsikan di awal artikel ini tadi. 

Langkah 6 : 


Untuk debit card (tak kisah akaun bank apa sekalipun), selepas kad debit diaktifkan, masukkan detail yang diminta.

  1. First Name : nama pertama 
  2. Last Name : nama ayah (Islam) atau nama keluarga (untuk bukan Islam)
  3. Card Number :  Nombor kad 16 digit yang tertera pada bahagian belakang kad ATM 
  4. Expiration Dte (MM/YY) : Tarikh kad luput, selalunya ada di bahagian depan kad.
  5. Security Code (CVV) : Nombor pin ATM ini ada pada bahagian belakang kad. 

cara langgan netflix guna debit card cimb

Setelah siap isi semuanya, klik pada bahagian ' I agree' dan tekan butang 'START MEMBERSHIP' , boleh rujuk pada gambar di bawah ini. 

cara langgan netflix guna debit card cimb

Langkah 7 :

Tac number akan dihantar ke handphone, masukkan TAC Number tersebut sebagai pengesahan. 

cara langgan netflix guna debit card cimb

Selesai langkah 7, akaun automatik siap didaftarkan dan pembayaran terus ditolak dari akaun. Boleh teurs tonton Netflix sekarang!

cara langgan netflix guna debit card cimb
Netflix juga akan bertanya siapakah yang akan menontonnya. Boleh masukkan nama ahli mereka yang akan menontonnya. Secara tak langsung masing-masing boleh tentukan minat pada hiburan yang bagaimana. Ini cara kongsi akaun Netflix yang telah disediakan, tunggu isi nama samaran je. 

cara langgan netflix guna debit card cimb

Langgan Netflix 2020 / 2021 ini, jika nak cara lebih jimat, boleh buat bayaran Netflix dengan cara berkongsi. Sebagai contoh, pakej paling besar bayaran untuk Netflix price Malaysia ini adalah RM55 sebulan dan boleh tonton guna 4 gadget. Jadi jika kongsi :

RM55 / 4  orang = RM13.75 seorang sebulan 
RM55 / 3 orang = RM18.35 seorang sebulan
RM55 / 2 orang = RM27.50 seorang sebulan

Jauh lebih murah dari langgan Astro dan Hypp TV. 

Itulah dia cara-cara yang paling mudah untuk aktifkan kad debit CIMB melalui CIMB CLICKS. Cara aktifkan kad debit Cimb online dengan cepat dan mudah ini sangat cepat tanpa perlu pergi ke mana-mana mesin ATM.

Untuk beli barang secara online, boleh enable "Online Purchase" dekat debit card tu dan untuk langgan Netflix boleh letakkan tempoh jangka masa berapa lama mahu debit kad itu berfungsi. Aktifkan kad debit cimb untuk pembayaran online, Netflix atau apa saja, pastikan buat secara perlahan-lahan dan baca semuanya supaya betul-betul faham.

Yalah, ini melibatkan bank. Bukannya aktifkan kad melalui mesin ATM untuk ambil duit tetapi melalui online banking, silap klik lain yang jadi. Sebab itu, kena hati-hati semasa guna online banking CIMB Clicks ini. 

Daku dah langgan, subscribe dan menonton Netflix sebagai tontonan satu keluarga. So far memanglah best sebab banyak cerita baru yang boleh ditonton dengan mudah dengan mutu kualiti gambar yang baik. Kalau ingin tahu sama ada plan Netflix ni sesuai atau tidak, best atau tidak best, apa jenis drama dan movie yang ada, apa kata langgan dulu selama sebulan. Jika tak suka boleh hentikan bila-bila masa. Bukannya ada kontak pun. 

Selesai sudah info lengkap berserta panduan tentang cara-cara untuk melanggan dan mendaftar Netflix Malaysia termasuk panduan lengkap bagaimana untuk aktifkan card debit CIMB secara online guna CIMB Clicks. 

Semoga perkongsian ini dapat membantu kalian di luar sana yang memerlukan bantuan untuk perkara ini. Lepas ni bolehlah guna Netflix Malaysia download bermacam movie drama yang nak di tonton. 











Terima kasih kerana membaca. Apa pendapat anda tentang artikel ini? Jemput komen di bawah.