Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Netflix Stay Here : Share Tips & Cara Promote Homestay Dengan Baik

Netflix Stay Here : Share Tips & Cara Promote Homestay Dengan Baik | Daku seorang yang suka tonton rancangan berkaitan lifestyle. Daku juga suka tonton rancangan berkaitan marketing business. Baru-baru ini daku berkesempatan untuk tonton rancangan Stay Here di Netflix. Bestnya rancangan ini, ia membantu beri tips bagaimana untuk redesign, deko dan buat marketing untuk bisnes homestay (bed and breakfast). 

Dan tak sangka, semasa menonton rancangan Stay Here di Netflix ini, dalam salah satu episode, dengan jelas dan nyata BLOG telah diberitahu sebagai salah satu cara marketing terbaik! 

Blogging, is the most powerful tool a marketer can have!



Pada episode kali ini, seorang blogger bernama Cameron di jemput dan Cameron turut memberitahu kebaikan yang boleh diperolehi oleh owner homestay ini. 


Apa yang lebih memeranjatkan, pihak penerbit untuk rancangan ini telah membayar Cameron untuk menulis artikel promosi buat pemilik homestay ini selama 6 bulan. 

Artikel-artikel yang diterbitkan oleh Cameron itu merupakan hadiah dari pihak penerbit rancangan Stay Here kepada pasangan pemilik homestay terbabit. 



Mendengar akan berita tersebut, pemilik homestay yang bernama Sonja terus tergamam. Beliau mula mengalirkan air mata kerana dia tahu, itu adalah satu peluang keemasan yang perlu di rebut. 




Apabila di wawancara, Sonja mengaku sebelum ini dia seakan hilang arah. Beliau tidak tahu apa yang perlu dilakukan dan bagaimana untuk tarik lebih ramai orang. Sonja sendiri tidak tahu apakah keistimewaan homestay miliknya. 


Suami Sonja turut rasa gembira dan bersyukur kerana berpeluang mendapat tips dan kaedah yang betul bagaimana untuk lakukan marketing buat homestay mereka. 

Tanpa ada rasa ragu-ragu, mereka yakin blog adalah salah satu cara terbaik yang perlu dilakukan oleh mana-mana pemilik bisnes. Tak kira apa jua jenis perniagaan, jika memerlukan kaedah untuk membuat marketing, blogger adalah golongan yang perlu di cari. 



Sayangnya, di Malaysia para pemilik bisnes kurang peka dengan kewujudan blogger. Rata-rata lebih terbuka dan mengenali siapa itu YouTubers berbanding Blogger. 

Malah para pemilik bisnes di Malaysia juga lebih mudah dengan Facebook dan Instagram berbanding Blog, walaupun hakikatnya mereka sering menggunakan 'blog' ini secara tidak sedar. 

Apa Itu Blog Sebenarnya?

Blog merupakan website-website yang dikendalikan oleh pemiliknya (dikenali sebagai blogger). Blog ini berkongsi tentang pelbagai perkara dalam bentuk info, ilmu, review produk, petua, resipi dan sebagainya. Niche blog berbeza mengikut minat si penulis blog itu sendiri. 

Apa yang ditulis oleh seseorang blogger itu, ada peluang untuk muncul di Google Search. Google ini yang digunakan oleh kita semua melalui handphone masing-masing dalam mencari pelbagai info. 

"Nak cari apa, Google jer!"

Ya, Google itu ada kaitan dengan Blog. Apa yang disarankan bahan bacaan oleh Google di handphone itu datangnya adalah dari blog-blog. 

Itulah serba ringkas info mengenai blog sebagai salah satu kaedah yang bagus untuk buat promosi. Sebenarnya ada banyak lagi 'bukti' yang blog itu adalah salah satu kaedah marketing terbaik. Yang pasti, atas diri peniaga / brand itu sendiri untuk nampak peluang yang ada ataupun tidak. 


3 comments for "Netflix Stay Here : Share Tips & Cara Promote Homestay Dengan Baik"

  1. tp bila nak promote kat peniaga2 kecil supaya mrka gunakan medium blog utk pemasaran produk/servis mrka, ramai yg menolak. Tu di Kelate la sbb masing2 x nampak kepentingan blog. Geramnya abe kie rasa...

    ReplyDelete