Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Panduan Bercuti Ke Pangkor & Senarai Tempat Menarik Untuk Dilawati

Panduan Bercuti Ke Pangkor & Senarai Tempat Menarik Untuk Dilawati | Bercuti merupakan salah satu aktiviti menarik. Lagi-lagi bila Malaysia ini punya banyak tempat best untuk dilawati. Pulau-pulau di Malaysia ini tak kurang hebatnya berbanding pemandangan di luar negara. 

Jika ke utara tanah air, boleh jadikan Pulau Pangkor sebagai destinasi. Pulau Pangkor sudah lama menjadi salah satu destinasi percutian yang sangat terkenal dan menjadi tumpuan ramai pelancong di dalam dan luar negara Malaysia.

Panduan Bercuti Ke Pangkor

Where is Pulau Pangkor Location? 

Di mana terletaknya Pulau Pangkor ini? Untuk pengetahuan, Pulau Pangkor merupakan salah satu tempat pelancongan di negeri Perak. 

Pulau Pangkor terletak kira-kira 90 km ke barat daya bandar Ipoh. Pulau Pangkor tidaklah sebesar Pulau Langkawi. Kawasannya kecil sahaja, tapi tetap ada tempat-tempat menarik untuk di lawati. 

Sambil bercuti boleh lakukan pelbagai aktiviti yang sesuai untuk waktu siang dan juga aktiviti malam di Pulau Pangkor. 

Buat pengunjung yang ingin merancang percutian bajet ke Pulau Pangkor, di sini akan dikongsikan maklumat aktiviti pelancongan dan tempat menarik yang boleh dilawati semasa berada di sana.

Panduan Bercuti Ke Pangkor

Panduan Bercuti Ke Pulau Pangkor 

#1 - How to go Pulau Pangkor? 

Cara nak ke pulau pangkor tidaklah terlalu susah. Untuk pergi ke Pulau Pangkor, kita perlu menaiki feri. Jangan risau kerana terdapat banyak feri yang beroperasi seawal 6.30 pagi hingga lewat petangPerkhidmatan feri yang bermula dari pagi hingga ke malam ini sangat memudahkan pelancong. 

Ada dua terminal feri untuk ke Pulau Pangkor. Terminal asal adalah Jeti Lumut. Jeti Lumut ini sudah lama dan masih berfungsi hingga ke hari ini. Selain jeti Lumut, ada juga terminal baru iaitu Kompleks Jeti Marina Island. 

Panduan Bercuti Ke Pangkor

Kompleks Jeti Marina Island yang baru di bina ini kedudukannya adalah lebih hampir dengan Pulau Pangkor. Untuk harga feri pergi balik antara Marina - Pangkor - Marina hanyalah dalam anggaran RM14 seorang untuk pergi dan balik.

#2. Pilih tarikh yang sesuai 

Pulau Pangkor tidak seperti pulau-pulau yang terletak di kawasan pantai timur. Pulau Pangkor cukup strategik dan sepanjang tahun boleh datang bercuti ke sini. Cuma, kena pilih tarikh yang sesuai supaya tidak bertembung dengan tarikh cuti umum. 

Andainya terpaksa datang bercuti hanya pada waktu cuti umum itu juga, terpaksalah berdepan dengan waktu puncak musim cuti sekolah dengan jumlah pengunjung yang agak ramai.


#3. Tentukan cara dan kenderaan untuk ke sana 

Jika mahu bawa kereta atau motor terus ke pulau, boleh gunakan khidmat feri kargo untuk bawa kereta atau motor ke pulau tersebut. Ada 3 bot kargo yang menyediakan perkhidmatan sebegini iaitu Bot Kargo Ah Seng, Bot Kargo Hua Wei dan Bot Kargo Jeti Marina.


#4 - Ketahui tempat menarik di Pangkor 

Di Pulau Pangkor ini ada banyak juga kesan peninggalan sejarah. Pemandangan di sini juga cantik. Kerana itu terdapat banyak tempat-tempat menarik di Pulau Pangkor. Pastinya percutian sekeluarga akan lebih sempurna. 

Antara tempat-tempat menarik di Pulau Pangkor Perak yang boleh dikunjungi adalah :

  • Kota Belanda
  • Pulau Sembilan
  • Batu Bersurat
  • Tortoise Hill
  • Galeri Panorama Pangkor
  • Pantai Teluk Nipah
  • Pekan Pangkor
  • Teluk Ketapang
  • Masjid Terapung Pulau Pangkor dan banyak lagi. 

#5 - Listkan aktiviti siang dan malam di Pulau Pangkor 

Percutian waktu siang di Pangkor boleh dipenuhi dengan aktiviti yang pelbagai. Antaranya ronda-ronda sekitar pekan Pangkor, lihat nelayan menangkap ikan guna pukat tarik, lihat penduduk setempat usahakan perniagaan ikan kering, lakukan aktiviti snorkeling di Pulau Pangkor, naik bot di Pulau Pangkor untuk keliling pulau dan banyak lagi.


Panduan Bercuti Ke Pangkor

Panduan Bercuti Ke Pangkor

Panduan Bercuti Ke Pangkor


Untuk aktiviti malam di Pulau Pangkor ini pula, boleh berjalan di persisiran pantai, bina unggun api sambil berbbq, nikmati makan malam menu ikan bakar di restoran Shema Hashim Pulau Pangkor dan lain-lain lagi. 

Dengan pelbagai aktiviti yang ada siang dan malam di Pangkor, pastinya pengalaman percutian selama tiga hari dua malam di Pulau Pangkor akan terasa sangat pantas

Local 

Pangkor Laut Resort - The Maldives of Malaysia  

Selain chalet dan Pulau Pangkor homestay, Pangkor Laut Resort merupakan salah satu hotel Pulau Pangkor yang paling mendapat sambutan. Pangkor Laut Resort ini adalah tempat penginapan di atas air bertaraf lima bintang. 

Hotel ini mempunyai reka bentuk yang menarik. Turut ada kolam renang luaran dengan kerusi berjemur di kawasan sekitarnya. Petang-petang boleh berjalan di pantai berpasir putih dan bila penat boleh nikmati warna laut hijau membiru yang menarik.

Panduan Bercuti Ke Pangkor

Panduan Bercuti Ke Pangkor

Panduan Bercuti Ke Pangkor

Lihat pada gambar sudah boleh tahu betapa menariknya Pangkor Laut Resort ini. Sesekali bercuti bersama yang tersayang dalam suasana yang selesa dengan panorama indah, pastinya sangat membahagiakan. 

Staycation akan lebih bermakna dengan penginapan yang bagus dan selesa seperti ini. Lagi-lagi jika bercuti untuk raikan hari istimewa. Percutian ke Pulau Pangkor ini juga sangat sesuai dijadikan sebagai hadiah untuk yang tersayang. Pilih tarikh yang sesuai kemudian buat tempahan hotel. 

InshaAllah, Pangkor dapat memberikan pengalaman melancong dengan penuh kepuasan. 



3 comments for "Panduan Bercuti Ke Pangkor & Senarai Tempat Menarik Untuk Dilawati "

  1. Tak pernah sampai lagi ke sana... Moga ada rezeki nanti... tapi ntah bila nak habis Covid ni... sama-sama kita doakan...

    ReplyDelete
  2. Moga dapat lah ke Pangkor satu hari nanti..

    ReplyDelete
  3. Cantik sangat pulau pangkor. Masuk wishlist yeahhh

    ReplyDelete