Panduan Cara Panaskan Susu Badan Ibu (Chilled EBM) Dengan Betul
5 Cara Panaskan Susu Badan Ibu (Chilled EBM) Dengan Betul | Ibu-ibu yang ingin menyimpan susu perahan hendaklah memahami teknik yang betul cara penyimpanan susu ibu, cara panaskan chilled ebm, cara mengetahui susu ibu rosak dan sebagainya.
Info-info ini penting kerana ia melibatkan kesihatan dan tumbesaran anak.
Cara cairkan dan panaskan susu ibu dengan betul sangat penting bagi mengekalkan kandungan nutrisi yang ada pada susu tersebut.
Khasiat susu badan ibu akan berkurang sekiranya susu ibu melalui perubahan suhu secara mendadak.
Maka si ibu perlu mengetahui cara penyimpanan susu ibu dengan betul, cara panaskan susu ibu itu juga perlu betul supaya susu tidak rosak dan kekal berkhasiat.
Apabila kita panaskan susu ibu dengan baik, secara tak langsung dapat elakkan susu ibu dari menjadi rosak.
Di sini akan dikongsikan beberapa info penting berkenaan cara penyimpanan susu ibu dan cara panaskan susu badan ibu dengan kaedah yang betul untuk rujukan kita bersama.
Nama Ringkasan Yang Digunakan Untuk Susu Badan Ibu
1. EBM - expressed breast milk
2. FROZEN EBM - susu ibu beku
3. CHILLED EBM - Apa itu chilled EBM? Chilled EBM ini merupakan singkatan kepada chilled expressed breast milk.
Chilled expressed breast milk adalah susu yang hanya disimpan di dalam chiller dan tidak dibekukan. Mudah faham susu yang letak dalam peti sejuk kat bahagian yang biasa kita guna tu.
Tempoh Ketahanan Susu Ibu Pada Suhu Bilik & Selepas Dipanaskan
Berapa lama susu ibu bertahan pada suhu bilik?
Berapa lama pula tempoh susu ibu yang telah sejuk beku boleh ditinggalkan pada suhu bilik?
Akhir sekali, sebaik sahaja memanaskan susu ibu, berapa lama tempoh ketahanan susu ibu selepas dipanaskan?
Tempoh simpanan susu ebm bertahan pada suhu bilik dan selepas dipanaskan adalah 4 jam.
Susu yang baru diekspres atau dipam boleh disimpan pada suhu bilik (77 ° F atau lebih sejuk) hingga 4 jam. Di dalam peti sejuk ia boleh disimpan sehingga 4 hari. Jika disimpan dalam bahagian sejuk beku, susu badan ibu boleh bertahan selama lebih kurang 6 bulan.
Sebaik-baiknya, susu ibu harus digunakan atau didinginkan segera setelah dipam, tetapi menurut Pusat Pengawalan dan Pencegahan Penyakit, susu ibu boleh duduk pada suhu bilik (77 ° F) hingga empat jam.
Cara Cairkan Susu Ibu (Chilled EBM) - Perkongsian Ibu Pertama
Sila ikut langkah panduan di bawah untuk tahu cara menggunakan susu ibu yang dibekukan dengan betul.
2. Biarkan ia mencair dengan sendirinya semalaman. Atau boleh letakkan dalam bekas berisi air dan letak di bahagian chiller.
3 Keesokkan harinya, sebaik bangun dari tidur check keadaan EBM yg ditransfer ke dalam chiller adakah masih beku atau telah cair sepenuhnya.
4 Jika telah mencair, tuangkan EBM ke dalam storage bottle mengikut sukatan untuk sekali minum (per feeding). Ini bagi memudahkan pengasuh agar boleh terus panaskan susu mengikut amount yg diperlukan oleh anak untuk sekali susuan.
5 Jika belum cair, rendam EBM tersebut ke dalam bekas berisi air paip atau alirkan di bawah paip
Cara Panaskan Susu Ibu Frozen (Chilled EBM) - Perkongsian Ibu Kedua
2. Panaskan EBM mengkiut amount yang diperlukan sahaja bagi mengelakkan pembaziran.
3. {Langkah ini tidak perlu bagi pengguna warmer} Jika susu masih belum cukup suam, tetapi air rendaman telah sejuk, salin air lain untuk memastikan susu dapat disuamkan dengan betul.
4. Jika didapati susu menjadi 2 lapisan (hindmilk dan foremilk terpisah) goyang perlahan-lahan (gentle swirl) untuk memastikan kedua2 komponen susu ibu tersebut bercampur dan suhu dapat diseratakan.
5. Titikkan sedikit susu ke tangan untuk merasa sama ada sudah cukup suam atau terlalu panas.
Adakah cara panaskan susu kotak sama dengan cara panaskan susu chilled EBM?
Untuk susu kotak atau susu UHT, cara panaskan susu ini tidak sesusah panaskan susu chilled ebm. Susu kotak UHT mempunyai tempoh hayat selama enam hingga sembilan bulan pada suhu persekitaran jika tidak dibuka. Tak seperti susu ibu.
Dan setelah dibuka, susu kotak mesti disejukkan dan digunakan dalam tempoh masa tujuh hari.
Susu UHT boleh dipanaskan dengan kaedah ketuhar gelombang mikro: Caranya, tuangkan susu ke dalam bekas yang sesuai dan kacau setiap 15 saat, sehingga stim mula naik dari susu.
Cara Penyimpanan Susu Ibu
#1 - Cara Simpan Susu Ibu Dalam Peti Sejuk
#2 - Cara Simpan Susu Ibu Dalam Cooler Bag
Panduan Cara Susun Susu EBM Dalam Freezer
Cara Mengetahui Susu Ibu Rosak
Rasanya berbeza daripada susu ibu atau susu lembu dengan rasa yang lain seperti tengik / masam.
Susu badan yang berada di dalam peti sejuk juga perlu diperhatikan selepas dipanaskan, jika rasanya ada masam masam, ia mungkin sudah menjadi rosak dan tidak boleh diberi minum kepada bayi.
Tips Penting Tentang Cara Pengendalian Susu Ibu
Bolehkah merebus dan didihkan susu ibu dengan tujuan untuk membunuh bakteria?
Jangan sesekali rebus atau panaskan susu ibu secara direct. Suhu pemanasan yang tinggi (melebihi 100 darjah Fahrenheit) boleh memusnahkan nutrien dan sifat pelindung susu tersebut.
Berapakah Suhu Yang Terbaik Untuk Susu Badan?
Suhu ideal untuk susu ibu adalah sekitar 98.6 ° F, suhu ini hampir sama dengan anggaran suhu badan si ibu.
Bolehkah Susu Ibu Dipanaskan Guna Microwave?
Jangan gunakan ketuhar gelombang mikro atau masukkan susu ibu terus ke dalam kuali untuk memanaskannya. Ini kerana ia boleh membunuh kandungan nutrisi dan antibodi yang terdapat dalam susu.
Selain itu, pemanasan mengunakan microwave ini bersifat tidak sekata dan meninggalkan kawasan panas yang boleh membakar mulut bayi.
Cara Pengendalian Susu Ibu Untuk Pengasuh
Langkah Pertama
- Cooler bag
- Ice pack / ice brick
- Storage bottle / feeding bottle
Langkah Ke Dua
- Botol 1 fresh
- Botol 2 frozen (dicairkan)
- Botol 3 frozen (dicairkan)
- Botol 4 chill
- Botol 5 chill
- botol 6 fresh
Langkah Ke Tiga
Langkah ke Empat
Cara terbaik, jika ada banyak stok susu frozen, malam sebelum tidur boleh rendamkan susu frozen ke dalam bekas berisi air paip dan simpan dekat chiller. Bila bangun pagi, susu akan cair sepenuhnya.
Langkah ke Lima
Langkah ke Enam
Nota Penting Berkaitan Cara Penyimpanan Susu Ibu
- Suhu bilik - 4 jam (sesuai) hingga 6 jam (boleh diterima).
- Peti sejuk - 72 jam (sesuai) hingga 8 hari (boleh diterima).
- Freezer - 3-6 bulan.
- Deep Freeze - 6-12 bulan.
- susu perlu dihabiskan dalam tempoh 24jam selepas dicairkan
- susu perlu dihabiskan dalam tempoh sejam selepas dipanaskan
- chilled ebm perlu dihabiskan dalam tempoh 1-2 jam selepas dipanaskan
- Susu ibu yang sudah dipanaskan tidak lagi boleh di simpan di dalam peti sejuk atau dibekukan semula.
- Susu yang dikeluarkan dari peti sejuk dan dipanaskan, kemudian bayi tidak menyusu, maka harus dibuang sisa susu tersebut.
Kesimpulan
Sumber : Annur Anna Blog Sirap Limau
sharing yang sgt berguna
ReplyDeleteHi nak tanya sikit, susu yg dah di panas kan boleh tahan 4jam ? Kalau dah diminum dan x habis boleh tahan berapa jam ?
ReplyDeleteHi nak tanya sikit, susu yg dah di panas kan boleh tahan 4jam ? Kalau dah diminum dan x habis boleh tahan berapa jam ?
ReplyDelete