Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Resepi Menu Sahur Simple Untuk 30 Hari. Mudah, Sedap & Membuka Selera

Resepi Menu Sahur Simple Untuk 30 Hari. Mudah, Sedap & Membuka Selera | Menu masakan bulan puasa memang banyak tapi kadang tu, pening kepala nak fikir masak apa. Lagi-lagi untuk idea menu sahur. Untuk diri ini, daku lebih suka menu sahur simple cepat dimasak. 

Tak payah banyak jenis lauk, satu dah cukup! Yang penting, resepi menu sahur tu mesti masakan yang boleh membuka selera. 

Di bawah ini ada 30 resepi sahur mudah untuk idea 30 hari bersahur di bulan puasa. Lepas ni tak payah lagi pening kepala fikir nak masak apa. 

Dalam idea menu sahur simple cepat di masak untuk resepi 30 hari ni, ada resepi sahur telur, resepi sahur dari ayam, ikan, daging, tauhu dan banyak lagi. 

Semuanya resipi aneka menu sahur yang sangat sedap, mudah dan sesuai disediakan untuk santapan suami dan anak-anak sepanjang bulan Ramadan. 

Menu Sahur Simple Membuka Selera

Himpunan resepi yang ada ni, daku ambil dari perkongsian di Facebook dan InshaAllah, rasanya sedap-sedap belaka.

Untuk tuan empunya asal resepi, saya tak pasti anda semua siapa dan terima kasih banyak untuk semua resepi di bawah ni. Semoga Allah SWT permudahkan urusan, dipermurahkan lagi rezeki dan diberi tahap kesihatan yang baik. Aamiin.

Resepi Menu Sahur Simple, Mudah, Sedap & Membuka Selera Untuk 30 Hari

1. Tumis Tauhu - By @dada.tastes 

Resepi Menu Sahur Simple Cepat Dimasak


Bahan :

Tauhu secukupnya
3 ulas bawang putih 
5 ulas bawang merah
Daun bawang secukupnya
4 sudu makan sos tiram
2 sudu makan kicap masin / pekat manis
1 sudu teh garam
1 sudu makan gula
1 sudu teh serbuk perasa jika mahu
Air secukupnya
Larutan tepung jagung

Cara :
1. Panaskan minyak dan goreng tauhu sebentar, angkat dan ketepikan.
2. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali dan tumis bawang putih bawang merah sampai wangi kemudian masukkan sos tiram dan kicap. Kacau sekata.
3. Masukkan air secukupnya tambahkan gula, garam, serbuk perasa dan air secukupnya.
4. Masukkan tauhu , gaul supaya sebati dengan kuih dan tutup selama 2 minit hingga kuah betul-betul meresap masuk ke tauhu. 
5. Tambahkan larutan tepung jagung, kacau rata dan tabur daun bawang dan cili padi (jika suka)
6. Siap untuk dihidangkan, sedap makan dengan nasi panas.


2. SAMBAL BILIS BERTELUR


Resepi Menu Sahur Simple Cepat Dimasak

BAHAN-BAHAN:

150gm ikan bilis | dikopek
2 biji telur
20 biji cili padi
1 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
Sedikit air asam jawa
Garam dan gula secukupnya
Minyak masak untuk menumis


CARA MEMASAK:


Masukkan ikan bilis, cili padi, bawang besar dan bawang putih dalam pengisar.
Kisar kasar semua bahan tanpa air.
Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga sedikit garing.
Masukkan air asam dan perasakan secukupnya.
Akhir sekali, pecahkan telur dan kacau rata.
Tutup api angkat dan bolehlah dihidangkan.


3. SAMBAL TELUR HANCUR


Resepi Menu Sahur Simple Cepat Dimasak


BAHAN-BAHAN:

4 biji telur
5 biji bawang merah | kisar
2 ulas bawang putih |kisar
5 sudu makan cili kisar
Minyak untuk menumis
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit asam jawa


CARA MEMASAK:

1. Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bahan yang dikisar sehingga pecah minyak.

2. Setelah pecah minyak, masukkan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa. Kacau perlahan.

3. Setelah kuah mendidih dan sedikit kering airnya, masukkan telur satu persatu.

4. Jangan kacau dahulu, biarkan telur sedikit keras barulah digaulkan keseluruhan.

5. Angkat dan sedia dihidangkan.


4. IKAN GORENG SAMBAL KICAP


Resepi Menu Sahur Simple Cepat Dimasak


BAHAN-BAHAN:

3 ekor ikan kembung
3 sudu makan kicap manis
10 biji cili padi |dikisar
4 ulas bawang merah|dikisar
2 ulas bawang putih |dikisar
1 batang serai |dikisar
1 labu bawang besar|dipotong bulat
Garam secukup rasa
Lada sulah secukup rasa
Sedikit serbuk kunyit


CARA MEMASAK:

1. Bersihkan ikan yang telah siap dikelar-kelar kemudian lumur sedikit garam dan serbuk kunyit lalu digoreng di dalam minyak yang banyak sehingga garing. Asingkan seketika.

2. Panaskan minyak, kemudian tumis bahan-bahan yang telah dikisar sehingga wangi.

3. Tuangkan kicap dan tambah bawang besar, garam dan lada sulah secukup rasa.

4. Masukkan ikan goreng dan gaulkan sehingga sebati. 


5. Ikan Pekasam Goreng Bawang


Resepi Menu Sahur Simple Cepat Dimasak


Bahan-bahan:
1 ekor ikan pekasam
1 biji telur jika suka
Minyak
1 labu bawang besar dipotong bulat
5 biji Cili padi dihiris serong
2 tangkai cili kering, dibersih dan dihiris.

Cara-cara:
Goreng ikan pekasam. sehingga garing, ketepikan.
Masukkan telur. Biar sekejap dan kacau.
Masukkan bawang besar, goreng hingga layu dan masukkan cili padi dan cili kering.
Gaul seketika,angkat dan letakkan ke atas ikan pekasam goreng
Sedap dihidang bersama nasi panas.

6. Ayam Goreng Bercili oleh Aliza Ahmad 


Resepi Menu Sahur Simple Cepat Dimasak

BAHAN-BAHAN:

6-7 ketul ayam digoreng dahulu.
1 labu bawang besar*
2 ulas bawang putih*
5 biji cili masak*
3 biji cili hijau*
1 inci halia*
10 biji cili padi(ikut pedas msg2)*
air asam jawa
1 sb kicap manis
1 sb sos tiram
bawang besar/cili hijau dihiris

CARA MEMASAK:

1. Bahan yg bertanda * dikisar kasar. Tumis dlm kuali,guna minyak yg sama gorengan ayam tadi.biar sehingga sedikit garing.

2. Masukkan air asam jawa. Masukkan kicap manis,sos tiram.

3. Perasakan dgn garam dn gula. Masukkan ayam yg telah digoreng tadi,bawang besar,cili hijau yg dihiris.

4. Kacau hingga rata.siap utk dihidangkan. Selamat mencuba.

7. Daging Goreng Kunyit


Resepi Menu Sahur Simple Cepat Dimasak

Bahan-bahan:
Daging yang dihiris nipis
Sebiji bawang besar
Hirisan lobak merah
Kacang panjang/buncis yang dipotong
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1 sudu serbuk kunyit
Hirisan cili merah/cili padi
1/2 sudu cuka atau 1/4 cawan air asam
Sedikit kicap manis

Cara menyediakannya :
Tumbuk bawang putih dan halia. Tumiskan.
Masukkan daging/ayam
Tunggu daging masak masukkan bawang besar dan hirisan cili.
Masukkan sayur-sayuran, sedikit air, serbuk kunyit, kicap dan garam
Gaulkan.
Tutup kuali seketika dalam 3-4 minit.
Angkat dan hidangkan,

8. Resipi Daging Goreng Thai

Resepi Menu Sahur Simple Cepat Dimasak

Bahan-bahan: -

Daging lebih kurang 800 g. 
-Biji Ketumbar 5 sudu di kisar atau ditumbuk
-Bawang Putih 4 ulas ditumbuk atau dihiris halus
-Lada Hitam 1 sudu besaf dikisar/ditumbuk
-Sos Tiram 2 sudu besar
-Garam secukup rasa
-Butter atau majerin untuk menumis 

Cara : 
Gaul daging dengan semua bahan kecuali butter dan bawang putih. Perap 30 minit atau 2 jam


Bahan-bahan untuk sos: 
-Serbuk cili thai
-Gula kabung atau somtam jika tiada pakai gula putih 2 sudu
- 2 sudu Beras digoreng atau disangai di kisar halus
-Air Limau Nipis 2 sudu
-Air Asam Jawa 3 Sudh
-Kicap sotong atau sos ikan
-bawang kecik merah 3 ulas di hiris nipis
-Daun ketumbar dan daun bawang

Kredit : Seri Rasa

9. Sambal Lada Api Telur 

Resepi Menu Sahur Simple Cepat Dimasak


Bahan-bahannya : 
Telur direbus dulu, kemudian di goreng sampai garing.
Cili api. (lagi banyak lagi best)
lada besar. (ikut citarasa masing-masing)
2 biji bwg besar n 3 ulas bwg putih blend kasar.
Asam keping 1 keping
1 biji bwg besar dimayang
Garam dan gula secukup rasa
.
Caranya:
Telur yg telah digoreng tadi angkat dan ketepikn.
Goreng bahan2 yg diblend kasar
Masukkn asam keping
Rasakn garam dan gulanya.
Masak sampai garing
Masukkn bwg besar yg dimayang...
Campurkn telo yg telah digoreng tadi


10. Resepi Sambal Kari Udang


Resepi Menu Sahur Simple Cepat Dimasak



Bahan-Bahan:

1 kg udang dibuang kepala dan dibersihkan
1 labu bawang besar di hiris
2 tangkai lada merah di hiris
4 sudu besar rempah kari
1 biji tomato dipotong panjang
2 kpg asam gelugor
1 pokok daun bawang di potong 1 inci panjang
i pelepah daun kari
sedikit air
sedikit serbuk kunyit, garam dan gula
minyak untuk menggoreng

Bahan Kisar –

4 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia

Cara Memasak:

1. Udang digaul dengan garam dan gula. Kemudian digoreng sebentar. Angkat dan toskan.

2. Tumis daun kari. Masukkan bahan2 yang dikisar bersama serbuk kari. Masukkan sedikit air untuk menggelakkan kari dari hangus.

3. Apabila telah gareng, masukkan pula asam keping, garam dan gula.

4. Masukkan udang tadi, berserta tomato dan lada merah yang telah dihiris tadi.

5. Gaul rata dan boleh diangkat. Sedap di makan dengan nasi panas

11. Sambal Garing Manis (Pedal Ayam & Hati Ayam) oleh aliyaa malek full

Resepi Menu Sahur Simple Cepat Dimasak

Bahan goreng garing:

Bawang merah kecil (hiris nipis)
Bawang putih (hiris nipis)
Pedal & hati ayam rebus empuk dulu & hiris halus.
Udang kering

Bahan kisar:
Lada kering + bawang merah + bawang putih.

Bahan tambahan:
Gula merah + gula pasir
Air asam

Cara-cara:

1. Tumis bahan kisar sampai pecah minyak dan garing.
2. Masukkan air asam + gula merah. Masak hingga airnya hampir kering.
3. Bila dah agak garing sambalnya, masukkan bahan goreng semua tadi. Gaul dan gaul.
4. Letak sedikit garam + gula pasir ikut rasa masin & manis yang dikehendaki.

12. Resepi Ayam Goreng Halia Simple


Resepi Menu Sahur Simple Cepat Dimasak

Bahan :
ayam
bawang putih
bawang merah
halia
air jika perlu 
daun bawang jika suka 


Cara membuatnya :

Goreng ayam dengan kunyit dan garam. Ketepikan.

Tumis bawang putih 2 ulas, bawang merah 1 ulas dan halia yang dipotong halus sampai naik bau.

Masukkan ayam yang digoreng dan tambah sedikit air untuk yang nak berkuah. Tambah garam jika perlu.

Siap! Boleh taburkan daun bawang jika suka. 


13. Telur Gulung (Egg Roll)


Resepi Menu Sahur Simple Cepat Dimasak


Bahan-bahan :
4 biji telur
1/2 biji lobak merah
2 helai daun bawang
Garam dan serbuk perasa (terpulang pada citarasa anda)

Cara Membuatnya :

Pecahkan telur dalam mangkuk. Kacau telur hingga kuning telur sebati dengan putih telur

Cincang lobak merah dan daun bawang hingga lumat (terpulang pada citarasa nak lumat macam mana)

Masukkan lobak dan daun bawang yang telah dicincang tadi ke dalam mangkuk yang berisi telur

Masukkan garam dan serbuk perasa secukup rasa dan kacau sebati semua bahan

Panaskan sedikit minyak di dalam kuali non-stick. Bila minyak sudah panas, masukkan bancuhan telur tadi ke dalam kuali. Biarkan hingga bahagian bawah telur masak. Gunakan api yang kecil ya.

Setelah bahagian bawah telur masak, gulung sedikit bahagian tepi untuk tapak gulungan. Teruskan menggulung telur sehingga selesai

Pastikan bahagian atas telur belum kering supaya dapat melekatkan gulungan telur. Biarkan telur yang telah siap digulung di dalam kuali kira-kira seminit supaya bahagian dalam telur masak

Potong mengikut lebar satu jari ibu dan bolehlah dihidangkan. 

14. Resipi Gulai Ketam Nenas Utara Cara Paling Mudah 


Resipi Kari Ketam Nenas Utara Cara Paling Mudah

Bahan-bahan : 

  • 6 ekor ketam saiz sederhana (potong 4) 
  • 1 biji nenas saiz kecil (potong kecil)
  • 1 bungkus serbuk kari ikan kering (lebih sedap jika guna cap O, kalau tak ada guna cap Adabi pun okay)
  • 5 ulas bawang merah ditumbuk 
  • 1 kotak santan pekat 
  • garam dan gula secukup rasa
  • sedikit daun kari (jika suka)
  • air

Cara-caranya :


1. Masukkan ketam yang telah dipotong dan dibersihkan ke dalam periuk atau kuali besar. Periuk atau kuali ini pula letakkan di atas dapur TAPI jangan dibuka lagi apinya. 

2. Sekarang masukkan bawang dan nenas yang telah dipotong ke dalam periuk tersebut bersama serbuk kari ikan kering tadi. Serbuk kari ikan kering ni seeloknya dibancuh dulu dengan sedikit air.

3. Seterusnya masukkan sedikit santan dan air para setakat menutup ketam di dalam periuk tersebut. Sudah siap boleh buka api tahap sederhana. 

4. Setelah semuanya mula mendidih, masukkan lebihan santan yang ada bersama daun kari. Perisakan dengan garam dan gula. Jika mahu kuat yang lebih pekat boleh lebihkan santan. Siap!

15. Sotong Masak Kicap



Bahan-Bahan 

3 - 4 ekor sotong
1 inci halia - dihiris @ diketuk 
3 biji bawang putih - dihiris @ diketuk
1 batang serai - diketuk
6 - 7 biji cili api - diketuk
1 biji bawang besar - potong bulat
1 cawan kicap manis @ lemak manis 
Garam
Cuka @ air asam jawa


Cara Memasak

1.  Bersihkan sotong dan dihiris mengikut cita rasa sendiri

2. Tumiskan halia, bawang putih, cili api & serai sehingga wangi

3. Masukkan kicap manis ke dalam tumisan tadi. Tunggu hingga mendidih.

4. Masukkan bawang yang dihiris dan sotong dan kacau.

5. Biarkan hingga bawang layu dan sotong masak.

6. Masukkan garam dan cuka (sedikit  sahaja)

Credits : Majalah Pa Ma


16. RESEPI SOTONG BAKAR CICAH AIR ASAM






Bahan-Bahan Sotong Bakar:
5 ekor sotong segar saiz sederhana
1 inci kunyit hidup (ditumbuk)
1 inci halia (ditumbuk)
2 ulas bawang putih (ditumbuk)
2 biji cili merah (ditumbuk)
Sedikit garam

Cara-Caranya.
1.Sotong disiang dan dibersihkan.Kelar sedikit sotong,kemudian lumurkan dengan bahan tumbuk dan letakkan sedikit garam.Perap selama 15 minit di atas para / di dalam penapis agar air sotong turun.(Tujuan sotong di tos diatas para/ di dalam penapis adalah untuk meminimakan kekotoran didalam oven atau diatas dapur gas)

2.Bakar sotong di dalam oven dengan menggunakan api atas bawah dengan suhu 180 darjah celsius selama 15 minit atau hingga sotong masak.Nak lagi senang bakar atas dapur gas dengan gunakan api yang paling kecil sehingga masak.(sentiasa perlu dibalikkan agar sotong masak sekata).Hidangkan dengan air asam

Bahan Air Asam:
1/2 biji bawang besar di potong dadu
sebiji tomato di potong dadu
3 biji cili padi dihiris nipis
1 inci belacan dibakar
2 cawan air asam jawa yang pekat
Sedikit garam dan gula

Cara-Caranya:
1.Hancurkan belacan di dalam air asam jawa.Kemudian masukkan bawang besar,tomato dan cili padi.Perasakan dengan garam dan gula.Siap dihidangkan dengan sotong bakar tadi.

17. Resepi Sotong Masak Pedas


Bahan-bahan:

5 ekor sotong potong bulat

2 serai (hiris halus)
3 bawang merah (mayang halus)
2 bawang putih cincang
2 cm halia hiris halus
1 sudu lada kering kisar atau cili boh
3 helai daun limau purut (hiris halus)
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos cili
sedikit sos ikan
6 biji cili padi potong bulat

Cara-cara:

1. Tumis serai, bawang putih, bawang merah, halia dan cili potong.

2. Masukkan cili boh, sos tiram, sos cili dan sos ikan. Tambah air sikit dan masak sampai pekat.

3. Masukkan sotong, tunggu sotong masak.

4. Masukkan perasa, garam dan gula.

5. Akhir sekali masukkan daun limau purut, jangan masuk awal nanti pahit.


Credits : Myresepi.com

17. Resepi Udang Goreng Buttermilk

resepi udang goreng


Bahan-bahan : 
5 ke 6 ulas bawang putih - dicincang / ditumbuk
5 biji cili padi - dihiris (boleh tambah lagi jika suka pedas)
6 tangkai daun kari 
1/4 cawan susu cair
Sedikit butter/marjerin 

Cara-caranya : 

Panaskan butter/marjerin di dalam kuali dan tumis bawang putih, cili padi dan daun kari hingga garing dan naik bau. 

Setelah itu masukkan susu cair dan masak sebentar hingga semuanya sebati. Akhir sekali masukkan udang berserta dengan sedikit garam dan serbuk lada putih (jika mahu). Akhir sekali masukkan udang ke dalamnya dan gaul sebati. 

Bila dah siap bolehlah diletakkan di atas pinggan. Jangan lupa untuk taburkan 'sarang telur' tadi di atasnya. Siap! 


18.  Sup Telur



Bahan-bahan:
  • Telur
  • Isi dada ayam
  • Sayur (kobis dan lobak merah je pun boleh)
  • Bawang putih
  • Bawang Merah
  • Halia (penting)
  • Cili
  • Limau kasturi
  • Garam
  • Serbuk Pati Ayam (atau apa-apa perencah penambah perisa, tak letak pun takpe)
  • Air


Cara:
Tumiskan bawang, halia dan cili yang telah dihiris nipis hingga naik bau.Masukkan isi dada ayam yang telah dipotong kecil.Masukkan air. Tambahkan perasa dan perahan limau. Biarkan mendidih.Masukkan sayur.Kecilkan api dan masukkan telur satu persatu.

19. Sup Yong Tauhu



Bahan-bahan : 
3 liter cawan air
2 cawan ikan bilis(bersihkan,basuh dan toskan airnya)
1 sudu besar lada putih
5 biji bawang putih(titik)
2 ketul kiub stok ayam
2 inci halia-ketuk
1 sudu besar gula
1 sudu kecil minyak masak
Garam secukupnya

Cara : 
1. sediakan periuk..panaskan minyak
2. masukkan bawang ,halia dan ikan bilis...seperti melayur saja ..jangan sampai hangus,
3. masukkan stok ayam,gula, lada putih
4. renehkan selama 1 jam kuahnya bg menghasilkan kuah yg betul2 sebati rasa nya
5. hidangkan bersama pelbagai jenis2 bahan tauhu khas,bebola daging, bebola ikan utk yong tauhu..banyak jual di pasaraya..ikut citarasa anda

20. Resepi Udang Goreng Hijau Bersantan

Resepi Menu Sahur Simple Cepat Dimasak


Bahan:
420 gm Udang harimau
5 sudu makan Minyak masak
2 ulas Bawang putih - dicincang
1 inci Halia - dihiris
6 biji Cili Padi - dititik
20gm Serbuk dibancuh dengan 100ml air suam
3 biji Cili merah - dipotong dadu
1 btg Serai - dihiris,
1 biji Air limau nipis
2 helai Daun limau purut
5 gm Lengkuas - dihiris halus
10 gm Daun ketumbar - dihiris
1 sudu makan Sos ikan Thai
20gm Pes kari hijau - dicampur air
Garam dan Gula secukup rasa

Cara- cara:
1.Panaskan minyak di dalam kuali. Setelah minyak panas, tumiskan halia, lengkuas, serai, bawang putih, daun limau purut dan daun ketumbar sehingga naik bau.

2.Masukkan pes kari hijau dan kacau hingga pecah minyak selama 4 minit. Setelah itu masukkan air dan kacau hingga mendidih.

3.Masukkan santan, udang serta cili padi dan kacau selama 2 minit lagi.

4.Masukkan sos ikan, air limau nipis, cili merah, garam dan gula secukup rasa.


21. Resepi Udang Goreng Madu

Resepi Menu Sahur Simple Cepat Dimasak


Bahan-bahannya :
400 gm udang - buang kulit
2 biji bawang besar - cincang
 3-4 biji bawang putih - cincang
2 sb cili kering kisar
2-3 sb madu
1/2 cawan udang kering - cincang
2-3 sb sos plum - jika suka
3 tangkai daun kari
3 sb mentega

Cara-caranya :
1. Panaskan mentega dalam kuali. Tumis bawang putih, bawang besar dan daun kari hingga perang.

2. Masukkan udang kering dan cili kisar dan tumis lagi hingga udang kering masak.

3. Masukkan udang, madu, dan sos plum. Kacau hingga udang masak. Rasakan garam gula secukupnya. Siap

22. Resepi Udang Spicy Sweet Sour dari Fariza Empire 

Resepi Menu Sahur Simple Cepat Dimasak


Bahan-bahan :
• Isi udang yang dicelur. (Kopek tinggal janggut dan ekor saja)

Bahan Sos :
• Cili kecil tumbuk bagi lumat. (Bubuh sebanyak pedas mana yang anda mahu)
• Limau nipis 2 biji (ambil jusnya)
• Serbuk cili kering kasar
• Halia muda cincang halus
• Bawang putih cincang halus
• Daun ketumbar cincang halus.
• Gula perang (gula biasa boleh juga)

Cara Memasak :
1. Gaul sebati semua bahan sos dan perasakan dengan garam. (Nak letak sos ikan pun boleh)
2. Lepas itu boleh gaul dengan udang/seafood lain.
3. Sekejap saja bahan sos tadi akan meresap dalam udang.
4. Jika nak letak sayur pun boleh. Contohnya lobak diparut halus, bawang besar cincang dan lain-lain.
5. Sedia untuk makan

23. Resepi Ikan Masak Asam

Resepi Menu Sahur Simple Sedap Cepat Dimasak


Bahan-bahan : 
Ikan
Bawang besar sebiji
Bawang putih 5 ulas (boleh kurangkan jika tak suka letak banyak)
Halia 1/2 inci
Cili padi 5 biji
garam
gula
air asam jawa
serbuk perasa
serbuk kunyit (setengah sudu kecil)

serbuk lada hitam 


Cara-cara : 

Mula-mula goreng ikan , pastu tumis bawang besar , bawang putih , halia dan cili padi.

Seterusnya, masukkan air asam jawa dan kacau sebati semuanya.

Akhir sekali masukkan garam, serbuk perasa, serbuk lada hitam dan sedikit kunyit. Siap kuah ni, boleh terus masukkan ikan. Siap!

*boleh jugak tukar lauk dgn telor mata , ikan talang masin, ikan bawal atau ikan seludu

Kredit Resepi: Hunny Wanny


24. Ikan Kembung Masak Taucu (Qaseh Asmida)

Resepi Menu Sahur Simple Sedap Cepat Dimasak


Bahan :
Ikan kembung - goreng garam kunyit
Cili padi
3 ulas bawang putih
2 biji bawang besar
1 inci halia
Air asam jawa
4 sudu besar taucu
Minyak utk menumis
Garam gula

Cara masak : 

Goreng ikan. Tumis bawang besar, bwang putih, halia hingga kekuningan.

Masukkan cili padi, taucu dan air asam jawa.

Masukkan ikan, garam, gula. Biar seketika. Kemudian boleh dihidangkan. 

25.Sambal Ikan Tongkol Daun Kunyit (Roslina Omar) 

Resepi Menu Sahur Simple


Bahan-bahan : 
ikan tongkol di goreng dulu
2 senduk cili kering yang diblend bersama bawang besar
3 ulas bawang merah di hiris
2 ulas bawang putih di hiris
sdkit halia di hiris
2 batang serai di ketuk
3 keping asam gelugur (nak guna asam jawa pun boleh)
2 helai daun kunyit d hiris kasar
2 biji bawang besar di potong bulat
gula garam seckup rasa

Cara Masak : 
Panaskan minyak, tumiskn bawang, halia dan serai. Bila dah agak layunmasukkan cili kisar.

Masak sampai pecah minyak dan masukkan asam keping. Kemudian tambahkan air dan bila dah mendidih masukkan gula dan garam cecukup rasa.

Akhir sekali masukkan ikan, kacau perlahan hingga sebati dengan kuah dan masukkn bawang serta daun kunyit. Biar sekejap, angkat dan hidangkan. 

26. Ikan Bilis Goreng Simple Sedap

Resepi Menu Sahur Simple

Bahan : 
ikan bilis
bawang merah
bawang putih
cili padi
cili merah

Cara masak : 

goreng ikan bilis dahulu hingga garing

tumis bawang putih, cili padi, cili merah dan masukkn ikan bilis kemudian letak sedikit garam dan serbuk perasa.

perah air asam sikit nak bg ummphhh dan untuk lebih nmpk menarik boleh letak kentang,tomato dan sebagainya. Sedap makan dengan nasi panas. 

27. RESEPI IKAN BILIS GORENG PETAI ABANG NAK TEGUR

Resepi Menu Sahur Simple


Bahan bahan :

Ikan bilis 
Cili api
Petai
Bawang besar
Garam

Cara masak :


1. Ikan bilis tu sal kopek buang perut dan tulang dulu. Ikan bilis ni je sesatu eh yang sedap dibuat goreng lauk camni.

2. Goreng kan ikan bilis dulu. Jangan garing sangat nanti pahit spoil nikmat makan. Sejukkan kejap.

3. Sambil tu, dah potong bawang, cili dan petai kan. Masukkan semua dalam kuali. Bagi masak kejap takyah lama sangat.

4. Perasakan buh garam. Last buh ikan bilis tadi. Gaul mesra. Garam takperlu banyak ikan bilis dah masin.

5. Siap untuk dihidangkan.


28. Resepi Singgang Ikan Tenggiri Kelantan Che' Nom

Resepi Menu Sahur Simple Cepat Masak


Bahan-bahan : 
3 potong ikan tenggiri
2 inci lengkuas, potong dan ketuk
3 biji bawang merah, hiris nipis
2 ulas bawang putih, hiris nipis
1-2 keping asam gelugor
5-6 biji cili padi
4 batang sayur bendi
garam dan gula secukup rasa
serbuk perasa (jika suka)

Cara Penyediaan:

Bersihkan ikan dan toskan.

Rebus air dalam anggaran 3 cawan dan masukkan lengkuas, bawang merah, bawang putih sehingga mendidih.

Masukkan ikan tenggiri, asam gelugor, cili padi dan diikuti sayur bendi di akhir sekali. Rebus sehingga ikan betul-betul masak. Perasakan dengan gula dan garam secukupnya. Sedap jika dihidangkan bersama nasi panas dan budu.

29. Resepi Singgang Kuning Ikan Tenggiri 

Resepi Menu Sahur Simple Cepat Masak


Bahan -bahan : 
ikan tenggiri 3 keping besar
3 ulas bawang putih - dimayang
2 cm lengkuas - dihiris nipis
2 cm kunyit hidup - dihiris nipis
3 keping asam gelugur
4 cawan air
garam secukup rasa

Cara masak :
Ikan dipotong kecil dan dibersihkan.
Masukkan semua bahan ke dalam periuk.
Masakkan hingga kuah mendidih.
Sedia untuk dihidang. Sedap makan dengan nasi agak lembut dan masih panas.

30. Sambal Tumis Telur Puyuh

Resepi Menu Sahur Simple Cepat Masak


Bahan :
24 biji telur puyuh ~ rebus & kopek kulitnya
1 sudu kecil asam jawa ~ jadikan jus campur dengan sikit air
2 senduk nasi cili kisar
1 biji bawang besar, hiris bulat
Garam dan gula secukup rasa

Bahan kisar/tumbuk
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci belacan

Cara menyediakannya : 

Telur digoreng hingga kuning sedikit, angkat dan toskan. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar hingga wangi, masukkan cili kisar & masak hingga terbit minyak, guna api sederhana dan kacau sentiasa.

Masukkan air asam jawa dan tambah garam dan gula secukup rasa. Jika suka boleh masukkan serbuk perasa sikit. Masak hingga pekat. 

Tambah bawang besar dan telur puyuh yang sudah digoreng. Gaul rata, biar hingga bawang layu. Rasa dan jika rasanya okay bolehlah padamkan api dan hidang.

Resepi Menu Bersahur Dan Buka Puasa Ada Bezanya!

Terus terang, untuk menu masakan bulan puasa ni, makan sahur kalau boleh nak yang simple saja. Bukan sebab malas masak tapi selera di awal pagi dengan selera sewaktu buka puasa tak sama.

Resepi menu berbuka puasa dan bersahur ni ada bezanya. Untuk bersahur kena resepi sahur simple yang boleh buka selera. Sedangkan untuk berbuka puasa, mahu resepi menu buka puasa yang sedap dan special.

Selamat mencuba koleksi resepi sahur ringkas dan mudah bulan Ramadhan. Semoga perkongsian resepi menarik sebagai idea menu sahur untuk 30 hari di sepanjang bulan puasa ini dapat memudahkan ramai pembaca di luar sana. 

Jumpa lagi di lain artikel. Selamat berpuasa. 


Jemput join :

Telegram Rasmi Sis Hawa Blog 👉  https://t.me/sishawadotcom

Telegram Rasmi Info Ibu Hamil & Baby 👉  https://t.me/ibuhamilmalaysia







6 comments for "Resepi Menu Sahur Simple Untuk 30 Hari. Mudah, Sedap & Membuka Selera "

  1. Semua sedap tapi sahur la ni tak berapa nak lalu makan... Lauk telur je dah cukup.

    ReplyDelete
  2. Sedap2 menunya. hidangan sahur selalunya yang simple dimple jew.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum
    Salam Ramadhan

    ReplyDelete
  4. sedap semua ni. rajin tak rajin je masak. harap saya rajinlah masak untuk sahur selama sebulan.

    ReplyDelete
  5. Pagi2 sahur makan kenyang2 mudah ke tandas je..mkn ala kadar je untuk sahur biasa...nk telan pun payah hihi

    ReplyDelete
  6. tq for sharing sis awa. boleh saya cuba nanti :)

    ReplyDelete