Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

#KITABOLEH! McDonald's Malaysia Taja Makanan Bagi Petugas Kesihatan Hospital

McDonald's Malaysia Taja Makanan Bagi Petugas Perubatan Hospital | Berada di rumah kadangkala terasa bosan juga dengan PKP3.0 di seluruh negara ini. Tapi bila dibayangkan pula keadaan para petugas perubatan yang perlu berhadapan bahaya melawan penularan virus ini sepanjang masa, kita sepatutnya perlu lebih bersyukur kerana boleh duduk senang lenang di rumah bersama keluarga.   

McDonald's merupakan restoran perkhidmatan makanan kegemaran ramai orang. Aku sendiri suka makan menu-menu di McDonald's. Bayangkan jika dapat berehat di rumah sambil menikmati makanan McDonald's ini! Mesti best kan? Tambahan pula boleh order online dengan adanya servis penghantaran.   

Tahukah korang, dalam situasi negara berhadapan dengan masalah Covid-19 ini, McDonald's telah mengambil peluang untuk menghargai jasa para petugas perubatan (frontliners) di hospital seluruh negara.

 #KITABOLEH! McDonald's Malaysia Taja Makanan Bagi Petugas Kesihatan Hospital

Bantuan dalam bentuk tajaan makanan ini khas untuk para petugas kesihatan barisan hadapan yang terpaksa bersusah payah demi menyembuhkan pesakit Covid-19 dalam negara kita ini. Usaha McDonald's hantar makanan ke hospital ini telah dijalankan sejak 24 Mei dan dijangka tamat pada 30 June 2021.  

McDonald's Malaysia menaja makanan menaja makanan untuk para petugas kesihatan meliputi lebih 70 buah hospital yang merawat pesakit-pesakit COVID-19.  

Sejak mula awal PKP dulu sudah dilaksanakan aktiviti ini, dan sejak waktu itu juga McDonald’s Malaysia telah memulakan seruan #KitaBoleh. Ini adalah salah satu usaha McDonald's Malaysia yang ikut ambil peduli tentang keadaan semasa negara.

 #KitaBoleh merupakan Inisiatif terbaru oleh McDonald's Malaysia ini adalah kesinambungan dari rali organisasi #KitaBoleh di seluruh negara, yang dimulakan syarikat itu semasa Perintah Kawalan Pergerakan (MCO) pertama tahun lalu.

Seruan #KitaBoleh yang dimulakan oleh McDonald's Malaysia di platform media sosial mereka bertujuan untuk meningkatkan semangat semua rakyat Malaysia untuk terus bersatu dan menjaga semangat juang walaupun pada masa-masa sukar.

Panggilan #KitaBoleh ini juga merupakan panggilan nasional untuk memberitahukan keberanian dalam diam para barisan hadapan yang bekerja tanpa lelah dalam memerangi wabak tersebut.

#KITABOLEH! McDonald's Malaysia Taja Makanan Bagi Petugas Kesihatan Hospital

"Sudah lebih dari satu tahun sejak Perintah Kawalan Gerakan (MCO) pertama dilaksanakan di Malaysia. Sejak itu, kita rakyat Malaysia telah melalui berbagai tahap kehidupan selama wabak ini, "kata Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald's Malaysia.

"Apa yang tetap konsisten sepanjang masa-masa mencuba ini adalah ketekunan berterusan para barisan hadapan kami, yang pekerjaan hariannya menjadikan kehidupan kita lebih selamat setiap hari ketika kita melawan wabak ini," tambah Azmir.

Penghantaran makanan dilakukan sekurang-kurangnya sekali seminggu ke setiap hospital dan tajaan makanan untuk hospital-hospital yang merawat pesakit COVID-19 ini, akan menjangkau sekitar 30,000 pekerja penjagaan kesihatan (frontliners) kesemuanya. 

McDonald's Taja Makanan Ke Hospital Seluruh Malaysia Untuk Hargai Frontliner

Ia tidak hanya untuk hospital di Semenanjung malah turut melibatkan hospital di Sabah dan juga Sarawak. Antara hospital-hospital yang dimaksudkan ini adalah Hospital Sultan Ismail Johor Bharu, Hospital Temenggong Seri Mahajara Tun Ibrahim, Hospital Tampin, Hospital Bentong, Hospital Likas ddan banyak lagi. 

#KITABOLEH! McDonald's Malaysia Taja Makanan Bagi Petugas Kesihatan Hospital

#KITABOLEH! McDonald's Malaysia Taja Makanan Bagi Petugas Kesihatan Hospital

Walaupun waktu operasi McDonalds sekarang agak berbeza dengan adanya PKPP dan sebagainya, tetapi fokus mereka untuk sama-sama berusaha melawan Covid-19 tetap dapat dirasai. McDonald's Malaysia aktif memberi sumbangan makanan secara berterusan dan ini merupakan satu usaha yang baik. 

Aku yakin, segala usaha McD tidak akan terhenti di sini, baik untuk tahun 2021 mahupun tahun selepasnya, McDonald's Malaysia akan terus membantu negara dalam pelbagai usaha dan kempen yang dijalankan oleh mereka sendiri dari masa ke semasa. 

Sebagai salah seorang pelanggan setia McDonald's, terasa ikut berbangga dengan usaha yang dilakukan. Walaupun nampak simple tapi penghantaran makanan begini dapat membuatkan hati para frontliner berasa lebih gembira. Selepas penat bertungkus lumus memberi rawatan kepada pesakit Covid, bolehlah berehar sebentar sambil makan McD yang dihantar. 

#KITABOLEH! McDonald's Malaysia Taja Makanan Bagi Petugas Kesihatan Hospital

Kita Jaga Kita, Sentiasa Jaga Pergerakan Dan Patuhi SOP 

Jika terasa ingin nikmati McDonalds, boleh guna sistem pesanan makanan dalam talian yang akan menghantar makanan yang dipesan itu kepada kita. Pesan makanan secara online daripada McDonald's di mana saja dan penghantaran makanan akan dihantar secara terus kepada pelanggan. 

Terbaiklah McDonald's, kerana sudi untuk beri penghargaan kepada frontliners dalam bentuk begini. Suka makan McDonald's dan menariknya lagi, kini sudah boleh order terus secara online mengikut kedudukan lokasi masing-masing.




1 comment for "#KITABOLEH! McDonald's Malaysia Taja Makanan Bagi Petugas Kesihatan Hospital "

  1. Tahniah MCD! Untuk rakyat pulak, jangan lupa daftar vaksin, ini lah cara kita hargai frontliners.

    ReplyDelete