Mudahnya Renew Takaful & Cukai Jalan Dengan CAKNA.MY
Mudahnya Renew Takaful & Cukai Jalan Dengan CAKNA.MY | Dalam keadaan 'darurat' yang memerlukan kita perlu sentiasa di rumah ini, naik pening juga kepala ni memikirkan keadaan semasa. Makin pening kepala bila perlu lakukan sesuatu hal penting dalam keadaan yang serba serbi agak terbatas. Salah satu daripadanya urusan renew takaful dan cukai jalan.
Terbayang di fikiran, apalah nasib teman taulan di luar sana yang sudah hilang pekerjaaan, terbatas dengan kewangan yang tidak cukup dan sebagainya. Ditambah pula dengan tiba-tiba perlu renew Takaful dan Cukai Jalan yang sudah hampir tarikh tamat tempohnya. Sudah tentu hati berasa semakin rungsing bukan?
Tapi, tahukah korang yang sekarang ini sudah ada sebuah pihak dengan nama CAKNA.MY yang benar-benar dapat membantu mereka yang punya masalah tidak mampu untuk perbaharui (renew) takaful dan cukai jalan kenderaan.
Apa Itu CAKNA.MY?
Dengan tagline “Your Needs, Our Concern”, CAKNA menawarkan skim yang membolehkan kita untuk memohon pembayaran renew Takaful dan Cukai Jalan kenderaan secara ansuran.
Kelebihan Utama CAKNA Yang Perlu Kita Ketahui
#1. Ditubuhkan Sejak Jun 2013
Bukan baru tapi sudah lama. CAKNA ditubuhkan sejak 2013 dan hingga kini masih terus mampu memberikan perkhidmatan pada sesiapa saja yang memerlukannya.
#2. 100% Syarikat Bumiputera
CAKNA menawarkan Skim Pembaharuan Takaful dan Cukai Jalan (SPTC) melalui aplikasi digital yang dibangunkan oleh CMA Solutions Sdn Bhd dengan sokongan dan kerjasama Coshare Holdings Berhad sebagai sebuah agensi pemotongan gaji yang diiktiraf oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia.
#3. Pembayaran Mudah Dengan Potongan Gaji
Butir maklumat diri selamat dan terjamin melalui bayaran secara potongan gaji.
#4. Urusan Sepenuhnya Secara Atas Talian
Mudah dan ringkas. Perbaharui insurans dan cukai jalan kereta hanya dari rumah secara atas talian saja.
#5. Pembayaran Mudah Tanpa Faedah
CAKNA memberi peluang untuk kita menikmati program pembayaran mudah untuk insurans dan cukai jalan secara komprehensif dengan faedah sifar peratus bagi meringankan bebanan masing-masing.
#6 - Skim Berkonsepkan Qard UL Hassan
Skim yang ditawarkan oleh CAKNA ini mengikut syariah Islam berkonsepkan Qard UL Hassan. Konsep ‘Qard Ul Hassan’ adalah pembiayaan patuh syariah tanpa “interest” dan bebas riba’.
Bayaran balik pembiayaan ini adalah secara ansuran melalui potongan gaji kakitangan tanpa mengenakan bebanan “interest”. Ini dilakukan demi untuk menuju kearah transaksi yang diberkati dan lebih signifikan.
Bayaran balik pembiayaan dilakukan secara ansuran melalui potongan gaji untuk pihak kakitangan tanpa mengenakan bebanan 'interest' (bunga) dan tempoh potongan gaji ini adalah selama satu (1) tahun.
#7. Pelanggan Diberi Peluang Untuk Membuat Pilihan
Meskipun CAKNA ini fungsi utamanya adalah untuk membantu mereka yang mempunyai masalah kekurangan wang untuk memperbaharui insurans dan cukai jalan secara penuh, namun CAKNA turut memberi peluang kepada pelanggan-pelanggan yang berhajat untuk membayar terus urusan takaful dan cukai jalan secara bayaran penuh tanpa melibatkan urusan bayaran secara ansuran.
Ini bermakna semua pemilik kenderaan bebas menggunakan CAKNA untuk memperbaharui cukai jalan kenderaan masing-masing.
#8. Servis Tunda Kereta (Free Towing) secara PERCUMA
Melalui CAKNA kita boleh memperbaharui takaful dan cukai jalan kenderaan dengan mudah tanpa faedah.
Skim Perbaharui Takaful dan Cukai Jalan ini didatangkan juga dengan kemudahan Servis Tunda Kereta (Free Towing) secara PERCUMA dalam lingkungan jarak 50km (tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan).
Cara Perbaharui Cukai Jalan Kenderaan Melalui CAKNA.MY
Sejujurnya, aku sering renew takaful dan cukai jalan kenderaan secara terus di kaunter, jadi dalam keadaan lockdown begini, ada rasa cuak juga kerana tidak biasa tetapi dengan CAKNA segalanya ternyata sangat mudah dan pantas.
- Dapatkan Sebut
- Harga Pakej Takaful
- Log Masuk Portal Cakna
- Pilih Kaedah Pembayaran (3 jenis)
Siapakah yang Layak Memohon?
- Kakitangan Kerajaan
- Kakitangan GLC yang telah mendaftar dengan Coshare Holdings Berhad untuk potongan gaji
- Kakitangan Syarikat Swasta
Panduan Cara Buat Pendaftaran Pengguna Baru Untuk CAKNA
Tak Cukup Wang Nak Renew Takaful & Roadtax Kereta? Jom Perbaharui Cukai Jalan Kenderaan Melalui CAKNA MY
Dengan adanya CAKNA, berjuta pemilik kenderaan di jalanraya Malaysia dapat membuat pembaharuan cukai jalan dan insurans kereta dengan mudah dan pantas tanpa perlu pening kepala. Makin best, bila dapat buat bayaran secara ansuran untuk ringankan beban masing-masing dalam keadaan yang kurang menyenangkan gara-gara covid-19.
Tak tahu cara renew insurans kereta secara online? Layari CAKNA dan dapatkan kelebihan bayaran secara ansuran sebagai salah satu pilihan yan dapat membantu diri sendiri.
Mudah dan cepatkan kalau berurusan dengan CAKNA ni, sapa yang memerlukan time pandemik ni boleh sangat berurusan dengan CAKNA ni.. servis pun rata-rata testimoni semua kata bagus..
ReplyDeleteBaru je renew di laman web lain. Bagus juga ni ada pilihan. Cuma roadtax masih tunggu myeg. Belum dapat sebab katanya senarai menunggu panjang.
ReplyDeleteAlhamdulillah
ReplyDeletebagus betul inisiatif nih sebab bantu orang untuk bayar sedikit-sedikit setiap bulan
kalau terus bayar lumsum memang pening juga lah sesetengah orang tambah-tambah waktu macam sekarang nih.
Baru teringat, bulan depan roadtax kereta mati.... T-T
ReplyDelete