Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Frisomum Gold Untuk Ibu Hamil, Susu Ibu Mengandung Yang Bagus!

Frisomum Gold Untuk Ibu Hamil, Susu Ibu Mengandung Yang Bagus! | 9 bulan kehamilan adalah satu tempoh yang penting untuk si ibu dan anak dalam kandungan. Tempoh 9 bulan ini ibu perlu sihat tubuh badan dan si anak dalam kandungan juga perlu mendapat khasiat yang secukupnya. 

Si ibu perlu jaga pemakanan dan bersenam supaya kekal aktif dengan senaman yang sesuai untuk ibu hamil.

Wanita mengandung perlu dapatkan nutrien tambahan untuk keperluan dirinya dan juga janin dalam kandungan. Tapi, susah juga nak jaga makan semasa hamil ni. Seringkali bila makan akan muntah. Terlajak makan pula akan senang kena kencing manis. 

Habis bagaimana nak sihat dan ada tenaga?

Nasihat doktor saat disahkan hamil, mula minum susu yang sesuai isi kandungannya dengan keperluan tubuh ibu hamil. Pada trimester pertama khususnya, si ibu perlu jaga diri untuk bantu beri khasiat pada janin yang sedang membesar di dalam rahim. 

susu frisomum gold untuk ibu hamil

Susu Frisomum Gold Untuk Ibu Hamil Boleh Beri Banyak Khasiat Buat Ibu dan Janin 

Seorang ibu mengandung memerlukan nutrien tambahan untuk si kecil. Menyedari akan hakikat ini, syarikat Dutch Lady telah mengeluarkan susu khas untuk kegunaan wanita mengandung yang diberi nama Frisomum Gold. Produk ini 100% dari Holland.

Kenapa susu Frisomum Gold baik untuk ibu mengandung?

Alasan utama, susu Frisomum Gold ini dirumus khusus untuk ibu hamil yang diformulasikan dengan nutrien penting DualCare + ™. Ia dapat menyokong perubahan fisiologi semasa kehamilan, dan memberikan asas yang baik untuk anak kecil yang semakin meningkat tumbesarannya semasa di dalam kandungan. 

Kebaikan susu untuk ibu mengandung ada banyak dan susu Frisomum Gold untuk ibu hamil ini mengandungi kandungan terbaik seperti Magnesium, prebiotic, probioticm choline, Vitamin B1, Vitamin B3 dan Vitamin B6. Tak hanya itu, ia turut mengandungi tambahan khasiat yang lain seperti;


susu frisomum gold untuk ibu hamil


VITAMIN B12 

Vitamin B12 penting untuk penghasilan sel darah merah yang sangat diperlukan oleh bayi ketika melalui proses pembentukan dan pembesaran semasa berada di dalam rahim ibu. 

FOLIC ACID

Folic acid atau asid folik ini memang penting! Ia dapat membantu penghasilan sel darah merah, sintesis nukleotida, dan pembelahan sel sambil mengembangkan otak dan sistem saraf dan mengurangkan kejadian kecacatan tiub saraf pada bayi. Folic acid juga dapat bantu menguatkan dinding rahim si ibu semasa sedang mengandungkan bayi. 

IODINE 

Iodine dapat bantu ibu dalam penghasilan hormon tiroid

VITAMIN D

Vitamin D memang penting untuk perkembangan tulang yang normal dan penyerapan. Penggunaan kalsium ini juga bagus untuk si janin. 

CALCIUM 

Calcium atau kalsium ini dapat membantu pertumbuhan dan perkembangan tulang yang normal.



7 Sebab Utama Mengapa Ramai Ibu Hamil Suka Minum Frisomum Gold 

#1 - Isi kandungannya yang bagus untuk si ibu dapatkan kesihatan yang baik semasa mengandung.

#2 - Terbaik untuk ibu yang ada alami anemia. Frisomum Gold dapat bantu halang morning sickness yang teruk. 

#3 - Boleh diminum sewaktu merancang untuk hamil, semasa sedang mengandung dan selepas bersalin ketika tempoh menyusu badan. Jadi tak perlu pening kepala untuk bertukar susu. 

#4 -  Frisomum Gold ini juga susu untuk ibu hamil dan menyusu yang mengandung Prebiotik dan Probiotik. Ia dapat membantu menjaga kesihatan pencernaan dan elakkan sembelit. 

#4 - Formula Frisomum Gold BARU bersifat rendah dalam Indeks Glikemik (GI) untuk membantu ibu hamil mengekalkan berat badan yang sihat sepanjang kehamilan. Barulah tidak berlaku obesiti! 

#6 - Susu untuk ibu mengandung Frisomum Gold ini rasanya sedap, tidak muak dan tidak meloyakan tekak seperti sesetengah susu ibu mengandung yang lain. Sangat bagus untuk ibu hamil yang baru nak cuba minum susu. 

#7 - Dapat bantu beri tenaga supaya kekal aktif dan bertenaga untuk lakukan aktiviti seharian seperti biasa walaupun hakikatnya sedang berbadan dua. 

susu frisomum gold untuk ibu hamil

Review & Pengalaman Minum Frisomum Gold, Ramai Ibu Hamil Puashati

susu frisomum gold untuk ibu hamil


Waktu Sesuai Minum Susu Untuk Ibu Mengandung

Masukkan 4 sudu rata (9g) Frisomum Gold ke 180ml air suam dan kacau. Ibu hamil disyorkan minum 1-2 gelas susu Frisomum Gold setiap hari. 

Waktu sesuai minum susu untuk ibu mengandung adalah sewaktu merancang kehamilan. Tak perlu tunggu dah berbadan dua, baru nak mula minum. 

Bagi yang belum tahu susu ni boleh diminum pada waktu tertentu. 

  • minum susu sebelum tidur, buat tidur lebih nyenyak
  • minum susu di awal pagi dapat bantu beri tenaga pada tubuh
  • minum susu 2 jam sebelum makan, perut akan rasa kenyang dan tidak mahu makan lagi.


Minum Susu Frisomum Gold Untuk Daya Tahan Tubuh Lebih Terjaga Pada Masa Kehamilan! 

Semasa mengandung, penting bagi ibu hamil untuk memulakan mengambil produk makanan tambahan seperti susu Frisomum Gold untuk memberikan khasiat yang tepat kepada tubuh sendiri dan anak. Susu Frisomum Gold boleh diambil seawal merancang kehamilan supaya badan lebih bersedia untuk hamil. 

Frisomum Gold susu everyday untuk ibu hamil. Walaupun mengandung, wanita masih boleh melakukan aktiviti seharian sambil memberi khasiat dari susu untuk bayi. Ia seumpama fresh milk untuk ibu mengandung tapi dalam cara yang lebih mudah dan cepat. 

Harga susu Frisomum Gold tidak terlalu mahal dan setara dengan harga susu ibu hamil yang lain.

susu frisomum gold untuk ibu hamil

Frisomum Gold  - Susu Ibu Mengandung dan Menyusu

Nak dapatkan Sampel Percuma dari Friso? Boleh klik DI SINI 


Jemput join :

Telegram Rasmi Sis Hawa Blog 👉  https://t.me/sishawadotcom

Telegram Rasmi Info Ibu Hamil & Baby 👉  https://t.me/ibuhamilmalaysia

Post a Comment for "Frisomum Gold Untuk Ibu Hamil, Susu Ibu Mengandung Yang Bagus! "