Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

10 Perkhidmatan Penghantaran Barangan Dalam Talian Di Malaysia

10 Perkhidmatan Penghantaran Barangan Dalam Talian Di Malaysia | Online grocery delivery bukan sekadar hanya sebuah trend. Dengan keadaan yang sibuk dengan kerja, ditambah keadaan virus Covid-19 yang berlaku, penerimaan servis penghantaran barangan runcit semakin diterima ramai.

Tidak boleh keluar dari rumah, itu bukan satu masalah. Jangan risau kerana terdapat banyak perkhidmatan penghantaran barang runcit yang boleh kita pilih. Saat ini, terdapat banyak perkhidmatan penghantaran barangan dalam talian di Malaysia. Atas pelanggan mahu guna servis dari pihak yang mana satu.

Perkhidmatan Penghantaran Barangan Dalam Talian Di Malaysia

10 Perkhidmatan Penghantaran Barangan Dalam Talian di Malaysia

1. Tesco Online

Tesco adalah salah satu pasar raya pertama di Malaysia yang menawarkan perkhidmatan penghantaran barang runcit dalam talian. Mereka menawarkan slot waktu penghantaran setiap hari dan membolehkan pelanggan membuat tempahan sejauh 3 minggu lebih awal.

2. HappyFresh

Melalui laman atau aplikasi HappyFresh, pelanggan boleh memilih kedai runcit pilihan dari pilihan yang ada seperti AEON, Tesco, Village Grocer, Giant, dan lain-lain. Bayaran penghantaran bergantung pada kedai, jarak penghantaran dan slot waktu.

3. Signature Market

Sekiranya mencari makanan ringan yang sihat dan makanan organik berkualiti tinggi, Signature Market jawapannya! Signature Market adalah pasaran dalam talian untuk makanan ringan yang sihat, dengan rangkaian 500 produk organik dan semula jadi yang sempurna untuk kesihatan.

4. Jaya Grocer

Jaya Grocer mempunyai semua yang pelanggan perlukan dari produk segar, makanan kesihatan, hinggalah barang kering sama ada tempatan atau import. Mereka juga menawarkan perkhidmatan penghantaran bagi pelanggan yang tinggal di kawasan outlet Jaya Grocer yang berdekatan.

5. BIGBox Asia

Sekiranya perlu mengisi semula pantri dan peti sejuk yang telah kosong, tidak perlu mengangkut barang-barangg itu dari pasar raya. Pergi ke laman web BIGBox Asia untuk membuat pesanan barang keperluan dapur siap dengan servis penghantaran hingga ke depan pintu rumah .

6. Mydin

Ramai orang kenal nama Mydin tapi masih ada yang tidak tahu, Mydin turut ada servis pesanan secara atas talian. Mydin menawarkan perkhidmatan penghantaran barang runcit ke bahagian tertentu di Lembah Klang. Bayaran penghantaran sebanyak RM10 dan seterusnya. Percuma jika pesan dan buat pengambilan sendiri di kedai Mydin.

7. Organic4u

Ingin makan dengan lebih sihat? Dapatkan buah-buahan dan sayur-sayuran organik yang boleh dihantar terus dari ladang ke depan pintu rumah melalui Organic4u. Penghantaran dibuat setiap hari Isnin, Rabu dan Jumaat. Mereka juga menawarkan sayur bulanan dengan tawaran harga yang lebih baik untuk nilai pelanggan. Kawasan perkhidmatan penghantaran adalah di sekitar Lembah Klang.

8. TM Farms

Ingin memastikan keluarga diberi makanan berkualiti tinggi? TM Farms boleh menghantar sekotak hasil organik dan hasil tempatan setiap minggu terus ke rumah pelanggan. Pelanggan juga boleh memilih dari kumpulan seperti Fruit Box, Asian Box, Free Range Kampung Chicken, dan banyak lagi. Kawasan perkhidmatan penghantaran adalah di sekitar Lembah Klang.

9. Sea Fresh

Sea Fresh membekalkan makanan laut segar sepanjang perjalanan dari perkampungan nelayan di Kuala Selangor dan Sekinchan ke depan pintu rumah pelanggan. Nikmati penghantaran percuma di Lembah Klang apabila menempah melebihi RM200.

10. Pandamart

“Get your groceries delivered with foodpanda shops! You can pay online while ordering at foodpanda shops by using a credit or debit card or PayPal.”

Saat terbaca ayat ni, wow siapa sangka, rupanya Foodpanda bukan berkisar tentang servis penghantaran makanan siap di masak semata-mata. Sebaliknya Foodpanda juga menyediakan servis grocery delivery dengan nama Pandamart.

Perkhidmatan Penghantaran Barangan Dalam Talian Di Malaysia

Bagi yang masih tertanya-tanya, bagaimana Foodpanda boleh digunakan untuk servis grocery delivery, di sini akan dikongsikan beberapa info yang berkaitan.

- What is foodpanda shops (Pandamart)?

Foodpanda shops is an online grocery delivery service in Malaysia. It enables you to order numerous products from a variety of your favorite stores on one platform!

Kedai Foodpanda adalah perkhidmatan penghantaran runcit dalam talian di Malaysia. Ini membolehkan kita memesan banyak produk dari pelbagai kedai kegemaran dalam satu platform!


- How can I order groceries online?

To order groceries online in Malaysia with foodpanda, just tap in your adress and go to the "Shops" tab at the top of the listing. Then proceed as usual: browse though your favorite shops, choose your products and go to the checkout.

Untuk memesan bahan makanan dalam talian di Malaysia dengan foodpanda, masukkan alamat dan pergi ke tab "Kedai" di bahagian atas senarai. Kemudian teruskan seperti biasa: jelajahi kedai kegemaran, pilih produk dan pilih cara pembayaran

- Is grocery delivery safe?

Yes, your health is our top priority. We always practice the highest standards of food hygiene, while encouraging the same among our partner restaurants and shops. Lately we've gone an extra mile to introduce new measures that safeguard the health of all our customers, riders and employees - a contactless delivery is now available to you.

Ya, kesihatan pelanggan adalah keutamaan. Semasa penghantaran, selalu mengamalkan tahap kebersihan makanan yang paling tingg. Turut berusaha memperkenalkan langkah-langkah baru yang menjaga kesihatan semua pelanggan dan pekerja dengan penghantaran tanpa sentuhan.

Perkhidmatan Penghantaran Barangan Dalam Talian Di Malaysia

- Which grocery stores deliver to me?

There are dozens of shops and stores on foodpanda Malaysia that deliver to you! For example, 7-Eleven, FamilyMart, Marks & Spencer, Shell Select, Petron and many-many more! In order to check all the stores near you that deliver, just type in your address and discover all the available places.

Terdapat puluhan kedai dan kedai di foodpanda Malaysia. Contohnya, 7-Eleven, FamilyMart, Marks & Spencer, Shell Select, Petron dan banyak lagi!

- Which product categories can I order online?

foodpanda lets you order a variety of product categories online! From flowers, party supplies, pharmacy and cosmetics to snacks, fresh produce and even electronics! Check our foodpanda shops page or simply type in your address and check all the stores near you.

foodpanda membolehkan pelanggan menempah pelbagai kategori produk dalam talian! Dari bunga, bekalan parti, farmasi, kosmetik hinggalah kepada makanan ringan, produk segar dan juga elektronik! Semuanya ada di sini.

Dengan adanya servis grocery delivery seperti ini, semakin mudah urusan seharian. Jika dulu terasa malas mahu keluar rumah untuk ke pasar, sekarang sudah tidak perlu paksa diri lagi.




1 comment for "10 Perkhidmatan Penghantaran Barangan Dalam Talian Di Malaysia "

  1. Sedihh sebab tak semua tempat ada huhuhu. Mostly, yang ada pun dikawasan bandar bandar di KL, Selangor macam tulah. Kalau kawasan saya, pandamart je yang ada tapi tak semua kedai ada.

    ReplyDelete