Resepi Nasi Minyak Simple Mudah Guna Beras Biasa | Bosan hari-hari dengan nasi putih? Jom cuba masak nasi minyak ini, boleh makan dengan lauk rendang ayam, rendang daging, ayam masak merah. Nasi minyak ni sedap juga dimakan dengan kuah kurma. Rasa dan aroma nasi yang lazat ini akan menambahkan keistimewaan kepada makanan. 

Sesekali buat nasi minyak dekat rumah memang best. Ini resepi nasi minyak simple yang boleh anda cuba, guna beras biasa pun jadi. Jom tengok resepi nasi minyak simple. 

Resepi Nasi Minyak Simple Mudah Guna Beras Biasa

Resipi Nasi Minyak Simple Mudah Guna Beras Biasa 

Ini resepi nasi minyak simple mudah guna beras biasa tanpa minyak sapi. 

Bahan resepi nasi minyak yang diperlukan :
  • 6 cawan beras 
  • Rempah 3 beradik (bunga lawang, kayu manis, cengkih) 
  • 3 sudu besar marjerin 
  • 1 cawan susu cair 
  • 1 sudu besar Sunquick 
  • Daun pandan

Resepi Nasi Minyak Simple Mudah Guna Beras Biasa


Cara-cara masak nasi minyak simple guna beras biasa :

1. Panaskan marjerin

2. Tumis rempah 3 beradik dan daun pandan.

Resepi Nasi Minyak Simple Mudah Guna Beras Biasa


3. Masukkan dalam periuk yang beras dah siap cuci. 

Resepi Nasi Minyak Simple Mudah Guna Beras Biasa

4. Masukkan susu cair.

Resepi Nasi Minyak Simple Mudah Guna Beras Biasa


5. Masukkan Sunquick. Gaul rata.

Resepi Nasi Minyak Simple Mudah Guna Beras Biasa

Mungkin ada yang tanya kenapa guna Sunquick kan. Sebenarnya kalau tak ada pun tak apa, cuma nak bagi wangi dan menaikkan lagi rasa. Tak percaya, cubalah!

6. Air secukupnya ikut sukatan beras. Masak seperti biasa. Bila dah masak, inilah hasilnya.

Resepi Nasi Minyak Simple Mudah Guna Beras Biasa


Resipi Ayam Masak Merah Mudah, Pasangan Terbaik Untuk Nasi Minyak

Bahan-bahan :
  • Separuh ayam – cuci dan tabur garam dan serbuk kunyit. Goreng lembap / separa masak 
  • Lada kering* 
  • Bawang besar* 
  • Bawang putih* 
  • Halia* 
  • Serai diketuk 
  • Sedikit gula nisan / gula merah 
  • 2 sudu besar sos cili 
  • 1 sudu besar sos tiram

tanda (*) bahan dikisar

Cara-cara 

1. Tumis bahan kisar dan serai hingga pecah minyak.

2. Masukkan gula nisan, sos cili dan sos tiram. Bila semua dah sebati, perasakan dengan gula dan garam secukup rasa.

3. Gaulkan ayam goreng tadi.

Siap!

Resipi Kuah Dalca, Sedap Makan Dengan Nasi Minyak

Resepi Nasi Minyak Simple Mudah Guna Beras Biasa


Resipi Kuah Dalca, Sedap Makan Dengan Nasi Minyak 

Bahan resepi kuah dalca yang diperlukan :
  • Tulang ayam Santan pekat secukupnya 
  • 1 sudu besar serbuk kari daging – dijadikan pes 
  • 1 sudu besar serbuk kari ikan – dijadikan pes 
  • Bawang merah – ditumbuk 
  • Bawang putih – ditumbuk 
  • Halia – ditumbuk 
  • Lada merah besar – dipotong tengah 
  • Daun kari 4 sudu besar kacang dhal – direbus empuk terlebih dahulu 
  • Sedikit asam keping

Cara-cara masak kuah dalca :

1. Tumis daun kari.

2. Tumis bahan tumbuk hingga naik bau.

3. Masukkan pes kari (serbuk kari yang dicampur dengan sedikit air) hingga pecah minyak.

4. Masukkan, tulang ayam, lada besar, dan asam keping. Biarkan hingga ayam empuk

5. Masukkan dhal yang dah empuk.

6. Masukkan sayur kacang panjang dan terung. Boleh tambah carrot dan kentang kalau suka.

7. Masukkan santan.

8. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Tunggu sayur empuk.

Siap.


Betul-betul ringkas resepi nasi minyak sedap ni. Memang mudah untuk dimasak. Anda boleh cuba resipi nasi minyak simple mudah sedap ikut resipi nasi minyak di atas. Nanti boleh makan puas-puas sampai kenyang. 

Jika nak cari resipi nasi minyak yang lain, boleh google resipi nasi minyak simple Azie Kitchen, rezepi nasi minyak Kelantan, resepi nasi minyak chef wan, resepi nasi minyak hujan panas, resepi nasi minyak che nom atau resepi nasi minyak chef ismail.