Resepi Kek Epal Hijau Merah Mudah Dan Sedap
Resepi Kek Epal Hijau Merah Mudah Dan Sedap | Baru-baru ni terasa nak buat kek untuk anak. Rindu pula sebab dah lama tak baking. Tapi nak buat kek apa? Bila buka peti ternampak ada lagi beberapa biji epal hijau dan merah, terus terlintas untuk buat kek epal.
Resepi kek epal mudah saja, tak guna banyak bahan pun! Lagipun memang ada resepi kek epal sukatan cawan yang boleh kita ikut.
Kek apple masam manis rasanya. Letak pula sedikit serbuk kulit kayu manis, bertambahlah harum semerbak! Nak makin best boleh cari resepi kek apple cheese. Resepi kek epal hijau atau merah ini boleh dimasak secara bakar atau kukus.
Di sini aku kongsikan resepi kek epal hijau (terpulang nak bakar atau kukus) berdasarkan cara yang di buat baru-baru ini.
Rupa Kek Epal Mudah dan Sedap Tanpa Bahan Pewarna
Bahan-bahan Untuk Resepi Kek Epal Mudah dan Sedap :
- 1 biji epal hijau
- 1 biji epal merah
- 4 biji telur ayam gred A
- 1/2 cawan gula pasir
- 1/2 cawan minyak
- 2/3 tepung naik sendiri Nona (300 gram)
- 1/2 sudu teh serbuk kulit kayu manis
Resepi kek simple mudah ni boleh dipelbagaikan.
Sebagai contoh, jika tak ada mixer untuk pukul gula dan telur, boleh guna blender untuk kisar semuanya hingga kembang dan sebati.
Jika tak ada epal hijau di rumah, boleh gunakan epal hijau sahaja. Jika nak guna epal merah semata-mata pun boleh. Tak ada epal? Boleh gantikan dengan bahan lain seperti kekacang, pisang, strawberi, carrot (parut dan perah airnya). Terpulanglah pada citarasa masing-masing.
Untuk tepung, jika tak ada tepung naik sendiri (seperti dalam gambar tu), ayakkan tepung gandum bersama 1 sudu makan serbuk penaik (baking powder).
Untuk kulit kayu manis tu, tak nak letak pun tak apa. Tapi, seeloknya letak supaya bau kek lebih harum dan dapat kurangkan bau telur juga. Serbuk kulit kayu manis memang ada di jual di pasaraya. Jika kebetulan memang ada stok kulit kayu manis di rumah, tumbuk atau kisar kering hingga menjadi halus. Daku tumbuk je, apa susah!
Cara Buat Kek Epal Hijau atau Merah Yang Mudah
#1 - Untuk buat resepi kek epal hijau dan merah ini, pertama sekali, potong epal dalam bentuk slice nipis begini (rujuk gambar)
#9 - Bakar pada suhu 160 hingga 180 (bergantung pada jenis oven) selama 50 hingga 60 minit atau sehingga masak. Nak tahu masak atau tidak cucuk dengan garfu.
Terus mood baking datang bila tengok kek ni,. Thanks for sharing sis :)
ReplyDeletesama2.. kek mudah2 mcm ni seronok buat sbb tak makan masa lama. Happy baking :D
DeleteCantik kejadiannya kek tu sis. Sedapnya ! saya pun lama tak membaking nih start oven rosak huuhu
ReplyDeletesedapnya. macam terbau-bau kek epal sampai ke sini.
ReplyDeleteNampak sedap ni sis. Boleh cuba lah nanti.
ReplyDelete