Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Resepi Kuih Tepung Pelita Mudah Ikut Sukatan Cawan

Resepi Kuih Tepung Pelita Mudah Ikut Sukatan Cawan | Setiap kali bulan puasa, tepung pelita antara kuih muih yang suka dibeli. Kadang tu sampai je dah habis! Kuih tepung pelita ni ada yang letak dalam bekas daun pisang dan ada yang letak dalam bekas plastik kecil comel. 

Teringin nak buat dan makan kuih pelita sendiri tapi sebelum ni tak yakin. Hinggalah jumpa resepi kuih tepung pelita mudah ikut sukatan cawan. Lah mudah sangat rupanya nak buat kuih tepung pelita ni. 

Ikut resipi yang dikongsikan oleh Jalilah Ieyla , sekali buat terus jadi! Resepi kuih tepung pelita ini memang senang mudah sedap, siapa nak buat kuih tepung pelita sendiri, boleh cuba ikut resepi di bawah. 

Resepi Kuih Tepung Pelita Mudah Ikut Sukatan Cawan
Resepi Kuih Tepung Pelita Mudah Ikut Sukatan Cawan 

Bekas untuk isi kuih tepung pelita 

Boleh guna daun pisang, daun pandan atau bekas plastik kecil biasa. Untuk resepi ni guna daun pandan yang dibentukkan dan di stapler. Jika tak nak guna stapler boleh gantikan dengan lidi. 

Resepi Kuih Tepung Pelita Mudah Ikut Sukatan Cawan
Bekas isi tepung pelita guna daun pandan


Ini video cara nak buat tepung pelita daun pisang.


Resepi Tepung Pelita Daun Pandan Tanpa Kukus Yang Mudah

Lapisan bawah

  • 1 cawan tepung beras
  • 1 cawan gula pasir
  • 2 cawan air pandan
  • 3 cawan air
  • 1/2 sudu kecil garam halus
  • 1/2 sudu kecil pewarna hijau

Campurkan semua kacau sebati.

Lepas itu, buka api kacau sampai masak.

Kalau dah masak tepung akan pekat berkilat. Masukkan dalam bekas dan biarkan.

Lapisan atas

  • 4 sudu besar (jangan membukit) tepung beras
  • 4 cawan santan (ikutlah nak buat 2 cawan santan pekat + 2 cawan air pun boleh tapi lapisan atas ni mesti ada rasa lemak-lemak, baru sedap)
  • 2 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil gula

Kacau sebati dan masak atas api hingga pekat dah nampak berkilat tutup api.

Masukkan ke dalam bekas yang dilapiskan adunan hijau.

Sejukkan.Siap dan ready untuk di makan.


Resepi Kuih Tepung Pelita Mudah Ikut Sukatan Cawan


Kan dah kata, resepi tepung pelita ni memang cukup senang, confirm semua boleh buat. Bahan pun tak banyak, guna sukatan cawan tak payah nak agak dalam gram. Tak payah kukus dan tak makan masa yang lama pun. Sedap!

Tak ada daun pisang tak apa. Letak dalam bekas. 

Sebelum ni jumpa banyak resepi tepung pelita yang telah diubahsuai dengan dimasukkan tepung jagung la, tepung kwan hoe lah dan macam macam lagilah. Yang ini tak! Betul-betul ikut resepi asal macam mak-mak kita buat. Hanya guna tepung beras dan santan. Rasa lemak manis memang terbaik.

Pada yang suka makan kuih tepung pelita, selamat mencuba resepi tepung pelita ikut sukatan cawan guna daun pisang tanpa kukus di atas. 

Periuk Pengukus Noxxa Menjadi Pilihan Ramai 

Kebanyakan resipi kuih orang lama ini menggunakan kaedah kukus untuk di masak. Bagi anda yang sedang tercari-cari periuk pengukus elektrik yang mudah untuk digunakan, boleh dapatkan periuk kukus Noxxa. 


Kelebihan Periuk Kukus Noxxa 3 Tingkat 

1. Tak perlu tunggu 30 minit untuk air mendidih pun, letak makanan, tekan on, tetapkan masa, tekan button start! Wap terus keluar dan aktiviti kukus bermula serta merta! 

2. Umur semakin tua, kadang masak sesuatu atas dapur gas memang boleh terlupa kan! Siapa pernah alami? Sampai kering air dalam periuk kukus! Boleh rentung periuk! 

Tapi dengan steamer noxxa yang bijak ini, XPERLU LAGI RISAU sebab jika air mulai mengurang, alarm akan berbunyi, dan jika air tidak ditambah, steamer automatik ter off sendiri, sangat selamat.

3. Yang paling best, jika lapisan bawah kukus nasi, bahagian tengah kukus ikan siakap stim, atas kuih seri muka, bau ikan tidak akan melekat pada nasi dan kuih seri muka kerana setiap lapisan ada salurannya sendiri. 

4. Saiz yang besar dan lebar. Bukan bentuk bulat. Ini memudahkan untuk susun makanan dan mudah juga untuk masak ikan stim. 

periuk-pengukus-noxxa

Berapa Harga 

Special untuk pembaca blog ini, harga ditawarkan hanya RM 395 dan anda juga boleh membuat pembelian secara ansuran.

Jumlah bayaran tiap-tiap bulan secara ansuran ini boleh dibincangkan. Makin best, buat bayaran ansuran bulan pertama terus boleh terima barang tanpa perlu tunggu lama-lama. 

periuk-pengukus-noxxa



Pertanyaan lanjut berkaitan periuk pengukus
whatsapp :



Jemput join :

Telegram Rasmi Sis Hawa Blog 👉  https://t.me/sishawadotcom

Telegram Rasmi Info Ibu Hamil & Baby 👉  https://t.me/ibuhamilmalaysia



1 comment for "Resepi Kuih Tepung Pelita Mudah Ikut Sukatan Cawan "

  1. Sedapnya! Nanti saya nak cuba buat. Tengok macam senang ja.

    ReplyDelete