Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Tak Kenal Maka Tak Cinta, Murid Dedah Peribadi Cikgu Mazlan Untuk Anugerah Guru Inspirasi McDonald's 2021

Tak Kenal Maka Tak Cinta, Murid Dedah Peribadi Cikgu Mazlan Untuk Anugerah Guru Inspirasi McDonald's 2021 | “Tak kenal maka tak cinta”. Itulah ungkapan yang diberikan oleh seorang murid terhadap gurunya untuk Anugerah Guru Inspirasi McDonald's 2021. Anugerah Guru Inspirasi ini adalah bertujuan untuk mencari guru-guru hebat yang boleh memberi inspirasi kepada orang lain. 

Pencalonan untuk Anugerah Guru Inspirasi McDonald's 2021 ini dibuat oleh salah seorang anak murid Cikgu Mazlan sendiri. Namanya adalah Ahmad Khatib Syarbani Bin Ab Razak. Menurut Ahmad Khatib, menjadi seorang pelajar membuatkan dirinya mengenal seorang insan yang sangat istimewa dalam hidup. 

Saya sendiri ikut tertarik untuk tahu kisah dan peribadi berkaitan diri Cikgu Mazlan sehingga boleh membuatkan anak-anak muridnya sendiri mahu beri penghargaan. 

Cikgu Mazlan Untuk Anugerah Guru Inspirasi McDonald's 2021


Biodata Cikgu Mazlan 

Nama guru yang ingin saya kongsikan untuk kali ini adalah Mazlan Bin Mohamed. Guru ini dilahirkan pada 25 Jun 1961. Beliau berasal dari Bachok, Kelantan dan sekarang menetap di Wakaf Bharu, Kelantan. Isteri beliau juga seorang pendidik dan beliau mempunyai 4 orang cahaya mata, 2 lelaki dan 2 perempuan. 

Cikgu Mazlan mula bergelar seorang guru pada tahun 1984, mengajar di sekolah aliran swasta. Seterusnya Cikgu Mazlan berkhidmat sebagai guru kerajaan bermula tahun 1992. Cikgu Mazlan berkhidmat di dalam Kelantan sepanjang beliau berkhidmat dan hingga saat ini, sudah lebih dari 30 tahun Cikgu Mazlan menabur bakti sebagai seorang guru. 

Bila ditanya, adakah sejak awal bercita-cita untuk menjadi pendidik? Cikgu Mazlan memberitahu yang cita-cita asal beliau nak jadi pegawai bank, sebab itu beliau ambil course ekonomi. Beliau juga dan pernah tolak biasiswa pendidikan KPM pada waktu tersebut. Tapi sudah tertulis, rezeki beliau sememangnya untuk jadi guru.

Akhirnya Cikgu Mazlan nekad untuk rezeki yang telah Allah SWT tentukan. Dari situ beliau mula kenali dunia pendidikan dan minat sebagai seorang guru mula bercambah. 

Pendorong beliau ialah pelajarnya sendiri. Bila dapat beri ilmu, dapat dengar masalah mereka dan dapat melihat kejayaan mereka merupakan satu kepuasan yang sukar digambarkan oleh Cikgu Mazlan.

Cikgu Mazlan Untuk Anugerah Guru Inspirasi McDonald's 2021

Murid Dedah Sikap Sebenar Cikgu Mazlan Yang Tidak Semua Orang Tahu 

Mungkin kita sering dengar ungkapan tak kenal maka tak cinta tetapi sejauh manakah kita boleh mengerti maknanya yang tersirat serta merasai sendiri cintanya itu. Melalui Cikgu Mazlan, pelajar yang bernama Ahmad Khatib ini boleh melihat maksud sebenar disebalik ungkapan tersebut.

Mari kita baca kisah yang disampaikan oleh Ahmad Khatib. 

"Tingkatan 1, 2 dan 3, aku hanya melihat beliau berada di barisan hadapan sahaja semasa perhimpunan mingguan. Walaupun memegang jawatan sebagai pentadbir iaitu Guru Kanan Teknik Vokasional (GKTV) di Sekolah Menengah Kebangsaan Tumpat, tetapi aku tidak mengenalinya. Hal ini demikian kerana beliau ialah guru menengah atas yang mengajar mata pelajaran ekonomi di tingkatan 4 dan 5."

"Tahun 2017 adalah tahun pengenalan aku dengan beliau. Beliau mengajar aku mata pelajaran ekonomi. Hari pertama beliau mengajar, aku beranggapan bahawa guru ini biasa-biasa sahaja. Maklumlah guru menengah atas, masih tidak kenal sangat akan tingkah laku, perangai, dan sifat guru tersebut."

"Selama setahun beliau mengajar aku, hubungan kami masih tidak erat, tetapi beliau sudah mengenali aku kerana aku adalah salah seorang pelajarnya yang menyumbang A bagi subjek ekonominya. Sifat penyayang, penyabar, baik hati, tekun, dan memahami yang tersemai dalam dirinya telah menarik minat aku untuk mengenalinya lebih mendalam."  

Cikgu Mazlan Untuk Anugerah Guru Inspirasi McDonald's 2021

"2018. Tahun yang paling penting bagi aku iaitu peperiksaan SPM. Tahun itu juga tahun hubungan aku dengan beliau semakin erat dan rapat. Satu hari pada awal tahun, beliau ada memberi pesanan, “jika kalian mempunyai masalah sama ada di sekolah atau di rumah dan dalam pembelajaran, boleh kongsi bersama saya. Insya-Allah saya boleh bantu.” 

"Setelah mendengar beliau menyatakan sebegitu, aku sebenarnya memang ada masalah pembelajaran di rumah ketika itu. Aku tidak dapat fokus untuk belajar di rumah kerana ada sedikit gangguan. Aku mengambil keputusan untuk pergi ke biliknya untuk berkongsi masalah ini kepadanya. Beliau berlapang dada untuk mendengar dan sedia untuk membantu aku."

"Semasa program konsultasi bersama ibu bapa selepas peperiksaan bulan Mac, beliau berjumpa dengan ayah aku dan memberi peringatan supaya menyediakan tempat pembelajaran yang selesa dan kondusif kepada aku. Aku terkejut apabila beliau menyatakan sedemikian di hadapan ayah aku."

"Ini menunjukkan bahawa beliau sangat mengambil berat tentang pembelajaran aku di rumah. Beliau juga menambah bahawa aku mempunyai potensi untuk mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM."

"Sejak hari itu, ayah aku sangat mengambil berat tentang tempat dan masa pembelajaran aku di rumah. Terima kasih cikgu." - Ahmad Khatib 

Bermula pada bulan Mac 2018 itu, hubungan murid ini (Ahmad Khatib) dengan Cikgu Mazlan menjadi lebih erat dan sangat rapat. Pada mulanya murid ini memang tidak minat dengan subjek ekonomi, tetapi disebabkan oleh sifat mulia yang ditunjuk oleh Cikgu Mazlan telah membuatkan murid ini lebih suka dan minat kepada subjek tersebut. 

 Oleh itu, jika ada satu soalan ekonomi yang tidak faham, murid ini akan terus ke bilik Cikgu Mazlan, dan walaupun beliau sangat sibuk dengan kerjanya sebagai pentadbir, tetapi beliau sanggup meluangkan masa untuk membantu anak murid yang perlukan bantuannya.

Cikgu Mazlan Didik Murid Seperti Kasih Seorang Abah Yang Penyayang Di Sekolah

Walaupun hubungan Cikgu Mazlan dan anak-anak murid ini terjalin sebagai ikatan guru dan pelajar, tetapi cara pendekatan Cikgu Mazlan sudah seperti kasih seorang bapa terhadap anak-anak sendiri. Oleh sebab hubungan yang sangat rapat dengan sifat kebapaan yang ditunjuk olehnya, ramai pelajar memanggil guru ini dengan panggilan “Abah Mazlan”. 

Cikgu Mazlan Untuk Anugerah Guru Inspirasi McDonald's 2021

Cikgu Mazlan Untuk Anugerah Guru Inspirasi McDonald's 2021

Cikgu Mazlan tidak kekok untuk menceritakan pelbagai kisah hidupnya kepada pelajar  terutamanya semasa beliau bergelar seorang murid di zaman persekolahan, mahasiswa di universiti dan seorang ketua dalam keluarganya. Kisah yang diceritakan telah dijadikan inspirasi kepada anak muridnya supaya menjadi seorang pelajar yang tidak mudah putus asa. 

Tidak mengapa jika dilahirkan dalam keluarga yang serba kekurangan, asalkan belajar bersungguh-sungguh untuk mengubah masa depan. Setiap cerita yang dikongsi, anak muridnya ini akan ambil sebagai inspirasi dan penyuntik semangat agar terus belajar lebih bersungguh-sungguh sama seperti Cikgu Mazlan lakukan. 

Cikgu Mazlan pancarkan kasih seperti seorang ayah yang tidak perlu ditakuti untuk didekati hingga menyebabkan anak muridnya tidak kekok untuk ke biliknya sama ada waktu pagi, petang, atau waktu tamat persekolahan. 

Bukan sahaja untuk belajar bahkan tempat untuk mendapatkan nasihat, kata-kata semangat, kaunseling, dan juga ilmu yang berguna. 

Cikgu Mazlan Untuk Anugerah Guru Inspirasi McDonald's 2021

Pernah Alami Masalah Pendengaran Tetapi Tetap Nekad Untuk Mengajar 

Komunikasi guru ini dengan para pelajar sedikit terganggu kerana menghadapi masalah pendengaran sejak beberapa tahun lalu. Oleh itu, guru ini terpaksa memakai alat pembantu pendengaran bagi memudahkan komunikasi antara mereka. Walau bagaimanapun, hal ini tidak pernah menghalang beliau untuk bersungguh-sungguh mendidik semua pelajarnya. 

Cikgu Mazlan berasal daripada keluarga yang agak miskin tetapi kesungguhannya dalam mengejar cita-cita membuatkan dirinya berjaya mengubah kehidupannya. Ini semua dijadikan sebagai pembakar semangat untuk anak-anak didiknya berjaya tanpa kenal erti putus asa.

Cikgu Mazlan Untuk Anugerah Guru Inspirasi McDonald's 2021

Cikgu Mazlan Untuk Anugerah Guru Inspirasi McDonald's 2021

Pelajar Sangat Sayangkan Cikgu Mazlan Hingga Nekad Mahu Hadiahkan Keputusan Cemerlang

Keputusan SPM 2017, guru ini agak kecewa kerana hampir 60 orang daripada pelajarnya, hanya 2 orang sahaja yang mendapat A- serta nilai gred purata (NGP) ialah 6.99 sahaja. 

Tahun 2018 pula adalah tahun terakhir guru ini mengajar subjek ekonomi kerana subjek ekonomi telah dimansuhkan di sekolah tersebut. Oleh itu, guru ini sangat berharap anak muridnya menghadiahkan A+ kepada beliau. 

Dan demi cikgu, ada dikalangan pelajar guru ini yang bertekad untuk memberikan A+ sebagai hadiah terindah supaya dapat tamatkan PDP subjek ekonomi dengan cemerlang. 

Cikgu Mazlan Untuk Anugerah Guru Inspirasi McDonald's 2021

Di mata para pelajar, Abah Mazlan salah seorang guru yang paling bersungguh-sungguh untuk melihat anak didiknya berjaya. Abah tidak pernah mengerti penat lelah dalam mengajar. 

Walaupun guru ini sudah berusia hampir 60 tahun dan semua rambut, misai, janggut, serta keningnya telah bertukar warna putih, beliau sanggup korbankan masa rehatnya untuk bersama pelajar bagi menghadiri ke kelas tambahan hari Jumaat dan Sabtu. Selain itu, beliau juga sanggup korbankan masa rehat beliau pada waktu malam untuk menjayakan kelas elit malam. 

"Dengan nasihat dan sokongan daripada cikgu, prestasi aku semakin meningkat. Peperiksaan pada bulan Mac aku hanya memperoleh 5A, dan meningkat kepada 7A pada pertengahan tahun, seterusnya berjaya memperoleh 8A dalam peperiksaan percubaan SPM." 

"Pada 14 Mac 2019, keputusan peperiksaan SPM 2018 diumumkan, Alhamdulillah aku telah mendapat 5A+ 2A 1B 1C. Aku gembira kerana dapat hadiahkan A+ kepada Abah Mazlan. Sejujurnya, aku telah menganggap beliau seperti ayah aku sendiri walaupun kami tiada apa-apa pertalian darah." kata Ahmad Khatib lagi. 

Cikgu Mazlan Untuk Anugerah Guru Inspirasi McDonald's 2021

Biarlah Asalnya Bukan Budak Cemerlang, Cikgu Mazlan Mahu Anak Didik Berjaya Dalam Hidup

Bila ditanya lagi tentang tugas seorang guru. Cikgu Mazlan menyatakan, bagi beliau guru ini bukan hanya mengajar tapi kita adalah segala galanya untuk pelajar. Cikgu Mazlan sedia mendengar keluh kesah pelajar. Cikgu Mazlan juga sedia untuk bantu mereka yang bermasalah keluarga.

Cikgu Mazlan tidak hanya mahu dianggap sebagai guru tapi beliau mahu dekat dengan pelajar untuk beri kekuatan hingga akhirnya berjaya. Tak mengapa jika bukan budak cemerlang kerana Cikgu Mazlan sanggup didik dan asuh mereka hingga berjaya tak ubah seperti seorang bapa membimbing anak dalam menjalani pelbagai suka duka sepanjang tempoh menjadi seorang pelajar. 

Dan paling seronok, bila ada dari bekas pelajar guru ini, sekarang sedang mengajar di sekolah yang sama. Bertambah seronok anak kepada bekas pelajarnya itu, sedang di ajar oleh Cikgu Mazlan di tingkatan 1. 

"Dan paling seronok, bila pelajar saya jadi guru dan sedang mengajar di sekolah yang sama sekarang. Seronok lagi bila anak dia pulak yang saya ngajar loni di tingkatan 1" kata Cikgu Mazlan dalam dialek Kelantan. 

Cikgu Mazlan Untuk Anugerah Guru Inspirasi McDonald's 2021


Bagi Cikgu Mazlan lagi, terlalu banyak perkara yang menyebabkan beliau seronok menjadi guru. Sebagai SU sukan sekolah dan sebagai jurulatih permainan contohnya, beliau sangat seronok setiap kali pelajar menang dalam pertandingan, dapat wakili negeri, kebangsaan, atau menjadi ikon sukan negara. 

Mohd Nazrin Nawi, pemain bola JDT dan kebangsaan adalah salah seorang anak didik guru ini dalam bidang sukan. 

Kata beliau, setiap kali berjumpa dengan Nazrin, dia selalu berkata "saya sampai tahap ini adalah kerana cikgu." Itulah kepuasan dan kebanggaan di hujung perkhidmatan sebagai guru yang tidak mampu Cikgu Mazlan ucapkan dengan kata-kata. 

Cikgu Mazlan Untuk Anugerah Guru Inspirasi McDonald's 2021
Mohd Nazrin bin Mohd Nawi pemain JDT (dilahirkan pada 7 Februari 1988 di Tumpat, anak didik Cikgu Mazlan)

Nasihat Cikgu Mazlan Yang Bakal Bersara Pada Jun 2021 

Bila saya tanya, apa perasaan cikgu yang akan bersara ini? Kata beliau, 

Suka bila terasa beban sudah berkurangan sebab kereta lama, tak boleh nak speed sangat dah. Tapi, sedih juga ada bila nak tinggalkan kerjaya kita, kawan kawan kita, pelajar kita dan segalanya yang saya akan tinggalkan.

Kepada guru-guru dan bakal guru. 

Kalau nak jadi guru, jadilah guru yang benar benar guru. Tangan kitalah yang akan mencorakkan masa depan pelajar kita. Jawatan ini adalah amanah yang perlu kita pikul sebaik mungkin. Kerana kita akan disoal kelak. 

Kerjaya ini adalah kerjaya yang sangat mulia. Saham akhirat kita kalau kita laksanakannya dengan penuh tanggungjawab. Bagi pelajar, sesungguhnya tiada yang mustahil untuk kita capai sekiranya kita mempunyai keinginan dan keazaman yang kuat.


Video Penuh Kenangan Tanda Terima Kasih Dari Ahmad Khatib Untuk Cikgu Mazlan 

Inilah Ahmad Khatib, salah seorang pelajar yang sangat menyayangi dan menyanjungi Cikgu Mazlan seperti abahnya sendiri. Jika di rumah Ahmad Khatib punya seorang ayah, di sekolah pula Ahmad Khatib punya seorang abah. 

Saat ini Ahmad Khatib sedang menyambung pengajiannya di tahap diploma. 

Walaupun jarang berjumpa tetapi setiap kali cuti semester, pelajar ini pasti akan ke sekolah untuk berjumpa dengan 'Abah Mazlan'. Guru ini tidak pernah jemu beri nasihat, bukan sahaja berkaitan pembelajaran, bahkan sering berkaitan dengan agama.

"Aku bersyukur kerana Allah SWT telah menghantar beliau ke dalam hidup aku." - Ahmad Khatib. 


Doa saya, semoga Cikgu Mazlan akan terus berada dalam keadaan sihat walaupun akan bersara tidak lama lagi. Semangat juang dan pengorbanan Cikgu Mazlan yang mendidik anak muridnya untuk terus bersemangat, berjuang dan berjaya di arah yang betul tanpa melupakan ciri Islam sangat sukar untuk dibalas.

Saya sendiri walaupun bukan salah seorang anak didik kepada Cikgu Mazlan, dengan jelas dapat melihat ciri kasih sayang seorang bapa yang amat terserlah pada wajah dan perwatakannya. 


14 comments for "Tak Kenal Maka Tak Cinta, Murid Dedah Peribadi Cikgu Mazlan Untuk Anugerah Guru Inspirasi McDonald's 2021 "

  1. Guru merangkap bapa pada murid2. Besarnya pengorbanan Cikgu Mazlan. Semoga Cikgu Mazlan sentiasa di bawah rahmat Allah.

    ReplyDelete
  2. insan hebat. selamat hari raya maaf zahir batin

    ReplyDelete
  3. Nampak kasih sayang guru dgn anak murid.. Kasih syg seorang bapa kepada anaknye.. pape pun tahniah cikgu.. moga terus berjaya dalam kerjaya seorang guru..

    ReplyDelete
  4. Allahu Sis Hawa ... bergenang betul air mata Sal bila baca kisah CIkgu Mazlan. Terpancar keikhlasan dia wajah seorang pendidik . Nanti dah kuat sikit hati ni Sal tengok video tu tau . Moga Cikgu Mazlan dianugerahkan sebagai Guru Inspirasi McD

    ReplyDelete
  5. tahniah cikgu moga terus memberi manfaat dan menjadi inspirasi semua. terima kasih mcdonald

    ReplyDelete
  6. Auwww..........he looks so kind. No wonder his students love him so much. Congrats Cikgu Mazlan. You deserve this award.

    ReplyDelete
  7. His fatherly vibe menyebabkan ramai students sayang kat dia kan. All the best Cikgu Mazlan

    ReplyDelete
  8. ohh woow...thanks for sharing this meaningful initiative by McD to appreciate teachers, enjoyed my read. cheers, siennylovesdrawing

    ReplyDelete
  9. Being a great educator means willing to sacrifice for the greater good especially for the younger ones who will one day be the pillar of the country. Kudos to this teacher for his devotion.

    ReplyDelete
  10. Tahniah buat Cikgu Mazlan.. moga menjadi inspirasi kepada Cikgu-Cikgu yang lain.. Syabas juga buat McD yang buat kempen sebegini..

    ReplyDelete
  11. Suka baca kisah perjalanan seorang guru dalam mendidik anak murid... Dan ank murid pun menghargai jasa guru mereka kan

    ReplyDelete
  12. Tiba-tiba rasa rindu kat semua cikgu sekolah. Cikgu yang baik memang ramai. Tapi yang kita akan ingat sampai bebila sebab nilai kebaikan yang dicurahkan buat kita lebih sayang. Bayangkan kalau kita pula sebagai guru. Dpt komen positif dr pelajar, pelajar cemerlang dan pelajar ingat walaupun dah habis sekolah. Fuhhhhh bangga dan sebak semua bercampur. All the best semua cikgu yang tercalon for Mekdi Awards. Cikgu semua adalah pemenang.

    ReplyDelete
  13. Bestnya dpt cikgu yang berdedikasi mcm ni... To be honest, i had the same as well lepas masuk Form 6.. Lebih rapat masa tue dengan our cikgu, same like this! Semoga dimurahkan rezeki.. Cikgu mazlan deserved this award!

    ReplyDelete
  14. Wahh anak murid beliau ada yg berjaya menjadi pemain JDT.. hebat lah cikgu nie.. tp tgk mmg anak2 murid beliau pun senang dgn dia.. mst baik betul cikgu Mazlan nie..

    ReplyDelete