Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Dulu Nak Bergambar Malu, Sekarang Baju Lama Kembali Muat Guna Slim Love Mamadil

Dulu Nak Bergambar Malu, Sekarang Baju Lama Kembali Muat Guna Slim Love Mamadil | Bila lihat orang lain pakai baju cantik sebab senang beli baju ada saiz, rasa cemburu Tuhan saja yang tahu. Tengok badan sendiri, mana mampu nak pakai baju design terkini kerana dah gelebeh sana, gelebeh sini. Bukan saya menyesal beranak ramai tapi saya menyesal sebab tak usaha jaga penampilan diri. 

Kadang tu terasa macam suami dah tak sayang. Bisikan si syaitan jahat tu tak henti berkata "kalau suami kahwin lain macam mana?" 

Ish! Rasa macam nak tumbuk jer syaitan yang berbisik ni tapi dalam masa yang sama terlintas juga di fikiran, kalau betul-betul jadi bagaimana? Nak salahkan siapa? Jawapan jujur, salah diri sendiri. 

Sekarang ni, sudah tahu salah apa tunggu lagi? Bangkit segera untuk berubah! Jangan lagi biarkan gemuk boroi tak ada shape macam dulu. Biarlah kembali cantik di mata suami. Secara tak langsung syaitan akan kalah dan aura positif yang diganti ke dalam diri.

Tak nak cakap banyak, mari kita cuba Slim Love keluaran Mamadil. Saya pasti korang sudah pernah dengar nama Mamadil kerana jenama ini sudah lama ada di pasaran Malaysia. 

Apa beza Women Love dengan Slim Love Mamadil? Kedua-dua produk ini untuk kulit dan tubuh badan, tapi Slim Love boleh bantu turunkan berat. Slim Love dalam bentuk serbuk perasa tumbuhan dan buah yang tak perlu di bancuh. 

Hanya 'koyak, tuang atas lidah dan telan'.  Tak perlu telan macam makan pil. Tak perlu sapu macam krim buang lemak. Tak perlu juga buang masa untuk bancuh dengan air.

Dulu badan cepat letih, sekarang sudah semakin segar dan lincah. Dulu berat mencecah 70 kg tapi sekarang maintain sekitar 48kg saja. Ini salah satu testimoni bukti nyata, bukannya gurauan. Nak seribu daya, tak nak seribu alasan. (Sayalah tu yang banyak alasan ni.. dulu... sekarang tak lagi ye.)


Kandungan Yang Terdapat Dalam Slim Love Mamadil

Slim Love Mamadil ini merupakan makanan tambahan serat yang membantu diet meningkat secara maksimum. Slim Love Mamadil diperbuat daripada 6 ramuan herba yang berkesan untuk menurunkan berat badan lelaki dan wanita. Slim Love ini 99% kandungannya dihasilkan dari serat ekstrak tumbuhan original, kerana itu teksturnya sedikit kasar. 

Bahan utama untuk Slim Love ini ialah seperti Seaweed Laminaria, ekstrak epal, ekstrak kacang ginjal putih, Garnicia Gambogia, dan ekstrak nenas yang bertindak membakar kalori berlebihan di dalam badan.

1. Seaweed Laminaria

Seaweed Laminaria boleh membantu meningkatkan metabolisme, membuang lemak degil, angin toksin di dalam badan, membentuk badan dengan kemas luar dan dalam serta mencantikkan kulit. 

2. Ekstrak epal

Kebaikan ekstrak epal sudah tidak asing lagi. Epal terkenal kerana dapat bertindak sebagai antioksidan dan membantu mengekalkan peredaran darah yang sihat. Buah epal ni memang banyak khasiatnya, sebab tu digalakkan makan buah epal sekurang-kurangnya sebiji sehari. Dengan amalkan Slim Love Mamadil dah tak perlu ulang pergi pasaraya demi nak beli epal sebagai stok di rumah. 

3. Ekstrak kacang ginjal putih

Ekstrak kacang ginjal putih mengandungi sumber protein utama yang penting dalam proses pembakaran lemak. Ia turut membantu mengurangkan keinginan untuk makan dan rasa kenyang selalu. Selain itu, ekstrak kacang ginjal putih dapat mengurangkan penyerapan kalori dalam badan dan membantu mengatasi masalah sembelit. 

4. Garnicia Gambogia

Kalau sebut Garcinia Cambogia mesti ramai tertanya buah apakah itu? Kalau di Malaysia kita tak panggil Garcinia Cambogia tapi kita panggil asam gelugur. 

Garcinia Cambogia boleh membantu pelancaran pencernaan, mencegah sembelit, membantu menurunkan selera makan dan membantu mengawal kadar gula dalam darah. 

5. Ekstrak nenas 

Nanas merupakan buah tempatan yang paling mudah ditemui dan tahukan kalian yang ekstrak nenas ini boleh membantu sistem penghadaman dan mencegah penyakit kardiovaskular. 


Kelebihan Slim Love Berbanding Produk Kuruskan Badan Yang Lain


1. Rasanya sangat sedap dan telah diakui ramai. 


2. InshaAllah, tidak cirit birit bila makan. Fiber bertindak untuk membuang dan melawas perut. Badan akan terasa lebih ringan kerana angin, toksin dan lemak akan keluar melalui sistem perkumuhan. Ini berdasarkan testimoni ramai orang yang telah mengamalkan Slim Love.


3. Sesuai diambil dan diamalkan oleh lelaki dan wanita. Boleh beli untuk makan bersama-sama suami isteri. 


4. Berat badan tidak naik jika berhenti ambil. 


5. Ibu yang menyusu badan, boleh ambil jika usia anak sudah berusia 6 bulan dan ke atas. 


6. Tiada kesan sampingan atau alahan.


7. Mampu menurunkan berat badan walaupun dah 85 kg. Part ini yang membuatkan daku sangat teruja nak cuba. Mana tahu betul-betul berkesan hingga boleh slim menarik sampai terbuntang biji mata suami. 


8. Slim Love di rumus khas untuk menguruskan badan, nyah kan lemak degil, angin, toksin di dalam badan, membentuk badan dengan kemas dan mencantikkan kulit. Ini bermakna beli dengan satu harga tetapi ada pelbagai kelebihan untuk tubuh badan. Sangat untung!


Golongan Yang Disyorkan Guna Slim Love Mamadil

Mereka yang ada masalah perut buncit dan susah nak buang lemak-lemak di bahagian lengan dan perut tu. Degil betul! Dah cuba macam-macam cara tetap tak berkesan. 

Mereka yang berhajat untuk turunkan berat badan sebab nak mengandung juga boleh amalkan Slim Love Mamadil. Nak hamil seeloknya kena mula kawal berat badan, barulah lebih mudah nak melekat zuriat, InshaAllah dengan izin Allah. 

Adik kakak abang yang mahu kurus dengan cepat untuk pernikahan juga elok untuk segera amalkan Slim Love Mamadil. Hari bahagia katakan. Tentulah nak nampak lebih cantik berseri. Jadi cepat-cepatlah segera amalkan supaya berat boleh turun ke tahap yang sesuai. 

Benar-benar mahu turunkan berat badan sebab bila nak solat pun rasa sakit. Ini juga salah satu golongan yang elok amalkan Slim Love Mamadil. Emak saya sendiri, bila berat badannya naik, nak bangun dari sujud terasa sangat sakit pada bahagian lutut. 

Hendak kembalikan berat badan asal selepas bersalin, saya adalah salah seorang dalam golongan ini. Enam kali mengandung dan bersalin, berat badan seakan di pam-pam. Bermacam cara cuba dan hingga sekarang akan terus mencuba untuk dapatkan berat badan idaman seperti waktu anak dara dulu. Doakan saya ya. 

Nak sangat kurus! Sedih sangat bila suami selalu tegur badan dah makin gemuk! Walaupun dalam nada bergurau, sakitnya tu tetap terasa. 

Dulu Nak Bergambar Malu, Sekarang Baju Lama Dah Muat! - Ima

produk slim love mamadil


Berat sebelum mencecah 92 kg. Sangat berat dan gempal bentuk tubuh badan hingga baju lama sudah tak muat. Akibatnya nak bergambar malu. Kebanyakan baju Ima ketat pada bahagian lengan dan dada. Nak pakai ke badan sudah tak muat. 


Yang penting sekarang bangun tidur jam 2 atau 3 pagi kerana anak nak susu, sudah tak sakit tumit lagi. Laju jer berjalan. Nak ambil gambar pun dah semakin yakin dengan penampilan diri yang baru.  


Nak Amalkan Slim Love Mamadil Mudah Saja, Ini Cara Penggunaan Supaya Lebih Berkesan


#1 : Makan SLIM LOVE 1 sachet sehari (sebelum sarapan @ sebelum tidur)


#2 : Timbang berat dulu sebelum mula guna. 


#3 : Minum air masak banyak dalam sehari sekurangnya 2-3 liter. Air masak tips paling menjadi jika nak badan kurus.


#4 : Elakkan ambil minuman sejuk berais dan juga minuman yang mengandungi kafein. Minuman sejuk ada ais tidak disyorkan kerana dikatakan ia boleh mengembangkan bahagian tubuh seperti peha. Kafein itu pula akan menyerap zat-zat dalam kandungan.


Slim Love Mamadil Dah Bantu Ramai Orang Kembali Cantik Sihat Berbanding Dulu

Di sini saya sertakan sekali beberapa testimoni sebenar selepas mengamalkan Slim Love Mamadil. Ada di kalangannya ibu lepas bersalin yang sudah boleh kembali slim macam anak dara. Ada juga di kalangan pengguna ini, golongan lelaki yang terlebih berat melebihi BMI yang sepatutnya.


Produk Mamadil Slim Love


Produk Mamadil Slim Love


Mamadil Pentingkan Soal Kualiti dan Keselamatan Pengguna

Tak dinafikan memang ada banyak produk boleh kuruskan badan dan turunkan berat di luar sana. Keputusan terletak di tangan pengguna, buatlah pilihan yang bijak. Walaubagaimanapun, apa jua produk yang kita cuba, jangan terlalu taksub nak hasil yang cepat. 


Setiap makanan tambahan termasuk produk-produk keluaran Mamadil ini sendiri, kita kena makan dan amalkan mengikut tempoh masa yang disyorkan. 


Produk Mamadil Slim Love


Teringin Betul Nak Pakai Baju Lama. Kalian Sendiri Macam Mana? Jom Sama-Sama Dapatkan Slim Love Mamadil Di Pasaran Sekarang!

Saya benar-benar berminat nak hilangkan gemuk boroi dan berat yang berlebihan ni, lagipun Mamadil produk keluaran tempatan dan ramai sudah mencuba serta berhasil, apa salahnya ikut guna juga. 


Korang yang berminat nak ikut cuba, bolehlah ke website atau media sosial milik Mamadil.  Untuk pertanyaan lanjut, boleh terus hubungi team Mamadil melalui detail di bawah ini.


SLIM LOVE MAMADIL 

WEBSITE | INSTAGRAM | FACEBOOK 


Penting!! Wanita Mengandung tidak boleh ambil Mamadil Slim Love okay. 









16 comments for "Dulu Nak Bergambar Malu, Sekarang Baju Lama Kembali Muat Guna Slim Love Mamadil "

  1. tengok testimoni memang menjadi ye produk ni, boleh cuba, raya ni sure naik berat badan hehe

    ReplyDelete
  2. Menarik nie. Jika ianya selamat digunakan, insyaAllah teringin gak nak try, almaklum WFH nie menyebabkan pertambahan saiz badan hahaha

    ReplyDelete
  3. Mamadil ni memang dah lama kat pasaran so mmg trusted la. Tp lom pernah try hehe

    ReplyDelete
  4. Tak ada ker nak taja kita nak juga jadi testimoni yang berjaya hehehehe kita dari kecil macam ni tak mau turun-turun juga. Mana tahu dengan kajian bahan semulajadi daripada seewed dan juga bijian tu akan berkesan hehehee sebab lemak kita ni dah tepu kot wakakakaka..

    ReplyDelete
  5. biasa dengar jenama ni tapi baru tahu kegunaannya. tengok review ramai yang dah berjaya turunkan berat badan, yang penting jaga pemakanan juga

    ReplyDelete
  6. packaging warna purple. cantik!

    ReplyDelete
  7. Alaaaa... Macam tahu-tahu je kita tengah nak turun kan badan... Haha... Testimoni pon ramai yang berjaya turun. Macam nak kena cuba je ni 😁

    ReplyDelete
  8. Bolehlah rekomen
    kat saudara ambil supplements ni, lgpun sng nak mkn cua kena rajin amalkan

    ReplyDelete
  9. Perghh! Nampak sangat berkesan mengamalkan ni kan! Nell pun teringin nak cuba la.. Sound good and testimonials pun okay jer semuanya!

    ReplyDelete
  10. iena tak pernah dengar lagi tentang slim love mamadil ni, ni first time dengar. bagus lah untuk yang nk kurus tu :)

    ReplyDelete
  11. Wow........you look great. This product must be good. Congratulations btw. Thank you for sharing your review.

    ReplyDelete
  12. so happy to note your slimming journey & outcome gained sharing here :D Bravo to you. cheers, siennylovesdrawing

    ReplyDelete
  13. Ingatkan produk nama mama mama ni untuk booster susu dan produk hamil. Sekarang dah ada produk kuwuskan badan juga ngan nama mama. Hehehe. Comel je bunyinya. Sesuai utk ibu berpantang la kan sis? Yang menyusu anak bleh consume? Tengok ingredient semua natural. Bleh la rekemen kat mummy lain. Hehe.

    ReplyDelete
  14. Waaa bagus betul ni, lepas raya ni maklum lerr badan ada naik sikit gempal hahahaha.. boleh cuba ni sebab organik, so tanpa was-was kan..

    ReplyDelete
  15. Baru tahu Mamadil ada juga produk untuk slimkan badan hee yaya ingat susu untuk booster. Boleh try juga ni nanti

    ReplyDelete
  16. Mamadil ni jenama yang popular dan dipercayai . Tapi baru tahu dia ada keluarkan prdduk lain selain dari susu. Boleh cuba jugak manalah tahu boleh kurus sikit sebab makan banyak sangat raya hari tu....

    ReplyDelete