Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

RichWorks Click & Menang, Jom Sertai Contest Mudah Dengan Pulangan Hadiah RM100,000

RichWorks Click & Menang, Jom Sertai Contest Mudah Dengan Pulangan Hadiah RM100,000  | Pernah dengar nama RichWorks tak? Rasanya sudah tentu pernah kan? RichWorks adalah sebuah syarikat penganjur acara dan seminar terbesar di Malaysia dalam bidang pembangunan keusahawanan. Siapa founder atau pengasas kepada RichWorks ini? Jawapannya tidak lain dan tidak bukan adalah  Dr Azizan Osman. 
Jujur cakap, aku dah lama kenal nama Dr Azizan Osman bila mana beliau berjaya meraih kejayaan demi kejayaan yang berkaitan dengan dunia pemasaran (marketing). Antara ayat yang sering dikaitkan dengan RichWorks , antaranya untuk siapa siapa yang ada impian nak capai 1st million dalam perniagaan. 
Pada 13 June 2021 lalu, genaplah 13 tahun usia RichWorks sejak ditubuhkan. Sempena dengan tarikh ini, RichWorks mengambil peluang ini dengan mengadakan sebuah contest Click & Menang dengan pelbagai hadiah lumayan bernilai RM100,000.00 sebagai pulangan. Ada diantaranya hadiah mingguan dan ada juga hadiah utama. 
https://vy.tc/m6mYB25

Sebelum ni RichWorks dah pernah buat Contest Kata Kunci, tapi aku tak sempat nak join. Maka tahun ini aku nak ambil peluang untuk sama-sama turut sertai contest Click & Menang ini, dalam masa yang sama nak cuba nasib, kalau-kalau berjaya meraih hadiah yang ditawarkan. Siapa tahu kan?
Apa yang aku suka tentang Contest Click & Menang RichWorks ini, ia tidak memerlukan kita untuk meraih Like dan tak perlu juga tag kawan ramai-ramai hingga tahap menganggu. Sebaliknya kita hanya perlu follow step by step yang telah disediakan dan langkah itu semua sangat mudah (bagi pendapat aku). 
Disebabkan cara untuk sertai ini mudah, maka aku decide untuk join. Jika seperti contest lain yang perlukan aku tag ramai-ramai kawan demi untuk minta Like atau sebagainya, memang aku tak join. Bukannya apa, takut menganggu privasi rakan-rakan di media sosial. 
Jadi, jika korang salah seorang seperti aku ini, maka contest Click & Menang RichWorks sangat sesuai untuk disertai. 

Paling penting, hadiahnya benar-benar lumayan! Tipulah jika join tak nak menang. Siapa yang join contest tak nak menang kan? Hanya penipu saja cakap tak mau menang bila join apa-apa contest. Jadi ada baiknya aku cakap jujur, ya aku join contest RichWorks untuk menang sesuatu. 
Tapi, dapat atau tidak itu belakang kira. Yang penting, aku punya peluang kerana dah turut serta. Maka, korang di luar sana pun marilah join sama-sama Contest Click & Menang yang dianjurkan oleh RichWorks ini. 
Aku sendiri sudah pernah menyertai program Millionaire Marketing Mastery (MMM) yang dikendalikan oleh pihak team RichWorks. Pada pendapat peribadi aku, alhamdulillah program tersebut bagus untuk mereka yang nak belajar terntang Marketing dengan Formula Proven Success Results yang ada. Aku sertai program tersebut secara virtual online maka tak perlulah nak susah payah hadiri kelas secara nyata. 


Ketika hadiri program MMM itu, aku dapat kenal serba sedikit perihal hidup Dr Azizan Osman di mana beliau dulu pernah gagal hingga tahap dikejar ahlong. Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks. Kini, beliau jadikan kegagalan itu sebagai sumber pembakar diri untuk bangkit! Kegagalan itu beliau jadikan sebagai pelonjak untuk berjaya.
Setiap apa yang dilalui beliau belajar dan terus belajar hingga tahap mampu untuk keluar dari kegagalan. Proses yang beliau telah lalui untuk berjaya itu, kini dikongsikan semula dengan ramai orang lain di luar sana dalam bentuk tips dan panduan supaya kita semua tidak melakukan kesilapan yang sama seperti beliau. 
Hasilnya, saat ini sudah ada ramai pengusaha perniagaan di luar sana yang telah berjaya menjadi jutawan hasil dari bimbingan Dr Azizan Osman menerusi program-program yang dianjurkan oleh RichWorks. 
Alang-alang bercerita tentang RichWorks, suka untuk aku kongsikan serba sedikit info mengenai diri Dr Azizan Osman selaku founder untuk RichWorks ini sendiri. Jom kita ‘selongkar’ sikit biodata Dr Azizan Osman ni. Beliau adalah seorang Jurulatih Kejayaan No 1 Asia yang dilahirkan di Kota Bharu, Kelantan ini. 

Siapa Dr Azizan Osman? Mari Baca Serba Sedikit Biodata Beliau 

“Saya “ter”lahir di Kota Bharu kerana ketika itu ayah saya yang bertugas sebagai juruteknik Jabatan Parit dan Tali air ditugaskan bekerja di sana dan kami sekeluarga tinggal di sana untuk seketika,” ujar beliau. Dr Azizan Osman asal dari Kelantan ke maksudnya kalau gitu? 
Ibunya pula berasal dari Telok Mas, Melaka manakala arwah ayahnya berasal dari Jeram, Kuala Selangor. Beliau dibesarkan di Pontian, Johor selama hampir 15 tahun semenjak kecil. Beliau kemudian bersekolah di sekolah Cina dan sekolah agama Johor sehingga tamat tingkatan 3, sebelum dipindahkan ke Sekolah Menengah Pay Fong untuk tingkatan 4 di kampung maknya di Melaka.
“Sebenarnya saya hampir-hampir belajar di Victoria Institution untuk tingkatan 4 dan sebenarnya saya telah mengambil peperiksaan SRP (Sijil Rendah Pelajaran) secara private (belajar sendiri) dan lulus dengan cemerlang ketika saya di tingkatan 2. Semua ini ada kisah di sebaliknya,” jelas beliau.
Beliau menetap dan tinggal bersama keluarganya di rumah kecil di Bandar Melaka. Bagi anda yang belum mengenali rapat Dr Azizan Osman ni, sememangnya beliau sejak kecil memang berjiwa besar dan sangat bersemangat dan suka nak berniaga ni. 
Dan disebabkan minat kepada perniagaan, dah bermacam jenis perniagaan beliau cuba sehinggalah beliau jumpa apa ‘passion’ beliau dalam menjalankan perniagaan iaitu dengan memberi manfaat kepada orang lain dengan mewujudkan Richworks!
Menurut beliau, orang yang yakin bahawa dirinya layak dan perlu berada di tahap yang lebih baik sahaja akan mencari jalan untuk mencapai apa yang dia percaya atau inginkan.
Itu apa yang beliau percaya sejak berusia 8 tahun. Sejak beliau mula tahu bahawa “kerja” yang boleh beri banyak duit adalah berniaga, dan ia semakin jelas ketika umur beliau 18 tahun, apabila beliau mengisi masa dengan menjadi jurujual Vacuum Cleaner jenama “Rainbow” ketika sedang menunggu keputusan SPM.
“Saya percaya yang saya layak untuk bina kehidupan dan kewangan yang luar biasa. Ketika itu saya pun tidak tahu bagaimana tetapi saya mulakan dengan yakin, percaya serta berusaha mencari jalan mencapai apa yang saya percaya,” akuinya yang mendapat kepercayaan itu daripada arwah ayah dan juga ibunya yang selalu menyuruhnya untuk buat terbaik dalam setiap apa yang beliau lakukan.
Tambah beliau, ia juga kepercayaan yang datang melalui apa yang beliau baca dan dengan siapa beliau berkawan. Keluarga beliau bukan orang senang dan beliau tidak mahu terus ikut jejak perjalanan hidup ayahnya. Beliau mahu bina sesuatu yang mampu gembirakan mereka dan beri mereka sedikit kesenangan.
isteri dr azizan osman - azizan osman wife
Puan Diana - isteri Dr Azizan Osman 


Yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang.
Alhamdulilah, beliau kini berjaya meneraju Richworks yang kini banyak memberi manfaat kepada lebih 700,000 ribu orang di luar sana. Percayalah, lebih banyak perancangan yang akan berlaku di masa hadapan. Mungkin orang cakap, ketika usia kita meningkat naik, hanya istilah ‘rehat’ saja ada dalam kepala. Betul betul? 
Tapi lain bagi Dr Azizan Osman apabila usianya semakin meningkat, semakin banyak pulak plan ‘gila’ yang beliau mahu capai demi membantu lebih ramai usahawan di luar sana!
Mempunyai misi dan visi lebih padu, Dr Azizan mempunyai idea dan semangat  baru untuk beliau lontarkan kepada usahawan yang sentiasa dahagakan ilmu. 
gambar rumah dr azizan osman
Niat untuk membantu orang luar semakin membuak-buak. Mungkin perjalanan beliau menimba ilmu di luar negara memberi satu kuasa baru untuk beliau terus bangun dan bangkit dengan lebih bertenaga!
Siapa sangka kan, dulu pernah gagal bisnes hingga tahap dikejar Ahlong tapi sekarang Dr Azizan Osman telah pernah mengharumkan nama Malaysia apabila mendapat pengiktirafan antarabangsa menerusi penganugerahan Top 50 Marketing and Advertising Leaders sempena MADcon Dubai 2019.
Saat ini Dr Azizan Osman memegang gelaran Datuk Wira. 

Big Why Dr Azizan Osman 

Berapa Harga Seminar Dr Azizan Osman?

Program RichWorks ni banyak tau, antaranya ZTM dan MMM. Untuk harga seminar Dr Azizan Osman 2020 aku tak pasti. Yang aku tahu hanya harga program MMM untuk tahun 2021 adalah RM1,299 dan berita baiknya, program ini turut dijadikan sebagai salah satu hadiah dalam contest RichWorks Click & Menang. 
Dari kalangan pemilik perniagaan yang bernaung di bawah RichWorks ini, ia dibahagikan pula kepada beberapa kategori kumpulan seperti Elite X, Spire dan Titan. Senarai Titan Richworks ini agak ramai juga antaranya Najib Assadok, DAS Abdul, Nurraysa, Sabella dan lain-lain lagi. Mereka ini seperti berada dalam RichWorks Academy gitu dengan mendapat bimbingan dari masa ke semasa. 
Kalian seorang founder, business owner yang buat bisnes, jual barang dan buat sales? Bolehlah join program yang dianjurkan oleh RichWorks, mana tahu membantu.

Berhajat Nak Menang Hadiah Lumayan? Jom Kita Join Sama-Sama 

Cara untuk sertai Contest RichWorks Click & Menang ini mudah saja. Hanya klik pada link di bawah, masukkan nama, alamat emel dan no telefon bimbit kemudian terus automatik sertai contest ini dengan mengikut arahan panduan ringkas yang telah disediakan. 

LINK UNTUK JOIN CONTEST >> https://vy.tc/m6mYB25


Selamat berjaya!! 


Post a Comment for "RichWorks Click & Menang, Jom Sertai Contest Mudah Dengan Pulangan Hadiah RM100,000 "