Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Resipi Rendang Ayam Tua Pencen Mudah Yang Simple & Sedap

Resipi Rendang Ayam Tua Pencen Mudah Yang Simple & Sedap | Resipi rendang ayam mudah jika menggunakan ayam biasa yang kita beli sehari-hari. Tapi, resipi rendang ayam ini lebih special jika menggunakan ayam pencen. Apa itu ayam pencen? 

Ayam pencen adalah panggilan untuk ayam yang sudah tidak boleh bertelur lagi. Dalam erti kata lain, resipi ayam pencen ini adalah resipi rendang ayam tua!

Pasti ramai akan terbayangkan, resipi rendang ayam pencen atau resipi rendang ayam tua ini tentunya tidak sedap dan susah untuk di makan kerana dagingnya yang tua dan liat. 

Resipi Rendang Ayam Tua Pencen

Eh, salah tu! Sebenarnya, resipi rendang ayam pencen atau tua ini jauh lebih sedap dibandingkan dengan resipi ayam simple guna ayam biasa yang boleh di beli di kedai atau market sehari-hari. 

Bagaimana cara nak masak rendang ayam pencen? Kat sini akan berkongsi resipi rendang ayam pencen atau tua untuk kita cuba sama-sama. 

Ini resipi yang mudah dan sedap untuk rendang ayam tua daripada komuniti memasak terbesar di dunia! Lihat gambar resipi-resipi untuk rendang ayam pencen ni saja dah mula rasa terliur. 


RESEPI RENDANG AYAM PENCEN 

BAHANNYA:

1 ekor ayam pencen
1  batang kulit kayu manis
3  kuntum bunga lawang
3  ulas buah pelaga
1  sudu bsr rempah kari daging
1 sudu besar rempah kari ikan
3/4 cawan kerisik
7  batang serai dihiris halus dan diramas-ramas sedikit.
    santan dari 2 biji kelapa
    garam dan perasa (sedikit hirisan gula melaka)
    sedikit air asam jawa 
    minyak utk menumis
    sedikit air untuk mengempukan ayam

Bahan kisar A : *

1 biji bawang bsr*
10 ulas bawang kecil*
7 ulas bawang putih*
3 inci halia*
1 inci lengkuas*
3 inci kunyit hidup*
segenggam cili api* ( ikut tahap kepedasan)
7 batang serai *
3 helai daun limau purut dibuang urat tengahnya ( optional)

Bahan B  ( digoreng tanpa minyak kemudian dikisar kering )

1/4 cawan jintan manis#
1/4 cawan jintan putih#
1/4 cawan ketumbar#
1/2  sudu bsr lada hitam #

Cara Masak Rendang Ayam Tua / Pencen 

1. Potong ayam, basuh gaul dengan sedikit kunyit serbuk dan perahan limau nipis. Basuh bersih dan ditoskan airnya.ketepikan.

2. Goreng bahan kisar B tanpa minyak sehingga naik bau dan kisar kering. Ketepikan.

3. Kisar  bahan kisar A  *. Ketepikan

4. Panaskn minyak dan tumis bahan kisar A *.  Masukkan pula kulit kayu manis,bunga lawang serta buah pelaga. Tambah juga serbuk rempah kari. Kacau rata sehingga naik bau dan  keluar minyak.

5. Bila dah keluar minyak, masukkan ayam dan kacau biar daging ayam empuk. ( kalau tak empuk boleh tambah air sedikit)

6. Bila ayam dah agak empuk, masukkan santan. Kacau selalu sehingga ke dasar supaya tak hangus .

7. Biar santan memekat dengan guna api yang perlahan. Kacau sentiasa.

8. Bila rendang dah semakin pekat, masukkan garam, gula melaka  serta serbuk perasa (jika suka). Jangan lupa masukkan juga serai yg telah dihiris berserta sedikit air asam jawa. Kacau rata.

9. Akhir sekali, letak daun limau purut dan kerisik. Kacau rata. Bila kuah rendang dah mula kering dan rendang dah mula keluar minyak. Kacau rata dan tutup apinya.

10. Sedia untuk dihidangkan.. Sedap dimakan bersama nasi yang panas.

Untuk resepi rendang ayam pencen 2 ekor, gandakan bahan-bahan di atas. 

Sumber :

Soalan Berkaitan Ayam Pencen 

Q : Kenapa panggil ayam pencen? Apa Maksud untuk ayam pencen ini? 

A : AYAM PENCEN atau AYAM TELUR TUA merupakan satu istilah yang diberikan kepada jualan ayam telur yang telah tidak produktif lagi untuk menghasilkan telur dan disembelih untuk dagingnya.

Q : Berapa lama masak rendang ayam kampung?
A : Rendang ayam kampung masaknya agak lama berbanding ayam biasa. Jika ayam biasa masak siap hanya dalam masa sejam dari proses awal hingga akhir, ayam pencen boleh masak masa sehingga 4 ke 5 jam. Nak jimat masa, boleh masak resepi rendang ayam pencen guna pressure cooker. 

Q : Berapa lama masak untuk resepi rendang ayam pencen pressure cooker?
A : Untungnya ada pressure cooker, macam-macam boleh masak. Salah satunya masak rendang ayam pencen. Untuk resepi rendang ayam pencen pressure cooker, boleh follow resepi mudah di bawah ini. 

Resipi Rendang Ayam Tua

Bahan-bahan:

1 ekor ayam pencen 
4 cawan santan pekat (2 biji kelapa)
1 helai kunyit (di koyak) 
3 btg serai (di titik)
4 biji bawang merah (hiris halus)
3 ulas bawang putih (hiris halis)
1/2 inci halia (hiris halus) 
1/2 bungkus serbuk kari daging
1 keping kulit kayu manis 
3 kuntum bunga lawang 
2 keping asam keping 
1 sudu teh gula - jika suka 
garam secukup rasa

Bahan Kisar: 

4 biji bawang merah
3 ulas bawang putih 
3 btg serai 
3 inci halia 
1 inci kunyit hidup 
1 inci lengkuas 
20 tangkai cili kering atau 3 sudu besar ciling giling 
20 biji cili api 

Cara Membuat: 

Ayam di potong kecil2. Masukkan ayam, bahan kisar, serbuk kari, serai titik, bahan hiris, daun kunyit, kulit kayu manis dan bunga lawang kedalam pressure cooker. Masukkan juga santan dan asam keping serta garam dan gula. Set pressure cooker ke mod pressure dan pilih mod meat selama 30 minit. 

Selepas 30 minit, pilih pula mod stir fry, dan kacau rendang sehingga kuahnya kering. Sementara tu boleh sesuaikan rasanya dan kalau kurang rasa boleh tambah garam atau gula. Bila dah kering bolehlah di hidang kan. 

Selain terasa sangat mudah memasak rendang kali ni. ada beberapa perkara yang patut aku ubah untuk memasak rendang ini selepas ni. Iaitu kurangkan masa 30 minit tu ke 20 minit atau kurang lagi. Lepas tu sambung keringkan kuahnya di dalam kuali cara biasa. Barulah lebih cantik dan menarik rasa dan rupa masakan tu. Apapun pressure cooker ni dah menjimatkan waktu memasak.

Sumber :

Jemput join :

Telegram Rasmi Sis Hawa Blog 👉  https://t.me/sishawadotcom

Telegram Rasmi Info Ibu Hamil & Baby 👉  https://t.me/ibuhamilmalaysia

Post a Comment for "Resipi Rendang Ayam Tua Pencen Mudah Yang Simple & Sedap"