Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Nak Bisnes Berjaya Tapi Tak Tahu Bagaimana. Selepas Kenal Life Tract Resources, Segalanya Berubah!

Nak Bisnes Berjaya Tapi Tak Tahu Bagaimana. Selepas Kenal Life Tract Resources, Segalanya Berubah! | Ramai orang ada impian untuk ada bisnes sendiri. Saya juga salah seorang yang punya impian sama. Buktinya saya telah memiliki sebuah perniagaan sendiri berkaitan servis online marketing dan tak dinafikan, punya bisnes merupakan satu cabaran. 

Newbie yang baru nak mulakan bisnes pula sering berasa takut-takut andai gagal dan rugi. Bagaimana nak mulakan bisnes sendiri ini sebenarnya? Adakah bisnes ini hanya bergantung pada modal untuk berkembang atau ada unsur lain yang mempengaruhi? 

Hasil dari bacaan dan pencarian di internet berkaitan panduan dan cara bagaimana nak mulakan bisnes sendiri dari kosong, terdapat 5 tips penting yang perlu di ikut. 

Life Tract Resources


Antara Perkara Paling Penting Mesti Newbie Lakukan Untuk Mula Bisnes 

Perasan atau tak, ramai orang ada impian untuk ada bisnes sendiri tapi tak ramai tahu bagaimana nak mulakan bisnes dengan cara yang betul. Untuk newbie, boleh cuba panduan ini.

1. Nilai diri sendiri. Tidak semua orang mempunyai kualiti potensi diri yang sama yang diperlukan untuk memulakan perniagaan.

2. Buat bisnes secara part-time, teruskan kerja makan gaji seperti biasa.

3. Untuk berjaya dalam bisnes, perlu ada modal diri sendiri. 

4. Kalau sudah benar-benar serius nak mulakan sesuatu bisnes, wajib ada logo untuk bisnes.

5. Cari mentor untuk dapatkan bimbingan supaya tidak mudah putus asa. 

Life Tract Resources Menawarkan Coaching & Mentoring, Bengkel Serta Ebook 


Pernah dengar nama Lifetract Learning Rescources? Jika belum, Lifetract Learning Rescources  ini  menawarkan servis Coaching & Mentoring, bengkel serta ebook pada sesiapa saja yang berminat dengan dunia perniagaan. Tidak kira baru ingin berniaga atau sudahpun punya perniagaan.

Life Tract Resources

Lifetract Learning menawarkan satu platform kepada usahawan untuk membina dan memperbaiki proses dan pengurusan bisnes baru atau yang sedia ada. Puan Noraminah Omar, merupakan seorang Penasihat Perniagaan (Business Advisor) dan juga Konsultan di Life Tract Learning Resources. 

Sedikit info mengenai Puan Noraminah, beliau merupakan ibu dan mempunyai 6 orang cahaya mata dan kini tinggal di Selangor. 

Pada tahun 2000 beliau menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan CAD/CAM di  Universiti Malaya. Beliau juga menamatkan latihan professional dalam bidang pendidikan termasuk Certificate in Early Childhood, Pam Arnold College, Sijil Perguruan Tadika (Persatuan Tadika Malaysia) dan Certificate in Early Childhood, DiKa College.

Tidak hanya itu, beliau juga pernah dilantik sebagai salah seorang Ahli Lembaga Pengelola (Board of Governance) untuk Brighton International School, Kuala Lumpur dan ahli Panel Penasihat Industri untuk School of Business, Asia Pacific University (APU).

Dari tahun 2008-2013, Puan Noraminah berjaya menguruskan sebuah syarikat bisnes pendidikan dengan 5 cawangan dan memberi khidmat kepada lebih 3500 anak-anak dan keluarga. Bisnes ini dijalankan dalam sistem francais. Syarikat pertama Minds Viilage Sdn Bhd, merupakan francaisi kepada jenama “Genius Aulad”.

Ada banyak lagi kejayaan lain, untuk kenal Puan Noraminah dengan lebih lanjut, boleh baca DI SINI

Puan Noraminah Benar-Benar Mahu Membantu Peniaga!

Life Tract Resources

Apa yang lebih menariknya lagi, Puan Noraminah seorang yang tidak lokek ilmu. Buktinya Puan Noraminah menerbitkan Ebok dan turut berkongsi info berkaitan perniagaan melalui channel YouTube. Video di channel Youtube Puan Noraminah tidak mengecewakan. 

Antara topik-topik menarik yang telah Puan Noraminah kongsikan bagi membantu peniaga di luar sana adalah : 

  • cara keluarkan nama dari SSM
  • cara buang SSM
  • urusan HR dan strateginya untuk bisnes 
  • panduan merekod transaksi bisnes
  • menyusun akaun bisnes untuk newbie 
  • syarat share partner dan banyak lagi. 

Life Tract Resources


Mahu Berjaya Perlu Ada Mentor

Puan Noraminah benar-benar seorang mentor. Pengalaman beliau di dalam dunia perniagaan sangat banyak. Melalui  pendekatan coaching ini dapat membantu usahawan mendapat sokongan dan ruang perbincangan yang khusus. 

Ini dapat memperbaiki proses pengurusan perniagaan, supaya usahawan jelas dengan tindakan dan keputusan yang diambil.

Fokus utama yang ditekankan oleh Puan Noraminah adalah :

  • Memastikan usahawan yang membuka syarikat dan perniagaan bersedia dengan pengurusan risiko pengurusan 
  • Mengambil dan mengurus ‘talent’ serta sumber manusia untuk mengembangkan perniagaan 
  • Menyusun rancangan pembangunan perniagaan dengan lebih jelas 
  • Menguasai kefahaman pengurusan kewangan supaya mencapai aliran tunai stabil 
  • Membuat keputusan untuk meningkatkan kebolehan perniagaan menjana keuntungan

Servis Yang Ditawarkan Oleh Life Tract Resources

1. Coaching untuk Merancang Bisnes (Business Planning)

Jika benar mahu memulakan bisnes, kita perlu mulakan dengan persediaan asas yang penting. Cabaran besar bermula daripada diri kita sendiri sebagai pemula. Mentor di Lifestract Learning Resources akan bantu usahawan untuk tahu :   

- Apakah yang mahu dicapai melalui bisnes
- Bagaimana untuk mengenalpasti modal perniagaan yang mahu dijalankan
- Cara menyediakan rancangan keperluan modal dan kewangan memulakan bisnes
- Cara menyusun struktur bisnes

2. Coaching untuk Bisnes Pendidikan (Education Business)

Bisnes pendidikan mempunyai model bisnesnya tersendiri. Meskipun banyak kelihatan sama, tetapi ia tidak serupa. Sebagai seorang pemilik bisnes, perlu tahu bagaimana untuk membezakannya. 

- Mesti tahu apa yang mahu dicapai melalui bisnes
- Kenalpasti model pengurusan yang dipilih
- Sediakan rancangan kewangan yang diselarikan dengan pengurusan aktiviti pemasaran, jualan dan program pendidikan
- Susun struktur pengurusan yang melibatkan ‘Board of Governance’ dan ‘Board of Directors dalam syarikat

3. Coaching untuk Menyusun Struktur Syarikat (PLT-Sdn Bhd)

Selalunya, usahawan akan membuka sendiri syarikat dan membangunkan bisnes dengan modal dan kapasiti awal setakat yang ada. Apabila bisnes masuk tahap yang perlu dikembangkan, suka ataupun tidak, ada banyak penyusunan dan strategi pengurusan yang perlu dilakukan. Susunan pengurusan syarikat ini sangat penting. Tugas mentor di sini : 

- Menerangkan ‘option’ yang ada dalam menyusun struktur dalam lesen enterprise atau PLT atau Sdn Bhd
- Bantu kenalpasti model perkongsian (partnership) yang sesuai dengan business plan
- Beri panduan bagaimana untuk sediakan rancangan keperluan modal dan kewangan untuk perniagaan berjalan pada tahun seterusnya
- Lihat keperluan pematuhan dan ‘controls’ yang mesti ada apabila mula mengembangkan bisnes (kewangan & HR)

4. Coaching untuk Membina Proses dan SOP Kewangan & HR

Setiap usahawan perlu ada SOP dan asas kepada bisnes yang dimiliki. Walaubagaimanapun, ada banyak jenis SOP yang tidak praktikal dan memberi impak kurang baik jika diamalkan. Bagusnya bila ada mentor, terus boleh dapat tunjuk ajar :

- Bagaimana untuk tahu fungsi sebenar dan manfaat SOP khusus untuk bisnes yang dijalankan.
- Apakah  struktur dan susunan SOP yang menyokong kepada objektif bisnes
- Apakah rancangan penambahbaikan dan pemantauan kepada SOP yang ada
- Bagaimana nak menyusun semula struktur dan keperluan SOP kepada perubahan bisnes semasa

5. MENTORING khas untuk individu

Dengan servis dan bantuan dari Life Tract Resources, ianya dapat bantu usahawan untuk lebih fokus secara spesifik dalam bahagian pengurusan dan skop kerja bisnes. Secara tidak langsung, ia membolehkan usahawan memastikan apakah rancangan yang ada dan dapat dijalankan. 

Mentoring merupakan satu pendekatan yang ditawarkan kepada individu yang menjadi usahawan, pemilik bisnes dan ketua dalam organisasi yang dibangunkannya. Antara topik yang ditekankan adalah :

- Cara Start Up CEOs
- Professional Services (Solo practice)
- Solopreneur


Life Tract Resources Turut Menawarkan Sesi Panggilan 30 Minit Secara Percuma!

Life Tract Resources


Salah satu kelebihan yang ditawarkan oleh pihak Lifetract Learning ini, sesiapa saja yang sedang berdepan dengan masalah perniagaan, boleh daftarkan diri untuk buat tempahan sesi panggilan selama 30 minit dengan Puan Noraminah secara Percuma!

Cara untuk membuat tempahan mudah saja. 

Langkah 1 : Klik [ DI SINI ]

Langkah 2 : Seterusnya klik pada bahagian [BOOK 30 MINUTES CALL SESSION] 

Langkah 3 : Isi maklumat sebagaimana yang diminta dan klik pada bahagian 'BOOK 30 MINUTES CALL SESSION' sekali lagi. (rujuk gambar di bawah)

Life Tract Resources

Langkah 4 : Pihak Life Tract akan hubungi kembali melalui panggilan telefon dalam masa yang terdekat untuk urusan coaching mengikut isu atau masalah yang berkaitan. 

Langkah 5 : Puan Noraminah sendiri akan menghubungi kita melalui WhatsApp untuk berikan tarikh dan masa yang sesuai. 

Life Tract Resources


7 Kelebihan Yang Saya Dah Dapat Dari Sesi Panggilan 30 Minit Secara Percuma!

1 - Mengenali potensi diri sendiri 

2 - Lebih berani, bersemangat dan yakin!

3 - Minda semakin terbuka dengan plan bisnes yang lebih jauh

4 - Semakin tahu bagaimana untuk menguruskan kewangan dengan bijak

5 - Dapat ilmu baru tentang cukai dan cash flow (pendapatan dan perbelanjaan) 

6 - Fikiran lebih positif, tenang dan lapang  

7 - InshaAllah, perjalanan bisnes boleh berkembang dengan lebih selamat

Ramai Usahawan Happy Selepas Dapat Coarching Dari Life Tract Resources

Life Tract Resources

Life Tract Resources

Life Tract Resources


Mempunyai Masalah Dalam Perniagaan? Takut Untuk Membuat Keputusan Yang Tepat? Dapatkan Coaching Dari Lifetract Learning Resources Sekarang Juga!! 

Mahu buat produk sendiri tapi takut dengan bisnes "syok sendiri"? Tidak tahu bagaimana untuk mulakan bisnes sebenar dari kosong? Masih belum menemui jawapan meskipun sudah ada pelan tindakan? Ketahuilah, punya mentor yang tepat sangat penting! Mentor yang betul boleh bantu beri bimbingan sehingga berjaya. Dari mana nak dapatkan mentor ni?

Mentor tidak boleh dipilih dari mana-mana individu secara rawak untuk pegang gelaran tersebut. Hubungi Life Tract Resources kerana di sini segalanya ada untuk usahawan yang baru nak bermula sehingga boleh berjaya. InshaAllah.

Untuk sebarang pertanyaan lanjut yang berkaitan, boleh terus hubungi team Life Tract Resources melalui detail di bawah ini. 

Life Tract Resources

Life Tract Learning - Supporting Your Business Journey

Website | Facebok 



14 comments for "Nak Bisnes Berjaya Tapi Tak Tahu Bagaimana. Selepas Kenal Life Tract Resources, Segalanya Berubah!"

  1. first time khai dengar pasal ni. orang2 yang buat bisnes wajib ambil tahu pasal benda ni. macam orang selalu cakap, topup llmu di dada . lagi banyak kita menuntut, lagi banyak kita belajar

    ReplyDelete
  2. kita kan kalau buat bisnes tak boleh main langgar je kan? kena cari ilmu dan guru yang betul.

    ReplyDelete
  3. Memang nak mulakan busines kena ada ilmu. Sis dulu pun main hantam je buat busines tapi kelaut jadinya sb tak ada ilmu. Lps ni kena belajar banyak2

    ReplyDelete
  4. nak berbisnes atau buat apa pun kena ada ilmu. kalau ada ilmu, ad yang bimbing, pasti kita di trek yang betul

    ReplyDelete
  5. Menarik ada program macam ni. Dapat mendalami ilmu pada yang berminat nak berniaga

    ReplyDelete
  6. Bukan mudah sebenarnya untuk kita berjaya dalam business . Ramai gak geng yang mula dengan bertatih , berkat kesungguhan dan kesabaran akhirnya berjaya. Tapi semua kejayaan tu seiring dengan ilmu. So, ilmu itu perlu dicari melalui coaching dan mentoring.

    ReplyDelete
  7. Rawlins memang berpegang teguh pada konsep 'nak lakukan apa sahaja, kena selidik dan berguru dengan yang pakar'. Jangan percaya kepada 'claim' semata-mata kerana bimbang diri diperdaya kelak. Thanks sebab share info ini - insysaAllah akan membantu ramai.

    ReplyDelete
  8. Penting berguru dan sambil berniaga ada guru memantau. Nampak mudah berniaga. Tapi bab ilmu jangan sesekali mudah untuk selesa. Terus gali ilmu. Bagus program macam ni. Orang yang takda idea nak meniaga pun pasti akan muncul idea nak jadi usahawan berjaya lepas sesi coaching ni.

    ReplyDelete
  9. Bagus ni.. belajar ilmu.keusahawanan. Cara nak berniaga dengan betul.. pasti berjaya

    ReplyDelete
  10. Bukan senang nak senang, kalau takde ilmu memang hasilnya zero laa.. ni dah ada program macamni, mudahlah nak plan dan susun strategi nak majukan diri dalam bisness.. mereka yang nak mula meniaga atau dah mula, bagus ni fahamkan.. sebab ada mentor..

    ReplyDelete
  11. Thanks untuk tip2 yang sis share ni.. a good reminder since saya pun dalam fasa aim untuk setup business sendiri dalam masa terdekat.. point 2 tue sangat valid kan.. let me check in detail, i rasa i need coaching and mentoring since I'm totally new in this field..

    ReplyDelete
  12. first time tahu pasal ni. memang menarik lah dan sangat membantu bagi mereka yang perlukan coaching untuk bisnes. terbaik!!

    ReplyDelete
  13. Setuju.. Nak berniaga kena ada ilmu dan paling penting dengan orang yang tepat. Bakal usahawan wajib ada ni

    ReplyDelete
  14. Betul nak meniaga kena ada ilmu juga. bagus juga usaha mereka ini.. terimakasih atas perkongsian ini

    ReplyDelete