Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Senarai Tarikh Hari Penting Dalam Kalendar Bulan Islam 2021

Senarai Tarikh Hari Penting Dalam Kalendar Bulan Islam 2021Hari cuti dalam Islam kebanyakannya berasaskan pada kehidupan Nabi Muhammad SAW dan  Jumaat adalah hari penting dalam hidup seorang Muslim. Selain itu, ada juga tarikh-tarikh penting dalam Islam untuk tahun 2021 / 1442. 

Bagi yang ingin tahu tarikh-tarikh penting termasuk hari perayaan mengikut kalendar bulan Islam, berikut dikongsikan tarikh penting dalam Islam bagi tahun 2021 di Malaysia seperti Israk Mikraj, Awal Ramadhan, Nuzul Al-QuranHari Raya Puasa, Awal Muharam dan banyak lagi. 

Tarikh penting dalam Islam tahun 2021 di Malaysia yang memaparkan tarikh hari kebesaran Islam dan perayaan di Malaysia ini boleh kita guna untuk rujukan bersama. 

Senarai Tarikh Hari Penting Dalam Kalendar Bulan Islam 2021

Senarai Bulan Islam Mengikut Kalendar Hijrah 

Terdapat 12 bulan dalam kalendar Islam bermula dari bulan Muharram ke bulan Zulhijjah. Kalendar bulan Islam hanya mempunyai 354 atau 355 hari dalam setiap tahunnya. Kalendar Masihi pula dikira berdasarkan kepada pergerakan bumi. Sedangkan Kalendar Hijrah adalah kalendar lunar/qamariah yang dikira berdasarkan kepada pergerakan bulan mengelilingi Matahari. 

Muharram

Muharam ertinya diharamkan. Bulan ini merupakan bulan yang termasuk dalam senarai bulan-bulan yang diharamkan berperang.

Safar

Safar adalah bulan ke-2 dalam bulan Islam yang bererti kosong, kerana penduduk Arab ketika itu keluar dari kampung mereka kerana berperang dan mencari makanan sebagai persiapan menghadapi musim panas. Rumah menjadi kosong.

Rabiulawal dan Rabiulakhir

Rabiulawal dan Rabiulakhir ertinya musim bunga iaitu biasanya waktu ini pokok mengeluarkan bunga dan tumbuhan menghijau. Rabiulawal dan Rabiulakhir merupakan bulan Islam yang ke-3 dan ke-4.

Jumadilawal dan Jumadilakhir

Jumadilawal (Jumada al-Awwal) dan Jumadilakhir (jumada al-Akhir) , merupakan bulan ke-5 dan ke-6. Perkataan Jumada bermaksud kemarau di mana bulan ini merupakan musim kemarau yang bermula pada bulan Jamadilawal dan berakhir pada Jamadilakhir.

Rejab

Rejab adalah bulan ke-7 pula bermaksud mengagungkan dan membesarkan. Menurut sejarahnya, bulan Rejab dimuliakan orang Arab dengan menyembelih anak unta pertama dari induknya. Pada bulan ini dilarang berperang dan pintu Ka’bah dibuka.

Syaaban

Syaaban bererti berselerak/ pecahan yang banyak, di mana pada zaman Arab sebelum Islam mereka keluar bertebaran pada bulan ini setelah terpaksa berkurung di rumah ketika bulan Rejab. Pada bulan ini juga, mereka keluar beramai-ramai mencari air dan makanan.

Ramadhan

Ramadhan merupakan bulan ke-9 dalam kalendar Islam. Ia bererti terik atau terbakar, kerana kebiasaannya pada bulan ini, cuaca sangat terik dan panas di Semenanjung Arab. Dan setelah Islam menapak, bulan ini merupakan bulan puasa bagi umat Islam.

Syawal

Syawal pula dinamakan sempena dengan musim di mana unta kekurangan susu pada waktu ini. Syawal dalam bahasa Arab berasal dari kata kerja Tasyawwala yang bermaksud sedikit atau berkurangan. Manakakala setelah kedatangan Islam, Syawal merupakan bulan peningkatan kebajikan setelah melewati masa latihan pengendalian diri selama sebulan penuh dengan puasa Ramadan. 

Pada awal bulan Syawal, kaum Muslim merayakan Hari Raya Idul Fitri atau perayaan yang menandai kemenangan melawan hawa nafsu. Syawal merupakan bulan ke-10 dalam kalendar Hijrah.

Zulkaedah

Zulkaedah merupakan bulan ke-11, ia merujuk kepada kebiasaan penduduk Arab zaman sebelum Islam tidak berperang kerana ia termasuk dalam bulan-bulan haram berperang. Perkataan Kaedah itu berasal dari ‘Qa ‘ada’ yakni duduk.

Zulhijjah

Zulhijjah adalah bulan ke-12 dan bulan terakhir Hijrah. Ia disebut Zulhijah (Ar.: Zu al-Hijjah) yang berarti “yang empunya haji”. Pada zaman sebelum kedatangan Islam, bulan ini merupakan bulan untuk melakukan ibadah haji ke Mekah (Ka’bah). Setelah kedatangan Islam, ibadah haji masih tetap dilaksanakan pada bulan Zulhijah yakni pada tanggal 8, 9 dan 10 Zulhijah.


Tarikh-Tarikh Hari Penting Dalam Islam Tahun 2021 / 1442-1443H Malaysia

Hendak tahu tarikh-tarikh penting hari kebesaran dan perayaan dalam Islam di Malaysia pada tahun 2021 Masihi bersamaan dengan 1442/ 1443 Hijrah? Senarai hari penting yang diperingati dalam Islam adalah :


Tarikh-Tarikh Hari Penting Dalam Islam Tahun 2021

Itulah dia hari-hari penting dalam kalender Islam dalam kehidupan masyarakat hari ini. Hari penting dalam agama Islam patut kita ambil tahu akan kisah disebaliknya juga. Tak dinafikan peristiwa penting dalam sejarah Islam yang terjadi pada hari Jumat agak banyak dan salah satu daripadanya adalah peristiwa Israk dan Mikraj. 

Semoga dengan adanya perkongsian ini, kita sama-sama dapat tahu hari penting yang diperingati dalam Islam. Walaupun ada tahun 'kuda' tetapi tahun dalam kalendar Islam juga patut kita ketahui sambil memperingati segala susah payah yang Nabi Muhammad SAW lalui demi kehidupan masyarakat hari ini. 


1 comment for "Senarai Tarikh Hari Penting Dalam Kalendar Bulan Islam 2021 "