Mudahnya Jana Income USD Dengan Intellifluence, Rugi Siapa Tak Join! | Ramai orang tahu, nak buat marketing online perlu guna cara yang betul. Salah satunya dengan menggunakan khidmat influencer marketing Malaysia. Kat mana nak cari influencer marketing ni? Antara website yang menyediakan perkhimatan buat marketing guna influencer adalah Involve Asia dan Sushivid. 

Kelebihan bila berdaftar dengan company yang membuka peluang kepada mana-mana company yang berminat untuk guna khidmat influencer ini, para influencer dapat menjana pendapatan daripada peluang yang diberikan. 


Untuk pemilik brand, mereka ingin mempromosikan jenama kepada ramai orang di luar sana. Influencer ini dapat bantu memperkenalkan jenama kegemaran kepada para pengikutnya. Kerjasama dengan jenama terkenal dan promosikan produk kegemaran ini melibatkan payout (bayaran) dalam bentuk komisen atau sekali bayaran saja. 

influencer marketing malaysia


Nak dapatkan list of kol Malaysia tidak susah, salah satu daripadanya dengan melayari lamanweb Bloggers Malaysia. Bloggers Malaysia merupakan sebuah team komuniti yang menghimpunkan ramai influencer marketing in Malaysia. Top Malaysian influencers dari kalangan bloggers dan insta famous Malaysia juga ada.

Dalam Malaysia ini, turut terdapat satu pihak dengan nama The Intellifluence community yang dibina suatu ketika dulu. Platform ini mempunyai lebih kurang 133,000 influencers dan influencers Malaysia turut berdaftar di sini. Aku sendiri saya seorang daripadanya.

Walau sekadar full time mommy blogger, based in Malaysia tetap boleh join Intellifluence dan apa yang lebih menariknya lagi, jana income dengan Intellifluence agak lumayan kerana bayaran semuanya dalam nilai USD. Bila convert ke duit kita dalam bentuk Ringgit Malaysia, hampir 4 kali ganda nilainya. 

Intellifluence ini lebih kurang sama dengan fungsi Sushivid di Malaysia cuma Intellifluence lebih bersifat international. Apapun, jangan risau kerana mereka tetap menerima penulisan artikel blog dalam bahasa Melayu untuk malay kol Malaysia dan lain-lain.

Kiranya, mereka lebih utamakan pembaca untuk blog kepunyaan seseorang blogger itu sendiri daripada meletakkan bermacam syarat yang sukar untuk dipenuhi. 

Cara Daftar Intellifluence

Mahu daftar tak susah, hanya klik DI SINI (Intellifluence) dan isi semua detail yang diminta.

Jangan risau, ianya adalah percuma! Tak perlu bayar sebarang yuran atau modal. 


Cara Blogger Malaysia Mohon Job di Intellifluence

Setelah siap didaftar, pastikan kemaskini detail pada bahagian My Profile.

Kemudian klik pada bahagian Marketplace untuk lihat senarai job yang ada. Job yang ditawarkan boleh dipilih sama ada ingin mohon atau tidak. Detail asas turut disertakan termasuk jumlah harga bayaran untuk setiap job tersebut. 

influencer marketing malaysia

Job ini ada yang berserta bayaran dan ada yang dalam bentuk barangan semata-mata. Pandai-pandailah buat keputusan mahu mohon job yang mana.

Jika rasa berminat boleh mesej dan send application. Tak susah , semua bahagian sudah disiapkan. 

influencer marketing malaysia


Selepas apply, tunggu. 

Jika ada maklumbalas (reply) dari permohonan yang kita buat, itu bermakna permohonan berjaya. Jika tak ada reply, abaikan dan terus cuba mohon job yang lain. 

Contoh reply :

influencer marketing malaysia


Jika dapat reply seperti di atas, fahami arahan kerja yang turut diberikan. Tulis artikel di blog mengikut panduan yang diberikan dan setelah siap buat artikel, terus publish dan berikan link artikel yang telah dipublish pada klien. Klien akan lihat hasil kerja dan beri makluman balas. 

Bukti Pembayaran Dibayar Oleh Pihak Intellifluence 

Bayaran akan terus dikreditkan ke dalam akaun Intellifluence masing-masing. Kemudian bolehlah mohon urusan pay out untuk cashkan wang tersebut.

influencer marketing malaysia

Ada beberapa pilihan jenis bayaran dan kaedah yang paling mudah untuk kita dari Malaysia ini adalah melalui PayPal.

influencer marketing malaysia


Bukti bayaran sudah selamat mendarat ke akaun PayPal. Boleh terus transfer ke akaun bank.

Mudahnya Jana Income USD Dengan Intellifluence



Bagi yang masih tidak yakin untuk menjadi salah seorang influencer marketing, jangan segan dan malu. Jika kebetulan seorang blogger, usaha perbaiki mutu penulisan di blog itu perlu tapi dalam masa yang sama, jika sekadar melihat tanpa mencuba mana mungkin boleh tahu hasilnya. 

Dari terus rasa tidak yakin, ada baiknya segera daftar sebagai salah seorang influencer marketing wakil dari negara Malaysia di  Intellifluence ini.

Goodluck micro kol Malaysia!! Fighting!









Terima kasih kerana membaca. Apa pendapat anda tentang artikel ini? Jemput komen di bawah.