Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

11 Resepi Ikan Siakap Berkuah Yang Mudah Dan Sedap. Menu Special Untuk Hari Biasa & Bulan Puasa

11 Resepi Ikan Siakap Mudah Dan Sedap. Menu Special Untuk Hari Biasa & Bulan PuasaIkan siakap atau juga dikenali sebagai ikan Kakap Putih, merupakan ikan air tawar dan air masin. Macam-macam yang kita boleh masak dengan ikan siakap ni. 

Ada banyak juga resipi yang mudah dan sedap untuk siakap. Antara resipi-resipinya siakap stim halia, ikan siakap stim limau dan banyak lagi. Ikan siakap, antara ikan popular masak di bulan puasa. Macam-macam cara boleh masak, kukus, bakar, goreng bercili, stim dan goreng merupakan jenis makanan utama yang sering dipesan bagi para penggemar ikan siakap ini. 

11 Resepi Ikan Siakap Berkuah Yang Mudah Dan Sedap



Terasa nak makan ikan siakap tapi tak tahu nak masak resepi ikan siapa ni macam mana? Di sini ada 11 resepi ikan siakap untuk kita cuba bersama-sama. 

1. IKAN SIAKAP STIM LIMAU oleh Khadijah Jaafar 

Resepi Ikan Siakap Mudah Dan Sedap

BAHAN-BAHAN

1 ekor ikan siakap
1 labu bawang besar holland - dihiris
10 ulas bawang putih - diketuk
1 inci halia - dihiris
4 biji limau nipis - diambil jusnya
2 biji cili merah - dihiris
Daun bawang - dihiris
Garam
Gula


CARA MASAK :

Sapukan ikan dengan garam dan gula.

Masukkan semua bahan bersama dengan ikan kecuali daun bawang.

Kukuskan ikan sehingga masak lebih kurang 30 minit bergantung pada saiz ikan.

Apabila ikan sudah masak taburkan daun bawang.


2. IKAN SIAKAP AIR ASAM oleh Atie Jumaat


Resepi Ikan Siakap Mudah Dan Sedap


Bahan
Ikan Siakap 1 ekor
Bawang 1 biji (cincang/tumbuk kasar)
Cili padi 7 tangkai (tumbuk kasar)
Tomato 1 biji (cincang)
Air Asam jawa 1 cawan
Gula padir 3sb
Brown sugar 2sb

Cara buat

Ikan siakap stim kan sampai masak.

Satukan semua bahan air asam. tambah apa y
ang patut dan siram ke atas ikan. 

3. SIAKAP BAKAR PETAI oleh RASA 


Resepi Ikan Siakap Mudah Dan Sedap


BAHAN-BAHAN:

1 ekor ikan siakap
1 keping asam gelugur
50gm petai
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit air
Daun pisang dan aluminium foil secukupnya

BAHAN KISAR:

5 ulas bawang merah
1 biji bawang besar
3 ulasa bawang putih
2cm kunyit
2cm halia
2cm lengkuas
1 batang serai
10 biji cili kering
2cm belacan

CARA MEMASAK:

1. Tumis bahan kisar sehingga garing dan wangi.
2. Masukkan air dan asam gelugur. Masak sehingga pecah minyak. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Angkat.
3. Letak aluminium foil dan alaskan dengan daun pisang. Sudukan sambal yang dimasak tadi dan ratakan.
4. Letak ikan dan sudukan lebihan sambal sehingga rata. Taburkan petai dengan secukupnya.
5. Bungkus ikan dengan kemas dan bakar selama 30 minit atau sehingga masak.
6. Angkat dan nikmati bersama nasi putih.

Info chef: Ikan hendaklah disiang dan dibelah belakangnya. Perapkan bersama 1 sudu makan serbuk kunyit dan 1/2 sudu teh garam.

4. RESIPI IKAN Siakap ALA THAI oleh #resipimommyrina 


Resepi Ikan Siakap Mudah Dan Sedap


BAHAN RACIK HALUS :

Bawang putih beberapa biji
Bawang Holland 1 biji besar
Cili padi
Halia
Daun Ketumbar
Carrot
(bahan racik di bahagi 2. Stim bersama ikan 1 bahagian dan 1 bahagian lain buat untuk kuah asing kan)

BAHAN LAIN :
SOS ikan nampla / sos sotong
Garam
Gula melaka
SERAI di ketuk 3 atau 4 batang

Cara Masak :

1. Siapkan ikan dulu cuci bersih. Keluarkan ikan supaya mudah utk masak bila stim nanti. Lumurkan garam. Masukkan serai yang di ketuk tu dalam perut ikan.

2. Stim kan ikan dahulu. Letak sedikit bahan bahan racik yang bahagian pertama. Masak bersama ikan. Letak jugak sedikit nampla sos. Tengok kalu isi ikan bercerai dari tulang tu tanda ikan dah masak.
(daun ketumbar masa ni masukkan batang sahaja. Daun dia asing kan)

3. Campur pula bahagian 2 bahan bahan racik tu dalam 1 mangkuk. Pernah limau nipis (kalu ada sos limau boleh pakai juga) garam gula biar sekata rasa dia. Tambah juga sos nampla. Boleh pakai gula melaka kalu ada lagi bagus. Buat 1 mangkuk

3. Lepas siap ikan di stim, angkat dan letak dalam 1 bekas. Curahkan sos yang kita buat asing tadi dalam ikan. Taburkan daun ketumbar yang dah asing tadi bersama sama.

5. Ikan Siakap Kukus Halia oleh Yatie Memories 


Resepi Ikan Siakap Mudah Dan Sedap


1 ekor Ikan Siakap – di bersih dan kelar sedikit
2 inci Halia – di hiris halus
3 biji Bawang merah – di hiris halus
2 ulas Bawang putih – di hiris halus
10 biji Cili Padi – dipotong atau di titik
daun ketumbar (dihiris)
daun bawang
1/2 btng Lobak merah – di hiris memanjang
2-5 Cendawan shitake – di hiris halus
1 biji Air limau nipis
2 sudu besar Sos Tiram
2 sudu besar Kicap Cair
1 sudu kecil Gula
4 sudu besar Air

Cara penyediaaannya

Bersihkan ikan dan letak ikan di atas pingan bujur.

Masukan semua bahan lain mangkuk dan gaul hingga rata.

Tuang di atas permukaan ikan dan kukus selama 20-25 minit.

Siap untuk di hidang hias dengan daun bawang dan cili merah


6. IKAN SIAKAP KUKUS KUAH KICAP oleh RASA


Resepi Ikan Siakap Mudah Dan Sedap


BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan Siakap
4cm halia muda | kisar
3 ulas bawang putih | kisar
1 tangkai daun bawang | potong 3cm
Sedikit daun ketumbar | kisar
Sedikit cili padi | hiris
2 sudu makan minyak masak
4 sudu makan kicap cair
5 sudu makan stok ayam
1/4 sudu teh minyak bijan
Sedikit lada sulah

CARA MEMASAK:

1. Bersihkan ikan, kemudian kelar dan lumurkan lada sulah berserta garam di bahagian luar dan dalam ikan.

2. Letakkan halia dan bawang putih yang dikisar.

3. Panaskan pengukus dan kukus ikan selama lapan minit.

4. Panaskan minyak masak dalam kuali, kemudian tuangkan minyak panas ke atas ikan tadi diikuti cili hiris, kicap caiar, stok ayam, minyak bikan dan lada sulah.

5. Tutup semula pengukus dan kukus semula.

6. Setelah ikan masak tuangkan masukkan hirisan daun bawang.


7. Ikan Bakar Portugis oleh Azie Kitchen


Resepi Ikan Siakap Mudah Dan Sedap


Bahan-bahan:
1 ekor ikan siakap - kelar
5 helai daun limau purut - hiris halus
3 sb minyak bawang putih
1 sk penuh garam
1 sb penuh gula
Aluminium foil/daun pisang

Bahan kisar:
3 sb cili kering kisar
2 biji buah keras
6 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 batang serai
2 hiris lengkuas

Cara cara:

Untuk Minyak Bawang Putih - Ambil 6 ulas bawang putih, tumbuk dengan kulit kulitnya. Panaskan 1/2 cawan minyak, tumis bawang putih tadi hingga garing. Sejukkan.

8. KENGSOM SIAKAP oleh RASA


Resepi Ikan Siakap Mudah Dan Sedap


BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan siakap
4 biji bawang merah
4 biji bawang putih
10 batang cili kering
2cm kunyit hidup | separuh racik
3 keping asam gelugur
1 batang serai | titik
3 helai daun limau purut
1 batang bunga kantan | racik
Garam, gula dan bahan perasa secukupnya
Minyak masak secukupnya
Air secukupnya


CARA MEMASAK:
1. Cuci ikan siakap sehingga bersih. Ketepikan.

2. Bawang merah, bawang putih, cili kering, separuh daripada kunyit dikisar halus.

3. Kemudian, panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar hingga terbit bau wangi.

4. Setelah naik bau, masukkan air, asam gelugur, hirisan daun limau purut, serai dan bunga kantan. Tunggu sehingga mendidih.

5. Langkah seterusnya, tambahkan garam, gula dan bahan perasa secukup rasa. Kacau sebati.

6. Akhir sekali, masukkan ikan siakap. Masak hingga ikan masak.

7. Angkat dan sedia dihidangkan.


9. SIAKAP TIGA RASA KUTANG KETUNG oleh Nur Dhunaa AB Maleq


Resepi Ikan Siakap Mudah Dan Sedap


Bahan-bahan:

1 ekor ikan siakap
1/2 batang timun
1/2 batang lobak merah
1/2 biji tomato
1/2 cawan daun sup
3 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
4 sudu sos thai
4 sudu sos tomato
4 sudu sos cili
1 sudu kecil gula
1 sudu kecil garam
2 sudu kecil tepung jagung

Cara-cara:

1. Goreng ikan sehingga garing

2. Tumis bahan tumisan, masukkan tomato dan timun, masukkan sos siam, sos tomato dan sos cili

3. Adunan yang telah siap dibancuh atau diadun.

4. Masak sehingga mendidih masukkan sedikit bancuhan tepung jagung utk pekatkan kuah

5. Tuang sos ke atas ikan yang di goreng tadi.

6. Siap untuk di hidangkan.

10. RESEPI SIAKAP SWEET N SOUR THAI oleh tuan adriana arissa


Resepi Ikan Siakap Mudah Dan Sedap


Bahan :

Ikan siakap- gaul garam kunyit dan sedikit tepg jagung- goreng
3 ulas bwg putih- mayang halus
1 biji bwg besar- mayang kasar
1 inci halia- mayang halus
1/2 cawan sos tomato
1/2 cawan sos cili
1/2 cawan sos cili masam manis thai (botol warna putih merah)
Sedikit sos tiram
Lada benggala merah dan hijau-dadu
Nenas- dadu
Garam secukup kalau masih tawar

Cara :
1. Tumis bahan yg dimayang smp wangi dgn sedikit minyak.

2. Kemudian masukkan semua sos2 dan sedikit air. Kacau sebati. Biarkan mendidih.

3. Masukkan lada benggala dan nenas.

4. Dah secukup rasa masam manis. Tutup api.

5. Tuang sos ke atas ikan. Siap


11. IKAN SIAKAP TUMIS SERAI oleh RASA 


Resepi Ikan Siakap Mudah Dan Sedap


BAHAN-BAHAN:

1 ekor ikan siakap | dibersihkan
Sedikit serbuk kunyit
Sedikit garam


BAHAN TUMISAN:

1 biji bawang besar | dibelah enam
10 biji cili padi | dibelah dua
3 ulas bawang putih | dibelah dua
1 batang serai | dihiris kasar
1 biji tomato | dibelah enam
200ml air asam jawa
5gm serbuk perasa
Minyak untuk menumis


CARA MEMASAK:

1. Ikan yang dibersihkan disapu sedikit garam dan kunyit. Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng hingga garing. Angkat dan ketepikan.

2. Menggunakan minyak yang sama, tumis bawang besar, cili padi dan bawang putih hingga terbit bau wangi.


3. Masukkan pula hirisan serai bersama air asam jawa. Perasakan dengan garam secukup rasa. Biarkan mereneh. Masukkan tomato dan tutup api.

4. Tuang sos ke atas ikan yang telah digoreng tadi.

5. Sedia dihidangkan.

Semoga perkongsian resepi ini dapat memudahkan urusan ramai orang di luar sana yang berminat untuk masak menu siakap sendiri. 

Untuk semua tuan punya asal team,  sama ada berkaitan atau tidak, terima kasih banyak diucapkan. 

Periuk Pengukus Noxxa Menjadi Pilihan Ramai 

Kebanyakan resipi kuih orang lama ini menggunakan kaedah kukus untuk di masak. Bagi anda yang sedang tercari-cari periuk pengukus elektrik yang mudah untuk digunakan, boleh dapatkan periuk kukus Noxxa. 


Kelebihan Periuk Kukus Noxxa 3 Tingkat 

1. Tak perlu tunggu 30 minit untuk air mendidih pun, letak makanan, tekan on, tetapkan masa, tekan button start! Wap terus keluar dan aktiviti kukus bermula serta merta! 

2. Umur semakin tua, kadang masak sesuatu atas dapur gas memang boleh terlupa kan! Siapa pernah alami? Sampai kering air dalam periuk kukus! Boleh rentung periuk! 

Tapi dengan steamer noxxa yang bijak ini, XPERLU LAGI RISAU sebab jika air mulai mengurang, alarm akan berbunyi, dan jika air tidak ditambah, steamer automatik ter off sendiri, sangat selamat.

3. Yang paling best, jika lapisan bawah kukus nasi, bahagian tengah kukus ikan siakap stim, atas kuih seri muka, bau ikan tidak akan melekat pada nasi dan kuih seri muka kerana setiap lapisan ada salurannya sendiri. 

4. Saiz yang besar dan lebar. Bukan bentuk bulat. Ini memudahkan untuk susun makanan dan mudah juga untuk masak ikan stim. 

periuk-pengukus-noxxa

Berapa Harga 

Special untuk pembaca blog ini, harga ditawarkan hanya RM 395 dan anda juga boleh membuat pembelian secara ansuran.

Jumlah bayaran tiap-tiap bulan secara ansuran ini boleh dibincangkan. Makin best, buat bayaran ansuran bulan pertama terus boleh terima barang tanpa perlu tunggu lama-lama. 

periuk-pengukus-noxxa



Pertanyaan lanjut berkaitan periuk pengukus
whatsapp :



Jemput join :

Telegram Rasmi Sis Hawa Blog 👉  https://t.me/sishawadotcom

Telegram Rasmi Info Ibu Hamil & Baby 👉  https://t.me/ibuhamilmalaysia

1 comment for "11 Resepi Ikan Siakap Berkuah Yang Mudah Dan Sedap. Menu Special Untuk Hari Biasa & Bulan Puasa "