Jenis-Jenis Lesen Dan Kelas Memandu Kereta Motor Di Malaysia
Jenis-Jenis Lesen Dan Kelas Memandu Kereta Motor Di Malaysia | Jenis kelas memandu Malaysia ada tertera di lesen memandu seseorang pengguna. Jenis lesen memandu Malaysia ditetapkan berdasarkan tahap kelayakan pemandu serta kegunaan kenderaan. Kelas lesen memandu yang dikeluarkan mengikut jenis kenderaan termasuk kenderaan ringan dan berat.
Jika belum tahu kelas dan jenis lesen kenderaan kereta atau motor, di sini akan dikongsikan penjelasan mengenai jenis jenis lesen memandu mengikut kelasnya. Semoga perkongsian mengenai jenis lesen memandu ini dapat memberi pengetahuan pada kita semua.
Terdapat lima jenis utama lesen memandu di Malaysia iaitu :
1 - Lesen Memandu Pelajar (LDL) - diperolehi pelajar sekolah memandu.
2 - Lesen Memandu Percubaan (PDL)
3 - Lesen Memandu Kompeten (CDL)
4 - Lesen Memandu Vokasional (VDL) atau Lesen Memandu Komersial
5 - Permit Memandu Antarabangsa (IDP)
Gambaran Harga Untuk Ambil Lesen Memandu di Malaysia
Harga lesen memandu mungkin sedikit berbeza untuk ilmu-ilmu pandu di seluruh Malaysia. Jika telah ada lesen L, tidak perlu buat bayaran penuh untuk ambil lesen full. Gambar di bawah merupakan salah satu carta harga dari IMKL , salah satu daripada tempat buat lesen memandu murah Selangor.
Syarat Umur Untuk Ambil Lesen Memandu
Lesen B2 (Motosikal) - 16 tahun
Lesen B (Motosikal >500 cc) - 16 tahun
Lesen D (Kereta) - 17 tahun
Lesen DA (Kereta Automatik) - 17 tahun
Umur hendaklah genap mengikut tarikh lahir berdasarkan jumlah hari, bulan dan tahun.
Etika Berpakaian Untuk Ambil Lesen Memandu
Kelas lesen memandu berbeza mengikut jenis kenderaan jadi tahap kesukaran ujian memandu juga adalah berbeza. Etika Berpakaian tetap sama iaitu :
- Berpakaian kemas dan tidak menjolok mata bagi perempuan
- Tidak memakai selipar dan sandal
- Tidak berseluar pendek bagi lelaki
- Memakai kemeja T berkolar
Proses Ambil Lesen di IMKL Lesen Memandu Murah Selangor
Kelas dan Jenis Kenderaan Untuk Ambil Lesen Memandu
Inilah jenis lesen memandu (LDL) mengikut kelas yang ada di Malaysia.
Apa Itu Lesen PSV?
Lesen PSV adalah lesen memandu Vokasional atau Vocational Driving License (VDL) yang merupakan lesen memandu khas untuk pemandu kenderaan komersial seperti lori dan bas.
Lesen Vokasional terbahagi kepada beberapa kelas lesen memandu PSV. Kelas ini dibahagikan mengikut jenis kenderaan seperti :
- Lesen Kenderaan Perkhidmatan Awam (PSV Van, PSV Teksi/E-Healing dan PSV Bas)
- Lesen Kenderaan Barangan (jenis Lesen GDL adalah GDL Kejur, GDL Bersendi)
- Lesen Konduktor
Untuk ambil lesen memandu Vokasional (PSV dan GDL) , pemandu hendaklah berumur 21 tahun dan ke atas. Merupakan seorang warganegara atau penduduk tetap Malaysia dan telahpun mempunyai lesen CDL.
Pengalaman Buat Lesen Memandu Ketika Mengandung
Daku sendiri alhamdulillah sudah memperolehi lesen memandu kereta motor sejak 12 tahun yang lalu. Syukur tak pernah terlibat dengan apa-apa kemalangan yang besar. Daku memiliki lesen B dan D (kereta motor).
Pengalaman tak boleh dilupakan, saat daku ambil lesen B dan Lesen D itu, daku sedang mengandung anak ke tiga. Mengikut pihak pengurusan ilmu pandu yang ku pilih pada ketika itu, daku masih boleh ambil lesen kerana kandungan baru 3 bulan. Jika sudah 5 bulan tak boleh katanya.
Part paling seram inilah. Masa naik bukit dengan abang-abang JPJ jadi pemerhati.
- gambar sekadar hiasan - |
Daku berjaya bawa kereta naik bukit dan nyaris hampir terlajak tetapi mujurlah daku ingat pesanan 'guru memandu' supaya tarik handbrake bila dirasakan sesuai dengan tempatnya. Dan selagi belum ready jangan sesekali lepaskan lagi handbrake tu. Syukur daku ingat semua tu.
Handbrake sama sekali daku tak lepas dan bila betul-betul terasa ready dengan kaki menekan pedal minyak, baru daku lepaskan handbrake. Maka lepaslah kereta yang ku pandu melepasi ujian tersebut dengan sekali test! Phew lega.
Selamat dapat lesen sebelum kandungan masuk bulan ke 5. Bangga juga dengan diri sendiri kat situ sebab lulus hanya dengan sekali ambil saja, hehe. Lagipun dulu ujian memandu hanya menggunakan kereta manual, kereta auto tak ada lagi masa tu.
Mula dapat lesen memang gementar, lagi-lagi suami terus belikan kereta untukku sebaik saja berjaya dapat lesen. Memandu dengan perut memboyot agak mencabar juga. Paling tak leh lupa setelah anakku lahir dan berusia sekitar 3 bulan, daku drive kereta pemberian suami hingga ke Kelantan seorang diri.
Seorang diri maksudnya bukannya tak ada suami dan anak-anak dalam kereta, cuma seorang diri ini kerana suamiku sama sekali tak pandu kereta tersebut. Sebab suami memang tak pernah belajar bawa kereta langsung!
Jadi daku seorang yang drive ke mana saja dalam Malaysia ni dan alhamdulillah, walau hanya miliki lesen D tapi dah yakin untuk belajar bawa van yang agak panjang tu.
Ingat! Pandu kereta kena ada sifat berani tapi tak boleh ada sikap pentingkan diri. Tolak ansur semasa memandu merupakan salah satu cara untuk selamat dalam apa jua perjalanan dan jangan lupa baca doa naik kenderaan serta amalkan ciri keselamatan yang lain juga.
Post a Comment for "Jenis-Jenis Lesen Dan Kelas Memandu Kereta Motor Di Malaysia "