Bandaraya Kuala Lumpur atau dikenali ‘KL’ memang sinonim Malaysia. Bandaraya ini menjadi jantung kepada kemajuan Malaysia sebagai pusat komersial, seni dan juga budaya. Bagi mereka yang masih mencari tapak untuk membuka perniagaan, kami senaraikan di sini mengapa anda harus memilih Kuala Lumpur sebagai destinasi berbisnes. 


1. Jaringan perhubungan yang baik 

logistik merupakan faktor penting untuk sesuatu perniagaan, lebih-lebih lagi jika melibatkan ekspot dan import. Kuala Lumpur mempunyai jaringan lebih raya yang baik yang menghubungkan antara bandar dan juga negeri-negeri lain. Aspek logistik tidak akan menjadi masalah di Kuala Lumpur. 

2. Pengangkutan awam yang menyeluruh 

MRT, MRT2, LRT, LRT2, LRT3, ERL KTM merupakan projek-projek mega pengangkutan awam yang menjadi daya penarik untuk destinasi bisnes di Kuala Lumpur. Pengangkutan awam berintergrasi membolehkan perniagaan berjalan dengan lancar dan memberikan alternatif untuk bergerak dari satu destinasi ke tempat lain. 


3. Infrasturktur telekomunikasi 

Hampir keseluruhan Kuala Lumpur dilengkapi dengan kemudahan jaringan telekomunikasi seperti jalur lebar, Wi-Fi dan rangkaian telefon. 

4. Keselamatan 

Meskipun masih ada jenayah dilaporkan, Kuala Lumpur dianggap masih selamat di kalangan penduduk tempatan dan pelancong. Kehadiran pihak polis yang sentiasa menjaga keselamatan dan paling penting, sikap keramahan rakyat Malaysia itu sendiri yang membuatkan anda berasa yakin dengan keselamatan 

5. Pusat perniagaan di Malaysia 

Kuala Lumpur adalah pusat perniagaan utama di Malaysia. Hampir kesemua syarikat-syarikat gergasi tempatan atau multinasional berpusat di Kuala Lumpur. Institusi-institusi kewangan utama juga memilih Kuala Lumpur sebagai pusat pentadbiran dan membuka cawangan untuk memudahkan pelanggan di sekitar Kuala Lumpur. 

6. Lokasi strategik 

Tahukah anda, Kuala Lumpur terletak ditengah-tengah negara Asia Tenggara bukan sahaja di Malaysia? Faktor ini sahaja sudah cukup membuatkan pelabur teruja kerana perniagaan di Kuala Lumpur tidak terhad kepada dalam Malaysia sahaja malah ia merupakan lokasi ideal untuk perniagaan serantau. 

7. Tenaga kerja mahir dan teknikal 

Kuala Lumpur dikelilingi oleh universiti-universiti awam dan swasta yang terkemuka di Malaysia. Graduan-graduan ini adalah bekalan tenaga kerja sedia ada kepada syarikat-syarikat di Kuala Lumpur. Untuk mendapat bekalan tenaga mahir dan separa mahir di Kuala Lumpur bukanlah satu masalah. 

8. Kos operasi perniagaan yang munasabah 

Jika di bandingkan dengan bandar besar lain di Asia Tenggara, Kuala Lumpur menawarkan kos operasi perniagaan yang kompetitif. Kadar sewa untuk kompleks pejabat yang serba lengkap masih dalam lingkungan kemampuan perniagaan. 

9. Kos hidup yang rendah 

Walaupun bertaraf bandaraya antarabangsa, kos hidup di Kuala Lumpur bukanlah semahal sehingga diluar kemampuan. Masih ada ruang-ruang untuk mendapatkan kualiti hidup yang selesa dan berkualiti. 

10. Insentif industri 

Melalui kerajaan Malaysia yang stabil, kerajaan memperkenalkan pelabagai intensif dan polisi untuk menarik pelaburan di Malaysia, di Kuala Lumpur khususnya. 

Pandemik Covid-19 telah mengubah landskap dan operasi perniagaan di Malaysia. Sebagai seorang usahawan yang berdaya saing, anda pasti mempunyai pelan alternatif untuk membolehkan pelaburan anda masih berterusan meskipun tanda-tanda Covid-19 untuk reda masih samar. Dunia digital memberi ramai pelabur pilihan alternatif untuk melabur tanpa dunia fizikal dan mempunyai kawalan sepenuhnya terhadap instrument pelaburan. 

Istilah pedagang mata wang asing atau forex web trader mungkin pernah kedengaran. Anda boleh menambah portfolio pelaburan di Malaysia melalui akaun FXTM selain daripada perniagaan fizikal anda sementara ancaman Covid-19 masih menggila. Akaun FXTM memberikan akses dagangan untuk menganalisis, mengkaji seterusnya berdagang dengan forex. 

Gunakan pengalaman perniagaan anda, amalkan prinsip menilai risiko perniagaan anda ke dalam perdagangan forex secara dalam talian tanpa menjejaskan risiko jangkitan Covid-19 kerana sama seperti niat anda untuk membuka perniagaan, perdagangan forex memberikan alternatif untuk mencari keuntungan.