Matahari Terbit Dan Terbenam Di Negara Mana? Ini Jawapannya! | Matahari terbit dari negara mana? Matahari terbenam pula di negara mana? Adakah matahari terbit dari arah timur malaysia? Atau adakah matahari terbit di sebelah barat? Di mana sebenarnya tempat matahari terbit dan terbenam ini? Di sini akan dikongsikan info berkaitan matahari terbit dan matahari terbenam di mana untuk pengetahuan kita bersama. 

Matahari Terbit Dan Terbenam Di Negara Mana


Pertama sekali kita ambil tahu dulu, apakah maksud matahari terbit ini.

Kata ulama, pada setiap pagi perkara paling mereka takut ialah apabila bangun melihat sama ada matahari terbit dari sebelah timur atau terbit barat. 

Matahari terbit, matahari naik atau syuruk (bahasa Arab: شروق bermaksud "menaik"). Matahari terbit in english disebut sebagai sunrise dan maksud matahari terbit ini adalah ialah apabila pinggir bahagian atas matahari muncul di atas ufuk pada bahagian timur. Jika matahari terbit dari barat, itu bererti hari kiamat sudah tiba. 

Matahari terbenam (bahasa Inggeris: sunset atau sundown. Warna merah di langit pada waktu matahari terbenam dan terbit disebabkan oleh penyebaran sinar Matahari oleh partikel debu, partikel kecil, aerosol padat lainnya, dan aerosol cair di atmosfer bumi.

Bagaimana Matahari Terbit Boleh Berlaku?

Matahari terbit disebelah timur dan terbenam di sebelah barat karena apa? Dikatakan walaupun matahari kelihatan "naik" dari kaki langit, ia sebenarnya adalah pergerakan Bumi yang menyebabkan Matahari untuk muncul. Ilusi matahari bergerak berpunca daripada pemerhati Bumi berada dalam kerangka rujukan berputar. 

Pergerakan ketara ini begitu meyakinkan bahawa kebanyakan budaya mempunyai mitos dan agama yang dibina di sekitar model geosentrik, yang wujud sehingga ahli astronomi Nicolaus Copernicus pertama kali merumuskan model heliosentrik dalam abad ke-16.

Secara astronomi, matahari terbit berlaku hanya sekejap yakni ketika masa di mana bahagian atas Matahari kelihatan bertangen dengan ufuk. Walau bagaimanapun, istilah matahari terbit biasanya merujuk kepada tempoh masa sebelum dan selepas titik ini:

Matahari Terbit Di Negara Mana
inilah keadaan bahagian atas Matahari yang kelihatan bertangen dengan ufuk

Bolehkah Lihat Matahari Terbit Dari Arah Malaysia?

Memang boleh. Ada rezeki memang boleh lihat matahari terbit dari arah Malaysia. Daku sendiri pernah tunggu di halaman rumah demi nak lihat suasana keadaan matahari terbit pada waktu pagi.

Terus terang, terasa lain macam saat itu melihat keadaan malam yang gelap perlahan-lahan berubah menjadi terang sedikit demi sedikit dengan mata kepala sendiri! Walaupun tak dapat melihat pemandangan matahari terbit yang jelas tapi pengalaman tunggu matahari terbit itu membuatkan hati terasa betapa besarnya keagungan Allah SWT.

Matahari Terbit Dan Terbenam Di Negara Mana

Matahari Terbit Dan Terbenam Di Negara Mana

Matahari Terbit Dan Terbenam Di Negara Mana

Matahari Terbit Dan Terbenam Di Negara Mana

Waktu Matahari Terbit Dari Arah Malaysia 

Waktu Matahari terbit adalah adalah ketika Matahari mula-mula muncul di atas garisan ufuk, begitu juga ketika Matahari terbenam. Dari segi waktu pada jam, matahari terbit dari arah Malaysia pada sekitar pukul pada pukul 7.00 hingga 7.20 pagi waktu tempatan setiap hari.

Pada kehidupan sehari-hari, sudah menjadi pengetahuan umum bahwa Matahari terbit di Timur dan tenggelam di Barat. Hal tersebut tak terbantahkan. Baru-baru ini kecoh yang kelihatan seperti matahari sudah mula perlahan-lahan terbit dari paksi sebelah barat tetapi NASA mengesahkan kemungkinan matahari terbit dari barat adalah tidak benar dan palsu semata. 

Sehingga ke hari ini maseh belum ada manusia yang dapat menjelaskan teori atau fenomena “Bagaimana Matahari Terbit dari Barat”. 

Walaubagaimanapun, sebagai orang Islam pastinya kita perlu sentiasa bersedia untuk ketibaan hari tersebut yang tak tahu bila. Yang pasti kita semua ini memang sudah berada di akhir zaman. 

Kita di Malaysia memang agak sukar untuk melihat matahari terbit. Ramai beranggapan yang matahari terbit hanya boleh dilihat sebanyak 1 kali sahaja seminggu di Malaysia, kenapa begitu, wallahualam. 

Gambar Matahari Terbit Di Gunung Kinabalu

Matahari Terbit Dan Terbenam Di Negara Mana


Gambar Matahari Terbit Di Kuala Lumpur

Matahari Terbit Dan Terbenam Di Negara Mana


Gambar Matahari Terbit Di Melaka

Matahari Terbit Dan Terbenam Di Negara Mana


Benarkah Jepun Negara Pertama Yang Melihat Matahari Terbit?

Timur ialah arah yang Bumi berputar pada paksinya dan justera itu, Matahari dan Bulan terbit dari timur dan dalam banyak-banyak negara, kita sering beranggapan yang Jepun adalah negeri pertama melihat matahari terbit. 

Dalam bahasa Jepun sendiri, negara Jepun dipanggil Nihon atau Nippon yang bermaksud 'Tanah Matahari Terbit'. Mereka percaya bahawa Jepun adalah negara pertama mendapat cahaya penampakan matahari terbit ini berdasarkan kedudukan 'Fiji' di dalam peta dunia.

Hakikatnya, Fiji Jepun bukanlah negara pertama yang melihat matahari terbit ini. Dari hasil pembacaan, julukan Negeri Matahari Terbit yang diberi pada Negara Jepun itu silap. 

Jepun sebenarnya adalah negara yang kedua melihat matahari terbit. Negara yang pertama melihat matahari terbit ini adalah Republik Kiribati yang kedudukannya terletak lebih ke hadapan daripada negara Jepun. 

Matahari Terbit Dan Terbenam Di Negara Mana?
peta kedudukan kepulauan Kiribati dan kepulauan Fiji Jepun


Republik Kiribati , Negara Pertama Melihat Matahari Terbit 


Negara Terakhir Melihat Matahari Terbit

Negara mana tempat terakhir untuk melihat matahari terbenam? Jawapannya adalah Samoa. 

Bila nanti matahari terbit dari barat, bermakna Samoa yang pernah dikenali sebagai tempat terakhir untuk melihat matahari terbenam ini akan menjadi tempat pertama di planet ini yang akan dapat melihat matahari terbit. Ini menjadikannya negara jiran Amerika Syarikat yang terakhir. Sebagaimana yang disebut dalam Al-Quran, suatu masa nanti matahari akan terbit dari 'barat' dan terbenam di timur

Matahari Terbit Dan Terbenam Di Negara Mana
pemandangan matahari terbenam di Samoa


Semoga perkongsian mengenai tempat matahari terbit dan tempat matahari terbenam ini dapat memberi serba sedikit pengetahuan untuk kita.