Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Drama Tak Sempurna Mencintaimu Full Episode 1 Hingga Akhir

Drama Tak Sempurna Mencintaimu Full Episode 1 Hingga Akhir “Saya tak berapa minat drama Melayu, tapi drama Tak Sempurna Mencintaimu ini buatkan saya nak terus menonton.” ini antara kata-kata yang diberikan oleh salah seorang peminat drama Tak Sempurna Mencintaimu yang sedang ditayangkan di TV3. 

Ternyata, baru bersiaran selama beberapa episod, drama 'Tak Sempurna Mencintaimu' arahan Emi Suffian ini telah berjaya mencuri perhatian netizen. 

Tak Sempurna Mencintaimu ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2021 arahan Emi Suffian dibintangi oleh Redza Rosli, Intan Najuwa, Rita Nadira, dan Wan Maimunah. 

tak sempurna mencintaimu full episode


Daku sendiri lihat drama ini bukan kerana barisan pelakonnya semata-mata, tetapi kerana jalan ceritanya yang agak menarik di tambah dengan lokasi pengambarannya yang cantik menarik dalam sekitar negeri Perlis Indera Kayangan, tanah tumpah tempat kelahiran negeriku. 

Drama 'Tak Sempurna Mencintaimu' diinspirasikan daripada novel karya Rehan Makhtar. Menampilkan gandingan pelakon baru dan lama. Banyak juga pelakon lama yang dah lama daku tak lihat mereka di TV, ada dalam drama Tak Sempurna Mencintaimu ini. 


Novel Tajuk : Tak Sempurna Mencintaimu 

Penulis : Rehan Makhtar
Drama Tak Sempurna Mencintaimu Full Episode 1 Hingga Akhir

Dengan penerimaan baik dari ramai pembaca, daku rasa novel Tak Sempurna Mencintaimu dalam bentuk buku itu akan kembali hit!


JUDUL : TAK SEMPURNA MENCINTAIMU
EPISOD : 28
TARIKH TAYANGAN : 29 Mac 20121
WAKTU SIARAN : Isnin-Ahad, 7:00 malam
SIARAN TV : Slot Akasia TV3
PENULIS SKRIP : Eja Lorena, Marr Mohamad, Lynnda Sharuddin, Mfid Suhaimi
PENGARAH : Emi Suffian
PRODUKSI : Zeel Production Sdn Bhd
PELAKON : Redza Rosli, Intan Najuwa, Rita Nadira, Aniq Suhair, Wan Maimunah, Fendy Bakry, Dato Tamimi Siregar, Lydiawati, Azzarima, Mak ah, Fendi Seman, Nafiez Zaidi, Ali Redza, Shah Khan, Asha Merican, Naim Shamshol


Tak Sempurna Mencintaimu Cast 


Redza Rosli sebagai Mustaqim
Intan Najuwa sebagai Siratul
Rita Nadira sebagai Melissa
Aniq Suhair sebagai Safwan
Fendy Bakry sebagai Epul
Nafiez Zaidi sebagai Fiqri
Azza Elite sebagai Kak Siti
Ali Reza sebagai Kyle
Shah Khan sebagai Kuca
Scha Elinnea sebagai Mawardah 
Naim Shamshol sebagai Rudy

LAGU TEMA / OST 
Khai Bahar - Durja

Sinopsis Jalan Cerita Drama Tak Sempurna Mencintaimu - Wikipedia 

Tonton Drama Tak Sempurna Mencintaimu Full Episode


Drama Tak Sempurna Mencintaimu ini mengisahkan tentang seorang gadis kampung bernama Siratul. Siratul tinggal bersama ibu dan adik lelakinya. Pada suatu hari berlaku pertemuan tak sengaja antara Siratul dan Mustaqim ketika Safwan (adik Siratul) terlibat dalam kemalangan dengan Mustaqim. 

Pertemuan antara mata redup dan mata kuyu itu tidak indah. Ia menyakitkan. Hinggakan si mata redup mahu lupakan segalanya dan tidak mahu terhutang apa-apa. Sebaliknya pula pada pemilik mata kuyu itu. 

Selagi gadis bernama Siratul itu belum selesaikan hutangnya, dia tak akan biarkan gadis itu begitu sahaja. Ya, katalah dia kejam. Kenyataannya, memang dunia ini kejam! Dia juga pernah menjadi mangsa.

"Kau sindir aku lagi, kan?" -MUSTAQIM
"Tak... kalau betul koyak, saya nak tolong jahitkan" -SIRATUL


Wajah, lirik mata dan kata-kata Siratul kedengaran begitu jengkel pada pendengaran Mustaqim. Tapi entah mengapa... Yang jengkel itulah yang dia mahu pandang, yang mahu dia tatap dan mahu dia dengar.

"Aku buat kau gila dekat aku. Baru kau tahu..." -MUSTAQIM
"Memang dasar orang gila!" -SIRATUL


Hingga satu hari, bila Siratul mula membuka hatinya untuk lelaki itu. Lelaki itu ternyata berdusta dengannya. Dia marah kerana rasa sayang yang mula bercambah.

"Kau beli adik aku dengan duit dan kau jangan ingat, kau mampu beli aku dengan duit kau!" -SIRATUL
"Bukan niat aku nak sakiti kau, Siratul..." -MUSTAQIM


Mustaqim bingung. Tak tahu apa yang patut dilakukan. Dia merancang yang indah sebenarnya. Tapi apa yang berlaku di luar dugaan. Kerana dihalau pergi, dia berlalu bersama cinta yang wujud buat pertama kali dalam hati.

Akhirnya, Siratul mengerti tentang apa yang telah Mustaqim lalui sepuluh tahun dulu hingga meninggalkan parut dalam angkara cinta yang dusta yang memaksa dia menjadi yatim piatu sebelum waktu. Cinta dusta yang menghantui hingga kini.

"Kalau dia tu, pedang yang menghunus... saya akan jadi perisai yang bantu awak bertahan." - SIRATUL

Tapi, benarlah. Merancang itu percuma tapi ketentuan boleh jadi berbeza. Mustaqim sekali lagi bertarung dengan ujian bila antara dia, Siratul dan Melisa hanya dipisahkan oleh satu garisan halus bernama kematian.

Nyawa mereka berdua bagai di hujung helaan. Mustaqim bangkit bersama sisa-sisa nafas yang ada demi Siratul. Namum adakah dia masih gagah untuk menghayun pedang melawan ujian itu bula perisainya tumbang? Dia sendiri tak pasti.
 

Tonton Drama Tak Sempurna Mencintaimu Full Episode 1 Hingga Akhir klik  [ https://www.iflix.com/title/show/20219 ] 


Suka tonton drama Tak Sempurna Mencintaimu Full Episode? Ingin terus menonton tanpa skip dari episode 1 hingga episode akhir nanti? Boleh follow facebook Suka Drama Malaysia [ DI SINI ]

 

Post a Comment for "Drama Tak Sempurna Mencintaimu Full Episode 1 Hingga Akhir "