Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Anugerah Guru Inspirasi McDonald's 2021, Cikgu Ahmad Safarman Simpan Kemas Rasa Sedih Kehilangan Ibu Ayah Demi Amanah Tugas

Anugerah Guru Inspirasi McDonald's 2021, Cikgu Ahmad Safarman Simpan Kemas Rasa Sedih Kehilangan Ibu Ayah Demi Amanah Tugas | Anugerah Guru Inspirasi McDonald's is back! Kembali buat tahun ke lima, Anugerah yang diperkenalkan oleh McDonald's Malaysia ini menghargai 'Cikgu Luar Biasa' yang patut kita kenali dan dijadikan inspirasi dengan kisah mereka yang pelbagai.

Anugerah Guru Inspirasi McDonald's 2021 bertujuan meraikan insan luar biasa dalam hidup yang bergelar cikgu ini dengan mencalonkan mereka yang layak untuk dinobatkan sebagai Guru Inspirasi McDonald's

Saya berpeluang menemubual sendiri beberapa orang guru melalui whatsapp. Sejujurnya, anugerah begini sangat bagus kerana guru yang saya temubual ini benar-benar tidak ubah seperti lilin yang membakar diri demi untuk menerangi hidup orang lain. 

Nama guru yang ingin saya perkenalkan ini adalah Cikgu Ahmad Safarman, bertugas di Sekolah Kebangsaan Kenering yang terletak dalam daerah Gerik Perak. Mari kita kenali calon guru untuk Anugerah Guru Inspirasi McDonald's 2021 yang tidak kurang hebatnya ini! 

Anugerah Guru Inspirasi 2021

Cikgu Ahmad Safarman, Guru Peramah Yang Mudah Didekati 

Cikgu Ahmad Safarman Bin Dollah berasal dari Kota Bharu, Kelantan. Berusia 42 tahun dan sudah mendirikan rumahtangga dengan dikurniakan 2 orang cahaya mata lelaki. 

Cikgu Ahmad Safarman memang seorang guru yang memberi inspirasi buat murid, ibu bapa dan pendidik. Guru yang telah berkhidmat selama 12 tahun di Hulu Perak ini, seorang yang hebat dan terkenal terutama dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. 

Anugerah Guru Inspirasi 2021

5 Sebab Utama Kenapa Cikgu Ahmad Safarman Boleh Beri Inspirasi Pada Kita Semua 

1. Gigih Cipta Pelbagai Formula Seperti Peribahasa Semut Demi Nak Lihat Murid-Murid Pandai 

Hasil usaha gigih Cikgu Ahmad Safarman, teknik pengajaran dengan formula seperti Peribahasa Semut, Ulat Beluncas Hijau, Jejari Penanda Wacana, Tip-tip Cemerlang UPSR sering kali menghiasi portal GPS Bestari untuk dikongsi kepada seluruh pembaca di Malaysia. 

Peribahasa Semut merupakan satu cantuman perkataan menjadi 10 perkataan yang mewakili setiap peribahasa yang sering digunakan dalam masyarakat Melayu. Peribahasa ini dicipta agar murid dapat mengingati formula apabila membuat karangan dengan baik.

Guru ini seringkali juga masuk majalah Sinar Harian untuk berkongsi tips belajar dan mengajar. Bahkan pernah terlibat dengan Program Pengantarabangsaan Malaysia dan Thailand dalam perkongsian kebudayaan dan bakat murid. 

Dengan kerjasama PPD Hulu Perak dan PPD Betong, beliau membawa sekumpulan murid ke Thailand semata-mata untuk berkongsi tentang ilmu dalam bidang akademik dan kokurikulum.

Anugerah Guru Inspirasi 2021

2. Punya Bakat Menulis Dan Pernah Hasilkan Banyak Novel Remaja 

Seorang guru yang memiliki bakat dalam bidang penulisan kreatif di mana pernah menghasilkan beberapa buah novel remaja antaranya Nasi Lemak Ikan Pekasam, Tasbih Buat Aishah, Sesudah Hujan Teduh, dan Cikgu Musim Covid-19. 

Bahkan banyak artikel dan penulisan kreatif seperti sajak dan cerpen sering tersiar di akhbar dan majalah seperti majalah Pendidik, Dewan Pelajar, Dewan Siswa, Pelita Bahasa, Dewan Budaya, Tunas Cipta dan sebagainya. 

Sering menjadi penulis di beberapa majalah terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka serta memenangi pelbagai anugerah yang melibatkan penulisan kreatif. 

Guru ini juga pernah menghasilkan berpuluh-puluh antologi bersama rakan-rakan penulis seluruh Malaysia dalam menyebarkan ilmu tentang dunia penulisan kreatif. Dalam masa yang sama menyubur semangat murid untuk meminati bidang penulisan dan sastera. 

Beliau juga aktif dalam mengikuti bengkel, kursus, seminar di Dewan Bahasa dan Pustaka setiap kali musim cuti persekolahan. Bahkan turut aktif dalam Persatuan Penulis Kelantan (PPK) dengan menyertai setiap aktiviti yang diadakan saban tahun. 

Anugerah Guru Inspirasi McDonald's

3. Memberi Banyak Bakti Dan Telah Menerima Pelbagai Anugerah Yang Membanggakan  

Guru yang pernah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang ini sering tercalon dalam pelbagai kategori peringkat PPD Hulu Perak dan JPN Perak. 

Pernah mendapat anugerah Guru Data Cemerlang Peringkat Negeri Perak serta menerima anugerah khas peringkat PPD Hulu Perak iaitu Tokoh Guru Nilam dan Anugerah Khas Hari Guru. 

Terbaharu tercalon sekali lagi untuk anugerah Guru Cemerlang Hebat Bahasa, Peringkat Negeri Perak sempena Hari Guru Peringkat Negeri Perak 2021. 

Anugerah Guru Inspirasi McDonald's


Selain itu turut berbakti kepada Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dengan menjadi juri pertandingan penulisan kreatif. Sering kali diundang untuk menjadi hakim cerpen dan sajak antara Kolej Vokasional peringkat Daerah Hulu Perak. 

Anugerah Guru Inspirasi McDonald's

Beliau terus berbakti dengan menyumbang khidmat sebagai hakim pertandingan Karnival Koakademik Peringkat Zon, PPD dan juga negeri. Memang Cikgu Ahmad Safarman layak digelar Cikgu Luar Biasa kerana memiliki kepakaran yang tersendiri dan wajar menjadi inspirasi kepada sesiapa sahaja terutama yang terlibat dalam dunia pendidikan. 

4. Konsisten Ajar Murid Dari Keluarga B40 Setiap Minggu di Masjid Secara Percuma

Setiap minggu, guru ini akan mengajar murid ini secara sukarela dalam menangani 3M. Murid yang dipilih adalah dalam kalangan keluarga B40. Tempat mengajar murid-murid adalah di sebuah masjid dan telah mendapat kerjasama daripada ahli khariah dan pengerusi masjid. 

Tidak cukup dengan itu, guru ini turut cuba mencari dana bagi memastikan anak murid yang keciciran ini mendapat pelbagai bantuan daripada NGO berupa makanan dan duit sara diri.

Cikgu Ahmad Safarman gigih membawa semua anak muridnya ke tahap yang lebih baik, tidak mahu ada yang tercicir, jelas kelihatan dalam foto yang dikongsikan oleh beliau ini. 

Wajah gembira anak murid menjelaskan betapa guru ini ikhlas dalam menyampaikan ilmu demi masa depan anak-anak murid didikannya. 

Anugerah Guru Inspirasi McDonald's 2021

Anugerah Guru Inspirasi McDonald's 2021

Anugerah Guru Inspirasi McDonald's 2021

5. Cekal Bantu Murid Yang Tercicir dan Terjejas Akibat Covid-19

Beliau terus berbakti dengan menyumbang khidmat sebagai hakim pertandingan Karnival Koakademik Peringkat Zon, PPD dan juga negeri. Bahkan sudah 6 tahun menjadi pemeriksa kertas UPSR Bahasa Melayu. 

Beliau terus membuka norma baharu dalam dunia pendidikan apabila sanggup menyertai aktiviti Sukarelawan dengan menjadi Change Marker bawah program yang dinaungi oleh Dr Maszlee Malik. Bahkan sering mendapat pujian daripada Dr Maszlee Malik dan rakan Change Marker, ibu bapa dan murid kerana semangat yang kental untuk memilih dua orang murid yang terjejas dan keciciran. 

Anugerah Guru Inspirasi McDonald's 2021

Apabila ditanya tentang perasaan bila anak murid memanggil dengan gelaran 'cikgu', jawapan yang diberi, "rasa sangat bangga kerana berjaya menjadi seorang cikgu. Rasa sangat dihargai apabila masuk ke dalam kelas dan murid-murid memberi ucapan salam."

"Paling tak dapat dilupakan adalah kenangan pertama kali berada dan duduk di kerusi guru ketika perhimpunan. Pada masa itu teringat kenangan masa bersekolah dulu melihat guru-guru berada di hadapan. Kini tempat itu pula dijadikan tempat saya. Lantas berfikir, di hadapan saya inilah bakal melahirkan lebih banyak orang yang berilmu pengetahuan dan mampu menggoncang dunia satu hari nanti."

"Awak ibarat buang saya ke dalam tong sampah!" - Cikgu Ahmad Safarman Pernah Lalui Banyak Cabaran 

Guru ini mengajar dua subjek di kelas belakang. Subjek pertama adalah Bahasa Melayu dan subjek kedua adalah Sejarah. Seorang murid perempuan mendapat A subjek Bahasa Melayu 1 dan Bahasa Melayu 2 tetapi Sejarah dia gagal.

Masuk sahaja ke kelas ada murid lain memaklumkan bahawa murid tadi telah menggumpal kertas ujian lalu membuang ke dalam tong sampah.

Pada masa itu kesabaran Cikgu Ahmad Safarman begitu teruji, rasa kesal turut bercampur baur. Guru ini terus melontarkan kata-kata, "Awak membuang kertas peperiksaan yang setiap hari saya ajar sehingga sakit dan pedih tekak. Awak ibarat membuang saya ke dalam tong sampah."

Cikgu Ahmad Safarman terus keluar dari kelas. Murid ini juga tidak hadir ke sekolah selama dua minggu. Akhirnya guru ini menerima sepucuk surat daripada murid tersebut yang dikirim melalui murid lain, isi surat itu menyatakan permintaan maaf. Sejak itulah, baru guru ini dapat berlapang dada dan melupakan atas apa yang terjadi. 

Anugerah Guru Inspirasi McDonald's 2021

Kehilangan Ibu Ayah Secara Berturut-Turut, Amanah Tugas Mengajar Tetap Diteruskan Demi Masa Depan Anak Bangsa 

Cikgu Ahmad Safarman merupakan anak bongsu dan satu-satunya anak di dalam keluarga yang mempunyai jawatan dalam sektor kerajaan. Ini bermakna, Cikgu Ahmad Safarman merupakan satu-satunya anak harapan keluarga untuk membantu senangkan kehidupan kedua orang tua sambil membantu kehidupan adik-beradik lain. 

Dua tahun yang lalu, pada tahun 2019 guru ini pernah hampir patah semangat apabila ibu tersayang pergi menemui Ilahi selepas koma di HUSM Kubang Kerian, Kelantan. Rasa ingin berada di sisi ibu tersayang saat si ibu memerlukan kehadiran seorang anak di sisi membuatkan Cikgu Ahmad Safarman sangat resah dan gelisah. 

Tapi, dek kerana tugasan dan amanah demi masa depan anak bangsa beliau terpaksa akur. Disebabkan itu, guru ini sentiasa berusaha memohon pertukaran semata-mata ingin memberikan perhatian lebih dan sentiasa ada di sisi ibubapa yang tidak sihat. 

Kedua-dua ibu bapa Cikgu Ahmad Safarman dikategorikan warga emas 81 tahun yang menghidap pelbagai penyakit kronik antaranya darah tinggi, kencing manis, saraf, gout, jantung dan pelbagai lagi.

Beliau mendapat perkhabaran ibu pengsan lalu dimasukkan ke hospital, beliau bergegas pulang ke kampung, meredah bukit Gerik pada waktu malam. Ibu koma dan dimasukkan ke ICU, siapa yang tidak bimbang. 

Namun sebelum sempat menjalani pembedahan, ibu kepada Cikgu Ahmad ini telah menghembuskan nafasnya yang terakhir di situ tanpa sempat memberi sepatah pesanan pada anak yang masih dalam perjalanan pulang ini. 

Belum sempat hatinya sembuh, ayah tersayang pula menghembuskan nafas terakhir pada bulan Mac yang lalu. Ini bermakna 2019 Cikgu Ahmad Safarman kehilangan ibu dan di tahun 2021 pula, beliau telah kehilangan ayah. 

Baru hari ke tiga ayah pergi dijemput Ilahi, Cikgu Ahmad Safarman telah kembali melapor diri untuk bertugas. Meskipun hatinya masih sangat-sangat bersedih namun harapan anak murid tetap beliau cuba tunaikan walau terasa amat payah pada waktu itu.

Anugerah Guru Inspirasi McDonald's 2021

Bila ditanya tentang impian, Cikgu Ahmad Safarman sangat-sangat berhajat andai ada rezeki untuk berkhidmat di negeri sendiri. 12 tahun berkhidmat mengajar di negeri Perak (sejak tahun 1999), hati sentiasa meruntun untuk pulang berbakti di tanah kelahiran sendiri. 

Lebih memilukan bila mengenangkan impian arwah ibu dan arwah ayah yang sentiasa memintanya untuk pulang mengajar di tempat sendiri, namun segalanya tak mampu ditunaikan. 

Pastinya rasa terkilan tidak dapat berbakti menjaga orang tua itu ada tetapi tugasan mendidik anak bangsa dengan sebaik mungkin tetap dilaksanakan. Guru ini tetap cekal membina semangat dan kekuatan. Semua yang dilakukan adalah demi melihat anak bangsa berjaya. 

Pencalonan Dibuat Oleh Ibubapa Murid Dengan Sokongan Guru Besar Sekolah, Cikgu Ahmad Safarman Sangat Berterima Kasih 

Ucapan terima kasih saya buat Puan Nurul Faridatul Akmal Binti M.Azizi dan anaknya Raja Muhammad Azrief Mikhail Bin Raja Zahidi dari Kampung Belum Baru, Gerik Perak yang sudi  mengenali bakat saya sebagai seorang guru, sekali gus meluangkan masa untuk mencalonkan saya sebagai salah seorang calon untuk Anugerah Guru Inspirasi McDonald's.

Pencalonan yang dibuat oleh Puan Nurul Faridatul dengan disokong oleh Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kenering iaitu Encik Hizral Barezan Bin Haron, yang ternyata telah menghargai bakat saya, menyokong setiap usaha sekali gus membuktikan saya adalah layak digelar guru luar biasa seperti ini. 

Buat rakan rakan guru, ibu bapa, murid terima kasih menjadikan saya sumber inspirasi di hati semua orang. Kalian semua tulang belakang saya selama ini dan watak watak yg menghidupkan dunia pendidikan dalam hati saya selama ini Tiada ucapan kepada kedua ibu bapa lantaran semuanya dipanggil Ilahi, namun siapa saya untuk menidakkan takdir yang tertulis olehNya. 

Jangan Ketinggalan Untuk Tahu Senarai Finalis Anugerah Guru Inspirasi McDonald's Pada 25 Mei 2021  

Anugerah Guru Inspirasi McDonald's adalah anugerah tahunan oleh McDonald's Malaysia untuk memberi pengiktirafan kepada guru-guru yang telah menjalankan tanggungjawab melebihi tugas hakiki dalam mendidik pelajar dan memberi inspirasi kepada mereka untuk melakukan yang lebih baik. 

Ini adalah tahun kelima McDonald's Malaysia menjalankan inisiatif ini yang membolehkan rakyat Malaysia menunjukkan penghargaan kepada guru dan mencalonkan guru yang telah memberi inspirasi kepada diri mereka pada 2 - 18 April 2021. 

Anugerah Guru Inspirasi McDonald's 2021

Dari ribuan pencalonan yang dihantar oleh rakyat Malaysia, 25 orang guru akan menjadi penerima Anugerah Guru Inspirasi McDonald's terpilih dan mereka akan menerima wang tunai RM5,000, piala dan sijil pengiktirafan pada majlis yang dianjurkan oleh sekolah masing-masing sempena Hari guru. 

Warganegara Malaysia yang mencalonkan penerima yang dianugerahkan juga akan diiktiraf atas sumbangan mereka dengan baucer McDonald bernilai RM200. 

Kriteria pemilihan dalam mengenal pasti guru inspirasi yang dipilih termasuk meningkatkan prestasi akademik para pelajar, menggunakan kaedah pengajaran yang inovatif dan luar kotak, melampaui keperluan tugas untuk membantu pelajar, dan mewujudkan impak positif terhadap para pelajar.

Keputusan pemilihan Guru Inspirasi McDonald's akan dibuat pada penghujung bulan Mei bersempena dengan sambutan Hari Guru. Sama-sama kita nantikan adakah Cikgu Ahmad Safarman orangnya yang layak dinobatkan sebagai Inspirasi McDonald's pada tahun ini. 



21 comments for "Anugerah Guru Inspirasi McDonald's 2021, Cikgu Ahmad Safarman Simpan Kemas Rasa Sedih Kehilangan Ibu Ayah Demi Amanah Tugas "

  1. Terbaik cikgu safarman. Semoga terus bersemangat membimbing anak2 muris

    ReplyDelete
  2. Wahh menarik kisahnye.. moga terus bersemangat untuk mendidik para pelajar..

    ReplyDelete
  3. Besarnya perngorbanan cikgu Safarman. Sebab tu kita kena hargai dan Hormati para cikgu.

    ReplyDelete
  4. Tahniah cikgu... moga terus semangat menabur bakti buat anak didik...

    ReplyDelete
  5. tahniah cikgu... layak cikgu diberikan anugerah ini... yg penting bantu AADK ... kih3

    ReplyDelete
  6. Ada anugerah macam ni barulah kita tahu rupanya dalam Malaysia ni ada guru2 yag hebat yan ikhlas berbakti mendidik anak bangsa. Anugeah macam ni kalau boleh harap berterusan supaya ramai guru2 akan diiktiraf. Apapun tahniah kepada Cikgu Ahmad Safarman kerana tercalon.

    ReplyDelete
  7. Bagus program anjuran McDonalds ni. Semoga menjadi inspirasi buat guru lain. Tahniah cikgu Safarman.

    ReplyDelete
  8. Congrats Cikgu Safarman. He has make all teachers proud. His story really touching but he keeps his passion on going.

    ReplyDelete
  9. Congratulations to one of the winners. Children truly need teachers who can inspire them to be better like this Cikgu Safarman.

    ReplyDelete
  10. terbaik McDonals adakan program macam nih, tahniah kepada guru-guru moga menjadi contoh pada yang lain dimasa akan datang

    ReplyDelete
  11. tahniah cikgu, moga terus memberi manfaat dan menjadi inspirasi pada semua. such a good example

    ReplyDelete
  12. Tahniah Cikgu. Besarnya pengorbanan seorang guru dalam menyampaikan ilmu kepada anak bangsa. Moga usahamu diberkatiNya.

    ReplyDelete
  13. Semoga semangat dan kejayaan demi kejayaan yang cikgu Ahmad ciptakan me jadi inspirasi kepada semua guru dalam mendidik anak bangsa

    ReplyDelete
  14. Bagusnya McD buat anugerah macam ni.. sekurangnya guru-guru di hargai.. tahniah buat Cikgu - Cikgu yang terpilih..

    ReplyDelete
  15. Tahniah Cikgu Safarman atas usaha yang berterusan mendidik anak-anak bangsa. Semoga usaha Mcdonalds menghargai para pendidik dapat memberi inspirasi kepada semua.

    ReplyDelete
  16. Tiap tahun mekdi sentiasa appreciate guru-guru. Dah dua tahun hari guru tidak disambut tapi kami tetap sediakan hadiah untuk guru. Seronok bila tengok cikgu senyum.

    ReplyDelete
  17. jadi cikgu ni kalau betul-betul ikhlas..mmg kita tidak akan dapat balas cikgu tersebut. Moga kita akan dapat lebih ramai cikgu seperti ini

    ReplyDelete
  18. MasyaAllah sungguh banyak pengorbanan para guru dalam mendidik pelajar zaman sekarang. Kisah Cikgu Safarman ini sangat mengusik hati dalam mendidik anak-anak menjadi insan yang berilmu. Tahniah Cikgu.

    ReplyDelete
  19. Bagus McDonald’s Malaysia buat pengiktirafan dan penghargaan macam ni kepada guru Pendidikan Khas

    ReplyDelete
  20. Tak senang untuk jadi seorang warga pendidik kan.. pernah lalui sendiri betapa susahnya galas tanggungjawab ni walaupun hanya part-timer dulu2... all the best Cikgu dan tahniah buat semua calon2 untuk tahun ini..

    ReplyDelete
  21. sedihnya baca kisah cikgu ni. semoga menjadi asbab untuk jadi lebih kuat pada diri sendiri dan juga orang lain. btw nak minta maaf sebab baru komen. gmail tak boleh login baru2 ni sebb malware issue.

    ReplyDelete