Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

7 Senarai Lengkap Entiti Perniagaan Di Malaysia

7 SENARAI LENGKAP ENTITI PERNIAGAAN DI MALAYSIA | Perasan tak nama firma guaman di Malaysia tidak menggunakan perkataan Sdn Bhd? Atau, bayangkan anda mempunyai modal untuk membuka kedai runcit, anda pasti tertanya apakah jenis perniagaan yang sesuai dengan modal dan kos operasi anda? 

Jika anda masih samar-samar dengan jenis entiti perniagaan yang sesuai. Anda boleh pertimbangkan pilihanlain yang boleh menjana pendapatan. Lebih-lebih lagi ketika wabak Covid-19 yang semakin menggila kini, banyak perniagaan mengalami masalah. 

Sebagai alternatif, pernahkah anda mencuba berdagang tukaran wang asing? Perdagangan tukaran matawang di Malaysia, http://liteforex.com/ melalui broker FXTM memberikan kebebasan berdagang yang tidak terhad. 

Gunakan segala kepintaran anda untuk mendapatkan keuntungan tanpa perlu menubuhkan entiti perniagaan. Dari segi pencukaian pula, anda mendapat kelebihan kerana cukai persendirian yang dikenakan melalui pendapatan pelaburan ini jauh lebih rendah daripada cukai korporat (syarikat).

Apapun anda tetap dapat mengetahui jenis entiti perniagaan melalui artikel ini.

Image credits : businesscollective.com

1. Milikan tunggal 

Milikan tunggal adalah jenis perniagaan termudah untuk ditubuhkan. Anda boleh mendaftar di Pendaftaran Perniagaan dalam masa tidak sampai satu jam. Begitu mudah bukan? 

Milikan tunggal dimiliki oleh seorang individu sahaja dan pemiliik bebas mentadbir perniagaan mengikut acuan sendiri. Liabiliti perniagaan adalah sama dengan pemilik. Maksudnya, hutang atau aset pemilik adalah sama dengan hutang perniagaan. 

2. Perkongsian 

Perkongsian ditubuhkan di bawah Akta Perkongsian 1961. Takrif perkongsian adalah jika perniagaan yang didaftarkan dengan sekurang-kurangnya dua orang dengan had maksimum dua puluh orang dengan tujuan untuk mendapatkan keuntungan. 

Asas penubuhan perkongisan termaktub kepada perjanjian perkongsian. Firma-firma professional seperti akauntan dan guaman menjalankan perkhidmatan secara perkongsian. 

3. Sendirian berhad (Sdn Bhd) 

Entiti Sdn Bhd adalah popular dikalangan perniagaan di Malaysia. Sdn Bhd ditubuhkan sekurang- kurangnya 1 hingga 50 orang. Modal syarikat sdn bhd adalah melalui pemilikan saham di dalam syarikat manakala liabiliti syarikat tidak melibatkan liabiliti persendirian pemegang saham. 

Kebanyakkan SME terdiri daripada syarikat sdn bhd. 

4. Awam berhad menurut jaminan 

Ini adalah sejenis syarikat awam dan ditubuhkan secara meluas untuk kebanyakkan organisasi kebajikan, yayasan dan juga persatuan. 

Maksud berhad menurut jaminan adalah liabiliti ditanggung adalah terhad kepada amaun yang disumbang (dijamin) oleh ahli-ahlinya memandangkan syarikat jenis ini tidak mempunyai modal syer.

Image Credits : inprimelegal.com

5. Syarikat tidak terhad 

Seperti namanya, asas kepada syarikat ini adalah tiada had liabiliti terhadap anggotanya. Ahli atau pemegang saham akan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap apa-apa hutang/liabiliti syarikat. 

Proses pendaftaran syarikat begini sama dengan syarikat sendirian berhad, namun perlu menyatakan dengan jelas liabiliti tidak terhad ahli/pemilik saham di dalam memorandum penubuhan syarikat. 

6. Syarikat awam berhad 

Sesiapa sahaja boleh menjadi ‘pemilik’ syarikat ini jika memiliki saham syarikat. Saham syarikat ini diterbit dijual kepada awam melalui Saham Terbitan Awam sebelum disenaraikan di Bursa Malaysia dan tiada had bilangan milikan saham. 

Proses pendaftaran syarikat ini kompleks dan pentadbiran syarikat diserahkan kepada lembaga pengarah yang dilantik oleh pemegang saham melalui pengundian. 

7. Perkongsian liabiti terhad 

Bentuk perniagaan yang masih baru di Malaysia. Secara mudahnya, perkongsian liabiti terhad merujuk kepada alternatif penubuhan syarikat liabiti terhad (syarikat) dan juga fleksibiliti (perkongsian).

Syarikat sebegini dikawalselia oleh Akta Perjanjian Liabiti Terhad 2012.

1 comment for "7 Senarai Lengkap Entiti Perniagaan Di Malaysia"

  1. fuh..banyak jenis juga sebenarnya yer
    terima kasih atas perkongsian :)

    ReplyDelete