12 Resipi Dalgona, Minuman Mudah Dan Sedap Untuk Cuba Sendiri Di Rumah
12 Resipi Dalgona, Minuman Mudah Dan Sedap Untuk Cuba Sendiri Di Rumah | Viral sungguh Dalgona Coffee sekarang ni. Katanya kopi ini viral di Korea dan berasal dari sana. Dalgona Coffee merangkumi gabungan serbuk kopi, gula, air panas, susu dan ais. Minuman ini memberi dua warna iaitu coklat dan putih.
Nak buat dalgona ini tidak susah sebenarnya. Cuma perlukan kesabaran. Jika nak buat guna blender tanpa mixer juga boleh. Sebagai contoh, sudah ada resepi dalgona coffee dan resipi dalgona milo buat guna blender tanpa mixer dan ovelette.
Sejarah Bermulanya Dalgona
Apa itu Dalgona? Dalgona merupakan satu trend minuman yang telah memberi inspirasi kepada orang-orang di seluruh dunia untuk membuat minuman sendiri di rumah. Ia juga dapat dijadikan sebagai satu aktiviti yang menyeronokkan untuk buat minuman sendiri bersama anak-anak.
Ramai yang berkata, minuman Dalgona ini berasal dari Korea dan minuman dalgona ini juga sudah lama ada di Macau.
Ketika sebuah klip dalam rancangan berjudul Stars ’Top Recipe di Fun-Staurant menampilkan pelakon Jung Il-woo memesan kopi di Macau. Dalam rancangan itu, panel mengulas secara real time mengenai video kopi yang dibuat.
Oleh kerana nisbah dua hingga dua kopi segera dan gula dipukul tangan (400 kali, menurut video), ia berubah menjadi campuran coklat muda.
Salah seorang pengulas berkata, "Bukankah itu seperti gula-gula gula manis?" Rujukan gula-gula itu seakan dalgona, yang bermaksud "honeycomb toffee" dalam bahasa Korea.
Ternyata, memang ada sejenis 'Dalgona' di Korea dalam bentuk gula-gula yang menjadi popular selepas Perang Korea pada awal 1950-an.
Pada waktu itu, ibu bapa dikatakan ingin membuat gula-gula yang berpatutan untuk anak-anak mereka. Lalu mereka memanaskan gula dan air, kemudian ditambah baking soda. Apabila campuran disejukkan, ia menjadi gula-gula yang manis dan sedikit pahit.
Maka kesimpulannya, dalgona coffee merupakan sejenis kopi dengan resepi asli dari Korea. Dalgona itu sendiri ialah sejenis gula-gula tradisional masyarakat Korea.
dalgona candy - ada resepi bagus juga ni |
KINI, minuman dalgona telah trending viral ke seluruh dunia, termasuk Malaysia. Dalgona mendapat tempat di hati ramai orang yang sukakan minuman sedap seperti beli di kedai.
Bermula dari hanya minuman dalgona coffee / kopi, kini resipi dalgona semakin berkembang. Hasilnya, terdapat pelbagai jenis minuman dalgona yang mudah dan sedap untuk kita cuba sendiri di rumah.
Di sini dikongsikan resipi sedap dan mudah untuk Dalgona Coffee. Terjebak juga dengan Dalgona Coffee yang sedang viral sekarang ni. Selain daripada di buat kopi, kita juga boleh mempelbagai resipi 'Dalgona' ini. Malah sudah ada yang cuba resepi dalgona kek dan juga resepi dalgona candy.
Jom cuba Resepi Dalgona Coffee ini, sangat mudah!
1. Resipi Dalgona Coffee
- Serbuk kopi/ nescafe
- Susu segar
- Gula 4 sudu kecil
- Air panas 4 sudu kecil
- Ais
Cara Buat Dalgona Coffee :
2) kacau sehingga pekat dan likat. Kalau pukul guna tangan mau lenguh sehari semalam ni.
3) Ambil gelas, letakkan ais dan susu segar. Kemudian tuangkan adunan yang dipukul tadi.
2. Resipi Dalgona Milo Tabur
Kredit : Julia ALeen Aireish
3. Resipi Dalgona Teh Susu
Bahan-bahan :
- 2 sudu serbuk teh
- 2 sudu gula pasir
- 2 sudu air panas
- susu segar
- ais
Cara:
1. Pukul sehingga kembang serbuk teh, gula pasir dan air panas
2. Setelah semuanya nampak likat dan pekat, masukkan adunan ini ke dalam gelas bersama susu segar dan ais.
4. Resipi Dalgona Mocha
Bahan :
- 3 1/2 sudu besar kopi segera
- 1/2 sudu besar serbuk koko tanpa gula
- 4 sudu besar gula
- 4 sudu besar air mendidih
- 12 oz susu (saya menggunakan susu oat lemak penuh)
- sedikit serbuk koko tanpa gula lagi sebagai topping (hiasan)
Cara membuatnya :
1. Campurkan kopi segera, serbuk koko, gula, dan air di dalam mangkuk yang agak besar. Dengan menggunakan pengadun tangan elektrik, kocok/putar semua bahan-bahannya. Gunakan level tahap tertinggi dan putar hingga semuanya menjadi pekat likat dan berbuih halus.
2. Boleh juga jika guna pemukul biasa pakai tangan cuma mengambil masa yang lama untuk mendapatkan tekstur tersebut.
3. Bahagikan susu kepada dua gelas kecil letakkan adunan mocha tadi di atasnya. Kemudian letakkan sedikit serbuk koko sebagai topping.
Kredit : https://www.lilymorello.com/
5. Resipi Dalgona Coklat
Bahan :
- 2 sudu serbuk coklat
- 2 sudu gula pasir
- 2 sudu krim
- 2 sudu air panas
- susu segar
- ais
Cara :
1. Pukul serbuk koko, gula pasir dan air panas bersama hingga kembang (pekat likat dan berbuih halus).
2. Masukkan krim dan kacau sebati.
3. Letakkan susu segar dan ais ke dalam gelas, masukkan adunan coklat tadi. Siap!
6. Resipi Dalgona Horlick
Bahan-bahan :
- 1/2 cawan Horlick (nak letak lebih pun boleh)
- susu segar
- ais
Cara :
Pukul Horlick hingga betul-betul kental!
Masukkan susu segar ke dalam gelas bersama ais dan letakkan Horlick yang telah dipukul ke atasnya.
7. Resipi Dalgona Choc Oreo
1 kotak (200 ml) susu full cream dutch lady
2 sudu gula pasir
3 sudu milo
1 sudu teh ovalette
3 sudu air panas
Oreo crush sebagai hiasan
Serbuk milo sebagai hiasan
Ais
Cara-cara:
1. Mixer gula, milo, ovalette, dan air panas hingga soft peak.
2. Tuang susu full cream ke dalam gelas berisi ais.
3. Curah bahan yang di mixer tadi di atas air susu. Hias sedikit bersama oreo crush dan serbuk milo. Siap dinikmati
Kredit: Nurul Kefftya
8. Resipi Dalgona Sirap Bandung (Cara Sihat)
2 sudu teh sirap
2 sudu besar susu tepung skim/rendah lemak (membukit)
2 sudu besar gula perang
2 sudu besar air panas
1 1/2 sudu teh ovalette (sudu kecil KFC)
1 gelas susu skim cecair/susu rendah lemak
Ais (optional)
1. Campurkan semua bahan kecuali susu cecair.
2. Kisar menggunakan hand mixer dengan memasang satu bilah sahaja sehingga gebu dan foamy.
3. Pindahkan ke dalam piping bag jika suka. Paipkan foam bandung ke atas segelas susu cecair.
4. Siap!
P/s kalau tak letak ovallete , dia tak jadi foamy mcm dalam gambar.
Kredit Resipi : Yasmin Sofia III
9. Resipi Dalgona Coffee Nabati Cheese
- 2 paket nescafe 3 in 1 **
- 4 sudu besar gula **
- 4 sudu besar air panas **
- 1/2 sudu kecil ovellate - optional **
- 1 kotak besar fresh milk
- 1 mangkuk kiub ais
10. Resipi Dalgona Green Tea
- 60ml air panas
- 2 sudu besar green tea - direndam air panas ambil airnya **
- 1 sudu besar fresh milk**
- 2 sudu makan gula perang **
- 1/2 sudu kecil ovellate **
- 1 kotak besar fresh milk
- kiub ais
11. Resipi Dalgona Nescafe Kitkat
- 2 Jari KITKAT
- 2 sudu besar kopi NESCAFÉ
- 2 sudu besar Air panas
- 2 sudu besar gula
- Susu Ais (pilihan)
sedapnya
ReplyDeleteDah lama viral tpi xtahu kenapa xtry buat lagi hahaha...
ReplyDeleteaaa semua nampak sedap sangat!
ReplyDelete