Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Jenis, Contoh & Niat Puasa Sunat Dalam Islam

Jenis, Contoh & Niat Puasa Sunat Dalam IslamIbadah puasa adalah amalan fardu ke atas umat Islam pada bulan Ramadan. Kita diwajibkan berpuasa selama sebulan. Selain dari puasa wajib itu, ada juga puasa sunat. Puasa sunat merupakan salah satu ibadah yang selalu dilakukan oleh umat Islam untuk mempertingkatkan iman seseorang. 

Puasa Sunat elok diamalkan dan Syaaban dikenali sebagai bulan diangkat semua amalan ke sisi Allah SWT dan Nabi SAW memperbanyakkan ibadat puasa sunat berbanding bulan yang lain. 

Puasa Sunat yang elok diamalkan, puasa sunat pada hari Isnin dan Khamis. Dalam riwayat Abu Hurairah ra, Rasulullah SAW bersabda: “Diangkat amalan seseorang pada Isnin dan Khamis, maka aku lebih suka amalanku diangkat dalam keadaan aku berpuasa” (Hadis Tarmizi).

Jenis, Contoh & Niat Puasa Sunat Dalam Islam

Jenis Puasa Sunat 

Puasa sunat ada banyak jenis iaitu : 

1. Puasa Isnin dan Khamis

Dalam riwayat Abu Hurairah ra, Rasulullah SAW bersabda: “Diangkat amalan seseorang pada Isnin dan Khamis, maka aku lebih suka amalanku diangkat dalam keadaan aku berpuasa” (Hadis Tarmizi).

2. Puasa tiga hari setiap bulan

Ini mungkin senang sikit nak diamalkan. Tak kisah hari apa atau tarikh bila. Dalam sebulan ada 30 hari. Ambil tiga hari sahaja untuk berpuasa. Maknanya ada 27 hari lagi untuk makan-makan. 

Tapi yang afdalnya pada hari putih iaitu 13, 14 dan 15 setiap bulan Hijrah. Pada tiga tarikh ini, bulan sedang mengambang penuh. Jadi cahaya bulan menerangi. Itu pasal nama ‘Hari Putih’

Sabda Nabi s.a.w, maksudnya: “Apabila kamu berpuasa tiga hari dalam sebulan, maka puasalah pada hari ketiga belas, empat belas dan lima belas” (Riwayat Tirmizi)


3. Puasa hari ini, esok tak puasa

Lusa puasa semula, tulat tak puasa. Ini maknanya puasa sehari, tak puasa sehari. Selang seli antara keduanya. Ini juga termasuk puasa sunat yang afdal.

Sabda Nabi s.a.w: Maksudnya “Seafdal-afdal ialah fesyen puasa Nabi Daud. Adalah Nabi Daud berpuasa sehari dan berbuka puasa sehari” (Riwayat Bukhari)

4. Puasa pada hari Arafah

Bagi orang yang tidak mengerjakan haji. Hari Arafah ini ialah Sembilan Zulhijjah. Puasa pada hari tersebut besar fadilatnya. Rugi jikalau puasa hari Arafah ditinggalkan.

Sabda Nabi s.a.w, maksudnya: “Puasa hari Arafah, aku mengharapkan pahala kepada Allah bahawa ia menghapuskan dosa setahun sebelumnya dan dosa setahun selepasnya.” (Riwayat Muslim)


5. Hari kelapan Zulhijjah

Amat elok berpuasa pada hari kelapan Zulhijjah iaitu maknanya dua hari berturut-turut. Ini kerana ada keazaman Nabi s.a.w untuk berpuasa pada sembilan Zulhijjah.

6. Puasa pada bulan-bulan ‘Haram’ iaitu bulan Muharram, Rejab, Zulkaedah dan Zulhijjah

Tidaklah puasa empat bulan penuh tetapi maksudnya memperbanyakkan puasa pada bulan-bulan ini.
Sabda Nabi s.a.w maksudnya: “… dan seafdal-afdal puasa selepas Ramadan ialah bulan Allah iaitu bulan Muharram” (Riwayat Muslim)

7. Puasa bulan Syaaban

Ini juga besar fadilatnya. Nabi s.a.w memang selalu berpuasa bulan Syaaban sebagaimana yang diceritakan oleh isterinya Aishah r.ha. (Riwayat Bukhari)

8. Puasa ‘Asyura

‘Asyura berasal perkataan Arab iaitu ‘Asyarah yang bermakna sepuluh. Puasa ‘Asyura ini dilakukan pada hari kesepuluh dari bulan Muharram dan lebih baik jika ditambahkan pada hari kesembilan iaitu Hari Tasu'a.

Jenis, Contoh & Niat Puasa Sunat Dalam Islam

Contoh Puasa Sunat 

Berikut macam-macam puasa sunnah :
  • Puasa Syawal. Puasa Syawal adalah puasa sunnah yang dilakukan selama enam hari pada bulan Syawal
  • Puasa Sunnah 1-7 Dzulhijjah
  • Puasa Arafah 9 Dzulhijjah
  • Puasa Muharram
  • Puasa Syaban
  • Puasa Ayyamul Bidh
  • Puasa Nabi Daud
  • Puasa Senin Kamis

Hari Makruh Dan Haram Berpuasa Sunat 

Untuk panduan umat Islam juga berikut disertakan hari-hari yang dimakruhkan untuk berpuasa dalam Islam adalah seperti berikut:

Hari Makruh berpuasa sunat : 

  • Puasa pada hari ‘Arafah bagi orang yang mengerjakan haji
  • Puasa pada hari Sabtu sahaja (ditunggalkan)
  • Puasa pada hari Jumaat sahaja (ditunggalkan)
  • Puasa sepanjang tahun (sepanjang masa)

Hari haram berpuasa sunat :

  • Puasa pada Hari Raya Aidilfitri iaitu pada satu Syawal
  • Hari Raya Aidiladha iaitu pada sepuluh Zulhijjah
  • Hari Tasyriq iaitu pada 11, 12 dan 13 Zulhijjah
  • Hari wanita sedang uzur syari’I iaitu kedatangan
  • Puasa sunat seorang isteri tanpa izin suaminya
  • Puasa pada separuh kedua daripada bulan Syaaban


Niat Puasa Sunat Isnin dan Khamis 

نَوَيْتُ صَوْمَ يَوْمَ اْلاِثْنَيْنِ سُنَّةً ِللهِ تَعَالَى

NAWAITU SAUMA YAUMAL ITSNAINI SUNNATAN LILLAHI TAA’ALA
Artinya : Saya niat puasa hari isnin, sunat kerana Allah ta’ala.


نَوَيْتُ صَوْمَ يَوْمَ الْخَمِيْسِ سُنَّةً ِللهِ تَعَالَى

NAWAITU SAUMA YAUMAL KHOMIISI SUNNATAN LILLAHI TAA’ALA
Artinya : Saya niat puasa hari Kamis, sunat kerana Allah ta’ala.

Tarikh Puasa Sunat 2021

Kalendar Puasa Sunat Dan Wajib untuk tahun 2021 / 1442-1443H, dan untuk tahun-tahun yang lain memang ada di Internet. Sesiapa saja boleh muat turun / download tarikh Puasa Sunat 2021 iaitu takwim puasa 1442-1443H. 

Antara tarikh-tarikh puasa sunat 2021 yang penting adalah :

1. Januari
26 Januari 2021 (Selasa) – 13 Jamadilakhir
27 Januari 2021 (Rabu) – 14 Jamadilakhir
28 Januari 2021 (Khamis) – 15 Jamadilakhir

2. Februari
25 Februari 2021 (Khamis) – 13 Rejab
26 Februari 2021 (Jumaat) – 14 Rejab
27 Februari 2021 (Sabtu) – 15 Rejab

3. Mac
27 Mac 2021 (Sabtu) – 13 Syaaban
28 Mac 2021 (Ahad) – 14 Syaaban
29 Mac 2021 (Isnin) – 15 Syaaban

4. April
Bulan Ramadan al-Mubarak

5. Mei
Puasa enam Syawal
25 Mei 2021 (Selasa) – 13 Syawal
26 Mei 2021 (Rabu) – 14 Syawal
27 Mei 2021 (Khamis) – 15 Syawal

6. Jun
24 Jun 2021 (Khamis) – 13 Zulkaedah
25 Jun 2021 (Jumaat) – 14 Zulkaedah
26 Jun 2021 (Sabtu) – 15 Zulkaedah

7. Julai
24 Julai 2021 (Sabtu) – 14 Zulhijah
25 Julai 2021 (Ahad) – 15 Zulhijah
26 Julai 2021 (Isnin) – 16 Zulhijah (puasa sunat hari Isnin)

8. Ogos
22 Ogos 2021 (Ahad) – 13 Muharam
23 Ogos 2021 (Isnin) – 14 Miuharam
24 Ogos 2021 (Selasa) – 15 Muharam

9. September
20 September 2021 (Isnin) – 13 Safar
21 September 2021 (Selasa) – 14 Safar
22 September 2021 (Rabu) – 15 Safar

10. Oktober
20 Oktober 2021 (Rabu) – 13 Rabiulawal
21 Oktober 2021 (Khamis) – 14 Rabiulawal
22 Oktober 2021 (Jumaat) – 15 Rabiulawal

11. November
18 November 2021 (Khamis) – 13 Rabiulakhir
19 November 2021 (Jumaat) – 14 Rabiulakhir
20 November 20211 (Sabtu) – 15 Rabiulakhir

12. Disember
18 Disember 2021 (Sabtu) – 13 Jamadilawal
19 Disember 2021 (Ahad) – 14 Jamadilawal
20 Disember 2021 (Isnin) – 15 Jamadilakhir
Setiap tahun, terasa sekejap saja tibanya bulan puasa . Puasa yang dilakukan dalam bulan Ramadhan itu wajib. Jadi, pada sesiapa yang perlu qada' puasa Ramadhan tu, eloklah untuk segera berpuasa bagi mengantikan hari keuzuran hingga harus berbuka puasa dan tidak perlu sunat pada waktu itu. 

Berpuasa sunat adalah amalan yang banyak keistimewaannya malah puasa sunat sangat dituntut dalam Islam dan dilaksanakan kerana Allah Taala. 

Kredit : Facebook Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan


1 comment for "Jenis, Contoh & Niat Puasa Sunat Dalam Islam"