Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Bangkit Bisnes Dari Krisis 3.0, RichWorks Beri Ilmu Marketing Percuma!

Bangkit Bisnes Dari Krisis 3.0, RichWorks Beri Ilmu Marketing Percuma! | Bisnes dari rumah semakin menjadi trend di tahun 2021, manakan tidak pandemik akibat Covid-19 menyebabkan banyak kedai di tutup. Tapi, tutupnya kedai tak bermakna bisnes itu perlu dibungkus begitu saja. Meskipun sudah tidak boleh berjualan secara langsung kepada pelanggan, para peniaga masih boleh berniaga secara online. 

Wujudnya bisnes dari rumah 2021 ini turut membuka peluang baru kepada ramai orang. Sana sini ramai mencari peluang membina bisnes baru 2021 untuk menampung perbelanjaan keluarga. Tapi harus korang ingat, bisnes tanpa ilmu marketing yang baik dan betul adalah sia-sia. 

Ya, memang benar bisnes itu ada kaitan dengan produk dan servis untuk mudahkan orang lain tetapi jika marketing tidak dilakukan, bagaimana orang lain nak nampak? Sebab itu, andai benar mahu bangkit bisnes dari krisis 3.0 ini, silalah siapkan diri dengan ilmu marketing supaya perniagaan itu benar-benar boleh mendatangkan hasil. Tak ada modal nak buat marketing? Boleh guna konsep zero kos marketing. 

zero to million richworks


Apa Itu Zero Kos Marketing?

Zero kos marketing adalah salah satu konsep untuk promote produk atau servis dengan kaedah-kaedah yang tidak memerlukan kita untuk keluar duit. Ini berbeza dengan gaya marketing waktu dulu yang mementingkan saluran TV, radio dan surat khabar. 

Sekarang, ramai orang lebih banyak gunakan konsep zero kos marketing menggunakan akaun media sosial masing-masing seperti Facebook, Instagram, Tiktok, Blog dan banyak lagi. Walaubagaimanapun, hanya dengan memiliki akaun untuk semua media sosial ini masih kurang berkesan tanpa ada ilmu yang cukup mengenainya. 

RichWorks Nak Bantu Ramai Orang Dengan Kempen Bangkit 3.0 

Pernah dengar nama RichWorks? Rasanya korang tentu kenal nama ni kan? Pengasas Richworks International, Datuk Wira Dr Azizan Osman memang sudah terkenal di Malaysia. 

richworks bangkit usahawan

Bagusnya RichWorks ini mereka mempunyai impian untuk nak bantu ramai orang dan salah satu daripadanya dengan berkongsi tentang ilmu zero kos marketing 2021 khusus untuk mereka yang berminat untuk buat bisnes dari rumah. Tak kisahlah sama ada itu bisnes baru ataupun bisnes lama yang perlu ditukar ke arah perniagaan secara atas talian. 

Kenapa Ada Yang Cakap RichWorks Penipu?

Tak dinafikan, aku ada juga terbaca komen-komen dari segelintir mereka yang bercakap tentang RichWorks ini. Antaranya ada yang berkata, "mula-mula saja free percuma, lepas termakan umpan RichWorks akan mula letak harga untuk dibayar."

Selain dari itu, ada juga yang berkata "waktu masuk dengar percuma, selepas terkinja-kinja mereka cadangkan masuk program itu ini, bayarannya bukan murah". 

Itulah antara komen dapat dilihat apabila keluarnya berita pasal Datuk Wira nak buat satu program mega bagi membantu rakyat Malaysia terutama usahawan dalam masa pandemik.

Ya betul, tidak dinafikan ada harga seminar Datuk Wira Dar Hj Azizan Osman ini tapi, bukan semua kempen RichWorks ini perlu dibayar. Sebagai contoh untuk kempen Bangkit Dr Azizan Osman yang akan berlangsung selama 3 hari bermula 28 Ogos 2021, ianya adalah Percuma! 

Jangan Terus Buruk Sangka, Aku Sendiri Pernah Sertai Kempen RichWorks!

Walau ada yang berkata RichWorks penipu tetapi aku berfikir sebaliknya. Ada saja testimoni yang dikongsikan sendiri oleh para peserta yang tunjukkan perubahan dan peningkatan selepas ikuti program-program percuma ini. Ada yang dalam masa beberapa hari sudah ada perubahan, ada yang cuba buat sesuatu yang dipelajari dan saksikan peningkatan masa ini. 

Aku sendiri sudah pernah menyertai kempen RichWorks. Benar, memang ada kempen yang perlu dibayar tetapi jangan lupa yang RichWorks turut sediakan kempen-kempen Percuma. Urusan mahu join kempen berbayar ataupun tidak, itu atas keputusan diri sendiri tanpa ada sebarang paksaan. 

Aku sendiri sudah pernah sertai kempen percuma dan berbayar. Aku tidak dipaksa oleh sesiapa dan semuanya atas keputusan aku sendiri. Apa yang aku nampak, sudah tentulah apa yang kita mahu buat perlukan konsisten. 

zero kos marketing 2021

Sedih pun ada, mungkin mereka tak pernah ikut program berkenaan. Kalau dah ikut pun, mungkin tak lakukan tindakan konsisten yang perlu untuk lihat hasilnya.

Ketika join kempen percuma yang RichWorks kendalikan, aku berjaya dapat tambahkan ilmu berkaitan marketing online. Malah, walaupun percuma ia tidak hanya dilakukan selama satu hari saja tetapi ambil masa yang lebih dan secara tidak langsung dapat lagi banyak ilmu. 


Aku salah seorang yang akan sertai kempen Bangkit 3.0 dari Richworks ini. Kenapa aku bersungguh nak join? Antara sebab-sebabnya kerana aku ingin tambah ilmu zero kos marketing yang sangat mahal harganya ini. Ingat mudah nak dapat ilmu zero kos marketing? Tanya siapapun, takkan di beritahu secara percuma begini. 

zero kos marketing 2021


Lagipula, siapa yang nak luang masa untuk bantu berikan ilmu secara percuma begini? Zero kos marketing ini dapat membantu ramai usahawan-usahawan tentang cara macam mana nak kuasai sosial media. Kerana itu, siapa yang belum pandai nak kuasai dunia sosial media eloklah cuba sertai program kempen bangkit Dr Azizan Osman ni. 

program-program FREE ini hanyalah sekadar 3 hari, ada yang 12 malam, ada yang bersiri-siri, memang tak cukup untuk nak tukar seorang usahawan dari kosong hingga berjaya capai jutaan ringgit dalam tempoh sebulan tapi RichWorks berjaya bantu Usahawan capai RM1 juta Pertama dalam tempoh 6-12 bulan.

Seronok Lihat Usahawan RichWorks Ramai Yang Sudah Berjaya

Dalam banyak-banyak usahawan RichWorks yang sudah berjaya dari zero to million adalah saudara Aizat Zulhailie. Bayangkan, bermula dari jual Char Kuey Teow di bawah pokok, kini bergelar jutawan setelah berjaya membina empyara dengan nama King's Char Kuey Teow, rangkaian restoran Char Kuey Teow terkenal di Port Dickson, Negeri Sembilan. Ini semua berkat tunjuk ajar Datuk Wira Dr.Azizan Osman sendiri.

Jika korang pernah berkunjung ke restoran King's Char Kuey Teow ini sebelum pandemik melanda, korang akan melihat kunjungan pelanggan yang tidak putus-putus. Malah dalam satu masa, restoran ini kerap menampung 800 hingga ke 1300 orang pelanggan. Tak hairanlah kenapa saudara Aizat Zulhailie ni pernah menjana jualan sehingga RM44,000 hanya dengan satu malam.

richworks bangkit usahawan

Sedikit perkongsian mengenai tuan empunya restoran King's Char Kuey Teow ini, saudara Aizat Zulhailie merupakan anak sulung dalam keluarga maka, beliau mempunyai sifat kepimpinan yang tinggi. Malah di sekolah, beliau merupakan pemimpin dan ketua pengawas di Sekolah Menengah Bukit Saujana. 

Namun siapa sangka sesuatu terjadi sehingga beliau dibuang sekolah di tahun akhir SPM. Walaupun beliau mampu menduduki peperiksaan itu seterusnya namun dari situ beliau mula membantu ibunya berniaga burger. Itulah permulaan beliau menguruskan wang berniaga secara kecil-kecilan. Pada usia 23 tahun, beliau beralih pada berniaga Char Kuey Teow.

richworks bangkit usahawan

Pada tahun 2016, saudara Aizat nekad untuk mendapatkan bimbingan dari RichWorks. Dari situ, semua ilmu pemasaran dan bina diri digunakan sebaik mungkin. Hari ini terdapat lebih 20 buah papan tanda King's Char Kuey Teow di jajaran jalan raya menghala ke Port Dickson. 

Jika dahulunya, hanya beliau dan isteri serta seorang staf yang menguruskan gerai kecil King's Char Kuey Teow. Hari ini, beliau sudah pun mempunyai 60 orang staf yang dianggap sebagai team berharga oleh beliau sendiri. 

Kempen Bangkit Bisnes Dari Krisis 3.0  Richworks Tak Patut Dilepaskan

Biar ada yang berkata negetif RichWorks penipu dan sebagainya, bagi aku itu semua terpulang pada penerimaan masing-masing. Aku akan sertai Kempen Bangkit dari Datuk Wira Dr Azizan Osman, orang lain itu terpulang pada keputusan masing-masing. 

Terus terang aku perlukan ilmu dan bimbingan untuk terus berdepan dengan keadaan semasa dan disebabkan itu, aku mahu gunakan seberapa banyak peluang yang ada. Tambahan pula, kempen Bangkit Bisnes Dari Krisis 3.0 ini percuma saja, bermakna aku tidak akan rugi apa-apa. 


Bangkit kembali bersama RichWorks

Pengalaman Sertai Kempen RichWorks, Memang Seronok!

Pengalaman semasa sertai Program Usahawan Bersama Richworks dulu, ia dah berjaya buka minda aku untuk tetapkan pendirian. Walaupun itu program percuma, tetapi Datuk Wira Dr Azizan Osman benar-benar kongsikan ilmu yang berguna untuk bisnes. 

Mungkin disebabkan itu, walaupun ada yang memberi komen negatif tetapi RichWorks tetap bersatu untuk membantu ramai usahawan kerana bagi mereka, ramai usahawan benar-benar perlukan bimbingan untuk keluar dari masalah krisis 1.0, 2.0 dan 3.0 ini. 

 Program-program percuma ini sebenarnya dah dibuat sejak tahun lalu lagi oleh Datuk Wira bersama RichWorks ketika PKP 1.0 lalu dan RichWorks dah bantu lebih 1 juta peserta dan usahawan sejak 2008 melalui Program Live Event dan Virtual Online.

Menurut laporan, dalam waktu tempoh pandemik hingga kini saja sudah 800K lebih orang turut sertai dan sedikit sebanyak dapat manfaat daripada program itu. Sebelum itu, sudah lebih 700,000 orang telah mengikuti program RichWorks secara fizikal sejak 2008 - 2019 ( 11 tahun ).

Setelah lama kita mengharungi pandemik, RichWorks ingin terus membantu kita dengan bawakan khas Bangkit Bisnes Dari Krisis 3.0 jadi kenapa mesti nak lepaskan saja peluang yang ada? Peserta kempen bangkit RichWorks kali ni bakal menguasai beberapa modul dan intipati bagi menempuh cabaran perniagaan menerusi digitalisasi.

Datuk Wira Dr Azizan Osman dan RichWorks sudah mula melatih dan membimbing usahawan sejak 2008. 13 tahun dalam industri. Sebelum tertubuhnya RichWorks, beliau mempunyai pengalaman meluas dalam marketing dan sales hingga mengetuai syarikatnya dengan client-client korporat besar, seperti TM-Streamyx, HSBC dan lain-lain.

Aku sesungguhnya terasa bersyukur kerana RichWorks berjaya buka mindaku untuk terus berusaha dengan ilmu-ilmu terbaik dan makin happy bila suami sendiri turut beri sokongan dari belakang. Alhamdulillah.

richworks nak bantu ramai orang

Niat Hati Nak Jadi Usahawan RichWorks, Tak Nak Tak Apa 

Sebagaimana yang telah aku katakan tadi, aku telah pernah sertai program percuma dan berbayar dari RichWorks. Aku tak pernah menyesal malah sangat happy kerana dapat bersama dikalangan usahawan RichWorks lain yang sudah berjaya. Aku tahu, rezeki dan kejayaan tidak akan datang bergolek maka kejayaan rakan-rakan usahawan RichWorks aku jadikan pembakar semangat.

Untuk berniaga online tidak boleh lari dari perlu belajar tentang zero kos marketing 2021. Alang-alang RichWorks Anjur "BANGKIT Bisnes Dari Krisis 3.0" secara PERCUMA untuk bantu ramai orang supaya kembali bangkit terus berusaha, ada baiknya jika kita sokong perkara yang bagus begini. 

Bagi korang yang berminat untuk sertai Program Bangkit Bisnes Dari Krisis 3.0, boleh daftar di sini. Untuk yang tidak berminat dan mahu terus bercakap itu dan ini tanpa mahu bertindak dan ubah usaha lebih padu berbanding dulu, itu terpulang. 


Bangkit Bisnes Dari Krisis 3.0 - Solusi Bisnes & Pemasaran Digital 

[ DETAIL LENGKAP & DAFTAR DI SINI  ]

https://richworks.com/bangkit/






1 comment for "Bangkit Bisnes Dari Krisis 3.0, RichWorks Beri Ilmu Marketing Percuma!"

  1. pernah dua kali join seminar dari Dato, memang best bila tengok ramai yang dah berjaya hasil dari seminar dia ni

    ReplyDelete